MAAF.
Selamat malam semua. Bagaimana perkembangan novel kalian? Adakah baik semuanya? Admin harap semuanya berjalan lancar.
Ada yang sudah terbitkan bab 1 mereka dan admin sudah pun baca. Apa yang admin mampu kata, kalian memang terbaik. Idea kalian menyegarkan, struktur ayat yang cantik dan paling mengejutkan kalian mampu gunakan semua elemen gaya bahasa yang diberikan tanpa sebarang masalah.
Maafkan admin kerana sebelum ini admin merasakan cabaran ini susah bagi kalian. Admin salah, admin sudah memandang rendah kemampuan kalian. Bakat kalian sangat hebat, sungguh admin tak sangka.
Sehubungan dengan itu, dari pihak admin ingin mengumumkan yang tahap kesukaran cabaran ini akan dinaikkan dan pengiraan mata akan dirombak. Ini bagi meningkatkan lagi daya saing antara peserta.
Satu lagi pengumuman penting, akan ada pusingan bonus di akhir bab nanti. Apakah dia pusingan bonus tersebut, sama-sama kita nantikan.
Apapun dari pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang menyertai.
Semoga berjaya buat anda semua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro