BAB 33-KANSER
Bismillah...here we go🤗
-
UDARA pada petang hari Selasa itu amat nyaman. Angin bertiup menyejukkan sedikit tubuh si gadis yang merenung pantai di hadapannya kini. Suasana pantai itu amat damai. Di hiasi dengan bunyi burung, suara gelak tawa manusia dan daun-daun yang di tiup.
'Luas dan indahnya ciptaan-Mu Ya Allah.' Ucap hati Syifa. Dia senyum dan seraya itu jugak, kedengaran tangisan seorang kanak-kanak kecil kedengaran.
Syifa mengalihkan pandangan kearah seorang gadis. Tangan kanannya di pegang oleh seorang perempuan sedikit dewasa yang mungkin ibunya. Tangan kirinya pula sibuk menunjuk-nunjuk kedai aiskrim berdekatan.
Ibunya menggeleng perlahan sambil senyum kearah kanak-kanak itu. Senyumannya itu amat ketara nipis. Mungkin kekurangan duit ataupun hal lain. Syifa berjalan ke arah kedai aiskrim dan membeli 2 kon aiskrim perisa coklet.
"Berapa pakcik?"
"2 ringgit, nak." Ucap pakcik penjual aiskrim itu.
"Terima kasih." Syifa senyum ikhlas lalu menuju ke arah budak perempuan tadi. Dia mencangkung di hadapannya.
"Nah, ini untuk adik." Syifa memberinya sekon aiskrim itu.
"Eh takpelah. Susah-susah je." Tolak perempuan dewasa itu.
"Takpe, saya ikhlas. Lagipun kesian jua tengok anak makcik nangis." Ucap Syifa lagi.
"Eh apa makcik-makcik. Saya muda lagi. Panggil akak Nani je. Dan ini bukan anak akak. Ini anak saudara akak je. Mak ayah dia kemalangan. Baru je minggu lepas." Ujar Nani pula.
"Innalillahi wa inna ilahi rojiu'n. Saya turut bersimpati kak. Oh dah sebelum terlupa, akak boleh panggil saya Syifa."
"Eh jomlah kita duduk. Sembang-sembang ke." Ajak Syifa.
"Eh tak boleh. Sebab malam nanti ada kenduri tahlil untuk arwah. Akak pergi sini pun sebab Ersa nak." Beritahu Nani lagi.
"Oh. Ni nama Ersa eh. Berapa umur?" Tanya Syifa mesra.
"Umu Esa tua paun." Pelat Ersa berkata. Ketawa kecil Syifa mendengar perkataan dua menjadi tua. Tahun menjadi paun.
"Oh dah besar eh. Sedap tak aiskrim tu?" Besar apenya 2 tahun?
"Dap! Dap! Teyima kacih aka." Ucap Ersa lagi.
"Oklah. Akak kena pergi ni. Dan terima kasih untuk aiskrim ni. Dompet akak tinggal tadi tulah tak dapat belikan. Nanti kalau kita jumpa lagi akak bayar balik." Belum sempat Syifa menjawab, Nani dan Ersa sudah berlalu pergi.
"Semoga kita ada peluang untuk jumpa lagi." Ucap Syifa penuh syahdu. Dia merenung lama pantai di hadapannya.
"Macam nak tembus kau tenung pantai tu? Cantik sangat ke?" Terkejut Syifa kerana di tegur tanpa salam.
"Hish kau ni. Orang islam kan, bagilah salam. Dan pantai ni memang cantik. Macam aku." Haiqal menjeling.
"Jap, jap. Ada baldi? Aku nak muntah ni." Haiqal membuat aksi muntah.
"Muntahlah kau kat sini. Aku pergi. Lagipun tunang kau ni taklah cantik mana kan?" Suara Syifa di kendurkan buat-buat merajuk.
"Nak merajuklah tu. Merajuklah, aku takkan pujuk."
Syifa berlalu pergi ke hujung pantai. Semakin lama semakin jauh. Dan semakin lama kelibatnya semakin hilanh. Tiada tanda-tanda untuk dia berpusing.
Haiqal di belengu rasa risau. Teringat janjinya dengan Nazmi untuk menjaga Syifa dengan baik. Keadaan pantai semakin sunyi kerana sudah menginjak 5 petang. Kelibat Syifa tidak kelihatan.
Dia semakin gelabah. Dia berlari ke tempat Syifa lalu tadi. Namun baru selangkah, dia terdengar jeritan perempuan. Dia yakin itu Syifa. Berpeluh dia satu badan.
"Syifa!" Panggil Haiqal.
"Syifa, mana kau?" Jerit Haiqal lagi.
"Syifa, mana kau? Jangan buat aku risau." Kata Haiqal.
"Risau jugak eh kau kat aku." Gelak sinis seseorang. Haiqal menoleh. Syifa sedang berdiri di bawah pokok.
"Ya Allah, Syifa! Mati-mati aku ingat kau hilang tahu tak!" Marah Haiqal sambil mencengkam bahu Syifa. Syifa amatlah terkejut dengan tindakan Haiqal.
"Ha..Ha...Haiqal, rileklah. Aku okey kan." Ucap Syifa tergagap.
"Kau ni kan! Kau tau tak macam mana hati aku bila dapat tahu kau takde pada pandangan aku. Jantung aku macam nak keluar. Darah aku macam berhenti mengalir. Dan akhirnya rupanya kau cuma nak mainkan aku?" Syifa kelu.
Masihkah Haiqal akan risau macam ni kalau tahu tentang penyakitnya? Apa yang perlu Syifa buat supaya Haiqal dan yang lain tidak sedih? Buat yang lain bencikannya? Ada ke yang sanggup? Perlahan-lahan, air matanya bertakung.
"Syifa?" Tegur Haiqal lembut. Syifa tersedar dari lamunan. Dia mengesat sisa air matanya.
"Kau okey tak ni? Sorry aku tak dapat kawal marah aku." Ucap Haiqal serba salah.
"Takpelah. Aku nak balik. Lagipun dah lewat."
"Jom balik sama-sama. Lagipun tak baik perempuan balik seorang-seorang."
Syifa tidak menjawab lalu terus pergi ke arah basikal yang terletak berhampiran tempat letak kereta. Basikalnya ada bersebelahan basikal milik Haiqal. Sepanjang kayuhan pulang kerumah, mereka hanya senyap sahaja.
-
MAKAN malam pada masa itu amatlah sunyi. Takde gelak tawa atau bualan seperti selalu. Syifa pula hanya senyap. Kepalanya asyik berdenyut sedari tadi. Namun dia diamkan saja.
"Adik. Adik okey tak ni? Senyap je." Tegur Hakimi. Syifa tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya meneruskan makannya.
"Kenapa muka adik macam pucat je? Adik demam ke?" Tanya Fauzi. Syifa menggeleng perlahan sebelum mengukir senyuman nipis.
"Adik dah kenyanglah. Adik nak basuh pinggan ni dulu ye." Pinta Syifa. Dia bangun namun baru satu langkah, dia berhenti. Kepalanya berdenyut kencang. Dia memegang sisi dahinya.
"Okey tak?" Tanya Saiful yang berada berhampiran dengannya. Belum sempat Syifa menjawab, dia rebah pada pegangan Saiful. Pinggan pecah membuatkan yang lain menumpukan perhatian pada mereka.
"Ya Allah, adik!" Jerit semua serentak.
"Sai, bawa adik masuk bilik. Kimi, Fir dan Ray ikut Sai. Abang telefon kak Iman. Fiq kemas kejap pinggan pecah. Fauzi telefon Sara. Mungkin kak Iman tak boleh rawat Syifa sorang-sorang. Nazim tunggu Iman dan Sara sampai." Arah Nazmi. Semua akur.
Saiful meletakkan Syifa di atas katil. Segala ubat-ubat Syifa di sediakan. Hakimi, Firhad dan Rayqal hanya melihat pergerakan Saiful. Mereka tahu apa perasaan seorang kembar melihat kembarnya sakit. Dulu, waktu Rayqal sakit mereka turut risau.
"Assalamualaikum." Iman mengetuk pintu. Dia hanya memakai pakaian biasa kerana dia takde syif malam pada hari ini.
"Waalaikumsalam." Balas mereka yang lain. Dan tak lama selepas itu, Sara atau nama sebenarnya Maisara yang merupakan teman wanita Fauzi juga datang. Dua-dua doktor.
"Macam mana Syifa boleh pengsan?" Tanya Iman.
"Tak tahu. Tadi waktu makan dia senyap je. Lepastu dia kate dia kenyang. Waktu dia nak berdiri, dia pening. Sai tanya dia okey ke tak. Belum sempat dia jawab, dia pengsan." Cerita Saiful.
"Mungkin dia stress. Jangan biar dia buat kerja berat. Penyakit dia makin berleluasa dalam tubuh dia. Sara syorkan dia buat pembedahan. Untuk saat awal, in sha Allah hospital boleh. Tapi kalau pada saat akhir, peluang cuma satu iaitu pergi hospital dekat Australia." Terang Sara panjang.
"Bukan senang kami nak pujuk Syifa buat pembedahan, Sara, Iman. Syifa pernah kata pada kami benda tu. Dari hari pertama Iman bagitahu Syifa ada penyakit tu. Iman dengar sendirikan." Keluh Shahrul.
Flashback
"Sebenarnya...Syifa menghidap kanser hati. Iman dah jangka benda ni sebab ummi korang ada penyakit yang sama. Dan kanser hati ni pun mengikut keturunan. Saya ada tanya doktor-doktor yang pernah rawat ummi korang. Dia kata penyakit hati tu datang dari arwah datuk kamu. Awalnya Iman fikir tak semua akan kena dan Syifa mungkin salah satunya yang selamat dari kanser, rupanya tak." Jeda.
"Tapi, Syifa masih dapat di selamatkan sebab dia masih di tahap pertama. Jalan penyelesaiannya kena buat pembedahan. Kita..." belum sempat Iman menyambung ayatnya, satu suara menegur.
"Tak. Adik tak nak buat pembedahan tu." Suara Syifa yang serak basah kerana baru terjaga dari pengsan kedengaran.
"Tapi.."
"Adik nak jadi macam ummi. Adik nak jadi kuat macam ummi. 5 tahun abang. Bukan jangka masa yang sekejap untuk lalui kanser tu. Selagi kanser tu belum merebak, adik takkan buat pembedahan tu. Kalau adik pergi sebab kanser, adik tak kesah. Sebab itu takdir adik." Semua diam mendengar luahan seorang gadis yang baru berusia 16 tahun itu.
End of Flashback.
Semua mengeluh perlahan. Mereka takut kehilangan adik mereka itu. Adik yang selalu menceriakan suasana. Yang selalu tidak pernah lekang(?) dari senyuman. Akan adakah lagi suasana yang riuh bila kehilangan Syifa?
"Dan keputusan adik takkan berubah." Terkejut mereka yang lain mendengar suara Syifa yang baru sedar.
Syifa:Aih author selalu buat aku ada dialog lepas pengsan. Takde masa lain ke?
Author:Sebelum aku matikan watak kau baik diam.
Syifa:(tangan ke bahu mata ke atas)whateverlah author. Jangan sampai readers kecam author nanti.
Okay contionue.
Langsung mereka tak sangka yang Syifa akan sedar dalam sekelip mata. Terbuktilah yang Syifa memang gadis yang kuat.
"Tapi kalau Syifa tak buat pembedahan tu, kemungkinan besar Syifa akan..."
"Pergi? Ye adik tahu semua tu. Macam ummi, adik tak nak habiskan sisa hidup adik dekat hospital. Adik nak gembira dengan orang yang adik sayang. Tolong jangan paksa adik. Cukuplah adik tak rahsiakan penyakit ni." Pantas saja kata-kata Sara di potong.
Semua mengeluh kerana mereka tahu keputusan Syifa sudah muktamad dan tiada apa lagi yang dapat di ubah.
"Dan tolong, jangan bagitahu sesiapa tentang hal ni. Lebih-lebih lagi orang yang kita rapat. Cukuplah orang yang ada dalam bilik ni tahu." Semua hanya mengangguk tanda akur.
"Hm, dah. Syifa kena tidur. Cukup rehat. Kalau boleh besok tak payah pergi sekolah ye?" Pinta Iman. Syifa senyum sebelum menggeleng. Dia tidak suka cuti. Dia lebih rela berada di sekolah daripada terperap dalam bilik.
"Syifa tidur saja ye. Kami keluar dulu." Pamit Iman. Syifa menarik selimut ke paras dadanya lalu dengan pantas dia terlena.
-
2 MINGGU berlalu dengan pantas. Trial SPM sudah pun bermula dan di mulai dengan matapelajaran Sejarah dan Sains. Semua pelajar berpeluh, berkerut dahi ketika menjawab. Namun ada jugak yang beriak tenang.
Selama seminggu lebih bertarung memerah otak, akhirnya sampailah ke kertas terakhir iaitu matapelajaran Fizik. Ada yang bersorak kerana tiada lagi perperiksaan untuk masa terdekat. Ada yang sedih kerana salah jawab. Ada yang menyambung memerah otak untuk SPM nanti.
Pada malam itu, Nazmi mengarahkan semua turun ke ruang tamu. Sebab? Nazmi kata rahsia dan ianya amat penting. Syifa yang hendak mengulangkaji pun terbantut niatnya.
"Ada apa suruh kami kumpul?" Tanya Shahrul wakil yang lain.
"Sebenarnya, minggu depan aku akan..." sengaja dia meleretkan ayatnya.
"Akan apa? Cakap jelah." Marah Hakimi.
"Aku nak..."
"Nak apa bengong!" Teriak Hakimi lagi.
"Aku nak kawin!" Akibat terkejut dengan teriakan Hakimi, dia terjerit kenyataannya.
"Kawin? Dengan Iman?" Soal Fauzi tidak percaya. Nazmi mengangguk.
"Cepatnya."
"Sebenarnya aku dah lamar dia minggu lepas. Dan dia setuju. Tempat akad nikah dekat rumah dia. Majlis resepsi kami nak buat sekali je dekat hotel. Baju pengantin besok test." Beritahu Nazmi.
"Patutlah aku tengok kau senyum-senyum je beberapa hari ni. Rupanya dan nak kawin." Usik Nazim. Kali ini tiada kedinginan pada suaranya.
Sejujurnya, semua terkejut. Tapi di kawal reaksi wajah supaya tuan punya badan terasa. Cukuplah Nazim murung selama 2 tahun berturut-turut selepas 'kejadian' itu. Mereka tidak mahu pisang berbuah 2 kali.
"Lepas kau kawin kau tinggal sini ke?" Tanya Hakimi.
"Tak. Aku dah beli rumah dekat Johor. Tapi jangan bagitahu Iman tau. Kejutan."
"Johor? Bila beli? Guna duit siapa?" Tanya Rafiq.
"Sebenarnya itu wasiat arwah walid dan ummi. Itu salah satu topik malam ini selain tentang perkahwinan aku."
"Wasiat?" Tanya mereka ber9 serentak.
Notes, mereka adik beradik boys to boys guna kau aku. Tapi kalau cakap dengan Syifa abang adik. Okay?
"Setiap antara kita adik beradik akan di beri wasiat tu waktu umur 21 tahun. Tapi malas nak tunggu umur 21 tahun, aku bagitahu sekarang. Tapi semua barang tu kamu boleh guna waktu 21 tahun je." Beritahu Nazmi.
"Aku dapat rumah 2 tingkat dekat Johor, satu buah kereta dan sebuah studio hampir sini."
"Nazim, banglo 2 tingkat dekat Kluang. Sebuah kereta dan syarikat arwah walid cawangan dekat JB."
"Fauzi, rumah 2 tingkat dekat selangor, sebuah kereta dan syarikat arwah walid cawangan dekat Selangor jugak."
"Shahrul. Banglo 2 tingkat dekat Kuala Lumpur, sebuah kereta dan satu bangunan kosong. Dan dekat surat wasiat pesan bangunan tu untuk kau bukak kelas tuisyen."
"Hakimi, rumah teres dekat Selangor. 2 buah kereta dan satu pas(yang ni Ly reka je)untuk kau jadi saintis."
"Firhad, rumah teres dekat JB. 2 buah kereta dan pas untuk kau dapat jadi juruterbang."
"Rayqal, apartment dekat JB. 2 buah kereta dan satu kedai sederhana besar. Dekat situ kau boleh kafe."
"Rafiq, apartment dekat Kluang. 2 buah kereta dan kerja dengan Rayqal. "
"Saiful, apartment dekat KL, sebuah kereta dan C.C.O syarikat arwah walid."
"Terakhir, adik. Tanah dekat JB. Sebuah kereta. Pemilik butik arwah ummi. Adik boleh kejar cita-cita adik asal jangan abaikan butik. Saiful pun macam tu jugak."
"Dan korang semua akan akan kad kredit, kad debit dan bank sendiri. Setiap kad debit dan kad kredit korang, arwah walid dan ummi dah sediakan 50k. Dan dalam bank simpanan korang arwah walid dan ummi dan tambah 15k."
Sedikit sebanyak wasiat itu membuat mereka semua terlopong. Terkejut? Ye, benar-benar terkejut.
"Korang mesti tertanya-tanya kenapa dan macam mana boleh wasiat arwah dan ummi ni banyak. Sebenarnya atuk dan tokpa ialah dari keturunan dato dan tan sri. Tapi sebab ayah kepada atuk dan tokpa di khianati, syarikat mereka muflis. Sekarang dah stabil. Sepatutnya harta yang kita ada ni jatuh pada walid tapi walid beri pada kita." Cerita Nazmi.
"Tapi 50k? 15k? Macam mana dan dari mana walid dapat?" Tanya Hakimi pula.
"Pengkhianat arwah ayah tokpa dan atuk telah di tangkap. Tak sangka pengkhianat tu mengambil kesempatan. Dan semua keuntungan yang dia dapat di beri semula pada kita. Pihak berkuasa pula telah mengembalikan gelaran dato dan tan sri pada tokpa dan atuk tapi mereka tolak. Kaya tak perlukan pangkat. Tak di bawa mati pun pangkat tu."
Semua terangguk-angguk mendengar. Semua berdiam diri sebelum mendengar Syifa menguap kecil. Semua menoleh kearahnya.
"Adik ngantuklah abang. Adik masuk tidur dulu ye." Pamit Syifa lalu menyalami tangan abang-abangnya sebelum berlalu ke bilik tidurnya. Katil menjadi sasaran badannya dan akhirnya dia terlelap.
-
KELAS Fizik sudah tamat. Bernanah telingan mendengar teacher Raihan membebel kerana markah kertas peperiksaan. Separuh daripada pelajar kelas failed Fizik. Banyak yang mengeluh.
Note(nama guru pelajaran)
Fizik-teacher Raihan
Add Maths-Sir Adam
Al-Quran Dan Sunnah-Ustaz Hamidi
Sains-Teacher Roza
Bahasa Melayu-Cikgu Ayu
Seni-Sir Luqman
Pendidikan Jasmani-Sir Shah
English-Teacher Zara
Sejarah-Sir Fahrin
Chemistry-Teacher Aminah
Geography-Sir Edi
Pendidikan Ugama-Ustazah Wardah
Ps, sori kalau tak sama dengan sebelum ni.
Cikgu Ayu melangkah masuk ke dalam kelas. Nak tahu dia nak bebel ke tak tengok muka dia. Masam mencuka je. Ertinya kena tadah telinga lepas ni.
"Dengar semua! Saya nak kamu buat latihan muka surat 15 hingga 25. Saya nak Ikmal dan Waliyah hantar dekat meja saya waktu balik ni. Faham!" Arahnya selepas kelas 5 Teratai menjawab salam.
"Alah cikgu, banyaknya. Stresslah." Rungut Hilman.
"Stress stress. Ingat cikgu tak stress tengok kertas jawapan korang. Banyak merah. Pangkah ini pangkah itu. Semua formula yang cikgu bagi korang tak guna. Banyak yang fail dan..." bla bla bla. Banyak lagi dia bebel.
Setelah 15 minit barulah Cikgu Ayu berhenti. Cikgu Ayu keluar kerana hendak buat kerja. Semua memandang Hilman tajam. Kerana Hilman mereka di bebel.
Kring!
Pantas masa berlalu. Syifa memberi bukunya kepada Ikmal kerana dia sudah siap. Rata-rata pelajar terkejut.
"Weh Fa, ajarkan aku please." Pinta Ikmal. Syifa mengangguk lalu mengajar rakan-rakannya tentang kerja yang di berikan.
"Terima kasih Fa." Lalu semua berlari keluar kerana sudah lewat.
"Sorry Fa ambil masa kau." Ucap Kasyaf.
"Takpe. Untuk kebaikan jugak. Aku pergi dulu tau. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Balas Waliyah, Ikmal dan Kasyaf serentak.
Di tempat letak basikal
"Kenapa lambat?" Tanya Saiful.
"Tadi cikgu Ayu bagi kerja. 10 muka surat." Beritahu Syifa. Semua hanya mendengar lalu mereka sama-sama mengayuh basikal pulang ke rumah.
-
Bersambung...
Sorry guys hambar dan alhamdulillah bab ni sampai 2500+ words.
Syifa sakit? Kanser? Dia akan selamat ke? Nantikan pada bab yang akan datang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro