Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Q & A

Admin tahu ada banyak soalan yang berlegar di fikiran kalian. Sabar, admin akan jawab satu persatu.

Pertamanya, ingin admin jelaskan sekali lagi yang cabaran ini khususnya buat ahli G2C. Dalam G2C mereka belajar mengenai penulisan jadi tidak hairan jika kalian baca setiap panduan itu terdapat arahan-arahan tertentu. Ini semua bagi menguji kefahaman mereka selama mereka menimba ilmu dalam komuniti ini.

Baik, kita teruskan dengan Q & A.

Q - Perlukah saya buat prolog, epilog, sinopsis dan blurb?
A - Tidak. Jika anda tidak mahu menulis prolog, epilog, sinopsis dan blurb anda boleh sahaja terus menulis Bab1. Bagi ahli G2C, anda perlu buat.

Q - Perlukah saya memasukkan semua elemen dalam novel saya? Boleh berikan contoh.
A - Tidak. Elemen adalah markah bonus buat anda. Jika anda tidak yakin menggunakan elemen yang diberikan, sebaiknya jangan masukkan dalam novel anda takut ia akan mencacatkan jalan cerita anda nanti.

Contoh : Show Don't Tell

Bunyi itu sekali lagi menerjah ke gendang telinga Pija. Sesaat dia terjelepuk jatuh ke lantai. Tubuhnya menggigil, sensasi dingin terasa hingga ke tulang belulang. Pija peluh dalam kedinginan malam. Perlahan, Pija mengesot tubuhnya masuk ke bawah kereta. Semakin makhluk itu menghampiri semakin hebat tubuhnya menggeletar. Sekuat hati dia menakup mulut dan hidungnya supaya nafasnya tidak di dengar makhluk pemakan daging itu. Jika tidak dia bakal menerima nasib yang sama seperti.mana ibu dan ayahnya.

Q - Perlukah saya menghantar mengikut durasi yang diberikan?
A - Ya, jika anda ingin mendapatkan mata bonus.

Q - Bagaimana jika saya menghantar selepas dari tarikh durasi? Masihkah boleh diterima?
A - Ya, masih diterima cuma anda kehilangan mata bonus.

Q - Bagaimana untuk mengetahui pungutan mata?
A - Admin akan kemaskini selepas habis durasi setiap bab.

P/s : Jika anda ada persoalan lain, sila kemukakan di ruang komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro