🌺 Bab 11 🌺
"Jadi... Kumpulan Band Boyz yang menang?" Ujar pengadil mereka dengan senyuman senget. Riak wajahnya seperti sangat berpuas hati dengan keputusan yang diutusnya itu.
"Hah?" Terkejut Maira bersuara. "Kenapa pula?"
Keluhan kecil Naz berikan lalu menjeling Maira. "Kau orang ada buat persembahan ke? Tak perasanlah pula." Balasnya sinis.
Keempat-empat gadis itu tertunduk mengalah tatkala kata-kata itu dihamburkan. Malu bercampur marah bercampur kesal, semua dirasai mereka.
"Baiklah kalau macam tu. Tugas kami selesai di sini. Selamat ber..." Pelajar junior itu bangkit lalu menarik nafas. "...Couple." Sambungnya lagi.
Akhirnya, mereka semua melangkah ke luar perpustakaan dengan senang hati. Mereka yang masih tinggal pula sudah panas hati dengan apa yang terjadi.
"Oh ya... Pasal couple tu." Tutur Han dengan jongketan sebelah kening. Ahli Band Boyz yang mendengar mengangguk laju manakala ahli Just Four pula menggeleng.
"Aish, dia pergi ingatkan pula dah." Mini mengeluh kuat. Wajahnya ditampar marah.
Fiya cuba untuk berunding terlebih dahulu. "Err, jadi kawan dulu tak boleh? Macam... Kawan? Ha, kawan."
Keempat-empat jejaka itu saling berpandangan. Mereka berbincang dengan satu sama lain hanya dengan gelengan, anggukan, jongketan kening dan gerakan tangan. Tanpa bercakap pula tu. Hanya dengan gaya itu pun boleh?
Boleh menjadi kawan, tetapi jika hanya 'kawan', sukar untuk mereka mendekati gadis-gadis itu. Meskipun ini hanyalah arahan orang atasan namun soal hati, mereka sendiri tahu bahawa ia mudah dilentur.
"Kita ada charge masing-masing kan? Kalau dia orang sukakan orang yang lain daripada apa yang kita arahkan macam mana?" Tanya Ris sedikit berbisik kerana dia terletak agak jauh dari kedudukan gadis-gadis itu. Charge yang dimaksudkan ialah keempat-empat gadis itu.
Mar berpeluk tubuh dengan mata yang dipejamkan tanda berfikir. "Hmm, betul juga kan?"
"Yalah, kalau kami jadi boyfriend kau orang pun still kawan juga kan? Boy friend? Kawan lelaki kan? Ha gitu pun tak boleh?" Naz berdalih terhadap rundingan Fiya. Bertambah-tambah berubah wajah Fiya yang mendengar jawapan itu.
"Eeee, banyak songehlah. Ikut jelah lepastu kita boleh masuk kelas dah. Aku nak belajar!" Firah mencantas ketegangan suasana di situ dengan suara kecilnya. "Aku tahu cikgu dah bagi kebenaran tapi fikirlah orang lain juga. Dah cepat, selesaikan apa yang patut." Marahnya di situ geram.
Ris menganggukkan kepalanya berkali-kali kerana dia turut setuju dengan apa yang diperkatakan Firah. Semua yang berlaku ini benar-benar membuang masanya.
"Kita orang ada empat, kau orang ada empat. Memanglah elok sepasang tapi tak akanlah suka hati je nak pasang-pasangkan. Nak kena pilih ke macam mana?" Tanya Maira dengan tangan kanan yang digerak-gerakkan. Gelang yang tergantung sebuah loceng di situ berbunyi-bunyi setiap kali tangannya bergerak.
Sengihan yang benar-benar buat orang menyampah diberikan oleh Mar. Dagunya dipegang sambil menjawab. "Bagi orang yang menanglah pilih kan?" Soalnya.
"Itu betul tapi..." Maira menjawab kemudian berfikir seketika. "Kalau kita orang tak berkenan?" Sambungnya lagi dengan wajah menyampah.
"Boleh di-negotiate." Balas Mar dengan matanya yang melilau ke arah lain.
Kini, Just Four pula memandang satu sama lain. Mereka kemudiannya mengeluh perlahan lalu mengambil tempat di sebuah meja dan duduk menghadap sekumpulan jejaka yang sedang berdiri itu.
"Okay, proceed." Arah Mini, tidak berminat. Dagunya ditongkat dengan tangan yang direhatkan di atas meja.
"Kalau macam tu, kita mulakan dengan orang yang sibuk sangat nak habis dulu tu. Ris, cepat pilih." Naz berkata riang. Jarinya dituding pada Ris berkali-kali sehinggalah Ris sendiri yang menampar tangan itu agar ia turun daripada terus menudingnya.
Ris berpeluk tubuh lalu berpaling laju membelakangi empat orang gadis tersebut. Semua ternganga dengan perbuatan Ris yang memang tidak dijangka itu.
"Ris apa kau nak bu-"
"Aku suka orang yang pakai cermin mata." Potong Ris sebelum soalan itu habis ditanya. Mendengarkan itu, semua orang mengunci mulut lalu menoleh ke arah Firah kerana dia seorang sahaja yang memakai cermin mata di situ.
"Errr... Okey?" Balas Firah yang terkedu apabila menjadi pusat perhatian. Ris lantas menoleh dan memandangnya manakala Firah juga melakukan perkara yang sama. Maka, perkara yang sama berlaku lagi seperti kejadian di dalam tandas tadi. Ia tidak berakhir dengan jeritan tetapi berakhir dengan dua orang yang laju sahaja berpaling ke arah lain sambil menutup wajah.
Tawa yang kuat bergema sedikit di kawasan yang mereka duduki sebelum masing-masing didiamkan oleh teguran pengawas perpustakaan yang kebetulannya melalui kawasan tersebut.
"Okey, kalau aku..." Suara Mar mengejutkan mereka semua. Dia sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan dirinya pada sebuah meja tidak jauh dari mereka dengan penuh kacak. "Aku suka orang yang ganas tapi lembut. Tegas tapi memahami. Suka bergaya tapi tidak melebih."
Ketiga-tiga sahabatnya itu mengerutkan dahi, ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan Mar. Manakala para gadis itu pula sudah mencebikkan bibir sambil menjongketkan kedua belah kening mereka pada Maira.
"Lah aku ke? Aku tak kisah." Jawab Maira kemudian berpeluk tubuh seperti Mar. Dia tidak memandang Mar kerana dia tahu, jejaka itu sedang tersenyum senget ke arahnya.
Fiya dan Mini saling berpandangan sambil membuat beberapa gaya yang hanya mereka fahami. Hal ini kerana cara pemilihan jejaka-jejaka itu benar-benar kena dengan citarasa mereka. Pasangan yang dipilih ialah mereka yang menyukai satu sama lain jadi... Mereka pun pasti dapat orang yang mereka inginkan, bukan?
"Ei, taste kau ni macam akulah." Han berkata sambil menepuk bahu Mar berkali-kali. "Tapi ganas yang aku suka tu ganas betul. Bukan yang acah-acah ganas sebab aku suka yang memang boleh masuk dengan aku. Main game, belasah orang apa semua tu... Tapi pandai dan berani!" Tuturnya lagi dengan bersemangat.
Mar mendengus kemudian menoleh ke arah sahabatnya itu. "Cakap macam-macam... Kau ni, ganas pun biasa-biasa je pastu belasah orang pun tak pernah." Potongnya, sedikit menyampah.
"Tapi... Mini pernah belasah orang." Firah memintas di tengah perbualan mereka.
"Kalau macam tu, Minilah pilihan aku!" Sambut Han sambil menuding ke arah Mini seperti sedang memilih Pokemon.
Penumbuk dijulangkan ke udara. Mini pun bersorak gembira. "Yes!"
"Mini, shhh ini perpustakaan." Tegur Fiya dengan gelengan kepala. Tadi dia yang malas masuk campur lepastu dia pula yang bersemangat. Aduhailah si Mini ini.
Kerusi berdekatan Mini telah pun Han duduki. Kini yang menjadi perhatian utama di tengah-tengah kumpulan mereka itu ialah Naz.
Naz memandang Fiya dan Fiya pun memandang Naz. Mereka saling berpandangan seketika kemudian tersenyum dan mengangguk.
"Amboi, bahasa hati ke ni? Jadi dua-dua setujulah ni kan? Okey done." Mar menutup majlis tidak rasmi mereka itu dengan tepukan tangan.
Just Four sekadar menggeleng-gelengkan kepala mereka tanda mengalah. Entah apa yang menjerat mereka semua di dalam hubungan ini, mereka sendiri tidak tahu. Walaupun begitu, mereka tahu ada sesuatu yang bakal berlaku selama hubungan mereka ini akan berlangsung.
Sedang mereka sibuk mengenali satu sama lain, telefon pintar milik Fiya berbunyi nyaring meminta untuk diangkat. Cepat-cepat Fiya menekan butang hijau agar lagu One Direction yang hadir dari telefonnya itu tidak mengganggu pengunjung perpustakaan yang lain.
"Assalamualaikum." Dia memulakan bicara yang mengundang sepi antara ahli kumpulannya.
Perbualan itu berlangsung buat beberapa ketika dengan wajah yang ketat. Semua masih tertunggu-tunggu bicara Fiya kerana hanya dia sahaja yang tahu apa yang telah berlaku.
"Apa jadi?" Tanya Mini sebaik sahaja Fiya meletakkan talian.
Keluhan perlahan Fiya lepaskan sebelum dia bersuara dengan penuh serius. "Kita kena pergi hospital sekarang. Maurah bagitahu aku yang Milana accident."
"Hah? Dah kenapa bagitahu kau?" Maira pula bertanya hairan.
"Bukan ke Hospital Permata Biru tu milik keluarga Fiya? Tapi apa kena-mengena dengan Fiya pula kes kali ini?" Firah turut menyibuk di antara mereka.
Semua mendiamkan diri sejenak bagi memberi ruang untuk semua berfikir.
"Biasalah, bila ada relate dengan sesuatu, semua nak di-relate kan. Mana tahu boleh dapat diskaun sebab dia kawan Fiya? Hospital Permata Biru tu dahlah top hospital dekat sini. Layanan dan servis semuanya professional." Terang Naz, serba tahu. Terkejut juga si Fiya tu bila dengar penerangan Naz.
"Diskaun? Selain Shima si anak Dato' tu, bukan ke Milana pun.... Ah, tak apalah. Jomlah kita pergi lawat mereka habis sekolah nanti. Macam-macam betul." Pintas Fiya. Dia bangkit dan membetulkan bajunya.
Mereka semua mula mengemas apa yang patut dan berniat untuk beredar dari perpustakaan tersebut sehinggalah satu suara asing membantutkan pergerakan mereka.
"Boleh saya tanya?"
"Tanya apa?" Soal empat orang jejaka itu serentak sementara itu melindungi gadis-gadis tersebut di belakang. Haih, acah brutal pula dah.
"Eh, itu bukan ke lelaki yang kata nak balas dendam tu?" Soal Mini sambil bermain dengan penumbuknya. Renungan tajam daripada lapan orang manusia di situ diberikan buat insan tersebut.
Zakuan tersentak dengan renungan itu. Hampir-hampir sahaja buku yang dipegangnya itu jatuh ke lantai. "Aku ada terdengar tadi, kau orang mahu ke hospital?"
"Taklah, mana ada. Sibuk je." Laju sahaja Naz berdalih.
"Naz, jangan macam ni." Tegur Fiya dengan perbuatan jejaka itu. "Ya betul. Kenapa? Kau nak ikut ke?"
Zakuan mengangguk laju.
"Kalau macam tu, kita jumpa dekat tempat parkir basikal lepas habis sekolah nanti." Mini mengarah seperti setuju sahaja untuk mereka pergi bersama-sama.
Han memandang Mini dengan ternganga. "Lah? Kenapa kena bawa dia sekali?"
"Eh, tak apalah. Aku pun yang akan drive nanti. Semua naik kereta aku je." Ris memotong aksi Han dan Naz yang mahu mengancam ketenteraman Zakuan yang niatnya hanya mahu melawat Milana.
"Ris ada lesen?!" Firah bertanya terkejut.
Senyuman bangga terhias di bibir Ris sebelum diganggu oleh Mar yang menolak mukanya. "Ya, kami semua ada lesen." Sibuk Mar di situ.
Terangguk-angguk empat orang gadis itu dengan kejutan yang tidak disangka. Di negara mereka ini sudah dinyatakan bahawa mereka sudah boleh mendapatkan lesen dalam usia yang awal tapi tidak pula mereka sangka bahawa keempat-empat jejaka tersebut memang mempunyai lesen.
"Okey, jom ambil barang apa semua dulu. Nanti bila loceng terakhir sekolah berbunyi, kita boleh gerak dah." Ujar Ris seraya bergerak keluar diikuti mereka yang lain.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro