Princess (Bahagian Akhir)
Penulis : Jamilah Ali
Kumpulan : Dragon (Facebook)
X X X X X
Indah berjalan mundar mandir dalam bilik khas itu,
'Siapa mereka? Zahirnya memang kelihatan seperti aku namun aku tahu mereka tak sama!' Gumam indah dlm hati..
"Macam mana ni.. Aduss!" Sambil tangannya mengetuk kepala sendiri mencari jawapan..
"Hahh baik aku tanya mereka" serentak dengan itu Indah pun melempar sesuatu keluar jendela, popp bebola itu pecah dan mengeluarkan debu berwarna jingga, debu itu lenyap di bawa angin... selang lima saat kemudian kelihatan burung-burung comel bercorak pelangi berterbangan memasuki jendela dan mengelilingi Indah
Citt citt ceuww wieuww bingit mereka berkicauan seolah bertanya kepada In,dah apa yang terjadi. Indah mengangkat tangan dan berkata,
"Berubahla senang nak berbicara" pinta Indah
Zusss mereka berubah bentuk, Indah tersenyum manis pada mereka
"Ada apa Queen Putri?" Tanya Cifuru
"Tuu tengok tu" sambil menuding jari di tiang tengah bilik tersebut.
"Woww hasil buruan baru Tuanku ehh?" Sengeh Nawra sambil bertanya
"Nak buat apa dengan makhluk tu tuanku?" Bitwin mencelah sambil melihat-lihat.
"Itulah yang beta pening ni, korang ada pendapat bagus tak?"
"Panggang dengan black pepper sedap ni" Ni'il bersuara sambil menjilat bibir
"Masak kari la.. Perrghh" Thuri bersuara sambil membayangkan kepala masak kari, kecur air liurnya
Shu ha bersuara sepatah "pekasam" sambil memandang ke arah yang sama
"Buat burger pun sedap ni kalau kapit dengan roti" ujar Mim
"Korang ni asyik ingat makan je, nak jadi belon ke?" Bebel Mar'ii sambil jarinya memintal-mintal hujung rambutnya yang merah jambu
"Entahlah korang ni dengar la dulu Queen Putri tu cakap apa" Nu Ami menyokong pendapat Mar'ii
"Dah bukan ke tadi Queen Putri tanya nak buat apa?" Ni'il mempertahankan ideanya..
"Dah! kalau korang pun tak tau nak buat apa, baik beta serahkan pada ayahanda saja biar dia tambah koleksi patungnya" putus Indah.
"Argghhh tidak! tolong! Jangan buat kami macam tu" tiba-tiba Feroz menjerit sambil meronta, ketika itu Hafiz terjaga dan terus ternganga.. mereka di ikat sebelah menyebelah di sebatang tiang yang besar.
Indah bergerak menghampiri diikuti semua penasihat peribadinya, Indah membuat isyarat jari ditekap ke bibirnya.. Mereka Faham. Diam.
"Siapa kamu sebenarnya?" Indah bertanya dengan serius sambil bergerak mengelilingi mereka. Sembilan penasihatnya hanya memerhati..
"Sa saya err ka kami.. kami tersesat cik" terketar-ketar Feroz menjawab
"Queen Putri! Beta bukan cik, faham?" Jerkah Indah seraya menjegilkan matanya
"Baik tuanku!" Lancar dan lantang Feroz menjawab kerana terkejut disergah Indah.
Hafiz diam tak terkutik hanya matanya yang meliar memerhati Indah atas bawah, 'fuh lawa siot makhluk ni tapi seramla kenapa jalan melayang-layang macam tu, kaki ada, sayap ada tak bergerak pun, dia pakai hikmat apa eh' Hafiz bermain dengan pelbagai pesoalan di dalam mindanya.
"Hoii jawabla beta tanya, diam pulak, kamu dah kenapa pandang beta macam tu?" Mukanya di halakan kepada Hafiz seraya tersenyum seram dan menampakkan sepasang taring yang tajam.
"Makkkk! Vampire!" Jerit Hafiz seraya menutup mata dan berpaling. Hatinya berdebar kuat mengatakan Indah bakal membaham lehernya.
"Tunggu! Cik Queen saya akan terangkan segalanya tapi... Boleh tak Cik Queen longgarkan ikatan kami, sakit..." Feroz bersuara perlahan seolah merayu.
"Huhh" Indah mendengus dan bergerak menjauhi mereka.. seketika kemudian Indah berpaling seraya melayang laju menuju mereka dengan tangannya yang berkuku tajam dikembangkan.
Zupp zapp zap bunyi sesuatu yang telah dirobek dan putus serentak dengan itu, bedebuk bedebuk tergolek badan Feroz dan Hafiz di atas lantai kaca itu..
"Aduhhhh" Feroz mengaduh terasa bisa menjalar di segenap urat sarafnya.
"Arrggghhhh Allah! Allah!" Hafiz bersuara lirih
"Ehh Aku hidup lagi? Feroz! hoii bangun kita hidup lagi" teriak Hafiz sambil meraba-raba seluruh anggota badannya...
"Hahhh ye ke? bukan ke cik ponti tu nak ngap kau tadi?" Feroz bingkas bangun hilang semua bisa badan akibat terikat tadi.. Tiba-tiba keduanya terkaku memandang makhluk-makhluk di hadapan mereka..
"Dah! Dah! Banyak drama pulak, bertukar sekarang!" Arah Indah pada mereka.
"Ehh dia dah tahu ke siapa kita?" Bisik Hafiz perlahan, Feroz hanya menggeleng..
"Cik Queen, saya err patik perlukan barang patik tu.." Feroz berkata sambil menuding jari ke meja yang terletak jam tangan dan rantai berloket milik mereka.
====
Hafiz menyambut barang yang dihulurkan oleh Indah lantas menyerahkan kepada Feroz, kemudian dia menekan loket tersebut dan serta merta loket berubah menjadi tarbus hijau, tangannya ligat menggagau kedalam tarbus seketika kemudian dia mengeluarkan dua botol kecil yang mengandungi cecair merah jambu lantas dihulurkan sebotol kepada Feroz, mereka meneguk cecair tersebut sekaligus.. Beberapa saat kemudian mereka telah berubah kembali menjadi manusia tetapi bersaiz sama tinggi dengan makhluk disitu.
Indah memakukan pandangannya pada tarbus itu, kali terakhir dia melihat tarbus itu sekitar 350 tahun yang lalu.
"Okey Done Cik Queen" ujar Feroz, mendengarkan suara Feroz, terhenti imbasan memori Indah serta merta.
"Beradab sikit la Feroz, kena ada cara bercakap dengan seorang puteri" tegur Hafiz atas gaya selamba badak sahabat karibnya. Ketika itu Indah bergerak bersemayam di atas takhtanya.
"Teruskan dan bersegera, ada masalah yang perlu beta selesaikan" arah Indah pada Feroz dan Hafiz
"Maafkan patik tuanku, patik berdua berasal dari Bumi tempat yang amat jauh dari sini, patik berdua.. Mengembara untuk mengenali alam buana serta menambah ilmu" terang Hafiz panjang lebar dan penuh tertib
"Ermm boleh ceritakan kepada beta dimana tuan hamba beroleh barang tersebut sambil memandang tarbus hijau di tangan Hafiz.
"owhh ini peninggalan nenda patik, tuanku"
"Adakah nenda tuan hamba bernama Tuan Faiz Indra?" Indah meneka dalam penasaran sambil tangannya menekan permata berwarna merah yang tersarung di jarinya, seketika kemudian terpacul imej Datuk mereka
"Inikah orangnya?" Tanya Indah lagi
"Benar tuanku.." Feroz menjawab, dia dan Hafiz terperanjat dan saling pandang memandang seolah mencari jawapan.
"Ya beta amat kenal orangnya" balas Indah dengan mata yang berkaca dan hati yang penuh debar..
'Aisehh siapa dia sebenarnya macam ada apa-apa je ngan Atok, skandal Atok ke' pelbagai persoalan bermain dalam kepala Feroz
"Dia umpama bapa kepada beta, beliau kerap berkunjung kemari dan pernah membantu kerajaan kami suatu waktu dahulu, beliau adalah sahabat baik ayahanda, kamu keturunan beliau sudah tentu ayahanda gembira bertemu kalian, ayuh kita berangkat ke istana ayahanda" pelawa Indah pada mereka berdua.
Ketika mereka dalam perjalanan Indah menerangkan planet mereka menghadapi gempa yang berlaku dengan kuat dan tiba-tiba, sedangkan selama berjuta tahun mereka disini, inilah pertama kali berlaku masalah sebegini, ramai rakyat dragon terkorban ketika gegaran pertama berlaku di wilayah Barat. Raja mereka buntu dan bimbang hal ini akan melanda wilayah Timur iaitu pusat pemerintahan Galaxy Dragon.
====
"Queen Putri Indah masuk mengadap" seorang sida istana bersuara lantang
"Anakanda, bagaimanakah rakyat jelata di wilayah selatan?" Belum sempat Indah bersuara King Arjuna telah bertanya.
"Ya ayahanda. Anakanda baru pulang dari sana, rakyat jelata tiada yang cedera, cuma.. Mereka semua telah kehilangan tempat tinggal akibat gempa tersebut. Kesemua mereka telah selamat di pusat pemindahan di wilayah utara" jelas Indah lancar
"Ayahanda.. Anakanda ingin memperkenalkan dua orang sahabat baru anakanda.. Yang datang dari Bumi" sambung Indah lagi.
"Apa?! Dari Bumi? Dimana dia? Lekas panggil dia kemari!" Lantang King Arjuna bersuara.
Indah berpaling ke arah sida istana dan memberi isyarat membawa manusia berdua itu masuk mengadap.
"Ampun tuanku, patik Hafiz dan ini sepupu patik Feroz, patik berdua adalah cucunda kepada Tuan Faiz Indra" Hafiz memperkenalkan diri dengan hormat.
"Oh Ya!.. Kemari kamu"
Mereka berdua menuju ke singgahsana dan King Arjuna bergerak turun dari singgahsana dan terus meluru ke arah mereka, lantas King Arjuna memeluk erat mereka berdua. Hafiz dan Feroz tercengang dengan ulah raja tersebut.
"Sudah lama beta ternanti-nanti kunjungan sahabat beta, di mana dia? Mengapa dia tidak bersama kalian?" Sambil meleraikan pelukan King Arjuna bertanya..
"Sebenarnya datuk kami.. Ehh nenda kami telah meninggal dunia.." Jawab Feroz sambil merenung lantai.
"Takziah untuk kalian.. Oh ya adakah puteri beta telah menerangkan permasaalahan yang kami hadapi sekarang?"
"Sudah tuanku" balas Hafiz
"Kalau begitu bagaimanakah pendapat kamu mengenai perkara ini?"
Tiba-tiba ketua Sida Istana merangkap penasihat diraja bersuara.
"Tuanku, perlukah kita meminta pertolongan dari makhluk asing ini?"
"Beta tahu apa yang beta buat dan beta kenal siapa mereka, ayuh kita ke kamar khazanah" ujar King Arjuna seraya bergerak kamar tersebut.
Doc Ajramjat mendengus tidak berpuas hati sambil mengibas tangannya dan bergerak melenggang berlalu, 'ini kali kedua Tua tu buat aku macam ni, takpa kau tunggu lah nanti' hatinya berbisik sambil tersungging senyum.
====
Mereka melangkah masuk dan keduanya terpaku, gambar datuk mereka terpampang di suatu sudut, bilik itu amat luas dengan pelbagai buku-buku besar yang tersusun rapi.
King Arjuna menuju ke meja besar yang di atasnya terpapar imej seolah peta, ada titik-titik merah yang sedang berkelip, sebahagian kecil imej telah bertukar merah semuanya.
"Ini adalah cetak biru planet Galaxy Dragon, yang berwarna merah itu adalah wilayah Barat yang telah hancur musnah dan yang titik merah berkelip itu adalah tanda tempat yang akan berlalu gegaran tidak lama lagi" terang King Arjuna sugul.
"Jangan risau tuanku kami akan cuba membantu" janji Feroz, Hafiz menyeluk tarbus dan mengeluarkan beberapa alatan khas termasuk mini dron sebesar biji kacang, dia menekan kekunci di laptop tersebut, dan tidak berapa lama kemudian mini dron tadi meresap ke lantai dan bergerak mencari titik merah, Feroz menghampiri Hafiz yang ralit memerhati skrin, kemudian terpapar imej yang amat mengejutkan mereka..
"Pis.. Biar betul! Bom kan?!"
"Ya.. Tapi kenapa?" Hafiz menjawab dan Indah menjenguk sama di skrin dan terpapar bom yang berbentuk sempat segi dengan paparan tulisan berwarna biru, 48 H..
"Empat puluh lapan jam?" Hafiz bersuara sambil memandang Feroz. Feroz mengangkat bahu .
"Tuanku.. Kami mengesan bom jangka yang sengaja dipasang untuk memusnahkan planet ni, dan masa yang ada adalah empat puluh lapan jam dari sekarang" terang Feroz tanpa berselindung..
"Apa! Habis bagaimana?" King Arjuna bingkas bangun dan kelihatan amat resah..
"Kami rasa kita mesti matikan bom tersebut, tapi dengan masa yang ada kami khuatir kami tidak cukup masa untuk mematikan semua bom tersebut." Ujar Hafiz.
"Ehh apa la kau ni.. Tu.. Mesti ada cara dalam tu" Feroz menunjuk ke arah tarbus hijau tersebut..
"Yela.. Kita guna mini robotik, biar robot tu buat kerja" terus Hafiz mengeluarkan beberapa mini robotik dan melepaskan kesemuanya bergerak ke arah titik merah tersebut.
Hafiz dan Feroz memantau melalui skrin laptop mereka, mereka menanti dengan penuh debar.. Masa berlalu.. Hanya tinggal satu jam dari masa letusan akan berlaku barulah Hafiz bersuara..
"Yesss selesai semua"
"Benarkah segalanya telah selesai?" King Arjuna bertanya penuh debar.
"Benar tuanku" Feroz meyakinkan King Arjuna
"Owhh syukurlah.. Terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian" ucap King Arjuna dan Queen Putri Indah serentak..
T AM A T
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro