🌺 Bab 9 🌺
Hari yang ditunggu-tunggu oleh Just Four dan Band Boyz pun kunjung tiba, menerbitkan debar di dada mereka yang terlibat dalam pertandingan tidak formal itu. Bagi menjalankan misi masing-masing dengan perjanjian yang berlaku secara tidak sengaja, empat orang gadis dan empat orang jejaka sudah bercadang untuk hadir awal ke sekolah demi menyelesaikannya.
Studio Dansa yang dipenuhi dengan alatan muzik dan pentas milik Institut Agung Altair menjadi tujuan utama. Mujur sekali tidak ramai pelajar yang hadir ke situ kerana tiada asbab pun mahu menjejakkan kaki ke bilik muzik di sekolah tersebut.
Gaya pakaian Just Four pada hari ini benar-benar menunjukkan ke-popular-an mereka berempat. Fiya memakai baju jeans yang berwarna biru dan seluar slack hitam. Shawl berwarna biru cair pula dililit kemas di kepala.
Maira pula memakai baju T-shirt putih bergambar misai serta menyarungkan sehelai jacket jeans di luar. Dia memakai seluar jeans hitam dan menggayakan pleated shawl putihnya dengan berombak-ombak.
Kemeja hijau cair dipadankan Mini dengan seluar jeans berwarna biru gelap. Tudung dalam dimasukkan ke dalam baju manakala shawl pula dililit bersahaja di luar. Firah pula memilih sehelai blouse ungu bersama dengan skirt labuh berwarna hitam. Tudung bawal yang bewarna hitam disarung elok di kepala. Cermin mata besar pula menjadi pilihan.
"Dah minta izin ke nak guna studio ni?" Soal Firah kepada orang yang berdekatan dengannya iaitu Mini.
Ibu jari Mini tunjukkan sebagai tanda bagus. "Sudah! Jadi jangan risau. Seluruh studio ni kita punya hari ini." Balasnya. Anggukan faham Firah berikan buat sahabatnya itu.
"By the way, I've been thinking..." Fiya mula bersuara dalam nada janggal. "Kalau kita cakap tak setuju hari tu apa jadi ya? Sempat lagi tak nak menarik diri?" Sarannya meskipun agak teragak-agak.
Jongketan sebelah kening Maira berikan buat tiga orang insan yang berada di hadapannya itu. "Kan? Dia orang tak bagitahu pun apa akan jadi kalau kita tarik diri."
"Jadi... Kita nak lari dari pertandingan ni?" Cadang Firah sambil berpeluk tubuh. Jarinya digenggam-genggam bagaikan sudah bersedia untuk menekan papan piano.
"Ya tak ya juga kan?"
Keempat-empat gadis itu mengangguk setuju. Senyuman gembira tidak lekang daripada bibir mereka. Gembira bukan kepalang nampaknya. Sudah adalah tu rancangan di fikiran masing-masing.
"Tapi... Aku nak tengok persembahan dia orang!" Keluh Fiya yang mana mengejutkan mereka semua.
"Kalau macam tu..." Tutur Mini kemudian tersenyum senget. "...Lepas dia orang habis, kita cabut. Okey?"
"Fuh, okey!"
•••
"Assalamualaikum!" Empat suara memberi salam. Sekumpulan pelajar lelaki bernama Band Boyz melangkah ke dalam dengan penuh bersemangat.
Sebaik sahaja pintu ditutup, mereka berempat dapat melihat empat orang gadis sedang berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang menahan marah. Mini dan Maira bercekak pinggang, Fiya berpeluk tubuh manakala Firah pula berada tidak jauh dari Fiya dengan tangan yang disembunyikan di belakang.
"Walaikumussalam and You guys are late!" Marah mereka serentak dalam pelbagai nada.
"Sorry." Balas jejaka-jejaka itu pula. Masing-masing tidak tahu menjawab apa.
Mar mengetuai perjalan kumpulannya ke tengah-tengah studio tersebut dengan keluhan kuat. "Naz ini ha, mahu ke toilet pula dia. Macam-macam betul jadi tadi." Bebelnya geram. Dia berpeluk tubuh lalu bertanya. "Okey, kumpulan mana nak start dulu?"
Itulah soalan yang ditunggu-tunggu oleh Just Four. Senyuman lebar mereka hadiahkan seperti menyembunyikan sesuatu.
"Kau oranglah kot." Balas Maira bersahaja.
"Alright. Kita tunggu budak-budak junior kejap." Ujar Han dengan anggukan kepala. Langkah sahabat-sahabatnya yang mendekati pentas studio itu dia ikuti.
Lantai di atas pentas menjadi tempat duduk gadis-gadis tersebut. Mereka sekadar memerhati segala pergerakan Band Boyz yang ligat mencuba-cuba alatan muzik yang ada dan memegang segala benda yang mereka rasa ingin tahu.
Selang beberapa minit, pintu terbuka secara tiba-tiba dan menampakkan sekumpulan pelajar junior melangkah masuk. Mereka mengambil tempat di satu kawasan jauh sedikit dari kumpulan Just Four dengan penuh profesional. Ala-ala juri yang dilantik formal, mereka memegang kertas dan pen sambil memerhati dua kumpulan tersebut seperti di dalam pertandingan sebenar.
"Lagu yang kami akan nyanyikan ialah... Hanya yang Terindah." Ucap Han sambil tersenyum manis.
Bunyi muzik mula menghiasi kawasan studio tersebut. Para juri sudah melentokkan kepala mengikut rentak lagu manakala Just Four sekadar mendengar dengan tekun tanpa bergerak. Mereka ini bagus juga, fikir empat orang gadis itu.
Walaupun begitu, setiap kali bahagian korus dinyanyikan, senyuman kecil dapat dilihat terhias di bibir masing-masing.
Hanya kerna kau yang cukup indah,
Untuk dimiliki, dan tuk dicintai.
Dan ku tahu kau mahu ada di hati,
Untuk didampingi untuk disayangi.
Lagu diakhiri dengan suara Ris yang beralun panjang melepasi nyanyian sahabat-sahabatnya. Alatan muzik berakhir dengan serentak, yang mana mendatangkan harmoni pada persembahan mereka.
Just Four lantas berdiri lalu memberikan tepukan gemuruh. Para jejaka yang mendengar terus sahaja tersenyum-senyum sendiri. Tetapi belum sempat mereka mengemas alatan dan meninggalkan kawasan pentas, empat orang gadis itu sudah berlari keluar dengan gopoh.
Junior-junior yang melihat sudah ternganga besar.
"Woi! Nak pergi mana tu? Nak lari, eh? Kau orang, kejar dia orang cepat!" Suara yang lelaki dapat didengari kuat sekali. Apa lagi, bertambah lajulah larian si gadis.
Mereka sudah cuak kerana jejaka-jejaka itu boleh mengejar mereka bila-bila masa sahaja. Kesuntukan masa? Ya! Serta kesuntukan nafas jua!
"Kita nak sorok mana ni?" Tanya Mini dalam lariannya.
Masing-masing ligat berfikir sehinggalah Firah bersuara lantang. "Pergi ke ladies kat belakang sekolah. Aku rasa tempat tu paling selamat!"
Tempat yang dicadang menjadi hala tuju mereka. Semakin lama mereka mendekat dengan tandas yang dinyatakan, semakin kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang turut berlari seperti mereka. Tiba sahaja di tandas perempuan tersebut, mereka memasuki sebuah bilik tandas lalu menguncinya.
"Sebesar-besar tandas sekolah elit kita ni pun, masuk ramai-ramai sempit juga." Bebel Maira. "Aduh! Fiya sana sikit."
"Tak pelik ke kalau orang nampak kita keluar satu tandas ramai-ramai?" Tanya Fiya yang bergerak sedikit ke belakang tandas itu.
"Ah, biarlah orang nak kata apa pun." Balas Mini yang tercungap-cungap kepenatan. Mangkuk tandas duduk yang tertutup itu menjadi tempat duduknya seketika.
Masing-masing mengambil nafas yang sudah pun berkurang akibat sibuk berlari tadi. Jangan risau, tandas itu senantiasa bersih dan wangi. Jika tidak, apa guna nama Institut Agung Altair menjadi sebutan?
"Aku rasa dia orang akan tahulah kita dekat mana. Bunyi pun macam dekat sahaja dia orang tu tadi. Nak buat apa sekarang?" Firah bersuara sedikit takut.
Mini mencebik lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Habislah kita."
Fiya membuat gaya berfikir kemudian memberikan cadangan. "Kalau macam tu, kita kena keluarlah juga. Aku tak sangka pula rancangan kita akan jadi macam ni, haih... Alright, let's do a spy work!"
"Spy work? Ngarut apa kau ni Fiya?" Tanya Maira pula hairan.
"Alah, kita menyelinap keluar dengan cara spy buat. Distraction, acting, ambush or what so ever." Balasnya separa berbisik seperti sedang berbincang dengan Maira sahaja pula.
Maira mengangguk-angguk faham sambil mencari strategi dalam kepalanya. Mini dan Firah yang hanya mendengar pula saling berpandangan, tidak mengerti apa.
"Okey macam ni. Firah, kau keluar dulu boleh? Buat-buatlah basuh tangan ke, cuci muka ke? Aku perlukan kau untuk intai sama ada dia orang ada atau tidak." Pinta Maira dengan suara yang cuba diceriakan.
Riak muka Firah sudah berubah apabila mendengarkan permintaan itu. "Kenapa aku? Err... Bukan tak nak tapi-" Dia membiarkan ayatnya tergantung begitu sahaja.
"Aku faham but please? Untuk kita? Kalau apa-apa jadi kau lari masuk sini balik. Biar aku dengan Mini ajar dia orang." Sekali lagi Maira meminta.
"Betul. Nak aku belasah siapa dulu?" Tanya Mini yang bagaikan sudah bersedia untuk sesuatu.
Firah segera melambaikan tangannya tanda tidak perlu. "Eh, tak ada sesiapa belasah sesiapa. Okey aku buat. Nanti aku bagilah signal ke berbisik ke kalau dia orang macam tak ada." Jawabnya sedikit resah.
Senyuman kecil Fiya berikan buat Firah bagi menenangkannya. Lagipun, dia kenal benar dengan perwatakan gadis itu yang sentiasa tidak yakin dengan segala apa yang dilakukannya.
"Okey Firah. Aku buka pintu ni ya? Good luck!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro