Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Marina (Fb)

Nama Pena : Marina Bansing

Tajuk : Ratu Malum Bahagian Akhir

Kumpulan : Mermaid

*Cerpen ini diterbitkan tanpa ubahsuai dari pihak admin.


***************


Sebelum kembali ke istana, Ratu Malum sempat memecahkan kami kepada dua kumpulan berbeza. Saya tinggal bersama dengan Azeron, si Putera Naga. Kami diasingkan dalam gelanggang yang berbeza. Azeron melihat saya. Saya pula masih bersedih di atas kehilangan adik tersayang saya, Puteri Mayang. Tiba tiba hati dan perasaan saya menjadi sebak. Saya menangis semau maunya. Dalam tangisan itu, Azeron menuju ke arah saya dan lantas memeluk saya dengan erat.

"Ratu Malum memang sudah merancang semuanya dari awal"bisiknya. Saya diam. Saya menolak perlahan lahan pelukan putera itu.

"Maafkan saya"

"Kenapa perlu meminta maaf?"

"Kau nampak tak situasi kita sekarang ini? Sekarang kita sudah diasingkan mengikut kumpulan, kau dengar kata kata Ratu Malum, kan? "

"Iaitu, berlawan habis habisan hingga ke hujung nyawa? "

Saya diam. Saya pandang ke arahnya. Serius.

"Jika kita lengahkan masa, setiap jam Ratu Malum akan menghabiskan nyawa orang tersayang kita" balas saya. Azeron tidak menjawab. Dia menarik nafas. Kami melihat jam matahari sudah memulakan tugasnya. Masa berlalu takkan berhenti.

"Bermakna, dalam satu jam ini, kita kena berlawan sehingga nafas terakhir, nampaknya rancangan Ratu Malum akan gagal"

Saya terkejut.

"Gagal? Apa maksud kau?"

"Ratu Malum hanya berkuasa bila dia gunakan tongkat saktinya, tanpa tongkatnya, dia tidak mempunyai apa apa"

"Tapi dia keturunan ahli sihir!"

"Ahli sihir pun boleh mati akibat kecuaian diri sendiri, kau datang dari keturunan duyung. Jangan lupa asal usul kau yang sebenarnya!"

Saya diam. Ya, saya tahu, saya adalah keturunan dari duyung ular lautan. Mana mungkin saya akan bertarung dengan sia sia, lebih lebih lagi pada Azeron yang sudah menjadi kawan saya selama 1000 tahun ini. Saya tidak tahu apa keputusan kawan kawan yang lain, apa yang pasti dalam pertarungan ini, tiada sesiapa pun yang perlu mati!

Saya memandang ke arahnya.

"Kuasa kita sudah pun dikembalikan, bukan?" tanya saya, inginkan kepastian. Dia tidak menjawab. Dia meningkatkan aura dalamannya. Kulitnya berubah menjadi berkilauan.

"Ratu Malum memang licik"

"Kenapa?"

"Bukan semua dia berikan kuasa itu, dia menyimpan separuh daripada kelebihan kita"

"Celaka!"

"Crona, apa yang perlu kita lakukan sekarang?" tanya Azeron.

Saya memandang di sekeliling gelanggang itu. Di bahagian penjuru pula terdapat pelbagai jenis alat alat untuk digunakan semasa bertarung. Perisai emas juga ada di sana.

"Rasanya Ratu Malum ke mana? "

"Dia tidak akan menonton pertarungan kita, tapi yang pastinya, dia akan kembali setiap satu jam untuk melihat perkembangan kita"

Saya melihat jam matahari itu. Lima minit sudah berlalu.

"Sekarang, bagaimana?" tanya saya.

"Terpulang pada kau, cari jalan keluar atau bertarung sehingga mati"

Saya menelan air liur. Pahit. Mana mungkin saya akan bertarung dengan Azeron. Kami berdua terkurung dalam gelanggang dan mempunyai kuasa yang sangat terhad. Kecuali salah seorang dari kami sanggup mengorbankan diri.

"Saya tidak akan berkorban untuk Ratu Malum. Dia bukanlah ratu saya!" saya menjawab. Azeron mengerutkan keningnya. Rambutnya yang panjang paras bahu itu menyerlahkan lagi ketampanan putera itu.

"Bolehkah kau menyeru pada naga kau yang besar itu untuk menghancurkan istana Ratu Malum?" tanya saya. Tiba tiba dia menutup mulut saya. Saya terdiam. Dia memandang ke dalam mata saya, seolah olah ingin menyampaikan sesuatu. Dia mengenggam tangan saya dan perlahan lahan saya dapat merasakan seperti ada satu aura yang cuba menembusi ruang ingatan saya.

"Kita sedang diperhatikan, berhati hati bila bersuara" bisiknya dengan menggunakan fikirannya. Nasib baiklah kami berdua boleh berkomunikasi dengan menggunakan fikiran. Hanya kami berdua yang mempunyai kebolehan itu tanpa diketahui oleh Ratu Malum.

"Ratu Malum mempunyai glob kaca, bila bila masa dia akan melihat perkembangan kita di sini" bisiknya lagi. Saya diam.

"Kau boleh menyeru pada naga itu kah? " tanya saya kembali. Kami berdua berbicara tanpa menggerakkan bibir. Tentu Ratu Malum berasa hairan dan cuba untuk mencungkil rancangan kami, tapi selagi tangan kami masih bersentuhan, walau dengan kuasa magik sekali mana pun benteng pertahanan itu tidak mungkin akan ditembusi.

"Kita berada dalam gelanggang yang direka khas oleh Ratu Malum, sudah tentu ia mempunyai ketebalan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata kata, ayat seruan itu tidak dapat dihantar ke luar gelanggang. Gelanggang ini juga sudah dijampi."

"Entah bagaimana keadaan rakan kita gelanggang lain, kan?"

"Saya harap Pheonix dan Unicorn dapat berfikir jalan lain, mereka itu ada kaitan saudara, mana mungkin akan bertarung sesama sendiri"

"Saudara?"

"Ibu Pheonix adalah keturunan dari Unicorn, moyangnya bercinta dengan Unicorn"

Saya diam. Patutlah!

"Kita kena cari jalan keluar dari sini"

"Saya setuju, kemudian kita hapuskan Ratu Malum, cari glob kaca, patahkan tongkat saktinya!"

"Cadangan yang baik, tapi bagaimana kita keluar dari dalam gelanggang tertutup ini?"

Saya tersenyum melihat ke arah Azeron.

"Saya mempunyai kebolehan meniru semula tubuh watak, sementara watak kita berlawan, badan yang asal mencari jalan keluar"

Dia terkejut.

"Meniru semula tubuh watak? Bagaimana? Adakah ia akan dikesan? "

Saya menggelengkan kepala.

" Tidak sama sekali. Jika ratu datang melawat sini, dia akan melihat kita berdua seolah olah sedang bertarung, pasti dia akan menunggu selama lima minit untuk menyaksikan pertarungan itu"

"Bagaimana kau tau dia akan menunggu selama lima minit?"

"Saya sudah mengira masa pertuturannya, akan akan mengambil masa selama lima minit untuk membuat keputusan"

"Kau memang bijak!"

Saya tersenyum pendek.

Selepas bersetuju, saya mula memainkan peranan. Saya menutup mata untuk menyalin semua watak putera naga. Termasuk cara berlawanan. Saya mengambil masa beberapa minit sebelum tindakan kami disedari oleh Ratu Malum. Masa masih berjalan dengan pantas. Selepas meninggalkan klon kami yang sedang berlawan, kami mencari jalan keluar. Malangnya gelanggang itu tidak mempunyai pintu keluar. Saya memandang ke atas dan terdapat sebuah tingkap di sana.

"Bagaimana kita naik ke sana?"

"Gunakan kuasa kau untuk memanggil alam hutan dari bawah tanah"

Putera naga itu terdiam. Dia pun mula meningkatkan kuasa dalamannya, perlahan lahan akar akar halus mula tumbuh dan membawa kami ke atas sehingga ke tingkap terbuka itu. Nasib baiklah ruangnya itu luas dan dengan mudah kami melaluinya. Sebelum beredar, kami sempat melihat diri sendiri masih berlawan tanpa henti. Azeron menarik tangan saya.

"Cepat!"

Kami berlari sehingga masuk ke satu lorong. Di sana, kami melihat Quicky, si Putera Unicorn dengan Balrina, si Puteri Pheonix sudah bertarung! Saya ingin menghentikan mereka tapi putera naga menarik tangan saya.

"Pedulikan mereka! Kita perlu keluar dari sini, nanti kita fikirkan cara lain untuk selamatkan mereka kemudian"

Saya bersetuju dengan cadangan Azeron. Kami memasuki ruang yang sangat luas. Inikah istana Ratu Malum? Ia penuh dengan kawalan ketat. Angkatan tenteranya terdiri daripada pahlawan pendek yang gagah. Mereka datang dari perkampungan Low-Black.

"Bagaimana kita hendak melalui mereka semua ini?" bisik saya. Putera naga diam.

"Gunakan kuasa halimunan"

"Hah?"

"Pegang tangan saya"

Saya memegang tangan putera naga. Serta merta badan kami menjadi lutsinar.

"Kuasa halimunan hanya boleh bertahan beberapa minit saja, kita perlu mencari jalan keluar secepat mungkin!"

Kami berlari menuruni anak tangga, sehingga ke bahagian luar istana, kami melihat Ratu Malum berada di depan ribuan tenteranya sambil membuat ucapan.

"Beta mahu kamu semua keluar dan hapuskan empat kerajaan itu secepat mungkin! Ambil kuasa mutlak raja dan permaisuri dan biarkan beta menjadi ratu yang paling berkuasa dalam dunia ini!"

"Bagaimana dengan anak anak mereka?"

"Sekarang mereka masih dalam pertarungan kalah-mati, yang tinggal akan menjadi pengawal peribadi beta sampai bila bila"

Saya menelan air liur.

"Cepat!"

Akhirnya dengan bantuan Azeron, kami berjaya keluar dari istana Ratu Malum dengan mudah! Saya juga tidak menyangka misi melarikan diri begitu senang, selepas berlari jauh dari istana puaka itu, barulah kami kembali ke bentuk asal.

"Bagaimana kalau Ratu Malum tahu ketiadaan kita, ahli keluarga kita pasti dijadikan sasaran seterusnya!"

"Kita perlukan Amulet Api Naga untuk melindungi orang tersayang kita, dengan adanya amulet api naga, sihir Ratu Malum tidak akan berkesan ke atas mereka yang menggunakan amulet ini"

"Bagaimana caranya untuk mendapatkan Amulet Api Naga?"

"Sudah pasti dari api naga kesayangan saya!"

Putera Azeron memanggil naga kesayangannya dengan menggunakan siulan yang panjang, sekejap saja naga itu sampai, dia mengibarkan sayapnya ke udara. Putera Azeron memeluk Oragon, naganya. Dengan menggunakan bahasa naga, naga itu mengangguk dengan keputusan yang dibuat oleh tuannya.

"Ratu Malum sudah merancang untuk menyerang empat kerajaan, kita perlu cepat!"

Saya dan putera naga naik di belakang naga itu.

"Kita ke mana?"

"Ke Gunung Berapi Maraoua. Dalam sana terletak amulet mati. Ia perlu dihidupkan dengan menggunakan api naga"

"Baik!"

Naga Oragon terbang dengan pantas, saya tahu masa dalam gelanggang itu akan terus berjalan, jika Ratu Malum tahu ketiadaan kami, sudah pasti semuanya akan mati dengan sekelip mata.

Perjalanan menuju ke Gunung Berapi Maraoua tidak lama, nasib baiklah masa ini gunung berapi dalam keadaan tidur. Ia akan bangun setiap 100 tahun. Dengan pantas, Naga Oragon masuk ke dalam mulut gunung berapi dan terbang menuju ke arah timbunan amulet yang masih kosong.

"Lakukan sekarang!"

Naga Oragon menghembus apinya yang mempunyai kuasa magic itu ke arah timbunan amulet, serta merta amulet itu bercaya terang satu persatu. Dengan pantas putera itu mengambil beberapa biji dan menyimpannya dalam beg khas, beberapa biji yang lain diberikan kepada saya. Tapi saya menolak.

"Kenapa?"

"Saya tidak perlukan amulet pelindung ini"

"Sebab?"

"Saya akan masuk ke dalam laut, kami akan menggunakan kuasa pertahanan yang lain, Ratu Malum takkan dapat menjejak kami jika kami terus ke sempadan segitiga bermuda"

Putera Azeron diam.

"Selamatkan rakyat kau dulu, orang tersayang kau, lepaskan saya ke dalam air, biar saya selamatkan mereka"

"Baiklah, kalau itu yang kau mau, saya akan hantar kau ke lautan dalam"

Saya mengangguk.

"Bagaimana dengan kerajaan kamu di daratan?"

"Usah risau, saya akan bunyikan semboyan mermaid, mereka semua akan masuk semula ke dalam laut, istana duyung akan tenggelam dengan sendirinya sekiranya terdapat musibah yang tidak dapat dielakkan"

Putera Azeron hanya mengangguk.

"Sekarang, cepat kita laksanakan tugas kita menyelamatkan mereka yang perlu!"

Kami keluar dari gunung berapi itu dan dia menghantar saya ke lautan dalam. Saya terus terjun masuk ke dalam lautan dalam dan secara semulajadi, kaki saya bertukar menjadi ekor duyung semula. Saya berenang pantas menuju ke tempat penyimpanan semboyan duyung dan tanpa membuang masa saya meniupnya sekuat mungkin. Bunyi semboyan itu hanya boleh didengari oleh keturunan duyung saja sama ada di darat ataupun dalam lautan. Alunan semboyan itu juga saya sempat meninggalkan pesanan untuk meninggalkan kawasan darat dan masuk ke dalam laut menuju ke sempadan segitiga bermuda dan berlindung dari kuasa jahat Ratu Malum. Rancangan kami untuk menghapuskan glob kaca dengan tongkat saktinya terpaksa ditangguh sementara. Bagi saya, urusan keluarga lebih diutamakan dalam pertarungan ini.

Sebaik saja mereka mendengar alunan itu, serta merta mereka semua berlari masuk ke dalam laut, istana duyung tenggelam perlahan lahan. Bala tentera yang dihantar oleh Ratu Malum terkejut bila kawasan istana duyung sudah berubah menjadi dataran rata.

"Mereka sudah melarikan diri!"

"Bagaimana mereka tahu kita akan menyerang mereka?"

"Tentu ada muslihat disebalik ini semua"

"Laporkan pada Ratu Malum!"

***

SEMPADAN SEGITIGA BERMUDA

Sudah beberapa hari kami berada di sempadan segitiga bermuda, ada juga kami melihat kuasa jahat Ratu Malum sampai di sempadan ini, tapi kuasa jahatnya tidak dapat menembusi sempadan itu. Walaupun ratu itu sendiri menggelarkan dirinya yang paling berkuasa tapi dia tidak mungkin dapat melawan kuasa dari dalam lautan. Saya masih bersedih di atas kehilangan adik kesayangan saya. Saya menyimpan niat untuk membalas dendam terhadap Ratu Malum suatu hari nanti.

Ratu Malum, saya tahu kau yang berkuasa, walaupun mempunyai tongkat sakti, namun, kau belum tahu kekuatan kaum Mermaid yang sebenarnya, kuasa kegelapan yang kau simpan dalam diri kau itu akan kami hapuskan dengan cahaya terang bintang dari langit. Tapi, sebelum itu, kami terpaksa menggumpul kuasa lain terlebih dahulu, Putera Naga berjanji akan turut serta dalam pertarungan sengit nanti, saya harap Puteri Pheonix dan Putera Unicorn akan terselamat dari sihir Ratu Malum.

Beberapa hari kemudian, Putera Naga berjumpa dengan saya di sempadan itu, dia menggunakan kelebihannya yang boleh bernafas dalam air, dia memeluk saya dengan erat.

"Kenapa?"

"Berita baik, amulet yang saya berikan kepada mereka berhasil!"

"Bagaimana dengan Ratu Malum?"

"Dia sangat marah!"

"Memang dia cuai sendiri, dia ingat kita tidak mempunyai kelebihan tersembunyi"

"Bagaimana dengan Puteri Pheonix dengan Putera Unicorn? Mereka selamatkah?"

"Putera Unicorn agak parah juga kerana bertarung dengan Puteri Pheonix, nasib baiklah saya sempat menghalang sebelum terjadi apa apa"

"Ratu Malum pula?"

"Ratu itu sudah bersumpah pada alam akan menghapuskan kita semua"

"Sebelum masa itu tiba, kita semua sudah berjaga jaga"

"Betul!"

Saya dan putera naga pun mengakhiri perbualan dengan gelak ketawa. Memang benar, Ratu Malum sangat marah.

POV RATU MALUM

"Beta akan pastikan ke empat empat mereka akan menerima bala yang setimpal! Tidak sangka mereka dapat mengalahkan beta dengan cara yang begitu licik sekali! Kuasa naga itu, rupanya bukan calang calang! Tidak apa, hari ini kamu semua berjaya memperbodohkan beta, beta akan bangun 100 tahun kemudian untuk membalas dendam!" akhirnya Ratu Malum pun menutup mata untuk tenaga 100 tahun akan datang.


T A M A T


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro