Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 36-JODOH

Bismillah😊
-
HARI bermula seperti biasa. Azan subuh kedengaran pada 4.37 pagi. Mulakan sarapan pada pukul 5.30 pagi dan mengayuh basikal ke sekolah bersama sahabatnya pada pukul 6 pagi. Mereka tiba di sekolah beberapa minit selepas itu.

Hari Isnin seperti selalu, Haiqal dan Syifa akan menjaga pagar. Bermula dari 7 pagi. Pada 7.30 pagi pula mereka mencatit nama penuntut yang baru datang. Kebanyakannya dari pelajar tingkatan bawah.

Tanpa ada apa-apa perbualan antara Haiqal dan Syifa. Keadaan amatlah akward. 15 minit berlalu dengan pantas. Bagai angin. Haiqal dan Syifa bergerak ke tingkat 6 bilik 6.1 untuk melapor. Mereka menggunakan tangga.

Entah mana silap Syifa, dia tergelincir sehingga membuat dirinya jatuh. Nasib saja Haiqal memaut pingangnya.

"Okey tak?" Syifa angguk perlahan. Entah kenapa seperti badannya tidak dapat di stabilkan.

"Dah jom aku papah." Syifa menggeleng perlahan.

"Takpe. Belum mahram." Dia senyum sebelum kembali melangkah. Jujur hati Syifa berasa ada sesuatu yang buruk bakal berlalu. Tapi apa? Penyakitnya kah?

Haiqal pula pelik. Kenapa sebenarnya dengan Syifa? Dia amat pasti Syifa menyorokkan sesuatu daripadanya. Pantas dia mengejar langkah Syifa yang sudah sampai di tingkat 6.

"Haiqal, Syifa. Petang ni lepas bertugas jumpa saya ye. Kamu boleh pergi." Senyum ustazah Wardah. Mereka berdua mengangguk serentak. Syifa menyalami tangan ustazah Wardah dan berlalu pergi bersama Haiqal.

"Syifa." Haiqal menarik tangan Syifa apabila Syifa seperti melajukan langkahnya. Atau lebih tepat seperti melarikan diri.

"Kenapa ni Haiqal?" Marah Syifa. Dia menarik tangannya dari pegangan Haiqal.

"Kau yang kenapa Syifa? Kenapa kau nak lari dari aku?" Tanya Haiqal dengan nada sedikit tegas. Syifa melarikan tangannya dari Haiqal lalu melangkah perlahan.

"Bila masa aku lari dari kau?"

"Ni kau lari." Jawab Haiqal lalu mengejar lagi langkah Syifa. Syifa sudah sampai di hadapan kelas lalu mengetuk pintu. Sempat dia menjeling Haiqal yang memandangnya tidak puas hati.

Syifa ketawa kecil. Saja dia mengelak. Nak jugak tahu apa reaksi Haiqal terhadap perbuatannya itu. Pelajaran Sejarah di teruskan setelah buku teks di buka.
-
RESAH. Macam mana dia nak cari pasangan tak..bakal isteri dalam masa 2 bulan? Like seriously! Hana? Nak ke dia bersuamikan lelaki yang ada masa silam ni? Tapi dia sudah berkongsi cerita dengan Hana sekali. Ya Allah serabutnya!

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon ke tidak? Telefon ke tidak? Argh, telefon jelas. Nombor telefon di cari lalu punat hijau di tekan. Bunyi derangan kedengaran. Dan akhirnya panggilan di jawab. Tarik dan hembus nafas.

"Assalamualaikum Hana, ni Nazim."

"...."

"Err, boleh kita jumpa?"

"...."

"Kat kafe hari tu. Waktu lunch lah. Awak lunch pukul 2 kan?"

"...."

"Okey jumpa nanti. Assalamualaikum."

"...."

Telefon di tutup. Huh, macam mana agaknya penerimaan Hana? Masihkah mereka akan berkawan? Macam mana kalau Hana berhenti kerja di butik Syifa hanya kerana perkara ni? Ya Allah permudahkanlah urusan kami.

Hana sudah bekerja dengan Syifa pagi ini. Nasib saja butik Syifa ada tempat kosong. Semalam sempat juga Syifa mengusik Nazim sebab Hana. Aduh. Tak sabar sangat dia nak dapat kakak ipar lagi satu.

"Tapi, siapa nak jaga Syifa lepas ni? Mampu ke Shahrul dan yang lain jaga Syifa? Fauzi pun dah nak kahwin." Pening. Pening dengan perkara yang bakal berlaku. Semoga dia dapat membuat keputusan yang terbaik.

Kalau bukan jodohnya dengan Hana, harap penolakan itu tidak menjejaskan hubungan kawan mereka. Aamiin...
-
SEPERTI yang di arahkan, Haiqal dan Syifa pergi berjumpa dengan Ustazah Wardah. Tapi di bilik khas ketua dan penolong pengawas. Bermaksud bilik itu hanya boleh di masuki bila ada Haiqal ataupun Syifa. Kunci pun di serahkan pada mereka berdua.

"Seperti yang kamu sedia maklum, lagi 6 bulan peperiksaan SPM bagi tingkatan 5 akan di adakan. Jadi saya sudah berbincang bersama pengetua untuk mengadakan kem bina semangat di Hutan Sri Indah. Bulan depan." Haiqal dan Syifa hanya mengangguk.

"Jadi saya ada melantik kumpulan Usrah Jamilah dan Hot Boy untuk menjaga kawasan. Dan kelas yang terpilih ialah 5 Teratai, 5 Mawar, 5 Tulip dan 5 Ixora sahaja. Kamu ber8 wajib ada. Boleh kamu sampaikan surat ni kat kelas-kelas tertentu?"

"Insha Allah boleh, ustazah." Ucap Syifa.

"Pastikan mereka minta kebenaran keluarga kalau nak pergi. Pesan, takde surat tak pergi. Kedatangan akan di ambil. Surat tu make sure kamu ambil hari Khamis dan serahkan pada saya waktu rehat. Boleh?" Mereka berdua mengangguk tenang.

"Baik itu saja, kamu boleh pergi."

"Aikk, macam menghalau je ustazah." Usik Haiqal. Mereka sudah biasa dengan guru-guru di situ.

"Memang saya nak halau awak. Semak je lebih." Kata ustazah Wardah melayan kerenah anak muridnya itu.

"Sampai hati ustazah. Syifa pun ustazah halau ke?" Tanya Haiqal bila melihat Syifa hanya senyum nipis.

"Saya halau jugak. Tapi dengan cari baik. Awak kalau bising lagi saya tendang." Ustazah Wardah menggeleng bila Haiqal muncung.

"Hah muncung lagi mulut tu. Dah macam itik aku tengok. Saya keluar dulu ye ustazah." Pamit Syifa.

"Baik. Bawa terus bakal suami awak ni keluar." Terus Syifa membulat mata.

"Bakal suami?"

"Aamiin. Kata-kata tu doa tau. Nanti ada rezeki kad kahwin kami sampai ke tangan ustazah." Usik Haiqal. Pipi Syifa sudah memerah.

"Dah-dah lah tu. Kesian Syifa. Saya nak keluar dulu. Tunggu korang keluar memang lama lagi." Sempat ustazah Wardah menyindir.

Setelah pintu di tutup, berubah terus riak wajah Syifa. Marah akan Haiqal yang sesuka hati join ustazah Wardah mengusiknya.

"Apa tengok aku macam tu?" Tanya Haiqal.

"Kau ni kan, suka hati kau nak usik-usik aku. Benci tau tak!" Marah Syifa.

"Comel." Memerah muka Syifa. Bagai seluruh darah di dalam tubuhnya menyerbu kearah mukanya.

"Muka merah." Usik Haiqal lagi. Syifa sudah hendak meletup.

"Huh suka hati kau lah." Syifa keluar dari bilik itu. Dadanya di pegang. Jantungnya berdegup kencang seperti baru selepas selesai berlari larian 400 m.

"Eh Syifa, okey tak?" Terkejut Syifa tiba-tiba di sergah.

"Aku okey je." Mika mengerut dahi.

"Kau buat apa kat sini?" Yelah kelas dorang kat tingkat 4 bilik pengawas dekat tingkat 5 sebaris bilik hafazan.

"Aku cari Haiqal. Setahu aku dia ada dekat dalam kan. Tiba-tiba aku nampak kau pegang dada. Aku fikir kau asma ke apa ke. Betul kau okey ni?" Syifa senyum melihat keprihatinan Mika terhadapnya.

"Aku okey je tak perlu risaulah."

"Syifa, aku kawan kau. Sahabat kau. Aku dah anggap kau macam adik dah pun. Kau pun dah pernah selamatkan adik aku dulu. Kalau kau takde waktu tu, entah aku dapat ke tidak jumpa dia lagi. Aku tak dapat bayangkan berapa banyak terima kasih aku perlu ucap pada kau. Tipu kalau aku cakap aku tak risaukan kau." Panjang lebar Mika menerangkan.

"Hish kau ni Mika, tak perlu sampai risau sangat."

"Hm yelah. Ni Haiqal ada tak?" Soal Mika.

"Ada, pergilah masuk. Aku nak turun dulu. Assalamualaikum." Syifa melambai tangan sebelum berlalu pergi.

"Syifa Syifa, tak pernah berubah." Baru sahaja dia berpaling hendak membuka pintu, Haiqal sudah berada di hadapannya.

"Huish, kus semangat." Mika memegang dadanya kerana terkejut.

'Kus semangat? Kau boleh seronok-seronok bual dengan Syifa? Sampai tak sedar aku belakang kau? Syifa tu tunang aku tahu tak!' Jerit hati Haiqal.

"Ni aku nak bagitahu, petang ni ada perjumpaan. Kite kite je. Usrah Jamilah dan Hot Boy. Balik pukul 5. Mula meeting pukul 4 petang." Mika menyampaikan amanat yang di beri.

"Hm, yelah. Aku pergi dulu tau." Haiqal berlalu meninggalkan Mika yang terpinga-pinga. 'Wait, what? Dia tinggalkan aku macam tu je? Seriously? What's wrong with him? ' Macam perempuan dah Mika ni author rasa🤣
-
KELIBAT wanita memakai baju kurung bewarna unggu bersama tudung shawl pink di lihat. Dia menuju ke meja di mana perempuan itu lalu duduk di hadapannya. Dia memesan air sebelum berhadapan dengan Hana.

"So, kenapa nak jumpa?" Tanya Hana.

"Er, Hana. Boleh saya tanya sesuatu."

"Sure, go on." Serah Hana lagi.

"Awak...pernah terfikir untuk bercinta? Maksud saya selepas kejadian tu?" Ragu-ragu Nazim menyoal.

"Hm, tak tahulah. Setakat ni...saya cuma nak fokus pada kerja untuk bantu keluarga saya. Kenapa tanya?" Pelik juga Hana di buatnya. Apa kena mengena dia nak bercinta dengan hal yang nak di bincangkan?

"Kalau saya cerita awak janji awak tak marah?" Hana mengangkat kening sebelum mengangguk perlahan.

"Baiklah. Pada malam hari saya jumpa awak, saya sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Adik saya ada sampaikan pada kami yang dia dah bertunang dengan kekasihnya. Saya tanya kenapa tak kawin. Jawapan dia buat saya resah sampai sekarang."

"Apa jawapan adik awak?" Nazim menggigit bibir.

"Dia...dia kate selagi saya belum berumah tangga dia takkan kawin. Saya desperate. Saya nak kan yang terbaik untuk adik saya tapi..." dia terhenti. Tak mampu nak menyambung.

"Tujuan awak jumpa saya...nak.." dia seperti tahu jawapannya.

"Hana, awak perempuan pertama saya rapat selepas kisah silam saya. Kalau awak sudi, tolong saya. Jadi isteri saya. Kalau tak, takpe. Cuma saya harap sangat awak boleh bantu saya. Demi adik saya. Demi saya. Dan demi masa depan awak. Saya tak nak awak fikir saya buat semua ni sebab saya pentingkan diri, no!" Hana berdiam diri.

"Kalau awak betul-betul nak jadikan saya yang sah, jumpa abang saya. Tapi itu pun kalau awak mampu. Abang saya amat protective sebab yelah, saya satu-satunya perempuan dalam keluarga tu." Hana ketawa kecil. Nazim juga begitu. Dia tahu apa perasaan abang pada satu-satu adik perempuan.

"Baik, bagi alamat rumah awak. Saya akan datang hari Khamis. Awak ambil cuti." Cadang Nazim.

"Eh boleh ke?"

"Nanti saya bagitahu adik saya. Okey saya balik dulu. Nak kena kerja balik. Assalamualaikum." Lalu Nazim berlalu pergi.

"Waalaikumsalam." Hana merenung tubuh Nazim yang semakin mejauh. 'Ya Allah kalau benar dia jodohku, Kau dekatkahlah dia. Dan jika dia bukan jodohku, Kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik.' Doa hati Hana.
-
Bersambung...

1)Siapa nak Nazim dengan Hana?

2)Siapa nak Nazim dan Fauzi kawin sekali?

3)Siapa nak abang Hana marah Nazim?

Ya Allah, makin lari betul dari cadangan Ly yang asal. Mungkin lama lagi nak nantikan scene Diva Babes dan Syifa juga Haiqal😓Takpe, yang sudi menunggu Ly hadiahkan double/triple/quadriple okey?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro