Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2-PENGORBANAN

Bismillah, selamat membaca🤗
-
KLINIK Doktor Zaki menjadi pilihan mereka untuk membeli ubat Hajah Faezah dan inhaler Syifa. Nombor giliran di sebut lalu mereka menuju ke kaunter itu.

"Assalamualaikum Syifa." Tegur seorang jururawat bernama Siti.

"Waalaikumsalam aunti." Balas Syifa mesra.

"Em aunti, Syifa nak beli ubat ummi dan inhaler Syifa. Ada tak?" Soal Syifa lagi. Jururawat yang bernama Siti itu mengangguk lalu bangkit dari duduknya mencari ubat-ubat yang di pinta. Dia kembali bersama 2 plastik ubat.

"Syifa tahu kan harga inhaler dah naik?" Tanya Siti pada Syifa. Dahi Syifa jelas berkerut.

"Harga inhaler naik? Berapa aunti?" Semakin banyak soalan yang di ajukan kepada jururawat itu.

"Kan sebelum ni harganya RM 15. Tapi dah naik RM 20. Jadi campur dengan ubat ummi Syifa semuanya RM 35." Beritahu Siti. Syifa mengeluh kecil. Duitnya kurang 5 rm. Lalu dia kembali senyum.

"Em takpelah aunti. Syifa tak jadi beli inhaler tu. Boleh bagi ubat ummi 2 tak?" Pinta Syifa. Siti mengangguk lalu bangkit semula. Bahu Syifa di hempas kuat oleh Syirah dari belakang.

"Weh Fa, kau tahu kan ubat tu penting untuk kau. Sekali kau tak sedut, nan..." belum sempat Insyirah menghabiskan ayatnya, Syifa memotong.

"Tak perlu risaulah Syirah, aku tahu apa yang aku buat." Katanya tenang. Kali ini, dahi Insyirah pula yang berkerut.

"Nah Syifa, semuanya RM 30. Terima kasih." Ucap Siti. Syifa membalas senyuman lalu berlalu pergi bersama Insyirah.

Mereka mengayuh basikal bersama pulang kerumah. Hati Insyirah masih risau tentang keadaan Syifa. Takut dia jika Syifa jatuh sakit. Cukuplah 2 tahun lepas melihat Syifa lemah, pucat dan sakit di katil hospital.

Namum dalam masa yang sama, dia turut bangga dengan Syifa kerana sanggup

Setelah beberapa minit berkayuh, akhirnya mereka sampai kerumah.

Syifa pergi ke dalam rumahnya manakala Insyirah pergi ke arah kawan-kawannya. Dia ingin menceritakan apa yang berlaku di klinik tadi.
-
SYIFA masuk ke dapur dan menyimpan segala ubat-ubatan hajah Faezah di dalam sebuah kotak khas. Dia merenung sejenak kotak ubat itu.

Sudah lebih 5 tahun hajah Faezah sakit, batuk-batuk namun belum juga hajah Faezah sembuh-sembuh. Kalau dia sembuh pun, sekejap je. Lepas beberapa hari, batuknya akan menyerang semula.

Fikiran Syifa memikirkan jikalau umminya ada menyorokkan sesuatu darinya. Namun dia menghalau perasaan itu jauh dari otak fikirannya. Dia ingin melangkah keluar. Sempat dia mengerling jam dinding di ruang tamu.

"Hah dik, baru balik?" Soal seseorang dari arah tangga. Syifa yang terkejut memegang dadanya. Dia menoleh. Rayqal lah orangnya. Abang yang paling dia rapat selepas Saiful.

"Hish abang Ray ni. Main sergah je. Kalau adik ada penyakit jantung, nino nino ambulans lah jawabnya adik." Bebel Syifa. Rayqal tersengih.

"Ni abang bila balik? Mana yang lain? Abang Kimi, abang Fir dan abang Fiq ada dekat atas ke? Abang Az, abang Zim, abang Zi dan abang Shah dah balik kerja ke? Ummi mana?" Bertubi-tubi soalan yang di tanya oleh Syifa.

"Ya Allah adik aku ni, cuba tanya satu-satu. Abang baru balik dalam beberapa minit yang lepas. AIMANS ada kecuali abang Fir sebab dia keluar. AHMADS ada kecuali abang Shah sebab katanya pengetua sekolah panggil dia." Terang Rayqal panjang.

"Ummi?" Sekali lagi Syifa menyoal Rayqal.

"Hm, ummi? Tak silap abang, ummi dekat bilik tadi. Rehat kut. Hah sekarang ni biar abang yang tanya adik." Syifa dah sedia untuk menjawab segala pertanyaan abangnya.

"Adik dari mana? Keluar dengan siapa? Usrah Jamilah kan ada dekat luar. Buat apa keluar? Tadi dekat dapur tu buat apa? Inhaler adik dah beli ke belum? Semalam adik buang kan?" 5 soalan sekaligus di soal pada Syifa.

Syifa menarik nafas panjang.

"Adik dari klinik. Adik keluar dengan Insyirah. Adik suruh Ain dan Iqah tinggal. Adik beli ubat ummi sebab habis. Dekat dapur tadi simpan ubat ummi. Inhaler..." dia memberhentikan ayatnya disana. Tak tahu macam mana hendak sambung.

"Inhaler?" Syifa takut-takut untuk menjawab soalan Rayqal. Kalau dengan Rayqal ni tipu takde guna.

"Adik tak beli?" Tekanya. Dan akhirnya, Syifa menggeleng kepalanya perlahan. Kepalanya di tundukkan takut melihat muka abangnya. Rayqal mengeluh.

"Kenapa adik tak beli? Adik tahu kan inhaler tu penting." Tegurnya lembut. Takut adiknya itu terasa.

"Tadi, adik cuma bawa 30 rm macam biasa. Tak tahu pulak harga inhaler tu naik 20 rm. Semuanya 35 rm. Adik ambil keputusan untuk tak beli inhaler dan beli ubat ummi 2." Ceritanya.

"Takpelah dik. Nasib adik baik tau abang punya ada spare. Kalau tak, abang pun tak tahu apa yang akan jadi." Ucapnya. Rayqal juga mempunyai asma tapi tidak seteruk Syifa.

Syifa cuma mengangguk lalu memeluk abangnya.

"Terima kasih abang. Adik minta maaf sebab susahkan abang." Ucapnya. Rasa bersalah sebab mengambil hak abangnya.

"Adik tak pernah susahkan abang. Bagi abang, adik ni bagai permata. Kena jaga. Adik perempuan yang abang paling sayang selepas ummi. Kalau abang ada isteri sekalipun, dia akan jadi yang ketiga." Kata-kata Rayqal mengundang tawa Syifa.

"Amboi abang, dah fikir tentang kawin ke? Belajar pun belum habis lagi." Usik Syifa. Rayqal turut ketawa. Syifa mengundur diri untuk berjumpa rakan-rakannya lalu dia keluar.
-
USRAH Jamilah menunggu kelibat Syifa. Setelah kelibat Syifa kelihatan, mereka menyerbunya dan bermula sesi temu bual antara mereka.

"Weh, weh chill chill. Ni kenapa serbu aku macam aku nak kena bawa temu bual ni." Marah Syifa.

"Memang kami nak temu bual kau. Weh, kenapa kau tak beli inhaler tu? Kau tahu kan inhaler tu penting." Lantang Ain bersuara. Syifa menutup mulut Ain takut jiran sebelah dengar.

"Perlahankanlah sikit suara kau tu. Nanti abang aku dengar mati aku." Syifa melepaskan Ain.

"Biarlah dia dengar. Biar dia tahu apa kembar dia ni dah buat. Kau tahu tak asma kau tu dah teruk. Sekali kau tak sedut inhaler tu malam ni, ada kemungkinan yang asma kau akan merebak." Bebel Iqah pula.

"Apa, adik? Abang dengar adik tak beli inhaler, betul ke?" Sampuk Saiful. Sedari tadi perbualan Usrah Jamilah menjadi tumpuannya. Tetapi bila tiba bahagian inhaler Syifa, dia terus mencelah.

Syifa pula sudah resah. Namun dia memikirkan jalan untuk menyusun ayat.

"Okey, abang dengar dulu apa yang adik nak cakap. Ye betul adik tak beli inhaler tu sebab adik tak bawa duit banyak tadi. Adik cuma beli ubat ummi 2. Kalau adik tak beli ubat ummi, ummi akan bertambah sakit. Adik boleh pinjam abang Ray punya. Dia ada spare. Ubat ummi betul-betul dah habis jadi adik beli lah." Kata Syifa panjang lebar.

"Tapi adik tahu kan..."

"Ye, adik tahu inhaler tu penting. Adik tahu asma adik makin teruk. Tapi antara adik dan ummi, dalam rumah ni ummi takde ubat yang sama. Adik masih boleh pinjam inhaler abang Ray kan." Potongnya pantas.

Saiful terdiam. Dia tahu dia takkan pernah menang berbahas dengan kembarnya itu.

"Syifa! Saiful! Mari masuk makan tengahari. Jemput kawan-kawan kamu sekali." Jerit hajah Faezah dari muka pintu rumah. Mereka hanya akur.

Syifa menolong hajah Faezah menghidang makanan di ruang makan. Semua abang-abangnya juga berada di situ kecuali Firhad dan Shahrul kerana mereka belum pulang lagi.

"Ummi, walid mana?" Soal Nazmi kerana sedari tadi tidak melihat kelibat ayahnya.

"Walid gerak outstation. Katanya kena beritahu semalam. Sebab tu pagi tadi dia cepat-cepat keluar." Balas hajah Faezah.

Haji Mohammad ialah seorang pemilik syarikat yang berjaya. Namun begitu, syarikat itu bukan di antara top 5 atau 10 yang terkenal. Masih banyak lagi syarikat yang lagi tinggi. Sebab tu haji Mohammad dan haji Arshad, abang kepada haji Mohammad berusaha keras untuk menaikkan lagi rangking syarikat itu.

Selepas itu, mereka terus menikmati hidangan yang di sediakan oleh hajah Faezah sebentar tadi. Air tembikai pula di buat oleh Syifa.

Bersambung...

Alhamdulillah 1000+ words untuk chapter ni...

Terus membaca dan memvote ye😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro