Ready?
Adakah anda telah bersedia untuk berhadapan dengan ZOMBIE?
X X X X X
Suatu pagi anda terjaga.
Anda terkejut apabila kerana keadaan tidak seperti kebiasaan. Suasana sunyi tanpa hilai tawa dan kekecohan di kejiranan anda. Selalunya mereka kecoh dengan cerita masing-masing di hari minggu.
Anda menjengah keluar tingkap, lebih mengejutkan apabila keadaan diluar nampak terlalu huru hara. Tiada makhluk langsung di luar. Bersepahan segala sampah di jalanan, kereta berlanggar sesama sendiri tetapi tiada makhluk di dalamnya. Percikan darah merata-rata, serpihan daging juga begitu.
Anda menjadi semakin tidak keruan. Mata yang tidak gatal digosok berkali-kali. Manik jernih mula merembes di dahi. Lemah lutut hingga anda terjelepuk ke lantai. Fikiran cepat memikirkan tentang keluarga anda. Mak, ayah, kakak dan adik ke mana perginya mereka?
cepat-cepat anda kerahkan tenaga dan berlari keluar dari bilik mencari mereka. Berkali-kali anda memanggil mereka namun tiada sahutan. Anda menjadi semakin takut. Anda berlari semula ke dalam bilik. Anda ingin mengambil telefon dan menghubungi mereka dan sesiapa sahaja sekarang ini.
Anda sedar yang anda berseoranga, tiada siapa sekarang hanya anda seorang. Jantung anda mula mengepam laju. Telefon bimbit di ambil dengan tangan terketar-ketar anda membuka kekunci telefon anda. Dua kali anda mencuba tetapi gagal, bukan kerana anda tidak ingat kata kunci tetapi kerana jari-jemari yang menggigil tidak dapat menekan papan kekunci dengan tetap.
Anda cuba untuk bertenang walaupun hakikatnya tubuh anda telah menggigil hebat. Peluh sudah seperti air hujan yang membasahi anda. Anda menarik nafas panjang, cuba untuk bertenang. Perlahan-lahan anda membuka kekunci telefon.
"Ah! Line takda!"
Anda mula berang. Telefon itu anda ketuk ke dinding berkali-kali mengharapkan agar garisan bar itu naik tetapi hampa. Anda cuba bertenang lagi. Memikirkan apa yang perlu anda lakukan.
Mata anda tertancap pada komputer riba di atas meja. Cepat-cepat anda ke meja itu dan menghidupkan komputer anda. Mudah kerana ia tidak memerlukan kata laluan untuk mengaksesnya.
Alangkah terkejutnya anda apabila sistem komouter telah di godam, tetapi anda tidak tahu oleh siapa. Terpamang gambar makhluk yang mengerikan.
ZOMBIE!
Makhluk itu menunjukkan icon email kepada anda. Anda terfikir mungkin ia meminta anda untuk membuka email. Mungkin ada sesuatu di situ. Tak menunggu lama anda terus membuka email anda.
Ya! ada satu mesej yang baru diterima. Dalam keadaan kebinggungan anda membuka email tersebut.
"Apa ni, banyaknya soalan."
Section 1 : Objektif
Sila ke halaman seterusnya......
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro