Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ratu Malum.



Ratu Malum melihat ke dalam glob kaca miliknya. Empat makhluk dari empat kerajaan sedang berada di sebuah gelanggang. Gelanggang yang baginda reka khas untuk pertempuran ini. Baginda ketawa lucu melihat keempat-empat makhluk itu kehairanan dan terpinga-pinga.

Baginda memetik jarinya. Serta-merta baginda muncul di tengah-tengah gelanggang. Tongkat sakti ditangan baginda ayunkan ke udara. Kempat-empat makhluk itu tiba-tiba membeku. Unicorn, Naga, Mermaid dan Phoenix yang wujud dalam bentuk manusia berada di setiap penjuru gelanggang.

"Kenapa kami di sini?" Soal Putera Unicorn.

"Beta bosan. Beta mahukan hiburan. Kamu berempat akan menghibur beta."

"Apa maksud kamu wahai Ratu Malum. Tidak cukup lagi kehancuran yang kau lakukan terhadap kerajaanmu sendiri." Puteri Phoenix bersuara. Ratu Malum adalah bangsa Witch. Terlalu sukakan kehancuran sehingga sanggup melihat rakyat sendiri berbunuhan.

"Kalian berempat adalah waris dari kerajaan masing-masing. Aku mahu kalian berempat berlawan habis-habisan hingga ke hujung nyawa kalian." Ratu Malum menyatakan tujuannya. Bibirnya menguntumkan senyum yang penuh dengan aura kejahatan.

"Apa kau fikir kami akan tunduk pada kehendakmu." Giliran Puteri Mermaid pula bersuara. Mereka berempat bersahabat baik. Mana mungkin mereka akan bertarung sesama mereka.

"Kalau kamu enggan... maka nyawa kesayangan kamu akan menjadi ganti." Ratu Malum ayunkan tongkatnya ke udara.

Sebuah cahaya terpancar dari tongkat itu membentuk sebuah portal. Kelihatan seekor mermaid sedang menyanyi riang di tebing sungai.

"Itu adikku, Mayang."

"Kau sayang adikmu bukan..." Ratu Malum hayunkan tongkatnya sekali lagi. Kali ini cahaya merah terpancar dan menembusi portal itu. Cahaya merah tadi terkena pada tubuh mermaid tadi lalu hangus terbakar.

"Mayang..." Puteri Mermaid tidak dapat menahan hibanya.

"Kau sungguh licik Ratu Malum!" Putera Naga menjerit marah. Kuasanya sudah terkunci oleh sihir Ratu Malum. Jika tidak pasti mudah dia hanguskan perempuan kejam itu dengan semburan apinya.

"Aku bisa menghancurkan seluruh negara jika aku mahu. Jadi kalian harus lakukan apa yang aku mahu. Bertarung sehingga ke akhirnya. Jika kamu semua enggan, satu demi satu nyawa kesayangan kalian akan aku habiskan." Ratu Malum berjalan di sekeliling gelanggang. Baginda memetik jarinya. Muncul sebuah jam matahari.

"Setiap jam yang kalian bazirkan. Satu nyawa kesayangan kalian akan mati."

"Kau memang kejam!" teriak Puteri Mermaid.

"Selamat berjuang." Ratu Malum memetik jarinya. Serta-merta baginda berada di istan kembali.

Kempat-empat makhluk tadi sudah bebas dari jampi. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tiada jalan lain untuk keluar dari situ melainkan bertarung.




Galanggang dibuka, pertarungan di mulai...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro