🌺 Bab 4 🌺
Dinding bangunan memisahkan tiga orang pelajar junior dengan empat orang pelajar senior. Empat orang gadis yang sedang berbual menjadi tumpuan tiga orang pelajar junior itu tadi.
"Bukankah itu geng senior yang dikatakan popular itu?" Tanya salah seorang daripada tiga orang pelajar itu. Dia bercekak pinggang sambil menoleh ke arah dua orang sahabat lelakinya dengan teruja.
Sahabatnya yang sedang ligat merenung telefon pintarnya mengangkat kepala sekilas kemudian membetulkan rambutnya yang sedikit keperangan. "Aku minat dekat yang pegang PSP tu. Siapa entah, namanya..." Ujarnya lalu membuat gaya berfikir.
"Hmm, yang tengah melukis tu comel." Sambut yang seorang lagi pula. Pandangannya beralih daripada Mini ke arah dua orang sahabatnya.
"Aduhai, orang tanya lain dia jawab lain." Bebel gadis yang menyoal itu tadi. "Sudahlah, jaga mata tu sikit ya. Awak-awak tu lelaki. Jom jumpa mereka." Sambungnya lagi lalu berjalan pergi.
"Jom, jom." Seronok dua orang lelaki itu mengekori gadis itu.
Perbualan empat orang gadis yang sedang meluangkan masa bersama itu semakin lama semakin jelas dapat didengari. Sedang mereka berempat bergelak ketawa, hadirnya dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan secara tiba-tiba.
"Lolita? Buat apa dekat sini?" Tanya Firah hairan. Gadis kecil di hadapannya kini merupakan seorang adik kepada salah seorang pelajar popular di sekolah ini juga. Nama yang disebut itu bukanlah namanya, hanya sekadar gelaran yang diberi suka-suka.
Seperti apa yang orang panggil itu... Nickname? Stage name? Apa-apa sahajalah.
"Kami mewakili pelajar junior bahagian bangunan bawah Institut Agung Altair menginginkan tandatangan akak-akak sekalian." Pinta Lolita malu-malu kucing seraya menghulurkan sekeping kertas bersama sebatang pen.
Dua orang pelajar lelaki itu turut melakukan perkara yang sama sambil menganggukkan kepala mereka berkali-kali. Fiya, Maira, Firah dan Mini memandang satu sama lain dengan wajah hairan. Biar benar budak-budak junior ini?
"Baiklah, biar aku tandatangan dulu." Mini mula mengambil pen terlebih dahulu dan bertindak untuk menggoreskan pen tersebut ke atas kertas.
"Eh, tak ada tak ada. Aku dulu." Maira merampas pen tersebut dari pegangan Mini.
Keadaan menjadi semakin hingar di situ lagi-lagi apabila Fiya turut masuk campur. Firah yang menonton hanya mampu mengeluh perlahan. Haih, buat malu sahajalah.
"Akak, akak, jangan bergaduh!" Tegur Lolita, cemas. Mahu beri tandatangan pun berebut.
Beberapa minit berlalu, Fiya merupakan orang terakhir menandatangani kertas ketiga yang diberi. Kertas-kertas itu disusunnya cantik sebelum diberikan semula kepada ketiga-tiga orang pelajar junior di hadapannya itu.
"Terima kasih akak!" Ucap mereka bertiga serentak lalu berjalan pergi dengan gembira sekali. Mereka berbual-bual dan bergelak ketawa sebelum menuju ke kelas masing-masing.
Keempat-empat gadis itu hanya mengekori tiga orang junior dengan lirikan mata mereka sehinggalah ketiga-tiganya lesap daripada pandangan.
Maira kembali membuka buku sketch miliknya kemudian menyambung semula aktivitinya yang tergendala sebentar tadi. "Tak sangka, popular juga kita ni kan?" Soalnya tanpa mengangkat kepala.
Mini tertawa kecil kemudian membuat roll eyes. "Eleh, acah-acah." Katanya disambuti dengan tawa Firah.
"Oh." Ucap Fiya apabila bunyi loceng sekolah berdering di segenap arah. Semua pelajar mula beransur-ansur meninggalkan kawasan taman, perpustakaan dan juga dataran. "Jom masuk kelas, loceng bunyi dah tu." Ajaknya.
Mereka berempat segera bangkit dan mengemas segala barang agar tiada yang tertinggal di situ. Dalam perjalanan pulang ke kelas, mereka sempat berbual mesra.
•••
Dari tingkat atas bangunan sekolah, ada tiga mata yang sedang memerhati segala perbuatan empat orang gadis yang baru sahaja ingin melangkah ke arah tangga. Masing-masing dengan gaya mereka, bersandar pada tembok yang memisahkan tempat mereka berdiri dengan kawasan terbuka di luar.
Shima membuat mimik muka menyampah. "Apalah sangat dia orang itu. Kita lagi layak beri tandatangan daripada dia orang, huh." Bebelnya dengan meluat.
"Hmm, itulah kan? Aku nampak budak-budak junior yang minta tandatangan daripada mereka tadi." Balas sahabatnya, Maurah sambil menongkat dagunya dengan jongketan sebelah kening. Gelang silver pelbagai bentuk dapat terlihat pada lengannya yang terbuka.
"Kan..." Ucap Milana pula dengan senyuman senget sambil menaip sesuatu pada telefon pintarnya. Jarinya pantas bergerak di atas skrin telefon dan senyumannya bertambah lebar apabila menemui apa yang dicari. Dia segera menunjukkan skrin telefonnya pada Shima dan Maurah. Gambar tiga orang pelajar junior itu jelas kelihatan.
Bunyi derapan tapak kaki membuatkan mereka bertiga menoleh ke arah hadirnya bunyi tersebut. Kelihatan Fiya, Maira, Firah dan Mini sedang menghampiri kelas mereka sambil berbual mesra. Pelajar-pelajar yang melintasi mereka pasti menegur dan tersenyum manis kecuali mereka yang digelar sebagai 'haters' seperti Shima, Maurah dan Milana. Sungguh mood mereka hilang tatkala terlihat empat orang gadis itu.
Sewaktu mereka memasuki kelas dan mengambil tempat masing-masing, sekumpulan pelajar lelaki di belakang kelas menarik perhatian mereka. Eh, macam kenal?
Apabila direnung lama-lama, empat raut wajah yang sangat mereka kenali dapat dilihat. Ris, Mar, Naz dan Han yang sedar diri mereka diperhati terus sahaja membalas senyuman itu dengan senyuman yang sangat manis. Apa lagi, cair tahi telinga orang mendengarkan jeritan gadis-gadis lain.
Melihatkan itu, Shima mengetap bibirnya tanda geram. Milana yang turut melihat lantas mengeluarkan kipas lipatnya kemudian mengipas dirinya manakala Maurah di sisinya hanya memaparkan wajah meluat.
Maira yang duduk bersebelahan dengan Mini memandang satu sama lain manakala Fiya dan Firah yang tempatnya di hadapan mereka berdua turut melakukan perkara yang sama. Mereka terdiam akibat kejutan yang baru sahaja didapati ini.
"Mereka... Kelas sini?" Tanya Firah, separa berbisik. Kini mereka berempat tertunduk-tunduk di meja mereka agar perbualan mereka itu tidak dapat didengari.
Mini mengangguk kecil. "Itulah." Jawabnya hairan. "Tak nampak pun tadi?"
"Memanglah tak nampak. Kita berempat kan kena berdiri dekat luar tadi." Cantas Maira kemudian mengeluh perlahan.
Masing-masing sudah berwajah merah. Haih, pertama kali bertemu sudah jadi begini.
"Aduh, buat malu sahaja." Gumam Fiya sambil menepuk dahinya.
Sungguh, mereka tidak tahu untuk berkata apa.
Di bahagian belakang kelas mereka, empat orang jejaka sedang berbual antara satu sama lain namun memastikan butir bicara mereka tidak dapat didengari oleh sesiapa.
"Eh, ini bukan yang kita jumpa tadi ke? Mereka satu kelas kita? Lagi mudahlah kan kita nak selesaikan apa yang harus?" Naz bertanya, pelik. Wajah gadis-gadis itu diperhati satu-persatu.
"Betul, tapi.... Tak nampak pun tadi." Mar bertutur, seram. Apasal tiba-tiba muncul pula ni.
Han mengemam bibir sambil bermain dengan rambutnya. Matanya dihala ke atas seketika sebelum memandang sahabat-sahabatnya semula. "Oh, mereka ini yang kena duduk luar tadi tu kot!" Tekanya dengan anggukan.
Tawa kecil Ris lepaskan apabila melihat sahabat-sahabatnya itu bagaikan berteka-teki. "Memanglah..." Balasnya, mengiyakan.
"Ohhh..." Sambut Mar, Han dan Naz serentak. Terangguk-angguk mereka ke arah Ris yang sudah pun menepuk dahi tanda malas melayan karenah tiga orang sahabatnya itu.
•••
Kring!! Bunyi loceng sekolah yang bergema di segenap ruang menandakan bahawa para pelajar telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja diberikan kebenaran oleh guru, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas.
Firah merupakan orang pertama yang berdiri apabila tinggal mereka berempat sahaja di dalam kelas itu. "Yeay! Jom balik!" Ajaknya lalu menyandangkan begnya ke belakang.
Anggukan ceria Fiya berikan kemudian dia turut berdiri dan mengemas barang. Dalam kesempatan itu, Maira menyambung lukisannya yang tinggal sedikit sahaja lagi manakala Mini pula sudah mula memasang PSP miliknya untuk menghiburkan hati.
"Alright, jom cau!" Mini berkata dengan gaya ganas. Kedua belah kaki yang direhatkan ke atas meja diturunkan sepantas mungkin agar dia dapat berdiri dengan stabil.
Fiya dan Firah yang melihat sekadar menggelengkan kepala dengan senyuman nipis. Ada-ada sahajalah sahabat mereka yang seorang itu. Nasib baik perbuatannya itu hanya dilakukan apabila tiada pelajar lelaki berada dalam pandangan.
"Jom." Balas Maira yang sudah pun berdiri dan memasukkan kerusi ke bawah mejanya. Laci meja diintai seketika bagi memastikan tiada barang yang tertinggal.
Pagar sekolah dihampiri mereka dengan senang hati. Waktu balik? Siapa yang tidak gembira. Dapat meluangkan masa untuk merehatkan diri yang sudah lelah kerana seharian berada di sekolah. Namun entah mengapa, keempat-empat gadis itu mempunyai rasa hati yang kurang enak menerjah secara tiba-tiba.
Mini sudah mengambil basikalnya di tempat parkir basikal dan menghampiri tiga orang sahabatnya yang berada di tempat menunggu pelajar. Basikal diletakkan di sisi Firah lalu kerusi basikalnya itu didudukinya dengan senang hati dengan kedua kaki yang menjadi tongkat agar stabil kedudukannya itu. PSP di tangan tidak lepas daripada menjadi perhatiannya.
"Kenapa... Lambat pula Pak Ali ni? Risau pula aku." Bebel Firah meskipun sedikit geram. Hatinya cuba ditenangkan dengan segala fikiran positif. Setahunya, pemandunya tidak pernah sama sekali lambat mengambilnya dari sekolah. Ada apa-apa urusankah?
Kerusi kayu yang kosong di sebelah Maira menjadi sasaran Firah untuk merehatkan lelahnya. Risau macam mana pun, dia tidak boleh buat apa. Buat penat sahaja adalah. Rugi masa dan tenaga.
Fiya bersandar pada tiang tempat menunggu itu sambil tekun merenung telefon pintar jenama Iphone di tangannya. Matanya memandang sekilas ke arah sahabat-sahabatnya itu lalu bersuara. "Aku nak balik lambat sedikitlah. Teman kau orang."
Iyalah, dia kan hadir ke sekolah dengan berjalan kaki. Tiada sebab sebenarnya untuk dia berada di sini.
"Okey." Balas Firah dengan senyuman nipis. Jika semuanya berada di sini, tidaklah sunyi.
Mini yang kedudukannya di sebelah Firah sekadar mengangguk kecil tanda setuju. Apabila kebosanan mula menguasai diri, dia menyimpan PSP miliknya itu kemudian mengintai perbuatan Maira yang enak melukis. "Maira tak balik? Abang rider kau tu tak ambil harini kan?"
"Hmm, nantilah. Malas pula aku nak jalan seorang-seorang bila semua ada dekat sini. Dia tu suka muncul tiba-tiba. Baik aku tunggu juga." Balas Maira tanpa mengalihkan pandangannya. Mini kembali semula menyelesakan diri di atas basikalnya lalu membalas dengan 'okey'.
Beberapa minit berlalu, keempat-empat gadis itu masih tercongok di hadapan sekolah kelu tidak membuat apa-apa. Namun, perkara yang tidak diingini pula yang berlaku. Kehadiran sekumpulan jejaka di hadapan mereka benar-benar mengejutkan.
Tidak perlu beritahu siapa pun pasti sudah boleh diteka, bukan?
"Hai." Sapa Ris, Han, Naz dan Mar serentak dengan lambaian tangan yang hampir seirama. Senyuman manis ditayangkan penuh ikhlas.
"Err... Hai?" Balas empat orang gadis itu pula meskipun sedikit kekok. Salam tiada, 'hai' pula dibicara. Malu? Ya, malu apabila ditegur secara tiba-tiba dengan empat orang jejaka yang rupanya bagaikan putera.
Deheman Ris melenyapkan suasana kekok dan sunyi antara mereka itu. Dia melihat sahabat-sahabatnya seketika kemudian mengangguk kecil sebelum kembali semula melihat keempat-empat orang gadis yang agak kelu itu. "Kami... Nak tahu nama kau orang semua. Tadi tak sempat tanya." Bicaranya dengan lembut.
"Oh..." Balas Mini, mengangguk faham. "Nama saya Mini. Nama panjang? Shamini." Sambungnya lagi dengan gembira.
Selepas itu, Fiya pula membuka mulut. "Saya Sofiya, panggil Fiya. Yang ini Farihah, panggilnya Firah." Katanya sambil memperkenalkan Firah di sebelahnya kerana dia tahu, sahabatnya yang seorang itu pasti bakal tergagap-gagap sahaja nanti.
"Humaira, call me Maira." Maira pula menyambung sebagai orang terakhir dengan senyuman manis.
"Kalau nak kenal lebih, nama kumpulan kami Just Four." Balas Mini yang sudah mula membuka PSP miliknya semula.
Ris mengangguk faham lalu membalas tanpa berfikir terlebih dahulu. "Nama kumpulan kami... Errr, Band Boyz!" Tuturnya mengikut apa yang bermain di fikirannya.
"Ohh... Okey." Keempat-empat gadis itu mengangguk tanda mengerti.
Secara tiba-tiba, Firah bangkit dari duduknya. "Bye! Pak Ali dah sampai." Ucapnya lalu berlari pantas menuju ke sebuah kereta yang terletak tidak jauh dari mereka.
"Abang aku pun." Sambut Maira dalam nada malas kemudian berlalu pergi tanpa memandang ke belakang lagi.
Fiya lantas melangkah ke arah yang sama dengan Maira lalu menggamit Mini. "Jomlah Min! Nanti lambat pula." Ajaknya lekas. Oleh itu, Mini bergegas mengayuh basikalnya dan Fiya pula berjalan di sebelah mengiringi sahabatnya itu.
Lenyap sahaja empat orang gadis itu daripada pandangan mereka, empat orang jejaka itu pula mengambil tempat di tempat yang mereka duduki tadi.
"Asyik nampak gelabah sahaja." Tutur Ris sambil menggelengkan kepalanya. Namun dalam diam, hujung bibirnya bagaikan terangkat sedikit seperti ingin tersenyum.
"Uit, gelabah ada makna tu." Naz berbicara sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.
Han menekup mulutnya menggunakan tangannya lalu tertawa kecil. Mar di sisi pula sekadar berpeluk tubuh dengan gelengan kepala.
Masing-masing mendiamkan diri bagaikan sedang memproses terhadap apa yang berlaku tadi. Tidak lama kemudian, mereka berempat saling berpandangan. Senyuman sinis terbit di bibir setiap dari mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro