BAB 11-KEBENARAN
Bismillah...mari mulakan🤗
-
SELESAI memberi salam, dia menadah tangan untuk berdoa. Sembahyang Isya sebentar tadi di lakukannya dengan penuh khusyuk.
"Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa-dosaku. Dosa kedua ibu bapaku, peliharalah mereka sebagai mana mereka telah memeliharaku sejak kecil. Ampunilah dosa adik beradikku yang sedarah daging denganku, guru-guru yang telah mendidikku, sahabatku yang sentiasa ada denganku dan rakan-rakan seperjuanganku yang sentiasa berjuang bersamaku dalam islam."
"Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah. Jauhkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Masukkanlah kami ke syurgamu ya Allah. Jauhilah kami dari perkara-perkara yang mungkar."
"Ya Allah, sesungguhnya hari ini aku di uji. Aku bermohon kepadamu ya Allah agar memudahkan segala urusanku. Janganlah kau biarkan mereka yang lain mendapat dosa kerana mengutuk, menghina dan memfitnah. Kerana sesungguhnya, mereka tidak tahu kebenarannya."
"Permudahkanlah urusan kami ya Allah. Robbana atina fiddunya hasanah, wafilalhirati hasanah, wakina azab bannar. Wasollahu a'la sayyidina muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahi robbil alamin. Amiin..." dia mengaminkan doanya tadi.
Dia membuka telekong yang di pakainya lalu melipatnya dan di simpan di dalam beg. Sejadah di gantung di tempat khas. Syifa keluar ke balkoni. Menghirup udara segar pada malam itu. Cahaya bintang yang menerangi langit yang gelap.
Di duduk di kerusi yang tersedia. Dia mengambil gitarnya. Dia memainkan gitarnya sambil bernyanyi.
Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan,
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan.
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha,
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Dimana kau berada
Percapaian tak tiba dengan mudah
Kini, standing in the eyes of the world.
Hanyalah selangkah dari nyata. Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah dengan gagah
Bersemangat kearah matlamat sedaya upaya
Engkau tengunggul
Wajar standing in the eyes of the world
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua milik tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Syifa memahami lirik lagu tersebut. Ye, ujian, dugaan dan cabaran harus di hadapi. Sepahit mana pun ia. Semua telah tertulis. Semuanya takdir kita. Baik buruk perkara itu kita tak dapat ubah. Kita dapat hadapinya. Allah rindu dengan kita sebab itu Allah bagi kita 'hadiah'. Dan hadiah itu adalah ujian.
Allah uji hambanya kerana Dia tahu kita mampu hadapinya. Allah takkan uji sekiranya ianya melebihi kemampuan kita. Syifa menghembus nafas dan mengkir senyuman. Dia masuk ke bilik untuk menyedut inhalernya. Selepas itu, dia membasuh kaki dan merebahkan badannya di katil. Akhirnya, dia terlelap.
-
DIA meraup wajahnya kasar. Rambut yang tadinya terurus kini serabai. Baru saja dia ingin mengambil angin di luar. Dia ternampak pula Syifa menyanyi sambil memetik gitar.
Dia memahami lirik lagu tersebut. 'Kenapa lirik lagu tu macam kata dia kena hadapi ujian yang di beri? Bukan dia memang salah ke?' Bisik hati Haiqal. Teringat dia kata-kata Saiful di sekolah.
Flashback
Haiqal, Muiz dan Mika sedang menunggu Saiful di belakang dewan. Kata Saiful, dia hendak mengatakan sesuatu. Sejujurnya, Haiqal tidak mahu untuk berjumpa dengan Saiful lepas perkara yang di sebarkan mengenai Syifa.
Tiba-tiba Saiful datang dan menumbuk bahu Haiqal.
"Woi Sai! Apa ni?" Marah Muiz. Dia dan Mika menolong Haiqal.
"Itu, sebab dah sakiti hati adik aku." Katanya. Haiqal senyum sinis.
"Sakitkan? Kau tahu tak adik kau tu buat salah. Salah besar! Berdua-duaan dengan bukan muhrim. Berpegangan. Kau masih nak backup dia?" Hambur Haiqal. Amarahnya datang kembali.
Lalu satu lagi pukulan hinggap ke bahu Haiqal sehingga membuat dia jatuh kembali.
"Sai, rileklah." Tegur Mika lembut. Bukan lembut pondan ye.
"Itu, sebab dah tuduh adik aku yang bukan-bukan." Satu ayat sudah cukup membuat Hot Boy mengangkat kening.
"Apa kau nak cakap sebenarnya Sai? Adik kau tak bersalah? Bukti dah adalah. Kau masih nak nafikan lagi?" Kali ini, Muiz pula naik angin. Saiful senyum sinis.
"Aku tak nak bagitahu sekarang. Sebab aku tunaikan arahan adik aku. Walauapapun yang terjadi, dia tetap adik aku. Besok, korang akan tahu sebabnya. Tunggulah. Aku nak tengok apa reaksi korang." Ucap Saiful sebelum melangkah pergi.
End of Flashback
"Argh!" Kusut. Itu yang jadi pada dirinya. 'Apa? Apa sebenarnya yang jadi? Menuduh? Syifa betul-betul salah. Bukti dah ada kut!' Marah hatinya.
Dia menggelengkan kepala. Dia membaringkan dirinya di katil. Lalu perlahan-lahan, dia terlelap.
-
KEESOKAN paginya, semua pelajar turun ke tempat perhimpunan pagi. Syifa sebagai pengawas bagai angin. Tiada sesiapa yang menghiraukannya. Sekarang, yang masih setia dengannya hanyalah Saiful, Usrah Jamilah, Ikmal, Kasyaf dan Waliyah.
Pelajar diminta untuk bertahan sekejap kerana pengetua ingin menyampaikan sesuatu. Ramai pelajar mengeluh kerana selalunya kalau pengetua dan berucap, pasti lama.
"Baiklah sebelum apa-apa, saya nak semua pengawas berdiri di hadapan pentas ini. Saya juga nak pelajar bernama Syifa Aulia Nur Hasanah dan Hasan Saifullah untuk ke depan." Arah pengetua.
Syifa keluar dari barisan pengawas. Begitu juga Saiful. Namun tidak lama selepas itu, terdengar kutukan para pelajar yang melihat Syifa di pentas.
"Ee, itu perempuan tak tahu malu tu kan?"
"Dia perempuan gatal tu."
"Dengan guru pun nak gatal?"
"Pengetua? Kenapa pengetua masih panggil dia sedangkan dia dah buat salah?" Tindakan paling berani dari seorang pelajar yang benci terhadap Syifa iaitu Haiqal, si ketua pengawas.
"Semua, jaga kelakuan kamu. Jangan nak mengutuk saja kerja." Arah pengetua lagi.
"Kami ke yang salah pengetua? Syifa dah buat salah besar. Bukan setakat salah biasa, tapi HARAM sebab berpegangan dengan bukan muhrim. Guru pulak tu. Syifa tak layak jadi penolong saya." Bentak Haiqal kasar.
Saiful ingin saja turun dari pentas dan menumbuk Haiqal tapi di tahan oleh Syifa.
"Haiqal! Jaga kelakuan kamu! Kamu tu ketua pengawas! Tunjuk kelakuan yang baik sikit!" Marah ustazah Wardah. Kesian dia melihat anak muridnya di hina depan-depan.
"Tunjuk kelakuan baik sebab saya ketua? Jadi dia penolong tak payah tunjuk akhlak baik ke? Depan memang dia tunjuk baik. Belakang? Dia tu syaitan bertopengkan manusia!" Hina Haiqal.
Bagai di belah hati Syifa. Di hina. Di caci. Di maki. Kalau boleh dia nak jerit. Namun apa kah daya? Dia cuma gadis biasa yang mampu tabah. 'Takpe Haiqal, sekejap je lagi. Kebenaran akan muncul.' Bisik hati Syifa.
"Diam! Saya taknak dengar apa-apa lagi." Jerit pengetua.
1000 words
"Saya nak sir Shah untuk tampil ke hadapan. Saya nak kamu bertiga sebut nama penuh." Arah pengetua pada Saiful, Syifa dan Shahrul. Semua ada huruf S di depan nama mereka.
"Hassan Saifullah bin Haji Mohammad."
"Syifa Aulia Nur Hasanah binti Haji Mohammad." Hati Syifa berdebar saat memasing microphone kepada Shahrul. Segala rahsianya bakal terbongkar.
"Shahrul Ahmad. Shahrul Ahmad bin Haji Mohammad."
"Dan seperti yang kamu dengar. Nama ayah kami sama. Kami adik beradik. Saya abang kepada Saiful dan Syifa." Ujar Shahrul tenang
Semua pelajar di sana terlopong. Terkejut. Terkedu. Dan semua TER-lah kecuali Usrah Jamilah, Ikmal, Kasyaf dan Waliyah.
Selama ini mereka hina, caci, maki Syifa yang sebenarnya tidak bersalah. Berdosanya mereka kerana mengutuk dan menuduh perkara yang tidak benar.
Haiqal di situ terkedu. Muka dia jelas terkejut dengan kenyataan yang baru di nyatakan. 'Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Ya Allah, ampuni dosaku.' Gertu hati Haiqal.
"Jadi, selepas pengakuan kami ni saya harap tak akan ada lagi yang membuat hinaan yang tak benar. Sebelum buat andaian siasat dulu. Jangan main tuduh. Faham!" Arah Shahrul tegas.
Semua pelajar menganggukkan kepala. Microphone di beri pula pada Saiful.
"Em, aku takde apa-apa nak cakap rasanya. Tapi satu je, aku tak suka kalau ada orang sakitkan hati adik aku. Sesiapa yang cuba sakitkan, cederakan Syifa, korang soroklah dekat mana pun, aku akan cari korang sampai ke lubang cacing." Gertak Saiful. Semua pelajar sudah gerun
"Em, saya takde apa-apa nak cakap. Saya tak marah korang. Cuma nasihat saya, jangan cepat percaya atau menuduh perkara yang kita tak pasti benar. Sebab di penghujungnya, korang sendiri akan menyesal jikalau andaian korang salah." Pesan Syifa lembut. Tiada nada kasar atau marah.
Semua guru tersenyum melihat tingkah laku Syifa yang sopan dan penyabar walaupun dirinya baru selepas di hina oleh pelajar di depannya. Syifa memang layak di lantik mejadi penolong ketua pengawas. Ketika itu, Haiqal menunduk malu. Malu atas apa yang dia ucap tadi.
"Baik, semua boleh masuk kelas. Pengawas yang bertugas, sila aturkan barisan mereka. Syifa, jumpa saya di tingkat 6." Arah ustazah Wardah. Syifa mengangguk tanda akur.
-
LENCANA bewarna unggu di serahkan pada Syifa. Syifa yang melihat mengangkat kening kerana tidak memahami situasi ini.
"Ini, lencana untuk pelajar contoh. Setiap tahun, kamu tahu yang pelajar contoh pasti wujud. Hari ni, kamu telah buktikan yang kamu seorang yang sabar dan tabah. Orang dah hina kamu tapi kamu masih maafkan dorang. Senyuman masih kamu ukir." Jeda.
"Dengan itu, saya, ustazah Wardah melantik kamu sebagai pelajar contoh dan pelajar harapan murid straight A." Ucap ustazah Wardah gembiram. Syifa tersenyum senang. Dia mengucap syukur.
"Dan, tolong pesan dekat kelas 5 Mawar untuk pergi ke surau semasa tempoh pembelajaran saya. Terima kasih ye Syifa." Arahnya lagi.
"Baik ustazah. Terima kasih. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Ucap Syifa tenang. Ustazah Wardah mengangguk dan membalas salam.
Bersambung...
1400+ words..
Harap ramailah yang sudi baca dan vote...setakat ni, karya yang kedua mendahului as in banyak readers dan voters...Ly harap, korang semua sudilah capai target yang diharapkan😊
See ya👋
Next update malam ni, in sha Allah🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro