Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 20-DARAH

Bismillah, mari mulakan😊
-
SESAMPAINYA di hospital, mereka menuju ke wad ICU kelas kedua. Tetapi mereka di arahkan untuk menunggu di luar kerana dokter sedang memeriksa keadaan Hajah Faezah.

Dalam kesempatan itu, mereka bertanya apa yang terjadi pada Hajah Faezah sehingga terjadi begitu.

"Apa yang jadi ibu?" Tanya Haiqal. Hajah Amira sendiri mahu menjaga Hajah Faezah sehingga mengambil cuti hari ini.

"Sebenarnya, aunti Ez nak ibu bawa dia keluar. Ibu bantah tapi dia paksa. Akhirnya ibu minta izin dekat dokter. Dokter kata boleh tapi jangan pergi jauh." Jeda.

"Sampai dekat taman, ibu terfikir nak beli minuman dekat kedai seberang. Aunti Ez tak nak ibu tinggalkan dia. Bila kata tak payah, dia kata pergi dengan dia sekali." Sambungnya.

"Semasa ibu lintas jalan, ada sebuah kereta pecut dekat kami. Aunti Ez selamatkan ibu. Dia tolak ibu tapi dia tak dapat selamatkan diri dia. Kereta tu terus lari. Ini macam kes langgar lari. Sekarang ayah tengah uruskan pelanggar tu." Cerita itu di tamatkan.

Hajah Amira mengalirkan air mata. Tidak lama selepas itu, keluarga sahabat Syifa yang lain datang bersama abang-abang Syifa. Dan pada masa itu juga, seorang dokter keluar.

"Semua, macam ni, Hajah Faezah kehilangan banyak darah. Kami perlukan penderma hari ni dan masa ni jugak sebab stok hospital dah kehabisan darah jenis O. Ada sesiapa mahu menderma darah?" Tanya dokter perempuan itu.

"Saya!" Nazmi mewakilkan diri. Dia mengikuti dokter namun beberapa minit kemudian dia keluar semula. Darah dia sama dengan darah Haji Mohamad bukan Hajah Faezah.

"Ada sesiapa? Kita perlukan secepat mungkin." Gesa dokter itu lagi.

"Saya." Semua menoleh melihat kearah Syifa. Gadis 17 tahun berani untuk menderma darah. Namun, abang mana yang tak risaukan adik kesayangan mereka.

"No, adik. Tak boleh." Bantah Fauzi.

"Biar adik pergi, bang." Pinta Syifa. Tanpa menunggu jawapan abangnya lagi, dia masuk ke dalam bilik yang di arahkan.

"Ada sesiapa nak teman dia?" Tanya dokter itu lagi. Saiful melulu masuk untuk menemani kembarnya.

Syifa di baringkan di sebuah katil. Saiful duduk di sebelah setia menemaninya.

"Dokter, berapa paket yang diperlukan?" Tanya Saiful.

"Kalau boleh 2 paket. Tapi bila saya lihat adik masih muda, mungkin 1 paket setengah. Kalau adik mampu 2 paket, kita ambil 2." Ujar dokter itu.

Jarum di cucuk. Syifa menahan. Selepas beberapa minit, 1 paket setengah telah penuh.

"Adik okey? Nak berhenti atau teruskan?" Soal dokter untuk memastikan keselesaan penderma.

"Teruskan." Jawab Syifa. Lalu mereka meneruskannya. Tapi, belum penuh 2 beg, muka Syifa berubah pucat seperti langsung tiada darah mengalir.

"Adik!" Jerit Saiful bila melihat keadaan Syifa.

"Rita, tarik semula jarum tu." Arah dokter itu. Saiful di arahkan keluar.

"Sai, kenapa?" Tanya Fauzi.

"Sai tak tahu. Masa adik derma darah, sepaket setengah dah boleh tapi adik masih teruskan. Sikit je lagi nak penuh tiba-tiba muka adik pucat." Cerita Saiful. Mereka mengeluh.

Keluar pula seorang jururawat.

"Kami perlukan seorang lagi penderma. Tapi untuk adik Syifa. Terlebih banyak darah dia keluar." Beritahunya. Abang-abang Syifa sudah resah.

Hajah Amira mahu menderma cuma darah dia berbeza. Syasya mempunyai darah yang sama tetapi memandangkan sekarang dia sedang mengandung 2 bulan dia tidak di benarkan.

Usrah Jamilah hendak menderma namun mereka tidak seberani Syifa. Kalau mereka hendak menderma, pasti di larang keras oleh keluarga mereka. Hot Boy? Langsung tiada darah yang sama.

"Saya nak derma!" Jerit seorang gadis. Dia. Adik kepada Mika. Naura Mikayla. Gadis yang berumur 16 tahun. Muda setahun dari Mika.

"Apa Ara? Tak boleh." Bantah ibunya, Hajah Azura.

"Ara tetap nak derma. Ara nak jadi berani macam Kak Fa. Dia baik. Dia berani. Ara nak derma darah Ara." Ucapan gadis itu membuat yang lain bangga dengannya. Usrah Jamilah pun tidak seberani itu.

"Baik adik, jom masuk." Lalu Naura masuk ke dalam bilik. Dia melihat Syifa terbaring lesu di atas katil. Terdetik rasa kasihan pada dirinya. Teringat dia semasa Syifa menolong dirinya dulu.

Flashback

Naura ketika itu berumur 7 tahun. Bermaksud ketika itu Syifa 8 tahun. Naura sedang sibuk bermain dengan anak patungnya di taman manakala abangnya, Mika sedang sibuk bermain bersama Hot Boy.

"Hai adik manis." Tegur seorang lelaki serba hitam.

"Abang ni siapa?" Naura sudah mula takut.

"Abang nak 'pinjam' adik kejap boleh?" Kata lelaki itu lalu menarik tangan Naura. Naura menjerit. Belum sempat dia di masukkan kedalam kereta, ada seseorang yang memukul tangan lelaki itu.

Dialah Syifa.

"Argh kau! Tak guna!" Lalu mengeluarkan pisau poketnya. Dia menghampiri Syifa. Naura takut di belakangnya.

"Berhenti, kami polis. Letak pisau tu." Datang seorang polis entah dari mana datangnya. Polis itu menggari tangan lelaki itu.

"Adik!" Jerit Saiful

"Ara!" Jerit Mika pula.

Mereka berpeluk adik beradik.

"Korang okey tak?" Tanya Insyirah yang turut berada di situ.

"Okey je. Nasib sempat tadi." Sejak hari tu, Mika mengenali Syifa dan Naura semakin rapat dengannya.

End of Flashback

Setelah setengah paket darah di transfer ke arah tubuh Syifa, Syifa di masukkan semula ke wad biasa begitu juga dengan Naura. Manakala Hajah Faezah masih dalam pemeriksaan.
-
MATANYA berpinar-pinar hendak bangun. Tubuhnya terasa lemah. Cahaya. Putih. Bau ubat membuatkan Syufa pasti dirinya berada di hospital. Dia bangun dari baringnya dan ketika itu juga, Fauzi masuk bersama Hakimi dan Saiful.

"Alhamdulillah adik dah sedar. Adik okey?" Tanya Hakimi. Syifa cuma mengangguk perlahan walhal dia masih lemah.

"Jangan banyak gerak dik. Adik tu masih lemah. Ingat abang tak tahu?" Ucap Fauzi.

"Ummi macam mana?" Zzap. Soalan membunuh itu membuatkan Fauzi, Hakimi dan Saiful terdiam.

"Abang...jawablah." Rengek Syifa.

"Adik, ummi...ummi kritikal. Dokter kata, ummi tak mampu untuk bertahan lebih lama. Allah boleh tarik nyawa ummi bila-bila masa." Kata-kata itu bagai batu yang besar menghembab kaca yang sememangnya hendak pecah.

Hati Syifa bukan sahaja pecah tetapi jatuh berderai mencecah bumi. Ya Allah, orang yang dia sayang bakal meninggalkannya lagi. Beratnya ujian-Mu Ya Allah.

"Abang, adik nak jumpa ummi. Tolong." Pinta Syifa. Fauzi memandang simpati namun dia menggeleng.

"Adik masih lemah. Adik tak boleh keluar selagi dokter tak cabut saluran darah ni. Adik dah banyak hilang darah. Nasib baik Naura derma darah dia tadi." Dan buat sekian kalinya, Syifa terkejut.

'Naura? Naura Mikayla? Adik Mika? Dia derma darah dia untuk aku? Naura? Gadis 16 tahun tu?' Hatinya di penuhi dengan tanda tanya juga persoalan.

"Dia cakap, dia nak jadi kuat macam adik. Dia nak jadi berani macam adik. Walaupun aunti Zura bantah dia tetap nak derma. Adik memang dah jadi idola dia." Ujar Hakimi pula. Syifa tersenyum nipis.

"Aunti Mira dan yang lain mana bang?" Tanya Syifa lagi.

"Amboi, cari aunti Mira ke anak teruna aunti Mira." Merah terus pipi Syifa mendengar usikan Saiful.

"Takdelah. Aunti Mira dekat luar bilik ummi. Abang Azmi, abang Azim dan abang Fir pergi beli makanan. Abang Ray dan abang Fiq lawat ummi." Beritahu Saiful. Syifa hanya menganggukkan kepala.

Masa berlalu dengan pantas. Waktu petang berginjak ke malam. Akhirnya Syifa terlelap secara pelahan-lahan. Saiful merebahkan tubuh Syifa kemas di katil. Selimut di tarik. Dia mengusap ubun-ubun Syifa.

"Selamat malam, adik. Mimpi indah." Boleh tak bayangkan korang lihat crush korang buat macam tu dekat adik dia. Itu yang Ly rasa waktu ni🤣. Aduh, jauh pulak lencong die.

Mereka 3 beradik pun keluar setelah berjam-jam menjaga Syifa. Bukan mereka tak nak tidur dalam bilik itu tapi dokter sendiri tidak mengizikan. Katanya, takut susah kalau dokter nak periksa dia malam-malam. Buat apa malam-malam? Petang kan ada.
-
KHAMIS Syifa tidak hadir ke sekolah kerana dokter kata keadaan dia masih tak stabil. Kan Syifa tak boleh lama bawah panas jadi kalau dia tetap pergi sekolah, keadaannya akan jadi tak stabil.

Syifa juga masih merasai sakit. Seperti pening kepala dan lemah tubuh badan. Dan tahun ni ialah tahun yang paling banyak Syifa tidak hadir. Sebelum ni paling banyak tak hadir 1, 2 atau 3 hari je. Itupun sebab asma atau demam.

Kelibat seorang wanita masuk ke dalam wadnya. Siapa lagi dalam keluarganya selain umminya dan dirinya? Maklong, maksu dan Deana tidak dapat datang.

Tokma dan opah? Mereka pulang ke kampung semalam untuk mengemas barang. Mereka akan datang besok. Hajah Amira masuk bersama satu plastik berisi kontena. Entah apa isinya?

"Awal Syifa bangun." Awalnya apanya Hajah Amira oii...dah pukul 8 masih cakap awal?

"Mane ade awal aunti. Dah lewat ni. Ni kalau sekolah macam ni kena lucutkan jawatan terus." Balas Syifa lalu ketawa kecil.

"Hm yelahkan, pengawas." Hajah Amira menghela nafas.

"Kenapa aunti?" Soal Syifa. Hairan dengan Hajah Amira yang menghela nafas berat.

"Takde apelah. Ni aunti ada beli nasi dengan daging dekat kantin tadi. Syifa suka makan?" Syifa mengangguk. Takkan cakap tak pulakkan.

"Bismillah." Dan Syifa memulakan makannya. Dia kadang berasa tidak selesa apabila di perhati. Namun, dia teruskan juga.

"Syifa suka Haiqal tak?" Tersedak terus Syifa. Bukan kerana makan dengan gelojoh tetapi mendengar soalan yang hm tak tahu macam mana nak terangkan.

"Ee...suka. Sebagai kawan." Terang Syifa.

"Tak lebih?" Aduh, soalan membunuh ni.

"Lebih dari kawan? Macam sahabat, ye." Hajah Amira menghela nafas berat lagi. Ada saja jawapan Syifa yang membuatkan dia tewas. Teringat dia akan permintaan Hajah Faezah sewaktu dia menjaganya.

Flashback

Hajah Amira sedang sibuk mengemas wad Hajah Faezah itu.

"Mira." Panggil Hajah Faezah. Hajah Amira pun menoleh.

"Ye? Kau nak apa-apa ke Ez?" Soal Hajah Amira pula.

"Aku nak buat permintaan." Ujarnya.

"Cakaplah. Kalau aku mampu, aku tunaikan."

"Aku nak bila satu hari nanti, aku takde dekat dunia ni. Jaga anak-anak aku." Ujar Hajah Faezah lagi.

Sebak. Itu yang di rasa ketika ini.

"Jangan cakap macam tu Ez. Aku janji aku akan sayang anak kau macam mana aku sayang anak aku." Ucap Hajah Amira pula.

"Aku hidup tak lama Mira. Tak mustahil Allah akan tarik nyawa aku hari ni, esok mahupun lusa."

"Jaga anak-anak aku. Lebih-lebih lagi Syifa. Dia satu-satunya anak perempuan aku." Terus Hajah Amira memeluk Hajah Faezah sambil menangis.

"Aku janji. Selagi aku masih bernafas di bumi ni aku akan jaga anak kau."

Selepas itu, mereka melepaskan pelukan. Hajah Faezah meminta Hajah Amira membawanya ke taman.

Di taman pula, Hajah Faezah nampak sebuah kedai minuman kegemarannya. Dia bersama Hajah Amira pergi kesana setelah dia di desak.

Namun, di tengah jalan, ada sebuah kereta melucur dengan laju. Seperti ada niat untuk melanggar mereka berdua. Hajah Faezah menolak Hajah Amira sehingga ke hujung jalan. Tetapi dirinya pula menjadi mangsa.

Hajah Faezah terdorong ke bar jalan. Kepalanya terhantuk. Badannya penuh dengan darah. Hajah Amira menangis. Semuanya berlalu dengan pantas di depan matanya sendiri.

End of Flashback

"Aunti, aunti okey tak?" Tanya Syifa apabila melihat Hajah Amira mengelamun.

"Eh aunti okey je." Jawabnya. Ketika itu juga, seorang jururawat masuk untuk memeriksa keadaan Syifa.

"Baik, adik boleh keluar malam ni. Tapi, akak kena beri adik ubat tidur. Adik kena rehat lagi sebab takut keadaan adik lemah." Beritahu jururawat wanita yang berkaca mata itu.

Setelah satu cucuk jarum, Syifa terus terlelap. Wajah putih mulusnya itu di pandang oleh Hajah Amira.

"Makcik keluarga pada adik Syifa?" Tanya jururawat itu.

"Saya cuma sahabat pada arwah walid dan dia. Ummi dia pesakit dekat bilik ICU." Beritahu Hajah Amira.

"Oh, boleh saya nak jumpa ahli keluarga dia?"

"Tentang apa ye? Abang dia ade tapi dekat bilik." Dan tepat pada masa, Nazmi masuk.

"Hah, ini abang sulung dia." Akibat terkejut, kepala Nazmi terhantuk ke pintu.

"Adui!" Serunya.

"Allahu, Nazmi. Apa cuai sampai terhantuk tu?" Tegur Hajah Amira.

"Takde pape aunti." Sengih Nazmi.

"Ni, jururawat ni nak jumpa kamu."

"Encik...?"

"Nazmi."

"Encik Nazmi. Boleh jumpa dokter dekat bilik depan ye. Dokter ada nak kate sesuatu." Beritahunya.

Nazmi mengangguk. Ini bukan kali pertama dokter nak jumpa dia. Dan semestinya ada kena mengena dengan penyakit asma Syifa.
-
DOKTER memandang sayu kearah Nazmi. Entah apa reaksinya bila mendapat tahu tentang berita yang bakal di sampaikannya.

"Nazmi, saya harap kamu tabah ye."

"Kenapa dokter? Adik dan ummi saya baik-baik je kan?" Cemas Nazmi dibuatnya.

"Saya cakap tentang Hajah Faezah dulu. Seperti yang kamu tahu, penyakit dia sudah sampai tahap keempat iaitu tahap terakhir. Kami tak dapat nak buat apa-apa. Tak mustahil Allah boleh tarik nyawa dia bila-bila masa." Nazmi hanya diam mendengar penerangan doktor melayu di hadapannya.

"Tentang adik awak..Syifa. Dia ada asma kan? Sepatutnya dia tak boleh derma lebih daripada setengah beg. Tapi dia dah derma 1 3/4 beg." Jeda.

"Asma dia semakin kuat. Saya sarankan, jangan benarkan dia lakukan sukan berat. Sebelum ni saya pernah kata dia tak boleh lama bawah panas kan. Jangan biar dia bawah panas lebih dari sejam setengah. Takut asma dia menyerang."

"Jangan bagi dia buat sukan berat seperti lari 400 m peesendirian, 2×400 m relay dan yang setanding dengannganya. Faham?" Nazmi mengangguk.

Dia mengeluh perlahan sebelum berbicara.

"Takde cara ke nak sembuhkan penyakit asma dia?" Setelah lama di pendam, akhirnya dia berjaya meluahkannya.

"Peluang untuk asma itu hilang amat tipis. Awak tahu kan?" Nazmi angguk lagi. Dia meminta diri. Dia menuju ke tandas. Dan siapa sangka? Air mata jantannya jatuh jua.
-
SYIFA sedang mengemas barangnya. Dia sudah di benarkan pulang setelah lena yang amat panjang. Pintu di buka. Usrah Jamilah bersama Hot Boy masuk. Nasib Syifa pakai tudung.

"Kau dah okay?" Tanya Insyirah prihatin.

"Okey. Kalau tak okey takdenya aku nak diri kat sini." Katanya sambil tangan ligat mengemas pakaiannya.

"Abang, ummi macam mana?" Soal Syifa.

"Hm, macam biasa. Tapi, dari semalam dia diam je." Terang Saiful. Syifa senyum nipis.

"Aku harap korang tabah hadapi ujian ni. Ini cuma ujian untuk sampai ke Syurga. Tempat kebahagian yang kekal." Ucap Ain.

Semua senyum.

"Sahabat?"

"Selamanya."

"Sahabat?"

"Hingga ke jannah."

"Sahabat?"

"Dunia akhirat."

"Sahabat?"

"Hujung nyawa."

Semua mereka tersenyum.

"Siapa kita?"

"SAHABAT!"

Hot Boy tersenyum melihat Usrah Jamilah senyum bahagia. Ai ai! Bahagia?

"Dah, jom keluar." Arah Saiful. Mereka akur. Mereka menuju ke bilik Hajah Faezah. Mereka berbual. Hajah Faezah cuma diam sambil senyum menunjukkan kekuatan. Menikmati saat-saat kebahagian terakhir.

Bersambung...

Alhamdulillah, seperti yang Ly janjikan. Ly akan update bab ni panjang-panjang dan bab ni ada dalam 2200+ words.

Hm, Ly tengok banyak sangat silent readers. Korang ada pape nak share? Takpe, Ly tak marah kalau korang comment macam cerita ni kurang best ke, cerita ni langsung tak best ke.

Ly takkan marah. Kalau korang nak share pendapat korang, boleh pm Ly. Ly akan cuba gabungkan idea korang dengan idea Ly. Bayangkanlah, ada 73 readers tapi vote cuma 3. Ketara sangat beza tu.

So, apa sambungan cerita ni?

1. Apa yang akan jadi pada Hajah Faezah?

2. Siapa punya kerja sebenarnya nak langgar Hajah Faezah dan Hajah Amira?

3. Macam mana dengan kesihatan Syifa?

4. Korang nak storyline dia macam mana?

Happy?

Sad?

Or what?

5. Cerita ni best? Kurang best? 50 50? Tak best? Perlukan improvement?

Ly harap sangat korang sudi jawab.🙂

Ok bye. Jumpa lagi nanti. Ly MUNGKIN tak akan update untuk masa yang panjang. Ok, Assalamualaikum🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro