Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Snallygaster, Lagenda Si Naga Biru (Bahagian Akhir)

Penulis : Cik Puru

Team : Dragon

X X X X X 


Di dalam bilik Dhiya, di Gua Talatilus, kawasan jajahan Torus...

Selepas dilumur dengan bunga nalinali, badan Dhiya kelihatan berceloreng bercahaya. Dhiya kagum dengan kulitnya yang kini berbau haruman yang pelik, serta bercahaya punca dari bunga nalinali tadi. Dhiya duduk di atas katil cuba untuk menghadam kejadian hari ini.Diperhatikannya seinci demi seinci bilik ini, berwarna putih, bertatah ukiran emas. Bagaimana tempat ini boleh wujud? Adakah Dhiya sekarang berada di dalam perut Bukit Laksamana?

Tok tok tokk...

Terhinjut badan Dhiya dek kerana terkejut. Pintu bilik Dhiya diketuk. Dhiya yang masih pening untuk menghadam semuanya bingkas bangun membuka pintu. Hatinya bertanya-tanya apa lagi selepas ini?

"Oh... Snallygaster, saya ingatkan siapa tadi"

kelihatan Snallygaster hanya tersenyum di depan pintu, memegang sejenis bunga berwarna putih. Sungguh dia tidak pernah melihat sesuatu seumpamanya.

"Ini makanan, aku bawakan takut-takut kau mati kelaparan..." Snallygaster ketawa kecil.

"Terima Kasih..." Dhiya turut ketawa.

"Tidur awal... Esok aku bawa kau berjalan-jalan..."

"Err...Snally... Aku mahu tanya sesuatu..."

Snallygaster mengangguk-angguk memberi isyarat untuk membenarkan Dhiya bertanya.

"Kenapa kaum kau baik hati untuk menyelamatkan manusia dari kaum Volder? Bukankah kaum Volder sangat ganas?"

Snallygaster terkejut mendengar pertanyaan itu namun berpura-pura biasa dan menjawap

"Aku pernah jatuh hati kepada manusia yang datang kesini, namun ditangkap kaum Volder dan dijadindaan makanan... Aku tak sanggup lagi membiarkan orang lain menanggung yang sama!"

Snallygaster tak tunggu lama, dia meminta diri untuk beradu.

Selepas menutup pintu, Dhiya membiarkan makanan di atas meja, dia menuju ke jendela. Malam di sini tak sunyi, bunyi buluh berlaga berganti dengan bunyi yang dikeluarkan cendawan, bunyinya begitu gemersik pada waktu malam, membuai sesiapa yang mendengar. Malam di sini juga tidak terlalu sejuk kerana pada malam hari wap panas keluar dari permukaaan air terjun, menghangatkan malam yang dingin.

Masih tengiang Dhiya dengan penjelasan Snallygaster tadi, namun... Dhiya masih pelik... kenapa dalam matanya kelihatan menipu?

***

"Selamat pagi, Dhiya!"

Terkejut Dhiya melihat Snallygaster berada dihadapan pintu, sedangkan baru seketika tadi dia memandang keluar jendela ternampak Si Naga Biru diudara. Dhiya mengurut-ngurut dada dek kerana terkejut.

"Aku kan Snallygaster, si 'roh laju'... Sudah tentu aku boleh ke mana sahaja sepantas kilat" tersenyum Snallygaster melihat telitah Dhiya yang terkejut bukan kepalang itu.

"Fuh... terkejut Dhiya! Err... Nak ke mana kita hari ini?"

"Jom!"

Dhiya hanya mengikuti Snallygaster, mereka melalui satu lorong yang agak sempit yang penuh dengan daun-daun yang sepertinya dipotong rapi dan masuk ke dalam sebuah taman yang sangat cantik. Laluan berjalan kaki diiringi oleh bunga-bunga yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Dihujung jalan terdapat sebuah kolam yang sepertinya mempunyai air terjun ditengah-tengah dimana airnya turun dari atas yang tiada penghujung.

Sedang ashik Dhiya membelek-belek bunga-bunga yang indah tadi, jari Dhiya terkena daun dari pokok nyurih, daunnya sangat tajam mengalahkan daun yang berada di alam manusia, Dhiya menekan jarinya sambil mengisap jari.

"Aku... Aku bau darah..."

Snallygaster berpaling pada Dhiya, melihat jari Dhiya, Snallygaster panik bukan kepalang

"Cepattt! Tutup jari kauu! Rendamkan dalam air!"

Dhiya yang turut panik hanya mengikuti. Direndamnya tangan Dhiya kedalam kolam tadi dan entah mengapa air kolam berubah jingga kemerahan tiba-tiba.

"Arghhh! Kita terlambat! Ayuh!"

Snallygaster tiba-tiba merubah diri menjadi naga biru dan memegang Dhiya,

"Snallyyy! Mana kau nak bawa aku niiii?"

"Kaum Volder sudah mengesan kita! Maaf aku tak mampu terbang laju dengan kau"

Zasss...

Serentak itu, terlihat anak panah berwarna perak berkilau terkena tepat pada sayap kiri Snallygaster, akibat dari panahan tadi, Snallygaster yang memegang Dhiya dengan kakinya terlepas genggaman dan menjatuhkan Dhiya dari aras ketinggian kira-kira 50 meter.

Bukk...

Dhiya tak berani membuka matanya, kelihatannya orang-orang kaum Voldem menyambut Dhiya dengan jaring, lalu dikurungnya saja Dhiya didalam kurungan. Dari kurungan, Dhiya dapat melihat satu pertempuran yang maha dasyat, sosok tubuh kaum Voldem tak ubah seperti manusia purba, mereka tinggi dan gagah, manakala kaum Torus pula kecil namun lincah, mudah sahaja mereka menjatukan lawan dari kaum Volder dengan menyerang bahagian sendi dan otot kaum Volder.

Pertempuran itu berlaku sangat cepat, ramai dari kaum Volder tumbang dengan kaum Torus yang menggunakan pedang yang dilumur cecair dari bunga nalinali. Ketua kaum Volder menyuruh kesemua orangnya berundur, namun tinggal dia sahaja yang masih meneruskan perjuangan dengan Snallygaster sendirian.

Pintu sangkar Dhiya dibuka oleh kaum Torus dan membenarkan Dhiya melihat pertempuran diatara kaum itu dengan lebih dekat. Sampai pada suatu masa, kelihatan Snallygaster lebih banyak menggunakan panahan kilat yang keluar dari mulutnya berbanding kekuatan badan. Selepas ketua Volder rebah melutut, Snallygaster mengangkat pedangnya tinggi-tinggi dan...

"Jangannnnnnnnn!"

Dhiya meluru kehadapan ketua Volder. Dia mengangkat kedua tangannya seperti menyembah Snallygaster.

"Aku mohon, kau jangan bunuh dia. Dia lemah! Kau bermain tipu tadi.. Aku.. Aku nampak!"

Tersentak Snallygaster mendengar kata-kata Dhiya.

"Tapi Dhiyaa! Dia bakal bunuh kauu!"

"Aku mohon... Kau jangan bunuh dia..."

Tanpa Dhiya sedar, air matanya mengalir laju. Dia sendiri tidak mengerti mengapa.

"Baik... Kurung dia bawah tanahhhh!" Snallygaster memberi arahan.

***

"Terima kasih... kerana tak bunuh ketua kaum Volder"

"Aku tak faham kau Dhiya. Dia musuh kau, tapi kau masih ingin menyelamatkannya?"

"Aku harap kau pegang janji kau Snally..."

Snallygaster mengangguk-angguk lemah dan meninggalkan Dhiya sendirian. Entah mengapa mata ketua kaum Volder tadi seperti ingin menyatakan sesuatu dan seperti ingin membantu Dhiya, tetapi bantu apa?

"Aku harus bertemu bertentangan mata dengannya!" bisik hati kecil Dhiya.

***

Tengah malam, di kurungan bawah tanah Gua Talatilus.

"Kenapa kau selamatkan aku?"

"Aku tak pasti... Siapa kau? Sebenarnya?"

"Aku Aditas, ketua kaum Volder"

"Mata kau... seperti mahu katakan sesuatu kepada aku semasa pertempuran itu..."

"Kaum Torus bukanlah seperti yang diceritakan kepada kau. Kaum Torus ini kejam!"

Dhiya terkejut mendengar kata-kata Aditas.

"Tapi kaum kau yang makan daging manusia kannn?"

"Tak... Aku manusia.. manusia yang tinggal dialam ini... Kaum kami diberi nama volder sempena namun datuk moyangku beribu tahun dahulu... Kau kena pergi dari sini Dhiya!"

"Aku... Aku tak fahammm!"

"Sebelum kaum Torus disumpah, kaum Torus ini kanibal, mereka memakan daging manusia dan juga daging haiwan-haiwan mistik, sehinggalah satu hari mereka memakan daging naga biru yang disumpah. Mereka adalah kaum yang kejam! Mereka menghisap darah terlebih dahulu sehingga mangsa mereka mati kehilangan darah kemudian baru mereka melapah daging!"

"Ke.. kenapa kau bantu aku? Kenapa kau serang kaum Torus untuk aku?" Menitis air mata Dhiya, dia masih tak mampu menghadam kata-kata Aditas.

"Adinda aku... Dia jatuh hati pada Snallygaster, dan sangkaan aku mereka berubah selepas disumpah. Namun hampaa! Mereka cuma mahukan tubuh dara sunti untuk upacara melumpuhkan sumpahan sahaja! Aku terlambat masa tu Dhiya, adinda aku mati dibunuh namun upacara belum sempat selesai. Selepas itu aku bersumpah! Bersumpah akan menyelamatkan sesiapa sahaja yang menjadi mangsa mereka!"

"Kalau kau masih ragu, sentuhlah kalung violet di dadaku, kau akan mengerti"

Perlahan-lahan Dhiya memegang kalung itu, walaupun Dhiya masih bingung namun Dhiya mengikut saja. Dan tiba-tiba Dhiya dibawa kealam sepuluh tahun lepas, dimana adinda Aditas berada, bagaimana mereka memulakan upacara, langit bertukar merah, Aditas datang bersama kuda putih miliknya, cuba menyelamatkan adindanya namun terlambat, kaum Torus mengunakan daun nalinali menjadi senjata. Aditas cedera parah namun berjaya selamatkan diri dan adindanya.

"Sekarang... kau percaya aku?"

Terkejut mendengar suara Aditas, Dhiya terlepaskan kalung itu dari tangan. Segalanya berubah seperti sediakala. Dhiya menagis semahunya. Dia betul-betul buntu...

"Tolong... Tolong aku?"

"Dhiya, kalau kau percayakan aku, izinkan aku selamatkanmu! Lepaskan aku..."

Dhiya lepaskan Aditas, namun tanpa sedar Snallygaster sudahpun berada dipintu.

"Kau nak lari mana Dhiya?" Hehehehe... Snallygaster tersenyum menampakkan gigi taring yang sangat tajam! Yang belum pernah dilihat Dhiya!

"Dhiya! Lariii! Lari ke kristal biru!"

"Kristal biruuu?"

"Sentuh kristal itu, dan hajatkan ke alam kau!"

Dhiya yang masih buntu melihat pertarungan sengit diantara Snallygaster dan Aditas berlari keluar, tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Paling ke kanan, masuk ke gua biru... disitu ada kristal yang kau cari..."

Dhiya tak tunggu lama, dia mengikuti suara itu. Sampai saja didalam gua, dia terlihat seseorang! Bayangannya seperti ilusi, badannya masih dapat melihat gua dibelakang! Dialah adidnda si Aditas!

Tanpa Dhiya sedar Snallygaster menyerbu Dhiya bagai kilat! Namun dihalang Aditas!

"Dhiyaa! Pergi!!"

Dhiya mengangguk, namun sebelum Dhiya sentuh kristal biru, Dhiya berpaling pada Aditas, saat mata bertemu mata, Snallygaster terlebih dahulu menikam tepat didada Aditas! Dan Dhiya sudah pun menyentuh kristal, dan kini terjaga. Dhiya menagis semahunya!

"Dhiya.. Ya Allah sayang!!" ibu Dhiya datang dan memeluk Dhiya dengan erat.

***

Selepas dua hari barulah Dhiya tenang, Dhiya kini dihospital, seorang pendaki solo menemui Dhiya di dalam pondok di atas Bukit Laksamana, Dhiya dibawa ke hospital dan koma akibat terdedah dengan bauan kulat berbahaya yang cuma akan keluar apabila cuaca sejuk tak menentu.

"Dhiya... ada seseorang nak berjumpa Dhiya ni.. Dia yang selamatkan Dhiya di atas bukit tu... Kalau harapkan mak, mana mungkin mak boleh mendaki"

Dhiya yang ashik mengelamun tadi melihat bunga-bunga tadi tersentak.

"Nak.. Makcik nak ke tandas sekejap, kau tengok-tengokkan Dhiya ya?"

Lelaki tadi hanya mengangguk...

"Apa khabar Dhiya?"

Dhiya masih tidak berpaling...

"Terima kasih selamatkan saya... Maaf, saya masih sedih...."

"Ehem... Sedih sebab Aditas ke?"

Dhiya terkejut bukan kepalang mendengar nama itu disebut dan dia berpaling...

"Aditasss!"

Dhiya yang tak mamu mengawal perasaan memeluk Aditas dan menangis semahunya.

"Ehem! Bukan muhrim ni Dhiya..."

Dhiya yang termalu-malu melepaskan Aditas dan membetulkan duduknya.

"Aku gembira melihat kau Aditas..."

"Aku ada hadiah untuk kau..." Lalu Aditas mengeluarkan kalung Velvet. Dhiya hanya menyambut dan tersenyum.

"Kisah kita tersimpan rapi di dalam ini... Izinkan aku menjadi pelindungmu sampai bila-bila?"


TAMAT    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro