Info
Hai semua. Selamat malam. Sudah beberapa hari kita berdiskusi, bersoal jawab tentang zombie, macam mana mood zombie sudah mari? Hahaha...
Ramai yang bertanya sudah boleh publish atau tidak cerpen tu?
Begini semua, sabar dahulu sehingga diberitahu. Admin akan ulang semua syarat-syarat penyertaan. Kemudian akan ada sedikit arahan barulah kalian boleh mula publish cerita kalian.
Ya, admin tahu ramai yang teruja dan tak sabar-sabar nak publish cerita mereka. Sebaiknya sabar dulu sehingga diberitahu kelak. Bukan apa, admin tak mahu nanti cerita kalian di plagiat oleh peserta lain. Tak seronoklah begitu.
Ok, bercerita tentang cabaran yang bakal bermula tidak lama lagi, admin ingin memberi sedikit tips lagi. Walaupun tajuk ceritanya zombie namun, tidak semestinya kalian harus membuat cerita bergenre horror atau thriller. Jangan limitkan kreativiti kalian yang ada itu. Boleh jadi cerita kalian itu bergenre komedi, fan fiction, romance, fantasi, saifi malah apa sahaja tidak menjadi masalah. Nak buat chicklit pun boleh. Kembangkan idea kalian. Filem Zombie Kampung Pisang contohnya bergenre komedi, berdekah admin ketawa tonton filem tersebut. Yang penting di sini isinya sampai. Kalau kata genre komedi buatlah pembaca ketawa sampai keluar air mata.
Kalau kata fantasi tunjukkan imaginasi kalian dalam cerita tersebut. Zombie jadi cantik ke atau zombie yang dinaik taraf sudah bijak dan punya perasaan. Semua itu boleh saja takda apa yang salah. Buat cerita lain dari yang lain supaya juri dan pembaca tertarik untuk membaca cerita kalian, markah pun banyak la nantikan?
Baik sampai sini saja bebelan admin pada kali ini. Tiada aral esok admin.akan update semula syarat, hadiah dan juga arahan untuk meneruskan cabaran. Di harap kalian sedia menanti.
Sehingga itu, kalian siapkan plot cerita terlebih dahulu. Yang mana nak minta tolong buatkan kulit buku boleh pergi ke lampiran cover request di sana ada senarai nama mereka-mereka yang boleh membantu kalian. Sekiranya mereka layan kalian dengan teruk dan tidak beradab boleh dm admin. Nanti tahulah admin nak mengajar mereka macam mana.
Sekian dari admin. Jumpa lagi esok ya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro