Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 25-TENGKING

Bismillah, let's start
-
PENGUNGUMAN pengetua sebentar tadi memberi 2 perasaan berbeza kepada semua pelajar sekolah Menengah Tun Bakar. Perkara menggembirakan, mereka akan mengadakan Sukan Ria antara rumah-rumah sukan sebelum cuti. Manakala berita sedih pula, mereka semua akan ada Trial SPM seminggu selepas cuti.

"Weh aku tak sabarlah nak sukan Ria tu. Weh kau selalunya main permainan apa?" Tanya Ain pada Syifa semasa mereka menuju ke tingkat 6.

"Aku? Larian 100 meter, larian 200 meter, larian 200×2 meter relay, 200×4 relay, larian 400 meter, larian 400×4 meter relay, 400×2 relay, lontar peluru, lompat jauh  dan lompat tinggi." Ujar Syifa.

"Gile banyak..."

"Dah aku penolong rumah sukan."

"Tapi tahun ni tak tahulah. Asma aku makin teruk. Dokter sarankan aku kurang berlari. Aku tak boleh lama bawah panas." Beritahu Syifa dalam nada sedih.

"Takpe, mungkin bukan rezeki kau main tahun ni. Kau rumah warna apa?" Tanya Ain.

"Biru. Kau?" Tanya Syifa semula.

"Kuning. Kau tahu tak aku satu warna rumah dengan Muiz. Lepastu dia ketua. Dan ya, dia pilih aku jadi penolong." Ucap Ain pasrah.

Syifa ketawa kecil melihat muka Ain. Mereka menuju ke tingkat 6 bilik 6.2 untuk melapor kemudian masuk ke kelas masing-masing.
-
PERJUMPAAN di antara rumah-rumah sukan di adakan pada waktu petang bermaksud selepas sembahyang Zuhur atau makan tengahari, kelas ditiadakan.

Rumah Biru menjadi johan berturut-turut setiap tahun. Namun pada 2 tahun lepas, Rumah Merah menjadi johan menakala Biru merupakan Naib Johan.

Haiqal dan Syifa Rumah Biru.
Saiful dan Syirah Rumah Merah.
Muiz dan Ain Rumah Kuning.
Mika dan Iqah Rumah Hijau.

Haiqal berdiri di hadapan bersama Syifa yang merupakan penolongnya.

"Baik, assalamualaikum semua." Ucap sir Shah yang merupakan guru pengawas Rumah Biru.

"Waalaikumsalam sir." Balas semua pelajar Rumah Biru.

"Hari ni, kamu semua cuma perlu tulis nama acara apa yang kamu nak masuk. Besok kita akan ada pemilihan untuk acara larian. Boleh?" Shahrul bersuara.

"Boleh!" Jawab mereka bersemangat.

"Baik, kepada AJK sukan sila catit nama mereka yang akan sertai permainan. AJK kecerian, tulis nama mereka yang mahu ikut marching dan aerobic." Arahnya lagi. Semua hanya akur.

"Abang." Panggil Syifa perlahan ketika dia dan Shahrul ada dalam khemah khas Rumah Biru.

"Kenapa dik?" Tanya Shahrul pula.

"Em, boleh adik ikut acara macam tahun lepas?" Soal Syifa takut-takut. Shahrul mengeluh perlahan.

"Adik tahu kan keadaan adik macam mana."

"Tapi, adik setiap tahun ikut acara larian. Please abang." Pintanya. Shahrul seperti sudah tewas dengan muka simpati Syifa.

"Adik tanya abang Az eh?" Kali ini, Syifa pula mengeluh. Harapannya amat tipis untuk mengikut acara larian itu. Syifa senyum kelat.

"Takpelah bang, adik keluar dulu." Lalu Syifa keluar. Shahrul pula berasa bersalah. Bukan dia tak nak bagi tapi dia takut ianya menjejaskan kesihatan Syifa.
-
DIA mendekati Syifa dan menegurnya.

"Kau okey tak?" Tanya Haiqal apabila melihat Syifa sedari tadi menyendiri.

"Aku okey jelah." Nafinya. Haiqal duduk sebelah Syifa.

"Syifa. Kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Aku dengar semuanya Syifa. Tentang perbualan kau dengan abang Shah." Beritahunya. Syifa beriak tenang.

"Then?" Soal Syifa semula.

"Kau tetap nak masuk acara larian tu?" Syifa mengeluh.

"Aku...aku tak tahu lah Qal. Aku nak sangat masuk acara larian. Tapi peluang aku nak masuk tipis sangat." Keluh Syifa.

"Sabar je Syifa. Doa pada Allah. Doa agar semua urusan kau di permudahkan." Haiqal menenangkan dirinya.

"Hm, dahlah. Dah nak pukul 3.30 petang  ni. Kau dah kemas barang?" Tanya Syifa.

"Belum, jom pergi kelas." Ajak Haiqal pula. Mereka berdua menuju ke kelas masing-masing untuk mengemas barang. Lalu mereka keluar menuju ke tempat letak basikal untuk pulang.
-
RUANG tamu menjadi destinasi. Dimana Nazmi dan abangnya yang lain turut berada di situ. Namun yang lain di endahkan. Tujuannya yang sebenar hanya untuk meminta kebenaran Nazmi.

"Abang." Panggil Syifa lembut.

"Ye dik?"

"Er, abang. Adik nak...nak minta kebenaran abang." Beritahunya.

"Kebenaran? Kebenaran apa?" Tanya Nazmi. Dia mengangkat kening.

"Jumaat depan, sehari sebelum cuti. Kami ada perlawanan Sukan Ria antara Rumah Sukan. Jadi adik nak..." belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, Nazmi memotong.

"Adik nak masuk acara larian?" Tekanya. Syifa mengangguk. Riak wajah Nazmi berubah.

"Tak. Abang tak benarkan. Adik tahu kan tentang kesihatan adik." Marahnya.

"Tapi, setiap tahun adik ikut acara larian. Adik okey je." Bantah Syifa.

"Adik minta kebenaran abang kan, jadi dengar cakap abang! Masih ada permainan lain adik!" Tengkingnya sekuat hati. Bahu Syifa terhinjut ke belakang.

Fauzi, Hakimi, Rayqal, Rafiq dan Saiful terus meluru kearah mereka. Manakala Nazim dan Firhad hanya berdiam diri.

"Adik cuma nak ikut acara larian. Tak payah sampai nak tengking adik. Abang Shah bantah tak sampai tengking pun." Katanya dingin lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

Dia menghentak kuat pintu biliknya. Entah kenapa dia begitu terasa dengan sikap Nazmi. Ini kali pertama. Ulang. KALI PERTAMA Nazmi tengking dia dengan lantang. Dia menangis sepuas hati di biliknya. Mukanya di tekup dengan bantal.
-
MARAH. Itu yang dia rasa sekarang. Dia menghampiri Nazmi lalu mencengkam kolar baju yang di pakainya.

"Haih apa ni Zim?" Marah Nazmi apabila Nazim mencengkam kolar bajunya.

"Kau tanya apa? Kau kalau tak nak kasi adik ikut lari pun tak payahlah nak tengking dia!" Marah Nazim.

"Aku nak yang terbaik untuk dia! Aku tak nak dia sakit lagi tahu tak!" Marah Nazmi pula.

"Kau ingat kalau kau buat macam ni, dia gembira? Tak! Fikir sikit apa yang kau buat!" Jerkah Nazim sebelum berlalu pergi diikuti yang lain. Kini hanya tinggal Firhad sahaja.

"Kau pun nak marah aku ke?" Tanya Nazmi sambil melihat kearah Firhad

"Entahlah. Kau Az. Kau tahu kan kau tu anak sulung. Kau patut tahu apa yang kau buat. Kalau kau tengking semata-mata nak bantah permintaan Syifa lebih baik tak payah." Jawab Firhad.

"Kau pun tak pernah layan Syifa dengan baik." Jeling Nazmi.

"Tengok. Kau sendiri tak setuju dengan apa yang aku cakap walhal kau yang minta pendapat aku. Itu apa yang Syifa rasa." Jeda.

"Ye. Aku memang tak layan dia macam mana kau dan yang lain layan dia. Tapi apa yang kau buat tadi tu menyakitkan hati. Arwah walid pun tak pernah tengking dia macam tu. Kau. Aku tahu kau anak sulung. Tapi tolong, tolong faham perasaan Syifa." Sejurus kata-kata itu, Firhad berlalu pergi.

Nazmi meraup mukanya kasar. Entah apa yang akan jadi sewaktu sarapan besok pagi. 'Ya Allah, apa aku dah buat tadi?'
-
Bersambung...

Alhamdulillah...Ly dah habis exam...so here an update and Ly akan update lagi in sha Allah malam ni...sorry kalau terasa pendek...

Thanks to

lyaqyh
chococoa_
Officiallyqahts
kimfarah_taerah

Sebab selalu baca, vote cerita Ly and sentiasa sokong Ly dari belakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro