BAB 37-LEMAS
Bismillah...💗💫
-
Skip hari Nazim melamar
-
NAZIM memasuki perkarangan rumah yang tampak sedikit usang tetapi bersih. Walaupun tak moden tapi masih cantik. Dia mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Bersamanya sekarang ialah Nazmi, Firhad dan Syifa. Tipu kalau dia cakap dia tak gementar.
"Waalaikumsalam." Sahut seseorang dari dalam. Dan semestinya ianya ialah Hana kerana suaranya suara seorang perempuan.
"Nazim, jemputlah masuk." Aik, yang lain tak nak di jemput masuk ke?
"Terima kasih."
Di ruang tamu, mereka bertemu dengan dua orang lelaki remaja. Seorang nampak lebih tua dari Nazim manakala yang lagi seorang sebaya Firhad.
"Farhan. Abang sulung Hana."
"Farkhan. Abang kedua Hana." Mereka berjabat sesama mahram.
"Uhuk! Uhuk! Hana!" Jerit seseorang dari dalam bilik. Hana menggelengkan kepala. Dia sudah tahu apa keinginan ayahnya. Pasti ayahnya hendak keluar berjumpa tetamu.
"Along." Panggil Hana meleret.
"Bawalah ayah keluar. Pakai kerusi dia." Hana akur. Lalu muncul seorang lelaki berusia lebih kurang 40-an.
"Pakcik." Nazmi, Nazim dan Firhad menyalami tangannya.
"Baik tujuan kami di sini untuk melamar adik encik untuk adik saya." Nazmi memulakan.
"Yang mana ye?" Soal Farkhan.
"Yang ni." Nazmi menunjuk kearah Nazim yang menunduk malu.
"Nama? Umur?"
"Nazim Ahmad bin Haji Mohammad. Umur 21 tahun."Terang Nazim lancar walaupun hati berdebar kencang.
"Kami tak kesah. Tapi kamu tahu keluarga kami macam mana."
"Saya tak kesah encik. Yang saya tahu saya...cintakan Hana." Hampir gagap Nazim hendak mengatakan cinta.
"Hana ada cerita tentang Nazim. Dan saya rase Hana pun terima. Itupun kalau kamu tak kesah kami bagi hantaran RM500 je." Sampuk Farkhan.
"Saya tak kesah." Lalu mereka meneruskan perbincangan.
"Dan kalau semua tak kesah, saya nak adakan perkahwinan ni sekaligus dengan adik kembar saya." Semua mengangguk setuju. Save budget katakan.
Mereka berbual bagai sudah kenal 4 tahun. Gelak tawa bersama termasuk ayah kepada Hana.
"Ni, hari ni Hana tak kerja ke? Bos Hana tak marah." Soal Farhan. Hana, Nazmi, Nazim dan Firhad tersenyum.
"Dialah bos Hana." Hana menunjuk kearah Syifa. Syifa hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Hana.
"Muda lagi rupanya. Baguslah kecil-kecil dah pandai berdikari. Abang ucapkan terima kasih sebab terima Hana kerja." Senyum Farhan.
"Tak perlu berterima kasih. Tak salah pun nak ambil kak Hana kerja. Lagipun kak Hana cekap bekerja." Puji Syifa. Semua senyum lalu meneruskan perbincangan lagi.
-
Skip hari keluarga Syifa picnic.
-
SAMPAI saja mereka di sebuah tasik tempat mereka hendak berkelah selepas 1 jam lebih perjalanan. Udara segar di hirup. Suasana tasik amatlah bersih dan tenang di tambah lagi dengan air terjun yang di bolehkan untuk semua pengujung mandi.
"Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu." Seru Syifa. Dia melihat abang-abangnya sudah bersiap sedia untuk terjun ke tasik. Syifa tertawa kecil melihat Rafiq yang mencebik kerana di simbah air.
"Adik, tak nak mandi ke?" Syifa menoleh. Iman bersama Hana dan Sara turut berada di situ. Sejak sehari selepas Nazim melamar Hana, mereka semua menjadi rapat.
"Kejap lagi, nak kemas semua ni dulu. Akak tak mandi ke?" Tanya Syifa pula.
"Masalah perempuan." Jawab mereka bertiga serentak. Syifa membuat isyarat tangan sebagai tanda -difahami-.
"Adik mandilah dulu. Biar akak kemas." Arah Iman. Syifa mengangguk. Dia masuk ke dalam tasik dengan perlahan-lahan. Tinggi air hingga ke paras dagunya. Apa lagi di tempat abang-abangnya mandi. Paras air di sana sudah sampai bahu Nazmi apa tah lagi dia.
"Adik mari lah sini." Ajak Hakimi. Syifa ragu-ragu namun dia tetap pergi. Dia menggunakan kakinya untuk berenang ke sana. Dia tidak dapat teruskan lagi kerana tanah tidak dapat lagi di pijaknya. Dia berpatah balik namun entah di mana silapnya, dia tergelincir hingga menyebabkan Syifa lemas.
"Ab...bang. Tol...long. A...adik tak da...pat." Tersangkut-sangkut Syifa berkata. Namun tidak di dengari oleh abang-abangnya kerana mereka liat ketawa.
"Ya Allah adik! Iman panggil dorang dulu. Dorang tak dengar tu." Iman memberitahu pada Sara. Sara dan Hana mahu membantu tapi apa kan daya.
"Abang!" Iman menjerit. Semua mereka menoleh.
"Adik lemas!" Jeritnya sambil menunjuk jari telunjuknya kearah tempat Syifa lemas.
Terus mereka bersembilan berlari kearah Syifa yang sudah hampir tenggelam. Tiada tenaga kerana sudah penat menjerit.
"Adik!" Shahrul mengangkat Syifa lalu membawanya kembali ke darat.
"Adik! Adik! Bangun dik." Nazmi menepuk-nepuk pipi Syifa. Sungguh dia risau melihat muka Syifa yang pucat.
"Iman, Hana, Sara, kemas semua barang. Kita pergi hospital. Abang siapkan kereta. Syifa ikut Shah." Semua akur.
-
DOKTOR Syazwana keluar dari bilik kecemasan. Semua adik beradik Syifa serta Iman, Hana dan Sara turut berdiri menghadap dokter berkot putih itu.
"Kamu semua ahli keluarga adik Syifa?" Semua mengangguk.
"Saya harap semua tabah. Kanser dia tiada apa-apa yang teruk. Tahap dia tak meningkat tetapi asma dia. Asma dia semakin teruk. Air sungai terlampau banyak masuk kedalam badan dia. Sekarang dia tengah berehat. Dia boleh discharged besok pagi bermakna dia tak boleh sekolah. Isnin dan Selasa pastikan dia dapat rehat yang cukup." Pesan Wana lagi.
"Boleh kami lawat dia?" Tanya Shahrul.
"Boleh selepas Syifa dipindahkan ke wad biasa. Saya pergi dulu." Wana meminta diri. Semua mengeluh. Shahrul menahan getar di dada. Mampu ke dia menjaga Syifa selepas Nazim dan Fauzi kahwin nanti?
"Shah, jom lawat Syifa." Ajak Nazmi. Senyum menutup duka.
"Hm, pergi dululah. Aku nak pergi tandas dulu." Tanpa menunggu jawapan dari abangnya dia terus berlari. Sampai di tandas, air mata jantannya keluar.
'Ya Allah, berilah aku kekuatan menempuhi dugaan yang Engkau beri. Jangan ambil Syifa dari aku Ya Allah.' Rintih hati Shahrul. Lama dia berada di dalam tandas.
-
SAIFUL sedari tadi mengelak dari bertemu sahabat-sahabatnya. Ianya kerana takut mereka bertanya mengenai Syifa. Syifa sudah mengamanahkan Saiful untuk merahsiakan tentang keadaannya.
Sedari tadi dia tidak keluar dari kelas. Dengan alasan hendak menyiapkan kerja sekolah. Setiap kali ada Hot Boy atau Usrah Jamilah memanggilnya, dia menyuruh rakannya untuk menyampaikan kata-katanya.
Rehat? Teman rapat yang satu kelas dengannya yang di panggil Zarif yang menolong. Walaupun Zarif sendiri tidak tahu salahnya tapi apa salahnya menolongkan? Itu privasi Saiful.
"Thanks Rif. Sorry susahkan kau." Zarif senyum.
"Takpe. Kita kan kawan. Lagipun aku nak buat kerja dekat kelas. Kau dah siap kerja sir Adam bagi?" Saiful memegang dagunya memikirkan jawapan.
"Ada beberapa soalan aku tinggalkan sebab aku tak tahu macam mana nak buat." Zarif hanya mengangguk.
"Weh, kenapa kau tak nak jumpa Hot Boy? Dari tadi aku tengok macam kau mengelak je." Tanya Zarif lagi.
"Sebab dia...adeler. Privasi." Zarif menganggul faham. Takkan nak paksa orang beritahu privasi, kan? Itu takde maknanya privasi.
-
Bersambung...
Sorry.
Maaf.
Asif.
Sebab,
tak tahu macam mana nak buat penutup
short update
typo
broken english
And also, sorry kepada lyaqyh sebab tak jadi buat abang Hana marah Nazim.
Insha Allah next update akan lebih panjang dan menarik.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro