Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌺Bab 5🌺

Matahari memancar ke bumi menandakan hari baru sudah pun bermula. Kelihatan empat orang gadis sedang berjalan beriringan memasuki pagar sekolah dengan gembira. Nampaknya, Just Four hadir serentak lagi hari ini.

"Rasa macam tak nak masuk kelas je." Rungut Firah sambil mendongakkan kepalanya. Jelas riak tidak selesa terpapar pada wajahnya. 

Maira yang merupakan orang pertama mendengar rungutan itu segera menoleh ke arah Firah. "Kenapa?" Soalnya.

Fiya menyenggol siku Maira dengan perlahan. "Siapa lagi kalau bukan sebab ada ahli Band Boyz tu." Ujarnya sambil menggerakkan jari telunjuk dan jari hantunya ke atas dan ke bawah bagai menyimbolkan tanda petik.

"Ohh, samalah." Balas Mini dalam nada malas. Jelas wajahnya kelihatan tiada semangat untuk hadir ke sekolah.

Sedang mereka berempat menghayati kesunyian perjalanan mereka ke perkarangan sekolah, tekanan yang tidak mereka sedari hadir dari arah belakang begitu sahaja, sehinggalah mereka menjunam jatuh ke hadapan. Sesi persekolahan masih belum bermula namun pakaian yang dipakai sudah pun dikotori tanpa sengaja. Siapa punya pasal ni?

Tawa yang sangat nyaring dan menjengkelkan menerpa halwa telinga. Sinis, sangat sinis. Segera mereka menoleh ke arah belakang maka terlihatlah tiga orang gadis sedang berdiri gah dengan senyuman sinis di bibir masing-masing. Oh, merekalah sang gerangan yang menolak.

"Hahaha, biar baju yang acah cantik fashionista tu kotor. Sedar diri sikit, langsung tak sepadan dengan jejaka-jejaka kacak itu." Milana merupakan orang pertama yang bersuara dalam nada mengejek. 

"Entahnya, tergedik-gedik dengan siapa tu... Ha, sibuk dengan Ris, Mar, Han dan Naz tu apahal?" Sudah tak ada kerja lain?" Perli Maurah kemudian menjelirkan lidahnya. 

Milana berdiri di hadapan kedua orang sahabatnya itu dengan tangan yang didepakan. "Mulai sekarang, kau orang jangan sibuk dengan geng... Band Boyz tu. Mereka itu kami punya!" Tuturnya seperti gadis gedik cliche di dalam drama sekolah.

Selepas itu, dengan gaya yang menjengkelkan mata, mereka berlalu pergi meninggalkan empat orang gadis yang terpinga-pinga di atas konkrit perkarangan sekolah. Pelajar yang lalu-lalang tidak mahu masuk campur, mereka sekadar menoleh seketika dan hanya buat-buat tidak nampak.

"Itu sahaja ke yang mereka ingin cakapkan?" Tanya Firah sambil mengesat air mata yang terkeluar akibat kesakitan. Pedih kot jatuh tiba-tiba, orang tengok pula tu.

Maira menjadi orang pertama untuk bangkit kemudian menghulurkan tangan pada Firah untuk menyambutnya. Fiya pula membantu Mini untuk tidak terjatuh semula setelah elok berdiri. Mereka berempat lekas membersihkan pakaian menggunakan tangan.

"Just Four dibuli? Tak menyesal ke masuk sekolah sini?" Satu suara menyoal. Dengar macam kenal.

Tertoleh-toleh mereka mencari pemilik suara tersebut. Selepas itu, mereka terlihat seorang pelajar lelaki sedang bersandar pada sebatang pohon sambil berpeluk tubuh.

Mini turut berpeluk tubuh bagi menunjukkan dominasi. "Asal pula?" Soalnya jengkel dengan jongketan sebelah kening.

Pelajar lelaki itu kemudiannya mengeluh sambil menggelengkan kepala. tangannya yang memeluk tubuh kini mencekak pinggang.

"Band Boyz ya namanya? Kenapa mereka hadir ke sini? Disebabkan mereka... Aku tak dapat nak dekati Milana." Luahnya seperti sedang bercerita mengenai dirinya. Namun Just Four tidak pekak, gaya perckapannya seperti ingin menyalahkan mereka.

Fiya pula menjongketkan kening sebagai tanda soal. "Dah tu, apa kena dengan kami? Nak Milana tu pergi sahajalah, bukannya kami suruh Band Boyz apa kejadah tah tu datang sini." Balasnya, ingin marah.

Pelajar lelaki itu tertawa mengejek. "Hmm, ya kan? Bukan sebab kalian pun kan?" Soalnya seperti ada sesuatu dalam nadanya. Entah sengaja ingin membuatkan orang tertanya-tanya, mereka pun tidak tahu.

Maira kemudiannya meletakkan belakang tangannya pada mulut sambil menjeling pelajar itu tajam. "Kau pilih Milana sebagai crush kau? Hah, mimpi sajalah." Tuturnya sinis.

Menjadi antara mereka yang terkenal, Just Four tidak akan mudah menjatuhkan diri malah akan bertindak dengan membuatkan seseorang itu sedar akan tempatnya, seperti pelajar lelaki ini. Dengan itu, keempat-empat gadis itu tertawa bersama.

"Huh, ketawa sajalah! Fikir bagus sangat? Kau orang tak akan tahu, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk bantu Milana balas dendam dengan kau orang." Kata pelajar lelaki itu lalu lekas melangkah ke dalam kawasan sekolah.

Empat orang gadis itu hanya mengekori langkahnya dengan ekoran anak mata. Masing-masing berwajah serius, seperti tidak ada sisa tawa yang baru sahaja dilakukan sebentar tadi.

"Gila." Ucap Firah sambil melakukan roll eyes tetapi aksinya itu lebih kepada dirinya sendiri. Mendengarkan itu, ketiga-tiga sahabatnya mengangguk setuju.

Setelah memerhatikan keadaan sekeliling yang seperti sudah pun selamat, mereka berempat akhirnya melangkah ke kelas meskipun dengan baju yang sedikit kotor.

•••


"Nasib kita tak baik hari ini." Fiya berkata lega sambil mengoncangkan sedikit minuman tin di dalam pegangannya itu. 

Maira yang berada di sebelahnya segera menoleh. "Hmm? Kenapa?" Soalnya, hairan. Kemudian, dia memandang semula ke arah makanan di tangan dan mengambil satu keropok lekor di dalam plastik.

"Hmm, sebab baju kita kotor ke?" Firah bertanya lalu mendapat anggukan daripada Fiya.

Baju kotor? Macam tidak biasa. Namun, Institut Agung Altair mementingkan penampilan. Elit, kaya dan berpendidikan, semua pelajar harus menjaga diri masing-masing agar sentiasa kelihatan gah dan dikagumi ramai.

Makanan yang dibeli mereka tiada beza, hanya air tin di tangan sahaja mengikut selera masing-masing. Memandangkan tidak ramai yang berada di taman sekolah, mereka membawa segala barang yang ada ke sana dan meluangkan masa bersama-sama.

Sedang mereka berbual dan bersantap dengan berselera, empat orang jejaka yang memang tidak dijangka muncul di hadapan mata. Seperti tahu-tahu mereka di sini, keempat-empat jejaka itu tersenyum kecil.

"Jumpa pun." Tutur Ris, mengejutkan empat orang gadis yang sedang duduk bersama.

"Mampuslah kita!" Mini bersuara tiba-tiba. Terjongket bahu empat orang jejaka yang mendengar itu. Kus semangat, suaranya nyaring benar.

Firah sudah menurunkan pegangannya pada plastik makanan. "Itulah, nanti kena warning lagi." Bisiknya perlahan. Selera untuk terus bersantap semakin menghilang.

Ris, Mar, Naz dan Han saling berpandangan. Mereka tidak mengerti maka wajah hairan ditunjukkan mereka bagi menunjukkan persoalan.

Keempat-empat orang gadis sudah berubah riak. Firah melihat makanannya berkali-kali tanpa memakannya, Maira pula menyedut airnya keras dan laju, rumput di lantai menjadi pusat perhatian Fiya manakala Mini pula sudah tidak senang duduk.

"Errr... Kami mahu tanya soalan." Naz bersuara bagi meraih perhatian gadis-gadis itu. Kerusi panjang yang berada bertentangan didudukinya bersama sahabat yang lain.

Fiya menepukkan tangan dengan gaya elegan untuk memberikan ruang agar terus bercakap manakala Firah pula mengangkat dagu, menggayakan persoalan 'apa'. Mini menganggukkan kepalanya laju lalu menyiku Maira yang sedari tadi membisingkan keadaan dengan menyedut minumannya.

Mar membongkokkan dirinya sedikit dan merehatkan lengan kanan pada peha kanannya. Kepalanya diangkat bagi melihat gadis-gadis itu manakala tangannya pula bergerak-gerak mengikut bicara. "Ada sebab kami mencari kau orang berempat ni, kami bercadang untuk membuat pertandingan."

"Hah?" Serentak Just Four bersuara. Pertandingan apa pula ni? Tiba-tiba sahaja mahu cari pasal. Hari ini, memang hari mencari pasal sedunia dengan merekakah?

Han tertawa kecil setelah melihat reaksi yang sudah dijangkakan itu. "Macam ini, kami mahu buat pertandingan 'Battle of the Bands' antara kumpulan kita berdua." Tuturnya dengan senyuman.

Fiya mengerutkan dahinya apabila kebosanan mula menguasai diri. "So?" Soalnya.

Senyuman senget mula terbit di bibir setiap daripada jejaka yang berada di situ. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan, namun tiada sesiapa yang tahu melainkan mereka sendiri. Muslihat, ya seperti ada muslihat.

"Apa kata begini, kalau kau orang kalah, kau orang kena jadi girlfriend kita orang?" Sambung Ris tanpa rasa bersalah.

Mini sudah memejamkan matanya bagi menenangkan diri. Sungguh dia bengang sekarang ini. "Hey, pelajar baru." Katanya seraya membuka mata. "Dengar sini, baru datang sini dah pandai minta... Couple. Tak belajar adab ke? Pandai-pandai sahaja kan?"

Tiada riak yang diberikan oleh Band Boyz terhadap apa yang diperkatakan Mini. Nampaknya, mereka benar-benar tegas dengan pendirian mereka.

"Kalau kalah, boleh jangan sesekali dekati kita orang? Kenal kau orang pun tidak sangat." Desis Firah kemudian berpeluk tubuh dan menoleh ke tempat lain.

Maira bertindak dengan menyandarkan diri pada kerusi batu yang diduduki mereka dan berpeluk tubuh juga. Senyuman sinis terhias di bibir mungilnya. "Ehem, bands ya? Tak pernah nampak kami di surat khabar ke? Juara tau ini." Ujarnya seperti memandang rendah.

Naz menganggukkan kepalanya berkali dengan wajah yang memang seperti meminta penampar. "Oh yakah...?" Soalnya dalam nada yang tidak dikenal pasti. "Tidak mengapa, lagipun juri kita nanti pelajar junior." Sambungnya lagi dengan senyuman.

Jantung keempat-empat gadis itu bagaikan ingin terhenti. Masing-masing keras di tempat duduk sendiri. Pelajar... Junior? Biar benar?

Pelajar junior Institut Agung Altair jangan sesekali dibawa main. Mereka ini serius dan kepala gossip hangat pelajar senior. Maka, permainan 'shipping' mereka itu memang ekstrem. Jika benar, pasti kalahlah mereka berempat.

Just Four resah? Ya, resah.

"Jadi... Setuju tak?"

Sunyi menghambat suasana seketika.

"Errr, setuju!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro