Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15-PERUBAHAN

Bismillah, selamat membaca🤗
-
SETELAH 3 hari tidak hadir ke sekolah, hari ini, mereka ber8 berjalan menuju ke sekolah. Yelah, pada hari Khamis, basikal mereka di tinggalkan di sekolah.

Perjalanan itu mengambil masa 25 minit. Tipulah kalau kata mereka tak penat. Nasib sahaja mereka mengisi perut mereka dengan sarapan pagi tadi.

Mereka sampai lewat sedikit iaitu pada pukul 7.05 pagi. Selalu 6.30 atau 6.45 pagi. Dan selalunya belum ada sesiapa. Tapi kini, ada dalam beberapa orang sudah hadir.

Mereka masuk ke kelas masing-masing. Syifa menuju ke kelas 7 Teratai. Kelihatan pintu sudah di buka dan ada orang di dalam. Siapa lagi yang awal datang kalau bukan 3 sahabat itu.

Ikmal, Kasyaf dan Waliyah memandang Syifa yang baru melangkah ke dalam kelas. Mukanya nampak pucat namun di hias dengan senyuman.

"Syifa, kau okey? Takziah. Aku minta maaf sebab tak datang tahlil kau semalam dan hari Jumaat. Ibu bapa aku sibuk." Ucap Ikmal.

"Takziah ye Syifa. Aku pun minta maaf. Aku tak datang sebab takde siapa yang nak hantar. Ibu bapa aku outstation. Kakak dan abang aku dekat kolej. Adik aku asrama." Jelas Kasyaf.

"Aku pun minta maaf juga. Aku nak datang tapi, kau tahulah kan keluarga aku macam mana. Ibu aku dah cerai dengan ayah aku. Ibu aku, aku tak tahu dia dekat mana. Ayah aku sibuk dengan kerja. Aku anak sulung. Takkan nak harapkan adik aku pula kan." Terang Waliyah pula.

Syifa mengangguk faham. Dia tak salahkan rakannya itu. Jam di tilik. Hari ni hari apa? Isnin. Nasib tak ada perbarisan pagi. Tapi dia bertugas dekat mana eh?

Syifa mengingati jadual bertugasnya. Oh tidak! Hari ni dia bertugas jaga pagar! Dengan Haiqal!

"Semua, hari ni baca Ratib. Zahira ketuai. Jangan ada yang merayau." Arah Syifa. Dia menoleh kearah Waliyah pula.

"Liya, aku pergi dulu. Aku dah lambat ni." Terua Syifa pecut keluar dari kelas. Waliyah ketawa kecil melihat gelagat Syifa.
-
PAGAR menjadi destinasi utama. Mampus dia! Dia sudah lambat 20 minit. Atau boleh di katakan, dia langsung tidak bertugas. Dia bersedia untuk menghadap bebelan Haiqal.

Namun, di hadapan Haiqal, Haiqal tidak memarahinya. Syifa pelik. Hendak bertanya takut pula nanti di marahi. Tak tanya banyak pula tanda soal di kepala ni.

"Takpe, aku tak marah. Aku tahu kau penat. Hari Rabu, kau kena fitnah. Hari Khamis, walid kau meninggal. Sabtu sampai semalam, kau demam teruk. Hari ni, kau bebas. Aku tahu kau masih sakit kan sebenarnya. Takpe, aku takkan marah kau." Kata Haiqal lembut.

"Maaflah susahkan kau. Kalau aku tak lewat tadi pasti kau tak penatkan." Kata Syifa bersalah. Haiqal terpaku. Ini kali pertama melihat Syifa berlembut atau lebih tepat, berlembut kerana rasa bersalah.

"Takpe, dah kau boleh tutup pagar je. Lepastu kita pergi tingkat 6." Arah Haiqal. Syifa patuh lalu membuat arahan Haiqal. Haiqal tersenyum. Betullah kata orang, kalau kita tak cari gaduh, orang tu hanya akan berlembut.

Syifa sedar akan perubahan drastik Haiqal. Namun dia diamkan saja. Perkara baik. Nanti di tegur jadi singa tak tentu pasal.
-
KELAS bermula dan berakhir seperti biasa. Kelas kian berakhir kerana waktu rehat sudah tiba. Syifa dan rakannya yang lain menuju ke kantin.

Ain dan Muiz membeli makanan. Iqah dan Mika membeli minuman. Manakala yang lain mencari tempat duduk. Mereka mengambil tempat duduk barisan kedua daripada kedai minuman.

Sedang seronok mereka makan, berbual dan bergelak tawa. Muncul nyamuk-nyamuk jadian mengacau mereka. Usrah Jamilah dan Hot Boy menayang muka menyampah.

"Hye baby, i miss you. Kenapa hari Jumaat you tak datang?" Soal Emma gedik. Huh meremang bulu roma.

"Aku tak rindu kau." Balas Haiqal sinis. Hot Boy yang lain menahan tawa. Emma menunjuk muka cemberutnya.

"Eh, kau dan kawan kau ni. Daripada menyemak dekat sini macam nyamuk, baik blah." Halau Muiz. Amarah Emma dan Diva Babes yang lain membuak.

"Nak marah lah tu. Kenapa? Nak cendol?" Tercetus tawa mereka semua termasuk Syifa sekali.

"You! You...Tengok Muiz tu. Sampai hati dia cakap i dan kawan i nyamuk." Rengek Emma manja.

"Betullah dia nyamuk. Nyamuk jadian tak sedar diri." Kutuk Iqah.

"Hey, you! Shut your mouth." Marah Kayla. Iqah menghiraukannya.

"Kenapa tak suruh kawan kau yang senyap? Dari tadi merengek je." Balas Mika pula.

"Suka hati i lah. Mulut i." Balas Kayla lagi.

"Dan suka hati dia lah nak cakap apapun. Mulut dia." Mika membackup Iqah.

"Bisinglah korang ni. Rimas tau tak!" Marah Ain.

"Kau menyibuk pahal?" Marah Masyita pula. Matanya memandang benci pada Ain.

"Aku menyibuk? Bukan korang ke yang sibuk-sibuk datang sini lepastu merengek tak tentu pasal." Tembak Ain.

"You...Tengok Ain tu." Rengek Masyita pada Muiz. Muiz menjeling.

"Sai, tengok apa perempuan-perempuan dan kawan-kawan you buat." Rengek Ariana pula.

"Ni ke Diva? Takde ciri-ciri Diva langsung." Sindir Insyirah.

"You..you apa tahu. Semua tertutup. Pakaian lama." Ejek Ariana lagi.

"Lebih baik tertutup semua daripada terbuka. Aku ada maruah. Kau masih ada?" Sinis soalan Insyirah. Ariana berura-ura untuk tampar Insyirah namun di halang pantas oley Syifa.

"Kau takde hak nak tampar kawan aku." Marah Syifa. Dia menggenggam tangan Ariana kuat sehingga dia mengerang kesakitan.

"Dan you takde hak nak sentuh kawan i." Marah Emma lalu melarikan tangan Ariana.

"Huh, tak hingin aku ada kakak ipar macam kau." Zzap. Tertusuk pada hati nyamuk-nyamuk jadian itu.

"Dah, aku takde mood nak layan semua ni. Haiqal, Muiz, Ain...bertugas. Yang lain makan lepastu masuk kelas. Kau, kalau takde kerja jangan sampai aku beri kerja. Kerja tahu nak kacau orang je." Syifa berlalu membuang sampah lalu menuju bersama Ain ke tingkat 5 untuk meronda.

Emma dan Diva Babes yang lain terdiam. Emma menahan marah lalu mereka semua berlalu pergi. Usrah Jamilah dan Hot Boy saling berpandangan.

"Dah kenapa dengan Syifa tu? Mood swing semacam je." Soal Iqah.

"Haih kau ni, kau tahu lah kan baru je beberapa hari lepas walid dia tinggalkan dunia ni. Semalam dia demam. Hari ni, nyamuk tu ganggu kita. Mungkin sebab tu kut." Teka Insyirah.

Mereka semua mengeluh perlahan. Haiqal dan Muiz sudah bergerak ke tempat bertugas. Mereka pula membuang sampah dan membuat haluan masing-masing.
-
SEDANG sibuk mereka berdua meronda, muncul pula Hot Prince dengan gaya yang boleh membuat semua perempuan lain cair tapi bukan Usrah Jamilah.

Syifa dan Ain menjeling. Tingkat 5 ni sunyi. Tapi adalah juga orang yang  sedang berlatih membuat eksperimen di makmal-makmal yang tersedia di sini.

"Argh sudah, monyet jadian tu datang pulak!" Rungut Syifa. Suaranya di kuatkan supaya Hot Prince mendengar.

"A'ah kan Fa, sibuk je." Balas Ain.

'Muka aku yang hensem ni dia cakap monyet.'

Okey guyz, jom cakap ni dekat Hot Prince. P to the E to the R to the A to the S to the A to the N. PE to the RA to the SAN. PERASAN.

"Hai sayang." Ucap Khairul. Syifa menjeling.

"Siapa sayang kau?" Balas Syifa.

"Alah you ni...sportinglah sikit. You kan sayang i. Bakal wife i." Ucap Khairul lagi. Rakannya yang lain hanya berdiam diri. Membiarkan ketua mereka berbahas sesama sendiri. Begitu juga Ain.

"Tak hinginlah aku nak jadi isteri kau." Ujar Syifa tanpa memikirkan perasaan Khairul. Huh, peduli apa.

"Eh, eh dah. Waktu rehat tinggal 5 minit. Korang boleh pergi. Blah, blah." Halau Syifa. Hot Prince mengalah. Syifa ni pemenang berbahas tau.

Syifa dan Ain menaiki tangga menuju ke tingkat 6. Selepas melapor, mereka menuju ke kelas masing-masing dan tepat pada masa, lonceng tamat waktu rehat berbunyi. Sir Adam iaitu guru matapelajaran Add Maths masuk ke kelas 5 Teratai.

Bersambung...

Alhamdulillah, 1100+ words...😊

Ly janji in sha Allah, besok, Ly akan update 5 bab. Lepastu, rehat jap kalau tangan ni tak gatal nak menulis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro