BAB 3-SEKOLAH
Bismillah🤗
-
LONCENG rumah berbunyi. Syifa yang baru sahaja selesai sembahyang asar bergegas ke bawah kerana sedari tadi lonceng rumah di tekan.
"Ye kejap!" Laung Syifa dari dalam. Dia membetulkan tudungnya. Dia melihat kearah lubang kecil siapa yang berada di luar. Kelihatan Firhad sedang menunggu. Dia pun membuka pintu.
"Abang Fir rupanya, adik ingat sia..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Firhad sudah pergi. Sempat dia menolak bahu Syifa hingga jatuh terduduk.
"Adik!" Jerit Saiful yang baru muncul. Selepas melihat kelibat Firhad yang baru naik dengan marah, dia turun untuk melihat siapa yang buka pintu. Sungguh dia terkejut melihat adiknya terduduk di lantai.
"Adik okey tak ni?" Tanya Saiful cemas. Dia membantu Syifa berdiri namun nasib tidak menyelebahinya kerana Syifa terduduk semula.
"Kaki adik terseliuh ni." Habis saja kata-kata itu, terus Saiful mendukung Syifa menuju ke biliknya.
"Eh Sai, dik, kenapa ni?" Aiman Hakimi iaitu anak ke 5 dalam keluarga itu bertanya dengan hairan.
"Nanti Sai cerita. Ni abang, tolong bukak kan pintu bilik adik boleh tak?" Pintanya. Hakimi akur lalu dia menolak pintu bilik itu. Syifa di letakkan di atas katil. Saiful mengurur buku lali Syifa yang terseliuh.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Hakimi menyoalnya buat kali kedua. Saiful mengeluh. Syifa bersuara terlebih dahulu.
"Tadi, abang Fir macam marah waktu dia balik. Lepastu tanpa sengaja dia tertolak bahu adik. Adik hilang keseimbangan sebab tu adik jatuh." Ceritanya. Saiful senyum sinis.
"Tanpa sengaja? Kalau dia tak sengaja kenapa dia tak tolong adik waktu adik jatuh?" Sinis sekali soalannya itu. Syifa cuma diam. Hakimi berdiri.
"Abang nak pergi mana?" Soal Syifa apabila melihat abangnya bangkit dari duduk. Takut dia abangnya menyerang Firhad hanya sebab dia jatuh.
"Nak ke dapur. Abang sebenarnya keluar bilik tadi nak ambil air. Haus pula tekak lepas buat assignment tadi." Beritahunya walaupun hakikatnya salah. Syifa dan Saiful hanya mengangguk.
-
SEPERTI biasa, mereka sekeluarga akan duduk di ruang makan untuk makan malam sebelum azan isya berkumandang. Makan malam di sediakan oleh hajah Faezah dan Syifa.
"Hah, dah siap. Sai, baca doa makan." Arah Hajah Faezah pada Saiful. Saiful akur lalu doa makan di baca. Setelah itu, mereka menikmati makan malam dengan berselera sekali.
"Allahuakbar, Allahuakbar!" Laungan takbir azan isya kedengaran. Tepat pada masa, mereka sudah selesai menghabiskan lauk pauk yang di sediakan.
Syifa membawa pinggan-pinggan yang digunakan ke singki untuk di cuci manakala yang lain ada yang ke tandas, ambil air wudhu dan menuju ke surau. Selalunya, mereka akan sembahyang berjemaah.
Imam pada hari ini ialah Fauzi. Alunan bacaan surah amat lancar di dengar. Setelah bacaan doa di aminkan, mereka bersalam sesama sediri. Maklumlah, semua mahram.
Semasa Syifa menyalami Firhad, dia dapat merasakan setelah dia mencium tangan Firhad, Firhad cepat-cepat melarikan tangannya. Syifa mengangkat kening. 'Ya Allah, apa salah aku? Kenapa abang Fir layan aku macam ni?' Getus hatinya.
-
TELEKONG di lipat kemas dan di simpan di dalam beg. Beg sekolah dan barang-barang keperluan yang lain di pastikan sudah ada. Baju, tudung dan kain sudah di seterika. Baju-baju lapis sudah di sediakan.
Tiba-tiba dadanya terasa sakit. Dia memegang dadanya itu. Dia melihat kearah jam dinding. Ianya menunjukkan pukul 8.10 malam. Patutlah, dia belum menyedut inhalernya. Dia menuju ke bilik Rayqal yang selang 4 bilik dari nya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Rayqal di ketuk lemah. Nasib baik Rayqal ada lebih inhaler kalau tidak entah apa yang akan jadi padanya. Rayqal membuka pintu itu. Terkejut dia melihat Syifa yang dalam keadaan lemah sambil memegang dadanya. Dahinya juga berkerut.
Tanpa berfikir panjang, dia memapah Syifa ke katilnya. Dia baru teringat yang Syifa hendak meminjam inhalernya. Sudah lambat 12 minit. Di takuti keadaannya semakin lemah.
Syifa pula hanya berdiam diri sedari tadi. Sakit di dadanya susah di ungkap. Akhirnya, Rayqal memasukkan inhaler itu kedalam mulut Syifa. Syifa menyedutnya perlahan-lahan.
Keadaan Syifa sudah stabil. Namun mukanya jelas pucat. Dia tetap berkeras untuk bangun. Rayqal tidak berdiam diri. Dia membantu dengan memapah Syifa hingga ke bilik. Melihat seperti Syifa tidak larat, dia mendukung Syifa dan meletakkannya di atas katil.
Syifa sudah terlelap. Mungkin sakit tadi masih terasa sehingga membuatkan dia penat. Rayqal mengusap kepala Syifa yang di baluti tudung. Dia membuka tudung itu dan menyimpannya di sisi Syifa.
'Ya Allah, kau sembuhkanlah adikku dari asmanya. Janganlah kau terukkan lagi sakitnya. Aku rindu adik aku yang periang dulu. Kalaulah asma itu mampu berpindah, aku rela ianya dipindahkan kepadaku asalkan adikku dapat kembali bertenaga.' Luah hati Rayqal.
Sebelum 2 tahun lepas, Syifa amat aktif dalam bidang sukan. Setiap petang, pasti ada antara mereka bermain di luar rumah. Sejak kejadian 2 tahun lepas itu membuatkan Syifa menjadi sebaliknya. Dia kurang aktif dalam aktiviti lasak.
Rayqal tahu bukan Syifa tidak mahu. Mahu cuma keadaan tidak mengizinkan. Dia menutup suis lampu dan menutup pintu setelah dia keluar.
-
KEESOKAN paginya, Syifa bersemangat untuk bangun awal. Sakitnya semalam bagai sudah hilang ataupun seperti tiada sakit yang di tanggung semalam. Sejak bangun lagi senyumannya tidak lekang dari bibir.
Baju seragam pengawas bewarna biru di belak supaya kemas. Lencana di gantung kemas. Dia menutup suis penghawa dingin, lampu dan menarik langsir. Beg di sangkut pada belakangnya lalu dia menuruni tangga menuju ke dapur.
"Assalamualaikum ummi." Tegur Syifa ceria.
"Waalaikumsalam, ya Allah cantik anak ummi. Dah jom tolong ummi hantar sandwiches ni dekat ruang makan." Balas hajah Faezah. Belum sempat Syifa hendak mengangkat, ada tangan yang sudah membantu.
Syifa menoleh. Kelihatan Rayqal tersenyum manis kearahnya. Makan gula banyak lah tu.🤣 Ok tak kelakar.😑 Syifa membalas senyuman itu. Di ruang makan, Syifa hanya memakan 2 potong sandwiches dan setengah gelas teh suam.
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kedengaran bunyi ketukan pintu. Saiful dan Syifa bangun dan duduk lalu menyalami tangan semua orang kerana mereka tahu itu ialah kawan-kawan mereka.
"Hah, kau buat apa dekat dalam tu? Lama kami tunggu." Eleh baru je dua minit dekat luar.
"Kau pulak kenapa ketuk kuat-kuat? Nak pecahkan ke apa. Nanti pintu pulak ketuk kau." Marah Saiful. Usrah Jamilah sudah mengayuh basikal. Walaupun susah mengayuh kerana mereka memakai kain tetapi mereka tetap mengayuh.
Tempoh 15 minit mengayuh cukup membuatkan mereka penat. Mereka meletakkan basikal mereka di tempat khas. Maklumlah semua berjawatan. Mereka sama-sama berjalan menuju ke kelas masing-masing.
Usrah Jamilah di depan manakala Hot Boy di belakang. Hanya mereka sahaja yang sudah sampai. Jam baru menunjukkan pukuk 6.45 pagi. Wajarlah ramai yang belum datang.
Mereka berlapan duduk di kelas yang berlainan. Syifa kelas 5 Teratai. Haiqal kelas 5 Mawar. Syirah kelas 5 Tulip. Saiful kelas 5 Ixora. Ain kelas 5 Daisy. Muiz kelas 5 Lavendar. Iqah kelas 5 Lily manakala Mika kelas 5 Jasmeen.
(Ps, kelas tingkatan 5 memang ada 8 buah. So di atas tu kira susunan kelas dorang.)
Sebelum masuk ke kelas, mereka menuju ke tingkat 6 di mana guru kelas mereka berada. Mereka mengambil kunci kelas, fail kedatangan, kunci loker dan tabung derma. Barulah mereka masuk ke kelas mereka di tingkat 4.
Syifa, Haiqal, Saiful dan Syirah kelas Sains dan Ugama manakala yang lain kelas Sains biasa, Sastera dan lain-lain. Banyak pelajar yang datang pada pukul 7 pagi. Boleh di katakan separuh pelajar sekolah sudah datang.
Pada waktu itu juga, mereka iaitu para ajk pengawas yang sudah di lantik tahun lepas di arahkan untuk bertugas. Nanti pukul 7.30 pagi, semua murid tingkatan 5 di arahkan untuk turun ke dewan.
-
MASA berlalu dengan pantas. 30 minit bagai angin yang lalu. Sekarang, mereka iaitu tingkatan 5 di arah ke dewan dan tiada yang di benarkan ponteng. Pengetua memberi ucapannya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum saya memulakan ucapan saya, ingin saya mengucapkan selamat datang kembali ke sekolah setelah cuti panjang. Saya harap, pada tahun baru ini, kamu dapat mengubah diri kamu ke arah yang baik. Ingat, kamu akan menghadapi SPM tahun ini. Jadi saya harap....."
Dan begitulah panjangnya pengetua berucap. Ada yang menguap. Ada yang sampai tertidur. Kalau boleh pengawas pun nak tidur tapi apa kan daya.
"Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya di sini. Sekian, assalamualaikum." Ramai yang bersorak dan bergegas untuk keluar dari dewan. Para pengawas ada yang sudah mula melenting kerana ada yang bertolak-tolakkan bah kan ada yang sampai jatuh.
"Syifa!" Panggil ustazah Wardah iaitu guru kelas Syifa. Dia mengajar mata pelajaran al-quran.
"Ye ustazah." Sahut Syifa.
"Tolong sampaikan kepada Usrah Jamilah, Hot Boy, Hot Prince dan Diva Babes untuk berkumpul di bilik muzakarah lepas rehat nanti ye." Pintanya. Syifa mengangguk tanda akur. Dia menyalami tangan ustazah Wardah lalu keluar dari dewan.
Usrah Jamilah dan Hot Boy setia menunggunya di luar. Tapi Hot Boy tu lebih kepada Saiful lah.
"Korang, ustazah Wardah suruh kumpul di bilik Muzakarah lepas rehat." Beritahunya sambil berjalan menuju ke kelas.
"Kita je ke?" Soal Muiz. Syifa menggeleng.
"Dengan Hot Prince dan Diva Babes sekali." Dengar saja Hot Prince, berubah terus wajah Hot Boy. Hot Prince ialah musuh sejati kepada Hot Boy. Sejak sekolah rendah lagi. Hanya kerana populariti.
Diva Babes pula nak kata musuh pada Usrah Jamilah tak jugak. Tapi, kira Diva Babes ni selalu cari gaduh. Ha macam tu lah. Diva Babes jika di campur dengan bilangan Hot Prince 8 orang semuanya. Dan setiap dari dorang lain-lain kelas.
Hot Prince satu kelas dengan Usrah Jamilah manakala Diva Babes satu kelas dengan Hot Boy. Pelik kan? Apa yang pelik? Entah. Mereka semua menuju ke kelas masing-masing dan meneruskan pembelajaran. Hari pertama dah muka belajar. Hu hu hu.
Bersambung...
Ya Allah guyz! Sorry sebab hambar. Jujur Ly cakap Ly tak pandai buat penutup.
Alhamdulillah, bab ni sampai 1400+ words. Thanks pada yang sudi sokong Ly. In sha Allah next update as soon as possible.
Promote Time
1. Kau, First Love Aku
By:CikTomato
2. King Dalam Hati
By:CikTomato
3. My Electric Girl
By:kimfarah_taerah
4. The Truth Untold
By:kimfarah_taerah
5. Day Dream
By:kimfarah_taerah
6. Lepaskan Aku
By:deanaharvey
7. Bukan Couple Tapi Married
By:SyaliaaElina
8. Pencuri Hati
By:CtNorLiana
9. The Head-Prefect V.S The Hot-Tempered Girl
By:_Aisywa
10. Because You Are My Love
By:_Aisywa
11. Bangkit
By:_Aisywa
12. My Girl
By:Shieyruna
13. Jaga Cinta Kita
By:Finnjw
14. Aku-Anti Lelaki
By:Officiallyqahts
15. Pemergianku Adalah Yang Terbaik
By:lyaqyh
16. Mr. Kek Coklet
By:chococoa_
17. 4 Bestfriend
By:Kie_Kunci
18. 4 Bestfriend Season 2
By:Kie_Kunci
19. Ketua Pengawas V.S Tunang
By:sis4na
20. Soulmate Forever
By:sis4na
Rasanya dah cukup kot, so siapa yang nak Ly promote, boleh list tajuk dengan penulisnya dekat comment. See you dekat next bab.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro