Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Section 3 (Esei)

Untuk Section ini anda tidak diberikan pilihan jawapan. Anda perlu memberi jawapan mengikut kreativiti dan pandangan anda sendiri. Tulis jawapan anda pada ruangan komen. Tiada had patah perkataan, tiada betul atau salah, logik atau tidak. 

Jawapan adalah hasil dari cetusan idea anda sendiri. Anda juga dibenarkan untuk saling berinteraksi dengan penulis lain. Anda boleh membalas komen dari penulis lain. Asalkan tidak berlaku pergaduhan dan percakaran antara kalian. Jika berlaku kita minta zombie uruskan.

Selamat menjawab.

Section 3 : Esei.

1. Apakah ciri-ciri Zombie dari segi rupa dan sifat?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

2. Apakah kelemahan Zombie?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

3. Bagaimanakah bunyi Zombie?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

4. Bagaimana untuk mengalihkan perhatian zombie?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

5. Bagaimana Zombie boleh berjangkit kepada orang lain? Berapa lamakah masa yang di ambil untuk seseorang yang telah dijangkiti untuk berubah menjadi Zombie?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.
 

6. Anda sedang dikejar oleh Zombie. Anda berlari dengan sekuat hati supaya dapat terlepas dari zombie-zombie itu. Apabila anda toleh ke belakang, anda melihat antara zombie itu ada orang yang anda sayang iaitu ibu dan bapa anda. Apa yang akan anda lakukan?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

7. Anda sekarang berada dalam di dalam sebuah bangunan. Tempat itu telah di isytihar sebagai zon darurat di mana kawasan itu dipenuhi oleh Zombie. Anda tiada sebarang gajet untuk berhubung dengan sesiapa kerana semua telah rosak semasa anda cuba menyelamatkan diri daripada zombie. Tiba-tiba anda terlihat di luar, ada telefon di dalam sebuah kenderaan. Anda perlu mendapatkannya. Apa yang anda lakukan?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen. 

8. Pasukan penyelamat telah datang dengan menaiki helikopter untuk menyelamatkan anda dan yang lain-lain. Sayangnya helikopter itu hanya boleh memuatkan 5 orang sahaja sedangkan anda ada 6 orang ke semuanya. Ibu anda yang telah di gigit oleh zombie namun masih mampu bertahan sehingga dibawa ke pusat pemulihan sebelum berubah menjadi zombie. Suami/isteri tercinta, anak anda yang berumur 13 & 20 tahun yang keduanya mengalami kecedaraan yang teruk. Dan juga kawan baik anda yang telah banyak membantu anda dan keluarga terlepas dari serangan zombie. Siapa yang akan korbankan? Apa yang anda lakukan?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

9. Bagaimana cara anda membunuh sekumpulan zombie?

Bincangkan jawapan anda pada ruang komen.

Selesai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro