Penghargaan.
Setelah selama sebulan lebih mengendalikan cabaran ini, saya Tun Indah selaku pengelola untuk cabaran ini memohon beribu kemaafan kepada semua pihak jika terdapat kekasaran dan ada yang terguris hati semasa cabaran ini berlangsung. Sama ada secara sengaja atau tidak saya mohon seribu kemaafan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua peserta yang bertungkus lumus menyiapkan setiap cabaran walaupun saya tahu ianya bukan perkara mudah. Ada antara mereka yang hampir putus asa dan ingin menarik diri dari pertandingan. Namun begitu, semua peserta berjaya menyempurnakan cabaran ini sehingga kepenghujungnya, tahniah kepada semua. Biasalah dalam pertandingan emosi pasti bercelarukan kerana perlu berlawan dengan durasi yang sentiasa tidak selari dengan idea yang datang sekejap sekejap.
Kepada pihak juri dari pusingan awal dan juga pusingan akhir, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi juri, memberi ulasan dan juga kritikan kepada para peserta supaya mereka dapat perbaiki penulisan mereka. Walaupun ada dikalangan juri yang berasa agak takut-takut untuk kritik cerpen-cerpen peserta namun saya sebagai penganjur tetap mahukan kritikan dari mereka bagi membantu peserta menjadi lebih baik. Terima kasih juri atas kesudian kalian. Dan jangan risau kerana para peserta juga berterima kasih dengan barisan juri kerana sudi mengkritik karya mereka. Tiada yang tersinggung atau marah, masing-masing rasa bersyukur ada orang yang sudi tegur kesalahan mereka.
Akhir sekali terima kasih kepada Page Menara Seni kerana bagi saya pinjam tapak untuk cabaran ini. Dan paling tidak dilupa adalah para pembaca sekalian yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada para peserta pilihan mereka. Sokongan anda tidak dapat kami balas, cuma berharap akan ada lagi cabaran ini pada masa hadapan.
Kepada para peserta, ada yang dipandang dan terpandang oleh beberapa syarikat penerbitan. Saya ucapkan tahniah, semoga berjaya untuk semua.
Bagi ruang penghargaan ini, saya bukakan ruang kepada para peserta dan semua pihak untuk menyampaikan penghargaan mereka diruang komen. Mungkin anda ada penghargaan yang ingin di sampaikan kepada sesiapa.
Jika ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro