Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Snallygaster, Lagenda Si Naga Biru (Bahagian 1)

Penulis : Cik Puru

Team : Dragon

X X X X X 


"Dhiya!!! Dhiya!!!"

Dhiya terjaga dari tidur lenanya, Si... Siapa yang panggil aku??? Dhiya meraba-raba sekeliling, tidak berani membuka matanya. Telinga dia menangkap sesuatu yang ganjil, bunyi hutan, burung hantu, unggas, bunyi air? Hidungnya juga terbau bauan segar. Ya... ini bau hutan! bau yang segar setiap kali Dhiya bersenam naik ke Bukit Laksamana. Bukit yang tak ramai orang tempatan tahu tentang kewujudannya.

Perlahan-lahan Dhiya memberanikan diri membuka matanya. Ini... ini kan pondok? kenapa aku ada dalam pondok usang ni? Ini pondok di atas Bukit Laksamana! Dhiya sangat kenal akan pondok usang ini, setiap kali Dhiya lalu dihadapan pondok ini, Dhiya akan berhenti sejenak untuk mengagumi seni binanya.

Dhiya Natiliya atau lebih mudah dengan panggilan Dhiya menapak keluar pondok. Diantara takut dengan berani, perasaan ingin tahunya lebih menguasai diri. Dhiya meninjau-nijau kawasan sekeliling, aneh... Sepatutnya malam-malam begini sudah tentu hitam pekat malam, tetapi kenapa cahaya sekeliling berwarna kelabu kebiruan? Dhiya yang masing bingung melihat jam ditangan, dua pagi? Dia cuba meninjau lagi, tetapi tidak jauh. Mungkin jam rosak agaknya, sejuk embun pagi membataskan Dhiya. Keadaan sekeliling seperti subuh. Ahh... mungkin saja jam aku rosak? tapi... kenapa aku disini?

Dalam samar-samar, Dhiya ternampak cahaya bulan menyuluh tepat pada tebar layar pondok, dimana terdapatnya ukiran naga umpama mitos orang lama-lama, cahaya bulan itu menyerlahkan batu biru pada mata naga. Dhiya kaget. Cahaya pada mata naga makin cerah, dan makin cerah, menyilaukan mata Dhiya, dia cuba menangkup matanya dengan tangan namun sia-sia. Dan....

Krriiiinnnnggggggggg!!!

Dhiya terjaga dek bunyi jam gerak. Fuh! Mimpi rupanya!

***

Sabtu, 1 November 2014

"Dhiya... Dhiya nak kemana ni nak?"

"Dhiya nak bersenam mak... Nanti Dhiya balik ya? Lagipun awal lagi ni baru 7.30 pagi"

"Hati-hati Dhiya, kerap Dhiya mendaki bukit tu, mak risau... Bukit tu bukan ramai orang sini tahu... Entah ada apa diatas tu..."

"Ish... Tak ada apalah mak... bukan pertama kali Dhiya naik kesana"

Selepas bersalaman dengan ibunya, Dhiya memecut motosikal ke Taman Rimba. Disitulah kaki Bukit Laksamana. Benar, bahaya bagi seorang anak gadis mendaki sendirian, tetapi Dhiya ini lasak orangnya. Dia juga mempelajari seni mempertahankan diri dan pernah saja menumpaskan beberapa orang lelaki yang cuba mengganggunya tahun sebelumnya. Senang cerita, Dhiya tak gentar!

***

Dhiya memulakan pendakian, setelah sejam, Dhiya sampai ke suatu tempat yang amat dikenalinya. Pondok tu... Pondok dalam mimpi aku... Dhiya berkira-kira samaada mau atau tidak dia menghampiri pondok itu. Argghh.. Biasanya kau redah sajakan Dhiya? Dah... Dah... Hati kena kental! Dan Dhiya pun menghampiri pondok tersebut, ditelitinya dia setiap satu ukiran dibahagian hadapan pondok. Betul... di tebar layar terdapat ukiran naga bisik hati kecil Dhiya. Tapi matanya tidak berbatu biru seperti mimpi Dhiya. Ianya Cuma berukir kayu.

Dek kerana keletihan, Dhiya memutuskan untuk singgah berteduh sebentar di pondok itu. Bunyi unggas, bunyi air, burung berkicauan, tersangatlah damai, bau tanah basah, pokok-pokok menghijau, segalanya terlalu tenang bagi Dhiya sehinggakan sedar tak sedar Dhiya terlena disitu.

Dhiya terjaga selepas beberapa jam...

Dhiya cepat-cepat melihat jam ditangan. Aduh! Pukul 6.30 petang! Aduh....! Kenapa la aku tertidur, mendaki pun dah sejam , turun pun sejam! Kenapa sampai berjam-jam lena aku!!! Dhiya yang menyalahkan dirinya kerana ketiduran cepat-cepat menggalas beg dan berlalu. Tanpa dia menyedari, ada sepasang mata yang memandang dia sejak dari pagi.

Kasihan budak ini... Hatinya luka teruk... Sepasang mata itu berkata didalam hati...

***

Lampu suluh Dhiya kini menjadi penerang, ini bukan kali pertama dia mendaki Bukit Laksamana, kenapa dia boleh sesat kali ini? Ya, sudah hampir dua jam Dhiya berpusing-pusing ditempat yang sama, biar dia berjalan sejauh mana, dia masih akan berbalik pada pondok usang tadi, kepenatan Dhiya membataskan pergerakan, tanpa Dhiya sedar, langkah demi langkah dia mengundur, dan kini langkahnya menuju kearah satu timbunan daun kering, dan...

Arggghhhhhhhhh!!!

Dia terpijak satu lubang besar yang ditimbun daunan dan masuk ke dalam satu terowong kecil yang licin, Dhiya meluncur laju kebawah! Dhiya cuba untuk mencapai apa-apa sahaja ditepi-tepi kiri kanannya namun hampa, terowong ini terlalu curam, berbirat-birat tangan Dhiya ditepis akar-akar kayu kecil. Dhiya hanya mampu menjerit memanggil nama seseorang yang berada sangat dekat dihati.

"Mak!!!!!!!!!!!!!!!"

Buukkk!!

Dhiya jatuh di atas sesuatu yang lembut, Dhiya masih belum berani membuka matanya, bauan yang sangat-sangat harum dan nyaman dibaunya, dia cuba meraba-raba 'tanah' tempat dia mendarat, tapi apa yang dapat dirasai tangan Dhiya bukan tanah malah rumput yang tebal. Dhiya cuba membuka mata, ya... Dia jatuh atas rimbunan rumput tebal berwarna hijau. Dhiya terus mendongak keatas, aneh! Dia tak nampak terowong tadi, sebaliknya dia nampak awan yang berwarna biru kehijauan, sangat cantik! Seperti matanya melihat Aurora yang hanya wujud dinegara kutub.

Dhiya bingkas bangun dan memerhati sekeliling, bukan apa, dia harus bersedia untuk sebarang bahaya yang mendatang. Dhiya berpusing melihat sekeliling, dia cuba mengosok matanya berulang kali seperti tidak percaya apa yang dilihatnya! Rumput-rumput yang menghijau, terlihat bunga-bunga berwarna warni seperti bunga tulip dan mawar yang hidup serumpun, bertompok-topok berselang seli dengan rumput-rumput tadi, dibawah ini ada cahaya matahari tetapi samar-samar, cuacanya redup, iklimnya sejuk, di Bukit Laksamana juga sejuk namun sejuk ini sejuk yang mendamaikan. Dhiya terlihat air terjun yang tinggi, namun tak nampak dari mana punca air terjun itu, umpanya air terjun itu jatuh dari langit! Dhiya berpaling pula ke kiri, ada beberapa titi yg cantik,namun pelik, penghujung kepada titi-titi itu berkabus menyukarkan pandangan Dhiya. Serentak itu Dhiya ternampak sesuatu dilangit, namun hilang dicalah awan. Itu... itu naga? Naga Biru!!!

"Selamat datang Natiliya..."

Dhiya tersentak mendengar namanya dipanggil, namun sebaik saja berpaling, hampir saja Dhiya terjerit, cepat-cepat dia menangkup mulut. Dihadapan Dhiya berdirinya beberapa orang makhluk yang pendek, sangat pendek, separas dada Dhiya sahaja, bertelinga runcing, berkulit putih susu, badan mereka diwarnakan berceloreng dengan sejenis cecair berwarna-warni malah berkilau, baju mereka berwarna biru diperbuat dari dedaun besar, namun daun itu biru! Rambut mereka semua melebihi paras bahu, berwarna putih, ada yang lurus, ada yang berdandan, mata mereka berwarna biru gelap sepenuhnya! Didahi masing-masing terdapat gading berukir naga, berikat emas dengan ukiran yang sangat mempersona. Dhiya kaget.

"Jangan takut Natiliya, kami orang-orang dari kaum Torus, kami semua orang suruhan Snallygaster, Si Naga Biru."

Serentak itu, terlihat kilat dilangit. Terlihat sisik tebal berwarna biru berlegar-legar disebalik awan, dan... sekali lagi kilat terlihat di awan. Yang peliknya, kilat itu keluar dari mulut si naga biru! Kelihatan naga biru yang besarnya sebesar sebuah rumah terbang ke arah Dhiya, dia mula mengundurkan langkah, setapak demi setapak, dia cuba menelan air liurnya namun seperti saja air liur itu terlekat dikerongkong!

Pelik, naga biru yang besar itu semakin mengecil bila menghampiri tanah, lalu bertukar menjadi seorang lelaki tampan, bermata biru bercahaya, kulitnya sama seperti orang-orang kaum Torus, telinganya lebih runcing serta berperhiasan emas di cuping telinga, juga lengan, pakaiannya lagak bangsawan, seperti asalnya dari sisik naga biru.

Dhiya menelan air liur melihat sosok lelaki itu dihadapannya, si naga biru mula menapak kehadapan, menghampiri Dhiya.

"Hamba Snallygaster, si naga biru..."

"Dhiya.. Saya Dhiya..."

Dhiya dan Snallygaster saling memandang, ada sesuatu dimata si naga biru yang mengerakkan hati Dhiya. Dia umpama terkesima melihat si naga biru, umpamanya dia telah jatuh hati pada pandangan pertama!

"Maafkan kami Snallygaster, Dhiya, tetapi hari tidak mengizinkan kita berada diluar lama. Kita patut pulang ke gua."

Si naga biru mengangguk.

***

Betul kah apa yang aku buat? Mengikut kaum Torus begini sahaja? Bagaimana kalau tujuan mereka jahat, aku mungkin dijadikan makanan?!

"Ehem... Jangan risau, kami tak makan daging. Kami cuma makan tumbuh-tumbuhan"

Snallygaster menyapa Dhiya yang jauh berangan, tersenyum dia menahan tawa mendengar kata hati Dhiya, apatah lagi melihat muka Dhiya yang pucat dek terkejut disapa begitu.

"Kau...?"

"Ya Dhiya, ini sumpahan Snallygaster. Aku boleh mendengar kata hati. Aku disumpah beratus-ratus tahun dahulu menjadi naga biru. Malah sumpahan ini juga turun terkena kepada kaum yang sama denganku, kaum Torus"

"Sumpahan apa? Kenapa kau boleh baca hati aku?"

"Begini, beratus tahun dahulu, kami semua hanya manusia biasanya yang suka berburu, namun aku leka. Aku bangga dengan bakat yang dikurnia kepada aku hingga aku sanggup mendaki gunung semata-mata mencari telur naga untuk dijadikan persembahan kepada raja, untuk aku berkahwin dengan anaknya, si puteri, sudahnya aku dan kaumku disumpah."

Selepas melepaskan keluhan berat, Snallygaster menyambung...

"Aku disumpah menjadi naga biru, dan kaumku mendapat satu rupa yang ganjil. Kami bukan sahaja tidak boleh berburu, malah kami tak boleh makan daging. Barang siapa membantah, dia bermuntahkan darah putih"

"Semuanya salah aku..." Snallygaster menyambung.

Dhiya yang masih terkejut belum mampu menghadam semua yang didengarinya, jadi maknanya si naga biru itu berumur ratusan tahun?

Bingung Dhiya tak lama, selepas memasuki kawasan gua tadi, Dhiya kagum melihat suasana didalam gua, lantai gua bercahaya jingga bila dipijak, air sungai yang kecil mengalir tanpa henti bergerak-gerak mengalir dari atas namun tiada puncanya, terdapat banyak burung-burung berwarna biru berkicauan, pepatung disini sebesar dua tapak tangan, bersayap putih berkilau emas, udara disini berkilau-kilau umpama serbuk berkilat, bunyi merdu umpama buluh berlaga sepanjang gua. Belum sempat Dhiya kagum, mereka sudahpun tiba ke sebuah rumah putih berukir emas.

"Dhiya... Jangan takut, disini kita akan selamat dari kaum Volder"

"Kaum Volder?"

"Ya Dhiya, kaum Volder. Si pemakan daging manusia. Kau beruntung kerana kami yang menemukan kau terlebih dahulu"

Gulppp!!

"Jangan berlengah lagi Cik Dhiya, lumurkan badan kau dengan cecair dari bunga nalinali ni"

"Bunga nalinali?"

"Ya bunga nalinali ni adalah bunga yang mempunyai satu bauan ganjil yang segar, ia dapat menangkis dari dikesan kaum Volder"

"Alle, tunjukkan bilik Dhiya"

Dhiya hanya mengangguk-ngangguk emah. Betul kah apa yang aku buat ni?

***

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro