Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26-GEMBIRA

Bismillah...
-
PAKAIAN sukan di pakai. Semua pelajar di kehendaki memakai pakaian sukan sekolah mulai hari ini sehingga hari Sukan Ria tiba. Syifa hanya membawa beg sandang kecil bewarna kelabu yang berisi telekong juga botol air.

Dia keluar dari bilik awal untuk menyiapkan sarapan pagi. Awal itu selepas sembahyang subuh. Dia membuat roti kawin dan cucur pisang. Tidak lupa roti di sediakan. Ada salutan kaya, coklet, coklet mentega kacang, cheese dan telur.

Tepat pukul 6 pagi, semua adik beradiknya turun. Nazmi tidak terkecuali. Syifa hanya senyum. Perkara semalam telah di lupakan dan tidak mahu di kenang lagi. Yang lepas biar berlalu.

Syifa menuangkan teh ke cawan abang-abangnya. Bila tiba masa untuk cawan Nazmi, dia hanya beriak tenang manakala Nazmi pula tidak lepas memandangnya sehingga tidak sedar cawan itu sudah penuh dengan teh.

"Adik nak masuk acara larian tu?" Tiba-tiba Nazmi bersuara ketika mereka sedang menikmati sarapan.

"Hm, ikutkan hati memang nak. Tapi kalau abang tak bagi takpelah." Balas Syifa. Nazmi mengeluh perlahan.

"Takpe, abang bagi. Tapi dengan syarat."

"Ape syaratnya?"

"Adik kena janji. Janji adik takkan cedera ataupun sakit. Abang tak nak tengok adik macam 2 tahun lepas, boleh?" Pinta Nazmi.

"Em, adik tak boleh janji. Asma adik boleh datang bila-bila masa je. Tapi in sha Allah, adik boleh." Katanya bersemangat dengan senyuman.

"Okey abang benarkan adik ikut." Senyuman Syifa ternampak lebar. Harapannya kini sudah tercapai.

Dalam diam, Firhad tersenyum melihat adik bungsunya itu. Walaupun dari luaran dia tidak mengambil berat, tapi hatinya cukup risau bila Syifa sakit atau cedera. Dulu memang mereka rapat. Dulu. Sebelum Firhad putus dengan bekas teman wanitanya.

Ingat tak waktu Firhad tolak Syifa waktu dia nak masuk rumah? Waktu tu mereka dah lama putus. Hari tu dia nampak teman wanitanya keluar bersama lelaki lain sewaktu dia keluar dari universiti. Dari situ, dia menganggap perempuan hanya memainkan hati lelaki.

Namun dia sedar, masih ada perempuan yang lebih baik dari bekas teman wanitanya itu. Dan bukan semua perempuan 'sampah'. Masih ada perempuan solehah dan mempunyai akhlak yang mulia lagi terpuji.
-
"KAU kenapa seronok semacam aku tengok ni?" Soal Haiqal hairan.

"Gile tak seronok? Abang Az bagi aku masuk acara larian. Bermaksud tahun ni aku dapat masuk 10 permainan dari 20 permainan." Ujar Syifa gembira.

"Aku hairan. Kau ni aktif tapi kau tak nak jadi olahragawati. Kalau kau tak kesah, aku nak tahu kenapa?"

"Aku dah jadi pengawas. Bukan setakat pengawas je tapi penolong ketua pengawas. Kalau boleh aku nak, tapi aku sedar masih ada orang berbakat selain aku. Aku nak bagi peluang untuk dorang capai impian dorang." Ucap Syifa.

"Kan kau pernah cakap, harapan kau tipis sangat nak masuk acara larian. Kenapa eh?" Banyak tanya pula si Haiqal ni.

"Kau tahu kan aku ada asma. Asma aku makin kuat lepas derma darah hari tu. Dokter cakap dekat abang Az yang aku tak boleh masuk acara larian berat. Setakat 100 meter aku boleh. Tapi..." kata-katanya terhenti.

"Kau nak masui acara 200, 400 meter macam tu?" Teka Haiqal. Syifa mengangguk.

"Syifa. Aku bukan nak membangkang ke apa. Tapi, aku sebagai kawan merangkap tunang kau merangkap bakal suami kau nasihat, kalau kau tak mampu, jangan buat. Jangan paksa diri kau." Kata Haiqal lembut.

Syifa mengangguk. Dia mentafsirkan ayat Haiqal sebentar tadi. Setelah sedar, matanya membulat.

"Kejap, kau cakap apa tadi? Bakal suami? Ergh tak ingin aku dengan kau." Ucap Syifa dengan mimik wajah geli lalu pergi meninggalkan Haiqal yang masih ketawa.

'Betul ke kau tak nak Haiqal jadi bakal suami kau?'-hati

'Tak ingin aku suami panas baran dan keras kepala dan ego tinggi macam Haiqal tu.'-otak

'Yeke? Bukan nama Haiqal ke yang dah tertulis dekat hati kau? Bukan Haiqal ke yang dah buka pintu hati kau yang kebal dan yang selama ni tertutup untuk lelaki lain?'-hati

Buntu. Syifa buntu. Keliru dengan perasaan sendiri. Dia suka Haiqal? Sebagai kawan saja? Atau sahabat? Abang? Atau lebih dari itu?

Haiqal pula...

Dia melihat pemergian gadis yang namanya sudah terpahat di dalam hatinya.

"I love you, Mrs. Fiance." Ucapnya dengan nada romantis di mana boleh membuatkan semua gadis gedik di sekolah itu cair apabila mendengarnya. Dia turut berlalu pergi dari situ.
-
LATIHAN larian telah tamat. Syifa terpilih untuk semua acara larian dan acara yang di ingininya. Mereka diberi masa 30 minit untuk rehat.

"Huh, aku penat gile." Rungut Iqah.

"Bukan kau sorang je tau!" Marah Muiz pula.

"Weh korang tahu tak, sir Syuk paksa aku ikut bola tampar. Paksa. Aku memang pandai masalahnya aku taknak." Rengek Insyirah.

"Eleh, drama je lebih." Ejek Saiful. Walaupun Insyirah kawan merangkap sahabat kepada adiknya, dia tetap suka mengusik.

"Awek kau lah tu." Usik Haiqal pula.

"Uww, Saiful blushinglah."

"Hi guys!" Dan muncul pula minah sewel aka minah sotong aka minah tak cukup kain aka minah mulut takde insurans.

"Aduh, si penyemak ni dah datang." Rungut Mika lalu memalingkan mukanya.

"Sampai hati you cakap i macam tu sekali." Rungut Kayla gedik.

"Aduh, panas pula aku tiba-tiba." Rungut Muiz.

"Jom kipaskan you." Ujar Masyita pula.

"Takpelah, makin bertambah panas pulak nanti." Dalih Saiful.

"Kenapa pulak!" Bantah Mimi.

"Sebab korang semua ni minah pembawa kepanasan." Kutuknya. Semua mereka ketawa.

"Ni semua mesti rancangan korang kan! Apa korang dah buat dekat boyfriend kitaorang!" Marah Emma lalu menolak sedikit tubuh Syifa.

Syifa yang tadi hendak berdiri untuk membuang sampah terduduk semula dan sikunya terhentak meja. Berbunyi pulak tu.

"Aish, apa masalah kau hah!" Marah Ain. Hah kau, penolong setiausaha pengawas dah mai!

"Haish tengok muka kau je mesti aku ada masalah. Kenapa eh?" Kata Iqah.

"Memanglah, dia kan minat pembawa masalah!" Makin kuat pulak kutukan mereka terhadap kumpulan Diva Babes.

"You!! How dare you!" Marah Emma lalu melihat muka Hot Boy meminta simpati.

"You, tengok kawan you ni. Cari pasal dengan geng i." Rungut Emma dengan Haiqal.

"Huh, drama pulak. Baik aku pergi." Ujar Iqah lalu berlalu pergi bersama Ain. Namun Iqah yang berada di depan terjatuh akibat di tolak oleh...Kayla!

"Ya Allah Iqah!" Seru Ain.

"Woi kau kenapa!" Marah Insyirah lalu memegang bahu Kayla.

"You kenapa nak sentuh kawan i!" Marah Mimi.

"Eh jap jap. Sekarang apa masalah korang nak ganggu kawan-kawan aku?" Syifa bersuara setelah sedari tadi berdiam diri. Hot Boy dan Usrah Jamilah sudah terasa bahang.

"Yang you nak cari gaduh kenapa? Belagak kuat konon." Ejek Emma.

"Kau! Kalau datang sini cuma nak ber i you dengan Hot Boy, nak cari pasal dengan kitaorang, baik tak payah. Sekarang, tolong pergi. Aku halau kau dengan cara baik dah ni. Jangan sampai aku halau kau dengan cara halus." Sinis senyuman Syifa berikan.

Emma dan Diva Babes yang lain menghentak kaki tanda protes lalu menghentak kaki untuk berlalu pergi.

"Bekawad ke! Macam gajah. Habis runtuh kantin ni nanti." Sempat lagi Syifa menyidir. Terus dia meluru ke arah Iqah. Nasib Iqah hanya jatuh. Iqah kuat. Bukan cengeng macam Diva Babes. Asal jatuh je nangis. Sempat pula mengutuk. Dosa!

"Syifa, cayalah ayat kau tadi!" Puji Muiz sambil mengeluarkan ibu jarinya.

"Tengoklah siapa!" Bangga Syifa.

"Menyesal aku puji!" Ketawa mereka ber8 di buatnya. Dari jauh, ada yang memerhatikan mereka.
-
DIA memandang Syifa dengan pandangan benci. Bencinya semakin membuak-buak terhadap Usrah Jamilah lebih-lebih lagi Syifa.

"Argh! Tunggu kau Syifa. Aku akan pastikan kau merana." Syifa di tantang dengan pandangan penuh kebencian.

"Aku beri kau masa untuk bahagia. Lepasni takkan ada lagi." Ucapnya sinis.
-
Bersambung...

1100+ words...alhamdulillah.

Seperti yang Ly janjikan, Ly update malam ni.

Guys..thanks sebab sudi baca, vote dan comment cerita ni. Ly hargai sangat-sangat.

Hm, siapa yang benci Syifa? Korang mesti dah tahu kan. Apa rasanya Diva Babes akan buat? Nantikan di bab yang akan datang. Mungkin tak lama lagi akan ada part...sweet? Ly tak tahu macam mana nak buat tapi Ly cuba okey😊

Jangan lupa tekan star🌟 dekat bawah👇

Once again, thank you to:

chococoa_
lyaqyh
Officiallyqahts
kimfarah_taerah

Yang setia baca dan vote dari awal bab hingga sekarang...

Bye...assalamualaikum👋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro