Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pusingan 1.


Arahan.

1. Anda telah dibahagikan mengikut kumpulan Unicorn, Dragon, Phoenix dan Mermaid. Sekalipun anda dibahagi mengikut kumpulan, cabaran ini adalah cabaran individu. Anda perlu bersaing sesama sendiri di dalam kumpulan anda.


2. Anda perlu menulis satu cerita pendek TANPA PENAMAT, bermakna cerita anda tergantung di bahagian akhir (cliffhanger).


3. Panjang cerita anda adalah 750 - 1500 patah perkataan.


4. Tajuk cerita anda adalah BEBAS, tetapi di dalam cerita anda nanti, peserta perlu memasukkan icon kumpulan anda. Sebagai contoh, kumpulan Unicorn. Peserta bebas menulis apa sahaja cerita bergenre fantasi, tetapi perlu memasukkan Unicorn di dalam cerita anda sama ada watak utama, sampingan mahupun sekadar meletakkan ia sebagai penampilan khas sahaja.


5. Anda bebas untuk mereka cover anda sendiri.


6. Durasi : 15.12.2018 - 17.12.2018


7. Anda dikehendaki untuk menghantar karya anda ke alamat emel [email protected] (untuk fb sahaja). Manakala untuk peserta wattpad anda perlu terbitkan pada buku khas anda, salin pautan buku anda dan tampal pada ruang komen.

 AMARAN, jika anda menghantar karya selepas durasi karya anda akan ditolak dan anda akan tersingkir dari cabaran ini.


8. Pastikan karya anda bebas dari adegan lucah, bahasa kasar dan apa-apa bentuk penulisan yang menghina atau menyentuh apa-apa isu sensitiviti agama, politik dan seumpamanya.


9. Anda DILARANG keras menyiarkan karya anda di mana-mana medium sosial lain sepanjang cabaran ini berlangsung.


Sekian sahaja arahannya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh ajukan pada ruang komen. 


Terima kasih & selamat menulis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro