BAB 10-DI FITNAH
Bismillah, semoga semua berpuas hati😊
-
PELAJAR sekolah memandang sinis ke arah Usrah Jamilah yang sedang dalam perjalanan pulang dari perpustakaan menuju ke kelas. Usrah Jamilah memandang pelik.
"Hei, dia kan pelajar yang menggedik dengan sir tu." Bisik salah seorang pelajar. Bisik apanya kalau orang yang dia katakan tu dengar.
"Eleh depan tunjuk baik, belakang perangai macam syaitan." Kutuk lagi seorang pelajar perempuan berdekatan.
"Harap je pengawas tapi rupanya dia ni syaitan bertopengkan manusia!" Kali ini, Syifa dan Ain mula gelisah. Yelah, dalam Usrah Jamilah mereka je yang pengawas.
Syifa teringat balik pesanan yang dia dapat semalam.
'Bersedialah untuk hari esok!'😏
Hari esok? Bermakna hari ini. 'Ini ke yang penghantar pesanan semalam maksudkan? Tapi kenapa pula orang pandang aku macam tu? Apa yang terjadi?' Banyak persoalan muncul di dalam fikiran Syifa.
Tiba-tiba, Usrah Jamilah terserempak dengan Hot Boy. Mereka mendekati Hot Boy tapi lain pula jadinya.
"Kor.." belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, dia terhenti bila melihat Haiqal tersenyum sinis sebelum mukanya berubah dingin.
"Kau nak apa syaitan?" Dan kata-kata itu membuat Usrah Jamilah terkejut.
"Apa ni Haiqal? Takde angin takde ribut tiba-tiba panggil aku dan geng aku syaitan. Kau pahal?" Marah Syifa. Ketika itu, Saiful tiada bersama.
"Heh, korang tak payah nak berpura-pura tak tahulah. Syifa, aku ingat selama ni kau perempuan yang baik. Tak terhegeh-hegeh atau tergedik-gedik dengan lelaki, rupanya, heh, kau sama je dengan dorang." Balas Muiz. Tidak memikirkan lagi hati gadis yang mendengarnya.
"Masih nak selindung Syifa. Kau tengok ni." Haiqal mengeluarkan kertas dari poket seluarnya yang sudah di gumpal lalu di buka semula.
Berita Tergempar Guyz!!!
Image.
'Nampak tak penolong ketua pengawas kita iaitu Syifa Aulia Nur Hasanah tergedik dengan guru kita iaitu sir Shah. Sampai suruh sir Shah pegang bahu dia lagi. Tambah lagi, dia keluar dari bilik sakit. Entah apa yang dia buat dalam tu. Eww, layak ke dia ni jadi penolong pengawas kita? I don't think so. Muka depan baik tapi belakang, rupanya dia ni syaitan. Syaitan bertopengkan manusia! Entah-entah geng dia pun sama. Usrah Jamilah, tak layak nama kumpulan itu di sebut-sebut kalau mereka sendiri buat perkara tak elok!'
Syifa menutup mulutnya tanda terkejut. Gambar itu, gambar di mana Shahrul memapahnya dengan memegang bahunya dari belakang. Gambar yang mempunyai maksud yang tersembunyi. Bermaksud tidak lama lagi, pasti rahsia akan terbongkar.
"Masih nak selindung Usrah Jamilah?" Soal Haiqal sinis. Bencinya terhadap Usrah Jamilah lebih-lebih lagi Syifa semakin bertambah dan membuak-buak.
"Aku tak buat semua tu!" Bentak Syifa. Ye. Dia akui gambar itu benar. Tapi kenyataan itu salah. Shahrul adalah abangnya. Dia ada hak untuk pegang Syifa kerana Syifa ialah mahramnya.
"Kau jangan nak nafikan lagilah! Bukti dah ada! Perempuan macam kau tak layak jadi penolong aku!" Jeritnya sehingga membuat ramai yang menjadi pemerhati drama percuma itu.
Haiqal menolak tubuh Syifa sehingga jatuh. Hampir sahaja dia menampar gadis itu tapi di tahan oleh Mika. Dia merasa simpati pada gadis itu. Walaupun dia tahu tentang perkara yang di sebarkan itu, melihat kesungguhan Syifa membentak tadi, dia tahu pasti ada sesuatu yang di sorokkan iaitu kebenaran.
Haiqal pergi tanpa kata maaf. Muiz juga berlalu setelah memberi jelingan maut pada Usrah Jamilah. Terkumat kamit mulut Mika menyatakan maaf sebelum berlalu pergi.
Syifa pergi ke tempat sunyi di ikuti Usrah Jamilah.
"Kenapa takde yang percayakan aku?" Soal Syifa. Air matanya di tahan sebaik-baiknya. Baru sahaja 4 hari persekolaham pada tahun baru, sudah bermula perang hangat.
"Kami percayakan kau Syifa." Kata Insyirah mewakili Usrah Jamilah yang lain. Ain dan Iqah menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata Syifa.
"Abang ada untuk adik." Ucap seseorang dari arah belakang. 4 gadis itu menoleh. Kelihatan Saiful berdiri sambil tersenyum ikhlas.
Syifa terharu. Walaupun hampir semua pelajar sekolah ini membencinya, dia bersyukur kerana mempunyai sahabat dan abang yang sentiasa menyokongnya.
Usrah Jamilah meneruskan perjalanan ke kelas masing-masing tanpa menghiruakan pandangan pelajar yang lain. Aktiviti pada pagi Rabu itu ialah bacaan surah al-Maidah.
-
HAMPIR ke semua pelajar 5 Teratai menghiraukan dirinya yang berada di situ. Syifa bagai angin yang hanya berlalu. Hanya Ikmal, Kasyaf dan Waliyah sahaja yang masih bertegur sapa. Kerana mereka bertiga tahu identiti sebenar Syifa dengan Shahrul.
Lonceng rehat berbunyi. Semua pelajar bergegas keluar. Ikmal, Kasyaf, Waliyah dan Syifa belum keluar. Syifa mengukir senyuman di bibir. Walaupun dia senyum, di dalam hati pasti ada kesedihan yang melanda.
"Syifa, aku harap kau tabah dengan semua yang terjadi." Kata Waliyah. Dia memberi semangat kepada kawannya itu.
"Aku redho. Allah uji kita sebab dia sayang kita. Dan Allah uji kita sebab dia tahu kita mampu hadapinya. Allah juga uji kita sebab dia nak tahu kita ni ingat atau tidak padanya waktu kita susah." Terang Syifa dengan senyuman.
'Ya Allah, kentalnya hati gadis ini. Kau bantulah ia. Bantulah dia menghadapi dugaan yang kau berikan ini ya Allah.' Bisik hati 3 hamba Allah yang melihat Syifa.
"Syifa tak nak rehat ke?" Tanya Kasyaf. Syifa menggeleng. 3 sahabat itu keluar meninggalkan Syifa sendiri di kelas. Syifa mengeluh perlahan. Dia keluar dari kelas untuk menghantar laporan pengawas.
Dia menaiki tangga menuju ke tingkat 6. Di dalam lif pula, dia terserempak dengan Haiqal yang kebetulan hendak menuju tempat yang sama. Haiqal tersenyum sinis buat kali ke berapa entah.
"Huh, dah buat salah masih nak tunjuk muka, kan. Kau ni memang tak tahu malu." Sinis sekali kata-katanya. Namun Syifa hanya berdiam diri.
"Dahlah buat perkara tak betul, lepastu bisu pulak." Ejeknya lagi. Syifa menahan amarahnya. Sesampainya di tingkat 6, pintu lif terbuka. Syifa hendak keluar tetapi badannya di rempuh kasar oleh Haiqal sehingga dia terjatuh.
Ramai yang mentertawakannya. Haiqal mendekatinya. Dia mencakung.
"Lemah." Katanya sepatah namun satu patah perkataan itu sudah memberi banyak makna kepada gadis itu. Syifa bangkit dari jatuhnya.
"Aku tak salahkan kau Qal." Ujar Syifa sebelum berlalu pergi meninggal Haiqal yang terpinga-pinga.
-
WAKTU sekolah berlalu dengan cepat. Tengahari hingga ke petang. Tiba masanya untuk balik. Namun tidak bagi pelajar dan mentor yang terpilih. Memandang semalam sudah taklimat, maka hari ini, bermulalah sesi mentor mereka.
Situasi Syifa
Syifa bersama pelajar yang dia akan mentorkan iaitu Naim dan Malissa. Mereka sekarang berada di perpustakaan untuk belajar Sains.
"Kamu berdua ni tingkatan 3 kan? Kamu PT3 tahun ni. Jadi, akak harap kamu semua dapat faham apa yang akak ajar. Kalau tak faham, kamu boleh tanya. Malu bertanya sesat jalan, boleh?" Ujar Syifa lembut.
Malissa mengangguk. Naim buat bodoh.
"Naim, boleh ke tak?" Soal Syifa.
"Hish kau ni, boleh tak jangan ajar aku macam ajar kanak-kanak derjah satu." Bentak Naim.
"Yang di sana, tolong jangan bising. Sini untuk belajar. Kalau nak bising keluar." Marah cik Fina iaitu guru pengawas perpustakaan.
"Takpe kita teruskan. Naim, akak minta maaf kalau kamu rasa akak ajar kamu macam budak kecil. Kamu kena faham, kalau akak ajar kamu betul-betul, nanti kamu akan jadi macam tu." Kata Syifa sambil menunjuk kearah Saiful yang sedang melatih kedua-dua mentornya berlari. Tegas dan bengis wajah Saiful.
"Nak?" Cepat-cepat Naim menggeleng.
"Okey dah, buka buku teks muka surat 5. Tajuk hari ini ialah..." dan Syifa mengajar kedua mentornya sehingga pukul 5 petang.
Situasi Haiqal
Haiqal berada di kantin bersama mentornya. Mukanya langsung tiada secalit senyuman. Yang di tunjuknya ialah muka dingin. Ishraf dan Amani sudah takut.
"Baik, seperti yang saya maklumkan, hari ni belajar subjek Sejarah." Katanya lalu terus membuka buku teks tanpa menghiraukan pelajar yang di mentorkannya.
Beberapa minit selepas itu,
"Ee, ab..abang Qal. Ee, boleh saya nak pergi tandas?" Amani meminta izin dengan gagap. Takut sungguh dia.
"Tak boleh! Nanti ketinggalan." Marah Haiqal. Amani terus terduduk. Macam mana Amani tak ke tandas kalau asyik takut je dengan Haiqal.
"Korang faham tak apa yang saya ajar?" Soalnya. Ishraf dan Amani yang sebenarnya tidak faham dan takut hanya mengangguk saja kepala mereka.
"Bagus, kalau macam tu, kamu semua boleh kemas barang dan bebas buat apa saja aktiviti." Er, ini ke mentor contoh? Tak kut.
"Ee, tapi bukan sepatutnya balik pukul 5 ke? Ni kenapa pula habis pukul 4.45 petang?" Soal Amani.
"Saya kata balik, balik je lah!" Marah Haiqal. Dia asyik tenung saja 2 manusia di hadapannya. Ishraf dan Amani hanya akur saja.
(Ps, Ly tak jadi nak buat tentang mentor yang lain. Bayangkan je Usrah Jamilah lebih kurang macam Syifa dan Hot Boy lebih kurang macam Haiqal kecuali Mika. Mika dia tengah-tengah. Lembut juga kasar juga.)
Bersambung...
Sorry tak banyak scene kali ni...harap semua suka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro