Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 38-PELINDUNG

Bismillah...harap semua suka💫
-
NASI disuap buat kali ke sepuluh. Baru satu per empat mangkuk bubur habis di telan tapi tuan empunya badan sudah kenyang. Perut tidak mahu proses lagi. Muka yang nampak pucat di tenung. Sudah hampir sehari adiknya begini.

"Minum air. Lepasni makan ubat lepastu tidur." Arah Shahrul. Memandang dia tiada kelas hari ini, dia mengambil cuti.

Syifa tidak membantah. Hanya ikut saja apa yang di arahkan. Setelah 3 pil ubat di telan, separuh gelas air kosong di teguk. Lalu tubuh di baringkan. Penat. Ini kali pertama dia berasa liat untuk bangun. Selalunya dia sakit apa pun dia akan desak untuk buat kerja.

Tapi bukan kali ni. Kali ni badan dia terasa berat. Kepala berdenyut. Sukar untuk bernafas secara normal. Muka pucat. Dia tahu asma dia semakin kuat. Di tambah lagi dengan kanser yang dia ada.

"Adik rehat dulu. Kumpul tenaga. Malam ni boleh balik tapi esok masih tak boleh sekolah." Syifa mengangguk. Matanya di tutup. Tidak sampai seminit, dia sudah terlelap.

Shahrul mengeluh. Kontena nasi di jamah. Entah kenapa dia tak rasa lapar. Setelah setengah hidangan itu habis, dia menyimpan kontena itu di dalam plastik.

Seleranya sudah hilang. Melihat adiknya sakit. Tidak seceria sebelum ni. Ini baru Syifa sakit. Macam mana pula kalau nyawa Syifa di tarik nanti?

Tanpa di pinta, air matanya laju menuruni pipinya. Bolehkah dia menjaga adiknya nanti? Nazim dan Fauzi akan bernikah lagi 4 hari dan kahwin lagi 6 hari. Dia akan menjadi ketua keluarga itu.

Bolehkah? Macam mana kalau dia sendiri di paut dalam perkahwinan? Siapa akan jadi perlindung Syifa selepas itu?

Tiba-tiba pinti di kuak. Cepat-cepat Shahrul mengesat air matanya bila melihat tubuh Nazim masuk. Dia menepuk bahu Shahrul menyalurkan kekuatan. Dia faham perasaan Shahrul. Naluri seorang kembar mungkin.

"Kau dah makan?" Shahrul angguk perlahan.

"Banyak ke sikit?" Soalan yang membuat Shahrul kelu untuk menjawab.

Nazim mengambil plastik kontena makanan tengahari Shahrul. Setengah sudah habis namun setengah masih tersisa. Tahulah dia Shahrul hanya makan sedikit.

"Shah, boleh aku nak buat permintaan?" Pinta Nazim. Shahrul menoleh sebelum mengangguk perlahan.

"Kau tahu aku dan Fauzi akan nikah Jumaat ni?" Shahrul angguk.

"Dan kau akan jadi ketua keluarga." Angguk lagi.

"Boleh tolong ganti aku, Nazmi dan Fauzi sebagai pelindung Syifa?" Kali ini dia tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng.

"Macam mana kalau aku tak boleh jaga dia? Aku tak prihatin macam Nazmi. Aku tak penyayang macam kau. Aku tak selembut Fauzi pada Syifa. Syifa tak selamat dengan aku. Aku..."

"Macam mana pun diri kau, kau tetap abang dan pelindung pada Syifa. Tiada sebab untuk Syifa tak selamat dengan kau. Janji dengan aku. Kau akan jaga Syifa macam mana kau jaga diri kau. Sayang Syifa macam mana dia sayang kau." Nazim pantas memotong.

"Aku janji Zim. Aku akan cuba jaga adik dengan baik." Janji Shahrul.

"Jangan cuba. Buat. Aku akan pegang kata-kata kau."

"Dah jom solat Zuhur. Jangan sebab hati kita terlampau sedih kita lupa yang kita ada Allah." Nasihat Nazim. Mereka berlalu ke surau lelaki.

Dan tanpa sedar, Syifa terdengar perbualan mereka sebentar tadi. Tak semena-mena dia mengalirkan air mata.

Sungguh dia tidak suka orang risau tentang dirinya walaupun benda itu tak salah. Dia tak nak menjadi punca abang-abangnya sedih hanya kerana dirinya.
-
KAKI melangkah ke dalam ruang tamu. Firhad yang memapah Syifa. Dia sudah berhasrat untuk menebus segala kedinginannya pada Syifa sebelum ni.

"Adik nak makan?" Geleng.

"Nak rehat?" Geleng lagi. Firhad mengeluh. Adiknya menjadi pendiam sejak semalam.

"Adik tidurlah je ye. Rehat. Jangan buat kerja. Jangan bantah." Syifa mengalah. Dirinya amatlah penat. Kalau boleh dia tak mahu biarkan abang-abangnya susah kerananya.

"Dah, jom abang papah adik naik." Syifa hanya akur. Masuk saja dalam bilik, dia direbahkan di katil lalu dia terus terlelap.

Syifa duduk di birai katil. Menatap muka Firhad yang cuti hari ini semata-mata untuk menjaganya di rumah. Firhad membaringkan dirinya. Belum sempat dia bangun, pergelangannya di tarik.

"Ye, adik nak apa-apa?" Soal Firhad lembut. Syifa bangun dari baringnya.

"Adik minta maaf sebab menyusahkan abang." Raut wajah Syifa di pandang.

"Takde istilah menyusahkan dekat sini dik. Adik adik abang. Bukan sesiapa. Adik satu-satunya perempuan yang paling abang sayang." Ucap Firhad.

"Adik dah banyak susahkan orang, abang. Termasuk abang. Adik tak tahu macam mana nak minta maaf sebab terlalu banyak adik susahkan orang lain." Firhad duduk di sebelah Syifa. Bahu Syifa di paut. Firhad sedar Syifa menangis.

"Hei hei, jangan nangis. Berhenti cakap maaf dik. Ini semua tanggungjawab abang pada adik. Tiada istilah menyusahkan dari adik. Selama ni adik banyak berkorban untuk keluarga ni. Waktu sedih adik pencerianya. Waktu suasana tegang adik pelerainya. Sekarang biar abang balas balik." Firhad senyum.

"Adik sayang abang." Syifa memeluk tubuh Firhad. Pelukan di balas pelukan.

"Abang sayang adik juga. Dan selamanya adik akan jadi kesayangan abang." Lalu lama kelamaan, Syifa terlelap di dalam pelukan Firhad.

Firhad membaringkan Syifa di katil bersaiz super single itu dan menyelimutkannya sehingga paras dada. Firhad menuju ke meja belajar Syifa. Kerana bosan, dia memeriksa laci-laci di meja itu hingga dia terjumpa satu buku tebal bewarna hijau.

'Memory' Tajuk yang di beri pada buku itu. Bagai ada satu magnet menarik Firhad untuk membaca buku itu.

Muka surat pertama,

THIS BOOK BELONGS TO:

SYIFA AULIA NUR HASANAH BINTI HAJi MOHAMAD💗

Muka surat kedua,

Gambar Syifa seorang diri ketika ulang tahun ke 13 tahun. Di bawahnya tertulis segala benda mengenai dirinya. Atau lebih tepat biodata. Sebelum biodata, ada tertulis.

13 YEARS OLD. NOT AN AGE FOR A BABY. NOT A KID. BUT A TEENAGER. MATURE GIRL. STAY QOWIY.

Muka surat kedua,

Gambar mereka sekeluarga. Ketika berada di Paris untuk bercuti. Mereka bergambar di depan Eifel(Ly lupa ejaan dia😅) Tower.

MY FAMILY. ONLY THEM. THE ONE AND ONLY. HANYA MEREKA YANG AKU ADA. YA ALLAH KEKALKANLAH HUBUNGAN KEKELUARGAAN KAMI.

Muka surat ketiga hingga ke sebelas gambar walid, ummi dan adik beradik Syifa beserta biodata. Dan sebelum biodata pasti ada kata...

MY LOVELY WALID...
MY BEATIFUL UMMI...
MY CARING BROTHER, NAZMI...
MY PROTEVTICE BROTHER, NAZIM...
MY SPORTING BROTHER, FAUZI...
MY STRONG BROTHER, SHAHRUL...
MY FUNNIEST BROTHER, HAKIMI...
MY DEAREST BROTHER, FIRHAD...
MY SUPPORTIVE BROTHER, RAYQAL...
MY ANNOYING BROTHER, RAFIQ...
MY ONLY TWINS, SAIFULLAH...

Firhad terharu. Syifa tahu mengenai semua suka dan tidak suka dirinya dan keluarganya. Dia? Langsung tidak tahu apa-apa mengenai Syifa.

Muka surat dua belas,

Gambar dia bersama Usrah Jamilah sewaktu graduation UPSR.

USRAH JAMILAH, SAHABAT TERCINTA, TERSAYANG. SEMOGA PERSAHABATAN INI BERKEKALAN HINGGA KE HUJUNG NYAWA. BERKEKALAN SELAMANYA. BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH. HINGGA KE HUJUNG NAFAS.🌟

Muka surat ke tiga belas hingga lima belas mengenai biodata Usrah Jamilah. Seperti tadi, sebelum biodata pasti ada..

SAHABAT PERTAMA, INSYIRAH...
SAHABAT PALING KELAKAR, AINUL...
SAHABAT PALING AKTIF, SYAFIQAH...

Muka surat ke enam belas, bermulalah catitan diari buat Syifa.

Gambar dia bersama keluarga sewaktu ulang tahun ke 14 tahun.

15 August

Aku terkejut. Tak sangka keluarga aku akan sambut ulang tahun aku. Dan tak sangka dorang ingat. Aku terharu sangat. Air mata terharu aku tahan. Dan paling tak boleh terima bila sahabat aku pun turut berkomplot.

Paling aku benci abang Kimi ambil kek guna jari lepastu comotkan muka aku. Abang Rafiq banyak makan. Dia ambil 3 potong kek. Nasib sayang. Dan, i'm successfully being 14!

29 June

Gambar Nazim dan Firhad.

Abang Zim dan abang Fir dah berubah. Berubah ke arah yang pelik. Aku sedih dengan perubahan dorang. Aku nak sangat tolong tapi apa daya aku? Aku hanya seorang gadis biasa. Ya Allah berilah hidayah dan petunjuk-Mu

4 Februari,

Baru beberapa minggu walid pergi, sekarang ummi pula. Aku redho. Kalau ini jalan terbaik, aku terima. Aku tahan tangisan aku. Hanya untuk tunjukkan yang diri ni kuat. Walaupun hakikatnya tak. Aku tak nak nampak lemah depan keluarga aku. Depan kawan aku.

Tangisan semua orang yang aku sayang buat jiwa dan hati aku sakit. Aku sanggup tahan tangisan demi memperlihatkan diri ni kuat. Kuatlah wahai hati, kau kuat.

13 April,

Hari ini, aku di sahkan menghidap kanser hati tahap satu. Semua orang syorkan aku buat pembedahan. Tapi aku tak nak. Aku nak jadi macam ummi. Ummi bertarung dengan sakit yang di rahsiakannya selama 5 tahun. 5 tahun bukan jangka masa yang pendek.

Setiap hari aku fikirkan, betul ke keputusan aku tu? Setiap hari pasti aku akan dengar abang-abang aku nangis sebab risaukan aku. Aku tak sanggup. Aku sayangkan dorang. Aku tak nak dorang sedih sebab aku. Apa aku perlu buat? Buat dorang benci aku? Aku tak mampu.

Ya Allah, kalau takdir menentukan aku pergi sewaktu usia muda, aku redho. Janganlah kau biarkan abang-abang serta kawan-kawanku bersedih ya Allah. Sungguh aku sayangkan mereka.

Firhad tak mampu untuk membaca helaian seterusnya. Air matanya jatuh. Luahan Syifa amat mendalam baginya. Doa terakhir itu. Hanya doa. Namun mendalam maksudnya.
-
GELAK tawa kedengaran dari bilik tamu. Dia sedaya upaya cuba bangun. Mungkin ada tetamu. Tapi siapa? Takkan abangnya memberitahu tentang dirinya?

Sewaktu di tangga, dia terserempak dengan Rafiq. Dia terkejut. Bukan Rafiq pergi Uni ke? Dia melihat ke arah jam dinding. Rupanya sudah 4 petang. Bermaksud dia tidur selama 8 jam.

"Eh adik, dah ok?" Syifa membuat tanda -okeylah- pada Rafiq.

"Turun bawah. Keluarga Haiqal dan kawan adik yang lain datang. Entah kenapa. Tiba-tiba je." Syifa mengangkat kening. Dia meneliti bajunya.

Masih menutup aurat. Masih boleh di pakai. Dia mengambil sepasang stokin di tempat penggantung lalu memakainya. Dia menuruni tangga. Muka di hias dengan senyuman. Jujur dia tahu mukanya nampak pucat.

Semua mata tertancap pada Syifa sewaktu kaki Syifa melangkah di lantai ruang tamu. Syifa senyum lalu bergerak menyalami tangan mahramnya.

"Syifa apa khabar? Aunti dengar Syifa tak datang sekolah, betul ke?" Syifa menggigit bibir sebelum mengangguk. Sempat dia memberi isyarat mata pada abang-abangnya agar jangan memberitahu sebab sebenar.

"Kenapa? Syifa sakit ke? Muka pun nampak pucat je." Syifa memikirkan cerita untuk di reka. Namun Shahrul memotong.

"Hari Ahad lepas, kami sekeluarga pergi picnic. Kami berenang. Adik lemas. Asma dia makin kuat. Dokter kasi cuti 2 hari. Besok baru adik boleh sekolah."

Syifa membulatkan matanya pada Shahrul tapi Shahrul buat donno je. Tapi okeylah dari dia bagitahu tentang kanser tu.

"Lah, kenapa tak bagitahu kami?" Tanya Hajah Azura.

"Maaflah aunti. Kami sibuk dan risau sampai lupa nak bagitahu." Dalih Hakimi pula. Lebih baik dari dia memberitahu Syifa tidak membenarkan mereka. Syifa hanya akur sahaja dengan jawapan itu.

"Sekarang ni Syifa macam mana?" Tanya Hajah Amira lagi.

"Syifa okey je aunti. Cuma tulah, dokter suruh rehat 2 hari." Beritahu Syifa. Yang lain mengangguk. Mereka berbual panjang hingga tiba waktu asar. Keluarga Haiqal dan yang lain beransur pulang.

"Adik nak makan?" Tanya Shahrul. Syifa menggeleng perlahan.

"Takpe, adik rehat dulu. Makan malam nanti abang panggil." Kata Hakimi pula. Syifa mengangguk lalu menaiki tangga menuju ke biliknya di temani oleh Firhad.
-
Skip ke hari perkahwinan Nazim dan Fauzi iaitu pada hari Ahad.
-
ABANG sulung kepada Hana sudah bersedia di hadapan Nazim. Majlis ini di mulakan dengan acara akad nikah Nazim. Kemudian acara pembatalan air sembahyang. Selepas itu barulah akad nikah Fauzi. Semuanya di lakukan di rumah keluarga Syifa.

"Nazim Ahmad bin Haji Mohamad." Farhan, abang sulung Syifa bersuara.

"Ye, saye."

"Aku nikahkan di kau dengan adikku Farhana Syuhada binti Haji Hamizan dengan mas kahwinnya RM250 tunai." Nazim menarik nafas panjang.

"Aku terima nikahnya Farhana Syuhada binti Haji Hamizan dengan mas kahwinnya RM250 tunai." Selafaz saja, Nazim dan Iman sudah sah menjadi suami isteri.

Acara pembatalan air sembahyang di lakukan. Setelah menyarungkan cincin, mereka duduk di atas pelamin bewarna putih. Sekarang, giliran Fauzi pula. Ayah kepada Sara bersedia di hadapan Fauzi.

"Fauzi Ahmad bin Haji Mohamad."

"Ye saye."

"Aku nikahkan di kau dengan anakku Maisara Raihana binti Haji Khalid dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

"Aku terima nikahnya Maisara Raihana binti Haji Khalid dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah." Setelah mendapat jawapan dari pihak saksi, mereka juga telah selamat menjadi sepasang suami isteri. Acara pembatalan seperti Nazim sebentar tadi di lakukan. Selepas itu, Fauzi dan Sara naik ke atas pelamin putih yang lain.

Akad nikah telah pun selesai. Para tetamu di jemput makan di kem luar rumah yang di sediakan. Keluarga terdekat pula sibuk bergambar. Dan tamatlah majlis perkahwinan kedua abang kembar Syifa.
-
Bersambung...

Allah! Makin lari dah dari idea asal. Nampaknya scene ke 8 lama lagi. Bab ni harap je panjang tapi hambar. Sorry readers...

Ly cuba untuk puaskan hati korang. And lagi Ly beritahu, Ly akan cuba buat scene abang-abang Syifa sebab dorang watak utama. Okay?

Ly akan belanja sikit hari ni. So rajinkanlah tangan tu untuk baca, vote dan komen cerita ni😉

Setakat itu saja, happy reading😊assalamualaikum

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro