Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Mimi Ellyna (FB)

Nama Pena : Mimi Ellyna

Tajuk : Ratu Malum Bahagian Akhir

Kumpulan : Unicorn

*Cerpen ini diterbitkan tanpa ubahsuai dari pihak admin.


***************


Sebaik sahaja Ratu Malum keluar dari gelanggang, Putera Unicorn Noah memandang Puteri Phoenix Diarra yang berada di sudut gelanggang, pandangannya sayu kerana terpaksa bertarung dengan sahabatnya sendiri. Mereka sudah lama berkawan dan bersama dalam kesusahan menjaga dunia mereka, untuk kekal selamat dari makhluk seperti Ratu Malum.

Tetapi kini Ratu Malum pula melagakan mereka berempat demi hiburan yang dia ketagihkan.

"Diarra, maafkan aku, apa perlu aku lakukan jika terjadi begini? Mahu mencederakan kau juga aku tidak sanggup apatah lagi mahu bertarung," Noah sedikit hampa sebelum badannya perlahan-lahan bertukar menjadi unicorn gagah perkasa yang sudah matang untuk menerajui dunia.

Puteri Phoenix Diarra mengangguk lemah dalam keadaan terpaksa, tanpa Diarra sedari, bahawa kakaknya Dean yang sedang mencarinya di White Mountain, telah dibunuh diam-diam oleh Ratu Malum kerana telah mempersiakan masa yang diberi.

Cuma terdengar suara erangan meminta pertolongan dan layar lakonan dihadapan matanya, yang dihantar dari kakaknya kemudian suara itu lesap bersama tangisan Diarra.

'Kakak, tolong bertahan ya,' bisik Diarra dalam hati dan perlahan-lahan dia menggenggam loket berwarna kuning bersama dendam yang mula bertunas dihatinya, seraya menukarkan dirinya menjadi seekor Pheonix yang sangat gah dan indah. Mujurlah kuasa dari loket itu tidak di rampas oleh Ratu Malum.

Diarra bersiaga sambil memandang sahabatnya Noah yang juga telah berubah bentuk, nampaknya Ratu Malum juga tidak menyedari Noah punya kuasa tersembunyi, sambil mengepakkan sayapnya Diarra berusaha berhubung dengan kuasa minda dengan Noah sambil memasang perisai minda mudahan Ratu Malum tidak dapat membaca minda mereka.

Antara kelebihan Ratu Malum itu ialah dia mampu membaca minda seseorang oleh kerana itulah amat sukar untuk melarikan diri dari Ratu kejam tersebut. Tetapi Ratu Malum tidak mengetahui kebolehan makhluk dari bangsa dewa ini mampu mencipta perisai minda dengan peringkat tertinggi melalui persahabatan yang mereka berempat jalinkan.

'Noah! Noah! Kita berbicara disini, aktifkan kuasa minda berperisai dalam masa yang sama serang aku sekarang!' Arah Diarra.

'Ya! Ya baiklah,' Noah menjawab dalam mindanya.

"Hiyarrgggghhhh!" Tempik Noah sambil melompat menjulang tinggi dan menghalakan cahaya halilintar yang terpancar dari tanduknya ke arah Diarra, Diarra yang sedia maklum akan kekuatan kuasa halilintar tersebut mengatupkan kedua sayapnya lantas terbentuk perisai keemasan untuk menangkis kemaraan halilintar unicorn.

'Duuuummmm!' Bunyi yang memekakkan di sertai percikan api yang menyeruak bila kuasa halilintar itu menghentam perisai ampuh Si Puteri Pheonix, akibat dari tujahan itu perisai Diarra retak dan dia terundur ke belakang beberapa langkah manakala Noah juga terlambung ke belakang tetapi Noah sempat mengimbangkan kekudanya dan mendarat dengan sedikit goyah.

Mujurlah mereka bertarung di dalam gelanggang yang berkubah, jadi apa yag tercetus tidaklah memberi kesan buruk terhadap jelata yang berada di luar gelanggang tersebut. Rakyat jelata yang mempunyai naluri sama seperti Ratu Malum itu, yang dahagakan kehancuran, kematian, semua diam tidak terkutik penuh debar menyaksikan pertembungan empat waris kerjaan mereka yang amat mereka benci. Diantara mereka ada seseorang berkelubung hitam yang sentiasa memusat sepenuh perhatian terhadap pertarungan itu.

Di Istana yang terletak di Barat dunia itu...

Ratu Malum bergulum senyum menyaksikan pertarungan Puteri Pheonix dan Putera Noah walaupun dalam benaknya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh terima cabaran ini, adakah kerana takut akan kehilangan orang tersayang atau ada agenda sesuatu yang sudah lama mereka rancang...

"Ahhh pedulikan! Yang penting mereka bakal hidup dengan penuh dendam sesama sendiri selepas ini, Hahaha." Ratu Malum ketawa keriangan.

Sambil mengiring menongkat kepala di peraduan empuknya, tangan Ratu Malum memusing glob dihadapannya lantas terpapar pertarungan antara dua insan berkasih.

Kelihatan Puteri Mermaid telah terjelepok di tanah menongkat badan sambil mulutnya mengeluarkan cecair biru pekat, bergenang cecair putih di tubir mata Putera Dragon melihat kesengsaraan pujaan hati menahan tujahan kuasanya, hatinya pedih namun kegundahan lebih mengusai bila terkenangkan ibundanya yang berada di tangan sang ratu yang tidak punyai hati nurani itu.

Tersungging senyuman di bibir merah sang ratu melihat Puteri Mermaid yang cedera itu namun dia masih tidak berpuas hati, dia memetik jari seraya itu bergema suara rintihan adinda Puteri Mermaid dan disusuli suara erangan bonda Putera Dragon, Puteri Mermaid bingkas bangun, Ratu Malum mengekek tawa. Puas.

====

Suatu ketika sebelum pertarungan berlangsung, di sebuah pondok kecil nun di pinggiran hutan tebal di sebelah timur.

Kelihatan seseorang ralit memerhati layar tidak bertiang itu sambil menggeleng kepalanya perlahan, terlihat di paparan Ratu Malum berada di tengah gelanggang dan memasung ke empat-empat dewa pelindung yang amat dia kenali.

"Pewarisku..." Gumamnya perlahan.

"Ben, laksanakan rencana kita," arahnya pada seseorang yang berdiri di sudut gubuk itu.

"Baik tuan, menjunjung perintah," jawab si Ben yang setia. Sekelip mata dia berubah menjadi kabus dan menghilang.

====

Di gelanggang berkubah...

'Sudahkah kamu berhubung dengan Mika dan Miayra?' Diarra bertanya sambil mengatur kembali pernafasannya.

'Ya sudah, mereka bersetuju,' jawab minda Noah dengan nafas termengah-mengah.

Tiba-tiba... Terdengar suara kesakitan seseorang...

"Aduhhhh argghhhhhh!" Terpapar jelas di sekeping layar terapung di suatu ruangan gelanggang berkubah seorang wanita tua yang terlentang dengan mata lembing menjunam terpacak didadanya.

"Nendaaaa!" Raung Noah pilu.

Lantas Noah yang dalam keadaan penasaran itu memesatkan lagi serangan terhadap Diarra, Noah mengeluarkan aura putih kebiruan di seluruh badannya, lantas merempuh Diarra. Diarra yang dalam keadaan tidak bersedia kerana memikirkan nasib kakaknya yang tidak diketahui telah terseret beberapa langkah ke tanah akibat rempuhan mengejut Noah.

Melihatkan keadaan Diarra yang terjatuh begitu Noah terus mengambil peluang menghentam Diarra sekali lagi, namum Diarra sempat berguling kesisi dan serangan tersebut tersasar membelah tanah ditempat baringan Puteri Diarra tadi.

Membulat mata Diarra memandang Noah...

Diarra mengesan tekad hati Noah yang bersungguh ingin menamatkan pertarungan mereka, lalu Diarra melonjakkan diri mengepak sayapnya yang mula mengeluarkan anak panah yang kesilauan terkena pancaran tanduk Noah, tergantung di udara ruangan kubah tersebut. Dia mengeluarkan cahaya berwarna merah bercampur keemasan dan menjunam turun menuju ke arah Putera Noah, Putera Noah menegakkan kukuh keberadaannya bersedia menyambut serangan Diarra.

"Doooommmmm!" Sekali lagi dentuman memekakkan itu kedengaran dan lebih kuat dari pertarungan pertama sebentar tadi. Noah melayang laju dan terjatuh menghempas pasir, tempat jatuhannya terbentuk kawah yang berasap nipis, Noah terbatuk lalu tersembur cecair putih umpama susu pekat, kerana anak panah Diarra terkena badan Noah, Noah berusaha bangkit dan menyeka cecair yang mengalir di celahan bibirnya. Dia mengatur kembali tenaga dalamanya seraya melompat tinggi mencari kedudukan penyerangnya.

Belum pun sempat dia meninjau kedudukan musuhnya...

"Wuuussshhh," tiba-tiba dia diterjah hembusan angin panas yang sangat kuat, serta merta dia berkalih ke sisi, angin panas itu adalah jurus tertinggi hikmat Pheonix api suci hantaran Diarra, jika terkena boleh merentungkan apa sahaja dalam sekelip mata. Mujurlah Noah sempat mengelak dan jurus tersebut merempuh dinding kubah hingga terbentuk lengkungan.

Noah memandang ke hadapan, kelihatan Diarra terapung mengibas sayapnya dan menikam tajam pandangan Noah yang bertembung dengannya. Seketika kemudian Diarra menjerit nyaring.

"Mari kita habiskan!" Noah menyambut jeritan Sang Pheonix, mereka bertembung, Noah berusaha menanduk dengan tanduknya yang bergerigi dengan duri tajam, tepat jantung Diarra di iringi halilintar yang berkilauan cuba mengunci Diarra dengan pancaran kilatnya, namun ulahnya hanya sia-sia. Diarra banyak muslihatnya, dia sengaja mendedahkan ruangan dadanya untuk Noah, ketika perhatian Noah tertumpu pada helahnya secepat itu jemarinya yang berkuku tajam itu memegang tanduk dengan kemas. Serentak dengan itu juga Diarra mengibaskan sayapnya dan melenyapkan juraian kilat halilintar Noah.

Noah meningkatkan lagi kuasa dalaman pada tanduknya. Tanduk itu berubah warna menjadi putih perak dan berkilau ketika itu kelihatan jemari Diarra berasap nipis namun dia kejapkan lagi pegangannya seraya menghentak badan Noah ke tanah beberapa kali, sehinggalah tanduk Noah pecah dan mereka terpelanting jauh dan terseret di tanah... Diarra bingkas membetulkan kedudukannya, dia terpandang Noah yang tertiarap tidak bermaya dan telah bertukar menjadi bentuk manusia kembali atas kuasanya mulai lemah.

Dengan tergesa-gesa Diarra menukar diri dan berlari anak menuju ke arah Noah yang telah luka parah, dengan linangan airmata Diarra memangku kepala Noah.

"Maafkan aku, maafkan aku!" Diarra bersuara lirih sambil mengusap rambut Noah yang basah berdarah putih.

"Shhhh dah.. Su...dahlah... Aku tak salahkan kau, kau... Dah.. Lakukan yang terbaik... Aku... Sayang kau sahabat... Jangan menyesal..." Habis patah terakhir itu Noah terkulai, nyawanya telah terpisah dengan jasadnya...

"Noahhhhhhhh!" raung Diarra dengan esak hiba yang mencengkam jiwa. Berjuraian airmata rawan serentak cecair pekat dari bibirnya.

Seketika kemudian jasad Noah berpecah menjadi debu halus yang berwarna warni seraya terbang menghilang...

"Ktangg!" Bunyi sesuatu terjatuh dan terkena batu, Diarra memandang rantai berloket putih tinggalan terakhir Noah. Dia memungut hadiah tinggalan guru mereka.

Dia berdiri tegak dan mengacungkan tangannya ke atas, terzahir di genggamannya tombak kebesaran kerajaan Pheonix.

"Bawakan beta ke istana Ratu Malum!" Kemudian terbentuk pusaran angin diatas Diarra dan sekelip mata angin itu menarik Diarra dan mereka menghilang.

======

"Woshh, woshh, woshh..." Kelihatan dua pusaran angin mendarat ditengah ruang istana yang amat luas itu, berhenti saja pusaran angin tersebut terpacul lah dua sosok badan.

"Miayra!" Jerit Diarra menghampiri Puteri Mermaid.

"Ya aku... Uhuk uhuk!" Miayra terbatuk dan memuntahkan darah hijau berkilauan.

"Mika... Dia berkorban untuk aku," cerita Miayra sambil teresak menahan rasa pedih yang melilit tangkai hatinya.

"Ingat! Kita hanya mempunyai satu peluang," bisik Diarra.

"Ya! aku tahu," jawab Miayra perlahan.

"Pap, pap, pap," bunyi tepukan mengitari segenap ruang besar itu dan Ratu Malum melayang ringan menghampiri mereka.

"Tahniah kalian berdua," ucap Ratu Malum sambil mempamerkan senyum sinisnya di hadapan mereka berdua. Seketika kemudian Ratu Malum bersemayam di atas tkhta kebesarannya.

"Oh ya takziah juga ya kerana kalian kehilangan insan kesayangan di tangan kalian sendiri, dan kamu Diarra. Beta amat sedih kerana beta amat tidak sabar untuk merasa darah kakakmu yang manis itu. Dia beta bunuh sewaktu kamu teragak-agak melawan si tanduk itu...hahahaha." bergema ketawa Ratu Malum.

"Cissss kau Ratu yang paling kejam!" Tempik Diarra dan bergerak untuk menyerang sang ratu kejam itu namun langkahnya terhalang dengan sentuhan Miayra di bahunya.

"Sabar... Uhuk uhuk!" Miayra terbatuk lagi.

"Hahahaha kalian akan jadi seperti beta kelak, kejam dan keseorangan!" Ratu Malum bersuara angkuh.

"Tidak! Kami masih ada antara satu sama lain," tingkah Puteri Miayra.

"Hahh! Takkan kalian ingin berteman sesama sendiri umpama suami isteri, itu melanggar fitrah!" Marah Ratu Malum seperti mengejek.

"Tidak tuanku Ratu berhati hitam, walaupun kami baru sahaja kehilangan sahabat kesayangan tetapi jiwa kami berempat tetap bersatu," seraya itu Diarra dan Miayra mengeluarkan rantai tinggalan Putera Dragon dan Putera unicorn.

"Aa.. Apa semua ni!? Bagaimana kalian memiliki loket Cinta Jati itu?!" terdengar kaget suara sang ratu menengking hingga mengegarkan istananya sendiri.

Ketika itu juga kedua-dua puteri tersebut berpelukan dan merapatkan loket berwarna merah tinggalan Putera Dragon, loket kuning milik Puteri Diarra, loket putih tinggalan Putera Unikorn dan loket hijau milik Puteri Miayra, bila keempat loket itu bersentuhan, ianya mengeluarkan empat cahaya yang amat berkilauan...

"Kalian... Adakah kalian berempat perantis Ratu Meilum?!" Jerit Ratu Malum dalam ketakutan yang amat jelas ketara.

Kedua Puteri itu telah tenggelam dalam kilauan cahaya loket tersebut. Tiba-tiba loket biru yang tergantung di leher Ratu Malum bercahaya kuat dan menarik Ratu Malum ke arah empat cahaya tadi...

"Kalian tidak akan mampu membunuh beta walaupun kalian korbankan diri kalian sendiri! Beta tidak akan mati!" Jerit Ratu Malum lantang berusaha menahan diri dari di tarik ke arah empat cahaya tersebut namun Ratu Malum tidak mampu menahan kuasa tarikan itu lantas beliau terjerumus masuk kedalam cahaya tersebut.

"Ya kami tidak akan mampu membunuh jasad tuanku namun kami mampu membunuh jiwa tuanku yang hitam itu!"

"Gooommmm!!" Bergema letupan didalam istana itu hasil gabungan kelima cahaya tersebut.

Bukk sesuatu terhempas, itu adalah jasad Ratu Malum yang masih bersisa nyawa, pakaian kebesarannya telah berlubang di sana sini, Ratu Malum lemah pada hubungan yang sejati dan yang lahir dari keikhlasan mereka berempat.

====

Kelihatan seseorang melangkah tertib menghampiri jasad yang tidak bergerak itu, dia membuka kelubung hitamnya. Dia adalah Ben. Utusan yang setia, dia menyentuh perlahan wajah Ratu Malum dan membuka mulut Ratu Malum seraya menuang cecair putih, selepas dia melihat ada gerakan kecil di leher Ratu Malum, Ben melepaskan pegangannya. Kemudian dia berkalih mengadap lima utas rantai yang berlainan warna itu lantas memasukkan kedalam uncang keemasan yang sedia di tangannya. Dia bertukar kabus dan menghilang...

====

"Terima kasih Ben, perantis beta akan tetap menjaga rakyat jelata mereka." ucap Ratu Meilum sambil tersenyum indah.


Tamat.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro