Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Naylea ku (Bahagian Akhir)

Penulis : Mimi Ellyya
Team : Unicorn

X X X X X


  Dan aku menceritakan hal sebenar dari A hingga Z kepada ibubapaku. Aku fikir mungkin ibubapaku akan kata bahawa aku ini imaginasi sahaja atau bermimpi. Tetapi tidak, mereka tidak berkata sedemikian. Malah, mereka tersenyum dan memeluk aku erat. Kerana mereka melihat akhirnya aku nampak kelihatan bersemangat sedikit.

Tetapi aku pula musykil, adakah mereka dapat lihat apa yang aku tunggang sebentar tadi?

Mungkin mereka dapat lihat cuma mereka malas ambil pusing. Aku sedapkan hati sendiri. Aku baring kelesuan, ibubapaku juga sudah keluar dari bilikku selepas memberi ciuman malam sebagai penguat kekuatan untuk aku hadapi hari-hari yang mendatang.

Mimpiku didatangi oleh Naylea, dia menyatakan bahawa dia tidak puas lagi mendengar aku berkata-kata dan bermain dengannya. Tetapi Naylea faham keadaanku. Aku mengusap lembut wajah Naylea, cantik sangat unicorn ini. Kalau boleh aku mahu sahaja tinggal di dalam dunianya. Tetapi aku fikirkan ibubapaku, siapa pula mahu menjaga mereka kalau bukan aku.

Keesokan pagi aku bangun seperti biasa, melihat ibuku membuat kerja rumah, menjadi peneman dan pendengar setia celoteh ibuku yang seperti bertih jagung. Mungkin niatnya mahu mengelakkan aku kebosanan. aku faham, dan aku bersyukur sangat dapat keluarga sebegini. Aku terima takdir ini dengan rela.

Ketika ibu sedang mengibas-ngibas habuk di sofa itu, aku terasa mahu bertanya soalan yang sudah aku peram lama. Dan makin membuatkan aku membuak-buak untuk tahu kenapa, mengapa.

"Ibu, boleh Michell tanya?" ketika itu aku duduk jauh sedikit dari ibu. Sebab aku tidak mahu mengharapkan apa-apa jika ibu tidak mahu jawab soalanku. Jadi, tidaklah terasa sedih sangat.

"Tanyalah, Michell apa yang kamu mahu tahu. Ibu sedia menjawab dengan jujur." Ibu memberi senyuman manis kepadaku.

Inilah masanya untuk aku tahu.

"Ibu, kenapa orang kampung pulaukan kita?"

"Ermm, ibu pun tidak tahu kenapa. Mungkin mereka orang susah dan ibu pula amat jarang bergaul. Malah sibuk dengan bercucuk tanam sahaja. Dan menjaga kamu anak yang ibu sayang." Ibu datang hampir kepadaku dan menghadiahkan ciuman di dahi.

"Jangan khuatir tiada rahsia ibu untuk anaknya. Ada lagi soalan tak?"

"Ada ibu. Ibu lihat ke unicorn saya malam tadi?"

"Haaa? Yang ibu lihat hanyalah kamu berjalan keluar dari hutan itu dan memanjat jendela itu. Kenapa Michell? Kamu ada lihat unicorn ke?" ibu berhenti mengibas sofa dan menumpu pada soalan aku tadi.

"Tiadalah ibu. Mungkin imaginasi saya sahaja, tidak mungkin unicorn hidup di dunia kita kan?"

"Tetapi tak mustahil Michell. Semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA. Kita harus terima. Ada baik juga ada buruknya. Ingat pesan ibu."

Aku mengangguk lemah dan meminta izin untuk keluar menikmati pemandangan. Sengaja aku malas runsingkan lagi dengan otakku dengan memikirkan hal semalam. Mungkin ia realiti bagi aku, tetapi tidak bagi orang yang tidak dapat melihat.

Aku duduk di pangkin menghadap hutan semalam yang membawa aku pergi dengan indah dan asyik dengan keindahannya. Terbayang-bayang dihadapanku Naylea dan binatang lain. Kecantikan alam yang kau sendiri tidak menyangka di dunia ini. Aku termenung panjang.

Ibu datang menghampiriku membawa makanan tengahari, nasi dengan lauk dan ulam. Begitulah ibu melayan karenah aku, tanpa jemu.

"Hari ni kita ambil angin makan di pangkin ya. Kamu baik sahaja kan?"

"Baik ibu. Susahkan ibu sahaja, ayah mana? Tidak mahu makan sekali ke dekat sini?"

"Ayah kamu ambil upah menebas di kampung sebelah sana. Tidak mengapa, nanti pandailah ayah kamu balik. Mari makan."

"Ibu, terima kasih melayan saya dengan baik. Maaf saya tidak dapat membantu ibu seperti anak orang lain. Sayang ibu."

Aku memeluk erat ibu. Erat seperti bakal ada perpisahan berlaku selepas ini. Tidak pasti siapa yang akan pergi dulu, tetapi itulah perasaanku. Luhur, sedih, dan mudah tersentuh sejak kebelakangan ini.

**

Dalam diam Naylea menitiskan air matanya, sungguh dia turut rindu. Rindu akan diriku. Air mata Naylea jatuh ke tanah, dan mengeluarkan bunga Calla Lily yang jarang orang tanam di kawasan rumah.

Setiap kali Naylea muncul di sesuatu tempat, pasti bunga Hydrangea tumbuh lebat di sekeliling. Bunga yang cerewet dan susah untuk dijaga juga. Rimbun dan berwarna ungu dan merah jambu yang menawan hati. Naylea memang penuh keajaiban, rupanya dalam diam dia sentiasa memerhati keluargaku ini, tanpa kami sedar.

Cucuk tanaman yang tidak berhenti berbuah dan mengeluarkan hasil itu juga disebabkan Naylea. Apa yang dipijak atau terkena dia punya helaian bulu ekornya pasti tanaman itu akan subur.

**

Selesai makan di pangkin. Aku bangun dan mengemas pinggan untuk di bawa ke dalam rumah. Ibu juga mengikutku dari belakang, aku gagahkan diri supaya kelihatan sihat dihadapan ibu, tidak mahu ibu khuatir akan keadaanku yang makin hari sudah tenat sebenarnya. Sama seperti orang yang mampu terbaring sahaja.

Petang itu, awal-awal lagi aku sudah masuk ke bilik. Berkurung dan menatap di tepi jendela. Aku suka melihat hari siang kemudian bertukar malam. Kebesaran-NYA yang kita belum hayati, aku melihat awan biru itu sehingga bertukar hitam dan muncul pula bintang-bintang seperti selalu. Indah.

Malam makin kelam, kali ini aku tidak mahu Naylea menjemputku, aku mahu pergi sendiri ke dalam hutan itu dan melihat sendiri. Aku tidak memakai kasut, dan memakai gaun tidur labuh dan rambut dilepaskan hingga paras pinggang.

Sempat juga aku meninggalkan satu nota pada buah hati kesayanganku.

"ibu, ayah, izinkan aku pergi. Aku mahu sihat, tidak mahu sakit sebegini. Maafkan aku tidak mampu jadi yang terbaik buat ibu ayah. Nota itu aku kepilkan sekali dengan gambar kami bertiga."

Aku menapak perlahan, keluar dari pintu rumah dan menuju ke hutan. Sampai sahaja di hutan itu, aku menjengket kaki kananku untuk melangkah ke dalam hutan itu. Tetapi kakiku bertukar warna biru cair, entah kenapa tetapi aku teruskan jua langkahku, maka bertukarlah rupa wajahku. Rambutku makin panjang dan bewarna ungu cair dan biru, sama seperti Naylea. Mataku berwarna coklat, telingaku panjang keatas, aku juga mempunyai ekor panjang yang sungguh cantik. Cuma aku masih tubuhku, tidak bertukar seperti unicorn.

Aku melompat keseronokan, di dalam hutan ini tubuh badanku sudah sihat, aku mampu berlari. Naylea keluar dari celah pohon dan menghampiri aku yang sedang membelek ekor dan rambutku. Aku mengusapnya dan memberi ciuman di dahinya, aku menunggangnya, tidak tahu Naylea mahu membawa aku ke mana. Aku turutkan sahaja.

Tasik.

Ya tasik itulah tempat Naylea suka memberi makanan dan penawar pada haiwan lain. Aku mengelilingi tasik kecil itu sambil dilihat oleh Naylea. Sungguh cantik bayangan di dalam air itu. Aku suka tubuhku kali ini, hilang perasaan benci dan geram seperti sebelum ini. Apabila Naylea memberi pantulan cahaya sahaja, haiwan disitu turut keluar dari sarang mereka dan bermain di tepi tasik itu. Aku melihat haiwan yang aneh itu tersenyum, dan turut mengacah sama. Sungguh jinak semuanya.

Malam terasa panjang dan lama pula kali ini. Mungkin juga untuk terakhir kalinya, bukan aku tidak tahu, nanti pasti ada pemburu upahan yang akan datang. Aku bersandar di badan Naylea. Ia memelukku dengan bulu ekornya yang lebat itu.

Aku memejam mata dan berbisik perlahan padanya.

"Izinkan aku selamanya begini di dalam kehidupanmu?"

"Ya. Kamu sudahpun berada di duniaku. Usah kamu risau."

"Tetapi ibubapaku tidak tahu dimana aku."

"Mereka akan tahu juga nanti."

"Bagaimana?"

"Tidak perlu kamu fikir Michell, nanti mereka juga akan datang kepadamu."

Kami bicara melalui hati.

Aku menarik bulunya dan menutupi tubuhku yang kesejukan. Selesa yang aku tidak dapat di dunia nyata. Aku mahukan kawan, bukan aku minta keluargaku dipulaukan sebegini.

Naylea seperti mendodoikan aku yang terpejam rapat.

Lama kelamaan aku terasa melayang. Aku bangun dari tidur, tetapi kakiku tidak lagi jejak ke tanah. Rupanya itulah kali terakhir aku dapat berjumpa dengan ibubapaku. Malah disisiku pula Naylea berdiri sama. Dia juga tidak menjejakkan kaki ke tanah. Aku musykil apa yang aku tidak tahu.

Tidak lama kemudian, aku terlihat ibubapaku memasuki hutan. Tetapi yang anehnya, pohon disitu memberi laluan, malah apa yang ibuku pijak semuanya bertukar bunga mekar dan mewangi. Ayah pula tenang dan setia mengikuti ibu dari belakang.

Ibu datang mendekat pada tubuhku, aku hanya mampu melihat. Lantas ibu mengusap raut wajahku dan Naylea.

Dengan tangisan yang ibu tidak dapat tahan, ibu berkata pada kami.

"Michell, inilah sebab kenapa orang kampung pulaukan kami. Inilah kakakmu. Kembarmu. Ibu melahirkan kembar unicorn kerana ibu juga dari unicorn. Ibulah Ratu unicorn. Ibu tidak dapat memberitahumu, maafkan ibu. Memang sakitmu tiada ubatnya. Sebab itu ibu tidak kisah kamu pergi ke hutan kerana ibu tahu kakakmu pasti ada untukmu."

Pohon disitu di bentuk seperti lubang dan tubuh badanku dan Naylea terapung dan dimasukkan ke dalam lubang itu. Dan hilang menjadi debu-debu bintang.


TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro