Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌺 Bab 3 🌺

Waktu rehatlah merupakan waktu yang paling digemari oleh setiap pelajar yang bersekolah. Bermain, makan, belajar, pada ketika itulah segalanya bebas untuk dilakukan tanpa dilihat atau diarahkan oleh sesiapa.

Perut kenyang, hati pun senang.

"Kenyangnya!" Ucap Mini kemudian mengucapkan syukur atas nikmat yang dapat dirasai sebentar tadi. Perutnya diusap perlahan tanda yang dia benar-benar kenyang. Firah yang berjalan di sebelahnya tertawa kecil melihatkan kelakuan sahabatnya itu.

"Oh ya." Fiya berkata kemudian menarik tangan Firah dan menggoyangkannya. "Teman aku pergi tandas." Pintanya. Selepas mendapat anggukan daripada Firah, mereka berdua pun berlalu pergi.

Apabila ditinggalkan berdua di situ, Maira dan Mini mengambil keputusan untuk bersiar-siar terlebih dahulu sambil berbual panjang. Sehinggalah satu tahap, mereka tiada lagi topik untuk dibualkan. Keadaan sepi seketika namun diganggu oleh dua suara yang tidak mereka sangkakan.

"Hai." Sapa dua orang jejaka tatkala mereka menoleh. Mar dan Han. Mengapa pula mereka hadir ke sini dan datang menegur? Kekok mula menguasai suasana.

Maira dan Mini saling berpandangan sebelum menoleh semula dengan senyuman kecil. "Err... Hai?" Balas mereka sedikit malu.

Namun selepas itu, keadaan menjadi sunyi semula apabila keempat-empat insan di situ hanya mampu mendiamkan diri. Tiada topik untuk diperkatakan, tiada suara yang dapat dikeluarkan.

Dari kejauhan, Maira dan Mini dapat melihat dua orang sahabat mereka sedang tergesa-gesa berlari keluar dari kawasan tangga yang mana menempatkan tandas pelajar perempuan. Wajah mereka kelihatan pucat, seperti baru sahaja melihat entiti yang tidak harus dilihat.

Secara tiba-tiba Fiya menoleh ke arah mereka berdiri. Kepalanya digelengkan manakala tangannya seperti membuat sesuatu isyarat. Hanya ahli kumpulan mereka sahaja yang memahami isyarat itu dan perkara itu membuatkan Mini mengangguk faham.

"Ha, okey! Bye!" Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Mini sebelum menarik Maira bersamanya untuk melarikan diri. Lantaklah Mar dan Han itu, terkilan pun terkilanlah.

Beberapa minit kemudian, mereka berempat berkumpul di sebuah taman berdekatan dengan studio muzik milik Institut Agung Altair dan menarik nafas masing-masing. Apa kena sudah dengan hari ini? Mereka sendiri hairan terhadap apa yang baru sahaja terjadi.

"Apa jadi, Fiya, Fir?" Maira bertanya setelah perasan akan riak wajah sahabatnya.

Firah menunjukkan telapak tangannya bagi menunjukkan isyarat sekejap. Nafasnya ditarik dalam sebelum menghelanya perlahan. "Tadi kami nampak Ris dan Naz ada di hadapan kawasan tangga perempuan. Mula-mula kami buat tak endah tapi bila kami berjalan, kami terasa seperti diekori. Apa lagi? Larilah." Jelasnya, seriau.

"Huh? Sudah tidak betul ke? Tunggu depan tandas perempuan, dah kenapa? Aku report dekat cikgu nanti, ha baru tahu." Bebel Mini dengan mata yang dibuntangkan. Sungguh dia tidak puas hati terhadap apa yang baru sahaja didengarinya tadi.

Sebuah kerusi batu menjadi sasaran Maira untuk duduk. Dia mengeluh kecil kemudian menongkat dagunya menggunakan belakang tangan. "Mar dan Han pun tadi ada juga tegur kita orang. Macam buang tabiat pula. Kita kan baru kenal mereka? Nama kita pun mereka tak tahu." Ujarnya.

Fiya menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Cerita pun baru jalan. Belum sampai cue lagi dah masuk, alahai. Tapi kan, siapa nama dia tu...? Ha, Naz tu comel kan?" Tiba-tiba dia bersuara.

Firah, Mini dan Maira segera menoleh ke arah Fiya dengan mulut yang ternganga. Eh, eh, sahabat mereka yang seorang ini... Sudah meminati seseorang?

Bukankah mereka ini sudah berjanji untuk menjadi best friends dan single forever?

"Ayy, ada kawan kita ni minat someone-lah." Mini berkata dalam nada mengusik. Senyuman jengkelnya sungguh tidak dapat disembunyikan lagi.

Mendengarkan itu, Firah dan Maira juga turut mengusik Fiya. Tetapi tidak hairanlah jika tertarik, empat orang jejaka itu persis putera idaman setiap gadis jika dilihat.

Tinggi sedang-sedang, rambut diselak kemas. Seperti mat saleh ada, persis orang Arab celup pun ada, yang iras retis Korea pun ada. Tapi siapa yang mereka tegur dulu? Gadis berempat yang acah popular ini?

"Fiya, are you blushing?" Tanya Maira apabila usikan demi usikan diberi sehinggalah Fiya sudah mula merungut sendiri.

Fiya segera menepuk kedua belah pipinya dengan mata yang membulat. "What are you talking about? I am not!"

"Well, you can't see your face for yourself so I said, you are blushing! Ahahahah!" Suka Maira mengenakan sahabatnya yang seorang itu. Bersungguh-sungguh dia melepaskan tawa.

"But if I say that I am not then I'm not!" Balas Fiya lagi yang seperti sudah mahu menyerang Maira dengan tangannya.

Mini dan Firah yang sekadar menonton hanya mampu mengeluh kecil. Apalah nak jadi, berperang mulut pula di sini.

"Aduhai, mulalah pergaduhan antara dua budak pandai speaking ni." Keluh Mini kebosanan.

Dalam kebisingan itu, Firah menunggu sambil menggoyangkan kakinya bagi menghilangkan rasa bosan. Kadangkala dia tertawa apabila ada jenaka yang terselit antara perbalahan sahabat-sahabatnya itu.

"Psst, Fir." Panggil Mini sambil melambai sedikit agar Firah mendekatinya. Firah menyengetkan kepalanya sedikit sebagai tanda keliru sebelum mendekati Mini sambil menganjakkan dirinya agar mendekat.

Mini membisikkan sesuatu dengan senyuman jahat. Selesai sahaja mendengar pelan itu, Firah tersenyum senget sambil menjongketkan bahunya. Jika Mini mahu melakukannya, dia ikutkan sahaja.

"Yeah, I'm sure. Or you want me to throw you to Naz, huh?"

"Macam boleh. I'll throw you to Mar instead!"

"Wha-? Why him?!"

Dalam perperangan mulut itu, Fiya mendekati Maira dan mengacah mahu mencekiknya. Maira tertawa sakan apabila dapat menyakat sahabatnya yang seorang itu. 

Tetapi, mereka perasan akan sesuatu yang aneh. Suasana di situ seperti sunyi. Terlalu sunyi. Apabila curiga mula bertandang di hati, mereka berdua menoleh ke arah tempat duduk Firah dan Mini.

Kosong, tidak berpenghuni.

"Apakah? Mereka tinggalkan kita?!" Fiya menyoal marah. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan ke kanan bagi mencari kelibat dua orang sahabatnya.

"Haih, tidak guna betullah." Maira menahan marah di bawah nafasnya. 

Akhirnya, mereka bertindak pantas dengan meninggalkan taman tersebut dan mengambil keputusan untuk mencari Firah dan Mini. Jika dapat jumpa, siaplah mereka!

•••

Waktu rehat masih panjang, membuatkan pelajar-pelajar masih berkeliaran di dalam kawasan sekolah. Dataran yang diapit oleh empat buah bangunan yang membentuk empat segi menjadi tempat berkumpul para pelajar. Kelihatan dua orang gadis sedang tertunduk-tunduk di hadapan sebuah mesin air di hujung dataran tersebut.

Mini bercekak pinggang manakala Firah pula meletakkan kedua belah tangannya di belakang badan. Masing-masing menunggu air tin milo mereka untuk jatuh setelah memasukkan wang ke dalam mesin tersebut. Bunyi sesuatu terjatuh menunjukkan bahawa air yang telah dipilih telah pun sampai ke bawah untuk mereka ambil.

Belum sempat mereka berdua mengambil air itu, dua tangan lain telah mengambilnya terlebih dahulu.

"Woi! Jangan ambil air aku!" Marah Mini kemudian menoleh lekas. Matanya jelas mencerlung marah.

"Ummm..." Hanya gumaman sahaja yang mampu dikeluarkan oleh Firah. Dia sendiri kelu, tidak tahu untuk berkata apa-apa.

Dua orang jejaka tinggi lampai sedang berdiri di hadapan mereka yang mana menyebabkan mereka harus mendongak untuk memandang. Terlihat Ris dan Han sedang tersenyum manis dengan tangan yang sedang memegang setin minuman milik dua gadis itu.

"Jangan risau, kami mahu tolong bukakan air tin ini sahaja." Jelas Ris sambil membuka penutup tin tersebut dengan senang hati. Kemudian, air itu dihulurkan pada Firah yang sudah pun terkaku di situ.

Mini pula menyambut huluran Han dengan bebelan yang tidak berhenti sejak dari tadi. Si pendengar Han hanya tersenyum melihat gadis itu.

'Alamak, kenapa dia ni tenung aku? Senyum pula tu.' Getus hati Mini kemudian segera menundukkan pandangannya. Bila tengok lama-lama, memang boleh cair seperti aiskrim yang diletakkan di bawah mentari yang bahang panasnya.

Tanpa membuang masa, dia segera menarik tangan Firah agar sahabatnya itu berada tidak jauh darinya. "Jomlah Fir, malas mahu layan mamat-mamat tidak betul ini." Katanya, tidak berlapik. 

"Iyakah tidak betul?" Soal Firah sedikit berbisik sambil mengikuti langkah Mini yang semakin menjauh dari kawasan dataran. "Aku tahu yang kau dah cair." Tegurnya pula namun tidak mendapat apa-apa balasan daripada Mini.

Sebaik sahaja tiba di sebuah kawasan lain, Firah mengambil tempat duduk di sebuah kerusi batu dan menyilangkan kakinya. "Aku rasa..." Gumamnya tetapi masih dapat didengari Mini. "Aku rasa aku sukalah dekat Ris tu. Gentleman." 

"Hah, kau pun sama nak ikut Fiya? Bukan kita nak sehidup semati ke?" Balas Mini, sedikit kesal. Dia mencebik bagi menunjukkan kesedihan.

Firah mengeluh perlahan kemudian menggelengkan kepalanya. "Haih, aku tahulah. Tapi ini soal hati, Min. Soal hati!" Jawabnya pula dengan bersemangat. Tangannya digenggam kemudian di bawa ke dada.

Air milo yang didapati tadi Mini teguk dengan rakus. Segera dia mengambil tempat di sebelah Firah lalu menghela nafas perlahan. "Aku faham." Tuturnya. "Telah tiba masanya untuk kita membuka hati kita."

"Eh, tetiba sentimental. Skrip mana kau baca ni?" Tanya Firah, hairan.

"Jangan dipersoalkan! Kita ikut jalan cerita." Tegur Mini sedikit berbisik. Matanya sedang ligat melihat persekitaran mereka.

Anggukan perlahan Firah berikan. "Memandangkan kau kata kita dah boleh buka hati kita, ada sesiapa yang kau berminat?" Soalnya, sedikit naif.

"--An."

"Huh? Siapa?" Tanya Firah apabila telinga tidak jelas menangkap jawapan Mini. Air tin milo di tangannya itu digoncang-goncangkan.

Mini menundukkan lagi wajahnya sambil meletakkan kedua belah tangannya ke atas kerusi di antara kaki kiri dan kanannya. "Minat dekat..."

"Han?" Sambung satu suara.

"Ya, Han." Sambut Mini dengan tenang. Namun dia hairan, suara yang menyambung tadi bukanlah suara milik Firah.

Mini menoleh ke arah Firah lalu mengerutkan dahinya tanda hairan. Pucat sungguh wajah sahabatnya. Lantas dia menoleh ke belakang maka terlihatlah dua orang gadis yang sedang menoleh ke arah mereka berdua dengan penuh tajam seperti mahu menelan mereka hidup-hidup.

"Aku dengar sudah apa yang kau orang cakapkan." Maira berkata dalam nada mengejek. Fiya yang berada di sebelah pula tersenyum senget.

Seperti perumpamaan 'tersenyum bagai kerang busuk', itulah apa yang Mini sedang lakukan sekarang ini. Matanya mengekori pergerakan Maira dan Fiya yang mengambil tempat di hadapan mereka berdua. 

"Eeee, apa tengok anak teruna orang." Tegur Maira sambil memandang Mini atas bawah. Pandangan jelik diberikan buat sahabatnya itu.

"Alah kau, dua kali lima sahaja dengan kita orang." Fiya berbicara sambil menyiku lengan Maira. "Betul-betul aku panggil Mar datang sini karang baru kau tahu." Sambungnya lagi.

Maira terus sahaja mengunci mulutnya yang mana mengundang tawa Mini. Cakap tidak serba bikin, mereka ini perangainya sama sahaja.

"Tak kisahlah siapa-siapa pun kau orang minat, jodoh dan pemilik hati itu masih di tangan yang Maha Esa. Jaga diri kau, itu sahaja." Tiba-tiba Firah bersuara sambil mendongakkan kepalanya ke langit dan memejamkan mata.

Fiya mengangguk setuju. Dia turut melakukan perkara yang sama kemudian membuka mulut. "Faham. Lagi pun, aku macam dah jatuh suka dekat-"

"Naz!" Mini dan Maira bersuara serentak kemudian tertawa terbahak-bahak di situ. Dengan darah yang sudah menyerbu ke wajah, Fiya muncung sedepa.

"Jangan cakap kuat-kuat, bahaya! Nanti tukang gossip dengar, habis kita." Marah Fiya apabila sahabat-sahabatnya itu sudah mula bising di situ.

Dengar sahaja teguran itu, mereka mula peka terhadap keadaan sekeliling. Jika ingin berbicara di Institut Agung Altair, memanglah harus berhati-hati. Terutamanya buat mereka yang memegang gelaran pelajar popular, kerana pasti akan ada dua telinga yang bakal menelinga untuk mencari berita.

Maurah Diana, si tukang gossip dan pe-report sejati. Jika mengikut istilah sekarang, permaisuri buat segala kelab bawang di sekolah itu.

"Oh ya, tadi kan aku pergi dekat mesin air dengan Mini. Aku ada dengar orang-orang bercakap pasal empat orang budak lelaki tadi tu." Firah mula membuka cerita.

Bagai mengingati sesuatu, Mini memetik jarinya. "Aha! Betul. Dengar cerita mereka itu pelajar baharu di sini. Sekolah asal tidak diketahui tapi dari sekolah bagus jugalah. Lepas tu, mereka pindah sini sama-sama."

"Kawan baiklah katakan, kenalah sentiasa bersama." Sambung Firah. Mereka berempat tertawa besar di situ apabila merasakan situasi para jejaka itu sama seperti mereka.

"Hmm, baru sahaja bersekolah di sini sudah dikenali orang? Adakah kita sudah ada pesaing baru?" Tutur Fiya sambil menjongketkan kedua belah keningnya berkali-kali.

Maira, Firah dan Mini membuat riak terkejut. Ada betul juga kata si Fiya itu. Lagi-lagi jika mereka itu merupakan pelajar daripada keluarga yang berada, gelaran 'popular' itu pasti lebih mudah melekat pada mereka.

"Biarlah, hahaha. Apa yang pasti, jangan bagi nampak kita dengan mereka. Sudahlah mereka itu berempat, bagai ditakdirkan pula." Maira sempat berseloroh. Tangannya direhatkan ke belakang kerusi manakala kakinya pula disilangkan.

Santai siang hari, sebelum loceng memanggil untuk memasuki kelas semula nanti.

Dalam diam, perbualan mereka itu dicuri dengar. Beberapa orang pengintip yang sedang melihat gerak-geri mereka tidak mereka sedari.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro