Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22-BUTIK

Bismillah...
-
RESAH saja Haiqal di buatnya. Macam mana boleh mulut lepas. Terluah pula dekat Syifa perasaannya. Pasti Syifa akan mentertawakannya.

Sejak semalam, dia cuba mengelak dari bertemu dengan Syifa. Tidak mahu Syifa menyoal tentang hal itu. Sehari berlalu dengan pantas. Hujung minggu itu, rakan Syifa dan Saiful ingin lepak di Pavillion Mall.

Motif? Untuk menceriakan 2 sahabat mereka itu. Syifa memakai sepasang baju bewarna kelabu di padankan dengan tudung bawal bewarna kelabu cerah juga seluar bewarna putih.

Insyirah pula memakai baju bewarna bewarna biru cerah bersama tudung instant shawl bewarna biru gelap manik putih dan seluar bewarna putih.

Ain memakai baju bewarna krim bersama tudung shawl merah jambu dengan skirt coklet dan Iqah pula memakai baju coklet gelap taris gold bersama seluar hitam juga tudung jenama neelofa bewarna coklet.

Hot Boy hanya memakai hoodie. Saiful warna hitam. Haiqal warna putih. Muiz dan Mika geng kelabu. Seluar? Seluar sport je. Katanya lepas lepak nak joging.

Mereka menuju ke kedai minuman Boba Tea. Syifa memesan Pearl Milk Tea. Manakala yang lain hanya memilih mengikut citarasa masing-masing. Mereka saling bergelak tawa ketika berbual sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.

"Geng, aku nak pergi butik jap." Beritahu Syifa.

"Buat apa nak pergi butik? Bukan sepatutnya butik kau tutup ke sebab..." Muiz tidak menyambung ayatnya kerana takut mood Syifa hilang.

"Maksu aku dah bincang semalam. Aku adalah pewaris butik tu. Butik tu akan jatuh bawah tangan aku. Tapi tak bermakna aku hanya kerja kat sana." Terang Syifa.

"Saiful pulak? Ada apa-apa ke?" Tanya Haiqal.

"Aku? Aku kena jadi C.C.O syarikat arwah walid aku. C.E.O pula paklong aku. Sama macam Syifa, aku tak semestinya kerja dekat syarikat tu. Terpulang pada cita-cita kami."

Mereka membulatkan mulut berkata 'o'.

"Dah aku nak pergi jap."

"Nak ikut!" Seru mereka serentak. Adoii, tadi bukan main banyak tanya sekarang nak ikut pula.

"Hm, jom." Ajak Syifa. Mereka semua mengikuti Syifa dari belakang. Usrah Jamilah kekal di sisi.
-
BUTIK EZFA menjadi destinasi. Butik yang dari luar bewarna krim serta hiasan bewarna putih dan merah jambu cerah menampakkan seri butik itu. Ramai juga pelanggan yang datang.

"Assalamualaikum Syifa." Sapa Wawa. Haih, selalunya orang yang datang bagi salam. Ni orang menjemput pulak.

"Waalaikumsalam kak Wa." Balasnya. Yang lain menguntum senyuman.

"Wa, boleh ambilkan fail untuk bulan ni tak? Syifa nak periksa jap. Kami duduk dekat sana kejap ye." Pinta Syifa. Wawa mengangguk.

Mereka mengambil tempat di mana terdapatnya 8 buah kerusi merah. Tidak lupa sebuah meja bulat bewarna coklet. Fail bewarna unggu bercampur merah jambu cerah di serahkan kepada Syifa.

"Susah ke nak handle business?" Tanya Mika. Yelah, dah cita-cita nak jadi businessman kenalah tanya dari orang yang berpengalaman.

"Susah memang susah. Tapi kalau dah tahu cara dia dan niat kita pun baik, in sha Allah semuanya akan jadi senang." Kata Syifa sambil tangan ralit menulis perkembangan butik di sekeping kertas.

"Sejak bila kau handle semua ni?" Tanya Haiqal pulak.

"Kalau bahagian biasa-biasa macam melayan dan cashier tu dari umur aku 9 tahun. Bahagian promo semua ni waktu 12 tahun. Dan handle perkara besar sikir macam meeting, tengok prestasi apa semua ni masa 14 tahun." Semua terkejut kecuali Usrah Jamilah.

"Gilee. Kau uruskan butik ni sebelum PT3?" Terkejut mereka. Syifa mengangguk tenang.

"Memandang aku sorang je anak perempuan dalam keluarga ni, siapa lagi nak uruskan? Lainlah macam syarikat tu. Abang-abang aku kan ramai." Ujarnya.

"Jadi, macam mana prestasi butik ni?" Soal Muiz berminat.

"Setakat ni semua okey. Dan, lusa akan ada stok datang. Kak Amni." Panggilnya. Amni, iaitu pekerja yang berumur 20 tahun datang ke arahnya.

"Lusa, akan ada stok datang. Saya nak akak, kak Wawa dan kak Ira periksa semuanya. Baju Tunic Medina ada 200 pasang. Ada 4 warna dan setiap warna ada 50 pasang."

"Tudung bawal, mengikut carta ni ada 500. 200 fesyen dan 300 biasa. Tudung empat segi 300. 150 bercorak dan 150 lagi biasa. Seluar, labuh hitam ada 340, labuh putih 160 dan warna krim 100."

"Handsock, yang becorak ada dalam 250 dan yang plain 350. Stokin, hitam berjari 170 pasang dan yang biasa 230 pasang. Yang bewarna, semua sekali ada 750 pasang. Kira betul-betul. Skaf putih 50 pasang. Inner hitam 50 dan warna lain 30. Furdah, ada 20."

"Pastikan yang ada nama, kumpulkan dalam plastik mengikut nama dia. Jelaskan semua ni dekat kak Wa dan kak Ira. Mereka pasti dah tahu. Faham kak? Ke Syifa terang laju sangat?" Syifa bertanya.

"Faham Syifa. Kalau takde pape akak pergi dulu." Pintanya. Syifa mengangguk. Dia menoleh. Melihat Haiqal, Muiz dan Mika terlopong mulutnya.

"Gile, baru beberapa minit je kau cek fail. Kau dah hafal semua? Itu baru stok belum kau cek carta peningkatan. Aku tabiklah!" Ucap Muiz lalu membuat gaya tabik.

"Aku dah biasa. 8 tahun lebih aku dalam kehidupan perniagaan. Aku dah hafal semua teknik. Nasib je maksu takde meeting masa terdekat ni. Tapi, mungkin seminggu sebelum trial SPM aku quit jap. Aku nak fokus." Kata Syifa lagi.

Yang lain hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Syifa. Mereka keluar dari butik untuk pulang. Sebelum itu, mereka sempat bergambar menggunakan telefon oppo F1 plus milik Syifa dan vivo 5s milik Haiqal.

Mereka berlambai sebelum berpecah ke pintu keluar masing-masing di mana penjemput mereka berada. Eceh, penjemput🤣
-
TELEFON di ambil bila sedari tadi bunyi notification masuk. Dia membuka chat whatsapp lalu menekan satu grup.

👬👬Hot Boy V.S Usrah Jamilah👭👭

Muizzudin👦:Yo geng

Haiqal👦: Apa kau nak?

Mikael👦: Yo

Sahabat Syirah👭:Ehem, assalamualaikum geng.

Waalaikumsalam🤗

Sahabat Ain👭: Waalaikumsalam, deep@Syirah🤣.

Muizzudin👦: Sengaja je nak sentapkan aku😒

Sahabat Ain👭:Bila dia sentapkan kau? Ke kau yang tersentap?

Muizzudin👦:Mana ade

Sahabat Ain👭:Yelah tu😏

Muizzudin👦:Betul lah

Abang Sai👨‍👧:Waalaikumsalam

Haiqal👦:Ape bising-bising ni?

Mikael👦:Entah, aku kawinkan juga budak dua orang tu.

Muizzudin👦: Huh, tak higin aku.

Sahabat Ain👭:Apa ni!

Sahabat Iqah👭: Waalaikumsalam

Sahabat Syirah👭: Inilah cinta duhai Ain🤣

Muizzudin👦:Eh dah-dah. Ni aku chat ni sebab minta gambar. @Qal @Fa

Haiqal👦:jap

Nah

20+ image

Haiqal👦:20+ image

Muizzudin👦:Thanks bro, sis

Abang Sai👨‍👧:Ade pape lagi sebelum aku off?

Mikael👦:Besok korang datang tak? @Sai @Fa

Abang Sai👨‍👧:Datang kut.

In sha Allah, datang

Mikael👦: Okey jumpa besok!

Muizzudin👦:Bye👋

Sahabat Ain👭:Assalamualaikum

Muizzudin👦:Hish kau ni, tadi Syirah sekarang kau pulak main sentap-sentap

Sahabat Ain👭: Kau tersentap lah ni?😏

Muizzudin👦:Mane ade! Tumbuk gak kau ni nanti

Sahabat Ain👭:Tumbuklah kalau berani😏

Sahabat Iqah👭:Bisinglah korang ni. Kawinkan kang.

Sababat Ain👭: Kau sama je ngan si Mika

Muizzudin👦:Kau sama je ngan Mika

Mikael👦:adeh...nama aku jangan di bawa kalau gaduh.

Haiqal👦:serentaklah. Jodoh kut.

Muizzudin👦:jodoh kau, bodoh adelah!

Abang Sai👨‍👧:Heh dahlah, aku off lu

Abang Sai👨‍👧offline

Aku pun👋

You offline

Kadang-kadang, Syifa tertawa kecil dengan teks rakannya. Rakannya itu tidak pernah gagal membuatnya ketawa.

Ting!

Tiba-tiba, satu noti masuk ke telefonnya. Dia membuka insta melihat satu pos yang baru.

Nau_Ka just tagged you.

Image

We're bestfriend till the end of our life. Smile always. We will go through happiness and sadness together. Keep smiling. Be positive always guys. My bestfriend, @Sai_San and @Fa_Lia, takziah. Don't be sad. We will always being beside you guys😉

Baru sahaja beberapa minit, pos itu telah mendapat banyak vot dan komen.

Comment:

Hai_Syaf:Speaking baii...😏

IzzHensem:tengok bro siapa😜

Syu_ad:so sweet😌


Syifa keluar dari bilik menuju ke balkoni. Dia duduk di sebuah kerusi khas dan mengambil gitarnya. Dia menyanyikan sebuah lagu nyanyian Najwa Latif bertajuk Aku.

Lirik:

Ku dengar tangisan disana
Menangis memanggil ibunya
Ku lihat air mata disana
Melihat perjuangan ayahnya

Tiada siapa yang akan mengerti
Rasa kehilangan yang ada di sisi
Perginya si Raja, hilangnya Permaisuri
Hanya untuk melindungi kasih sayang abadi

Kulihat awan yang sepi
Ketakutan sentiasa menghantui
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari
Semuanya bagaikan suatu mimpi
Mimpi yang tak pasti

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa, walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa, walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada

Ku dengar tangisan disana
Menangis memanggil ibunya
Ku lihat air mata disana
Melihat perjuangan ayahnya

Dia menghela nafas berat. Dia meletakkan semula gitar. Masa itu jugak, azan Zuhur kedengaran. Dia masuk ke bilik dan menutup pintu. Tanpa dia sedari, seseorang memerhatinya sedari tadi.
-
KATIL menjadi rebahan tubuhnya. Tenang rasanya selepas mendengar cinta hati menyanyi. Ai ai, cinta hati? Dia melihat video yang dia rakam tadi.

Tubuh Syifa dari belakang yang memegang gitar sambil menyanyi. Tanpa membuang masa, dia menupload video itu di instagram.

Video

Caption:Stay strong my girl💕

Tiada siapa akan syak kerana tubuh Syifa membelakanginya. Malah suaranya amat lembut ketika menyanyi berbanding ketika dia bercakap. Nasib dia tidak mentagged apa-apa kalau tidak, habislah riuh satu sekolah.

Comment:

Nau_Ka: Eseh, my girl? Siapa tu...

IzzHensem:Ecewah, kawan kita dah taken baii...

Inaisya:alah dah taken ke #sedih

Sai_Has: #silamoveon

Zati_Syi:good @Sai_Has

Emma_RatuDiva:Who is that girl? Perampas

Kayla_DivaBabe: Ergh, berani dia rampas boyfriend ketua i

Arisya:Kan, macam seorang je lelaki kat dunia ni

Bat_Syita:betul3

IzzHensem:@Arisya tahu pun lelaki bukan seorang tapi kenapa masih cari kami?

Kenapa diam? Sentap ke...

Sai_Has:Great bro

Haiqal meninggalkan ruang komen. Biarlah rakannya berbahas. Sekarang, dia ingin menunaikan kewajipannya sebagai umat islam iaitu solat fardhu Zuhur menghadap yang Esa.

Bersambung...

Thanks kepada yang sudi baca dah vote...maaf sekiranya banyak typo and sorry to sebab lambat update...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro