Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lagenda Duyung (Bahagian Akhir)

Penulis : Marina Bt Bansing

Team : Mermaid


X X X X X


 SEKUMPULAN ikan duyung dari kaum Raja Nezus sudah sampai di pertengahan benua, mereka berehat di sebalik batu yang berbentuk gua sementara menyambung kembali perjalanan mereka. Jeneral Crypto berenang menuju ke arah Raja Nezus.

" Bagaimana sekarang ini, tuanku? "

" Kita berehat sebentar " beritahu Raja Nezus. Anak anak perempuannya yang lain berenang ke arahnya.

" Ayah! Lama lagi ke nak sampai? Kalau boleh kami mau berenang ke sana mencari makanan"

" Jangan pergi jauh " pesan Raja Nezus kepada anak anaknya. Setelah mendapat kebenaran dari ayah mereka, mereka pun berenang dengan gembira mencari makanan. Hanya seorang saja yang masih duduk diam sambil memerhatikan bayangan bulan yang jauh nun di atas permukaan.

" Kenapa dia tidak mengikuti kakak kakaknya yang lain? " tanya Raja Nezus. Jeneral Crypto memandang ke arah Puteri Nirgona.

" Biar saya tanya pada dia, tuanku "

Raja Nezus hanya mengangguk, mengiyakan.

Jeneral Crypto berenang ke arah puteri itu.

" Ada masalah, ke? " tiba tiba Jeneral Crypto muncul di sebelah Puteri Nirgona.

" Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak baik " bisik puteri itu. Jeneral Crypto mengangkat keningnya.

" Sesuatu yang tidak baik? Maksud tuan puteri..."

" Crypto, elok kita hentikan sementara perjalanan yang jauh ini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak baik..."

" Seperti apa?"

Puteri Nirgona diam.

Dia tidak menjawab pertanyaan Jeneral Crypto.

" Cakaplah, saya tidak akan beritahu pada raja " bisik Jeneral Crypto cuba memujuk. Puteri Nirgona memandang ke arah Jeneral Crypto. Puteri Nirgona menarik nafas dalam dalam.

" Perjalanan kita akan diganggu oleh kaum siren "

Bila mendengarkan ini Jeneral Crypto seolah olah tidak percaya dengan kenyataan yang disebutkan oleh Puteri Nirgona.

" Kaum siren berada jauh dari sini, mana mungkin mereka akan..."

Tiba tiba kumpulan duyung yang sedang berehat itu berenang seperti melarikan diri. Jeneral Crypto terkejut dengan keadaan yang cemas itu.

" Kenapa ni, Apa yang terjadi? Puteri... awak bersembunyi dalam sini dulu, jangan keluar!"

Jeneral Crypto memberi arahan lalu dia pun pergi bersama. Puteri Nirgona bersembunyi di dalam sebalik batu. Dia dapat merasakan pusaran air itu berbeza dengan yang biasa. Tengkuknya menjadi kembang, dia tahu ada sesuatu yang datang. Jeneral Crypto dari jauh melihat berpuluh puluh ikan dari spesis siren berenang pantas ke arah mereka. Raja Nezus juga berasa hairan melihat kehadiran mereka secara tiba tiba itu. Ketua kumpuan siren itu ialah anak perempuan kepada Raja Agriga. Pergerakan mereka juga pantas dan tangkas. Sekejap saja kumpulan duyung dikepung oleh mereka. Anak perempuan Raja Nezus yang lain sudah pun pulang kerana ketakutan dengan bunyi yang mereka keluarkan.

Raja Nezus masih dalam keadaan tenang. Tidak berapa lama kemudian Puteri Sirena berenang menuju ke arah raja itu dengan wajah bengis.

" Keluar dari kawasan kami! " marahnya.

" Dari kawasan kamu? Setahu kami, kawasan sini adalah masih di luar kawasaan dan tiada tanda yang kamu beri sebagai bukti! " Jeneral Crypto pula mencelah. Puteri Sirena memandang ke arah Jeneral Crypto. Raja Nezus masih diam.

" Apa tunggu lagi? Keluar sekarang! " marah Puteri Sirena.

" Bagaimana kalau kami enggan? " balas anak anak perempuan raja itu pula. Puteri Sirena memandang mereka satu persatu.

" Jika tidak, kumpulan kami yang lain akan menyerang kamu tanpa teragak agak, saya datang ke sini memberikan kamu amaran keras. Jauhi kawasan kami, dan kamu semua akan selamat! "

" Kami perlu teruskan perjalanan menuju ke Utara! " balas Jeneral Crypto. Puteri Sirena memandang ke arah jeneral itu dengan wajah yang garang. Jeneral Crypto masih berlagak seperti biasa. Sedikit pun dia tidak takut pada Puteri Sirena yang garang itu.

" Kenapa perlu ke Utara? " tanya Puteri Sirena, ingin tahu.

" Tempat tinggal kami yang asal mengalami keruntuhan, kami akan kembali selepas 100 tahun" balas Jeneral Crypto. Puteri Sirena tidak menjawab. Tidak lama kemudian,

" Kawasan kami, tetap kawasan kami! Kamu semua tidak dibenarkan melalui kawasan ini!" Puteri Sirena memberi kata putus akhirnya.

" Jangan sampai kami bertindak agresif! " sambungnya, lalu mereka semua pun beredar pergi meninggalkan Jeneral Crypto dan Raja Nezus.

" Bagaimana sekarang? Tanpa melalui jalan sini, kita terpaksa mencari laluan yang lebih jauh, mungkin akan mengambil masa berhari hari untuk sampai " Jeneral Crypto menjelaskan kepada Raja Nezus. Raja Nezus menarik nafas dalam dalam kemudian dia melepaskan dengan satu irigan keluhan yang berat.

" Kita tidak boleh melanggar undang undang Kerajaan Siren " balas Raja Nezus.

" Kita terpaksa cari jalan lain " sambungnya lagi.

Malangnya, selepas mereka ditinggalkan dalam beberapa minit, Duyung Siren tadi kembali dengan serangan yang tidak disangka sangka.

" Mereka menyerang balas! Lari! "

Maka bertempiaranlah ikan ikan duyung tadi melarikan diri dan terpaksa berpecah dari kumpulan mereka. Serangan balas duyung siren memang tidak dijangka. Mereka melepaskan Lembing Aride yang sudah diletakkan racun.

Mana mana duyung yang terkena pasti akan menemui ajal di sana juga. Nasib baiklah tiada yang terkena dengan lembing itu.

" Kenapa awak semua menyerang kami? " tanya Jeneral Crypto tidak puas hati. Dia sempat mengelak beberapa lontaran lembing beracun ke arahnya. Raja Nezus juga mengelak dengan pantas sambil mengarahkan ikan duyung yang lain lari menyelamatkan diri. Puteri Sirena datang kembali dengan senyuman di wajahnya.

" Kami tukar fikiran, sepatutnya kami layan kamu dengan buruk terlebih dahulu, arahan kami sepatutnya di patuhi serta merta. Lambat sikit, memang kami akan menyerang balas! "

" Apa salah kami? " tanya Jeneral Crypto. Puteri Sirena berenang menuju ke arah Jeneral Crypto.

" Kami tidak suka membuang masa, apa yang dikatakan oleh kami, patut terus dilaksanakan, jangan tunggu sehingga Raja kami berasa bosan! " marah puteri itu.

" Cukuplah menyerang! Kaum kami menyerah kalah dengan kekuatan kau! " jawab Jeneral Crypto.

" Pergi dari sini sebelum kami meneruskan serangan lagi! "

Akhirnya Jeneral Crypto dengan Raja Nezus terpaksa beredar dari kawasan duyung siren dengan perasaan yang berat. Nasib baiklah tiada yang tercedera dengan serangan duyung siren. Mereka lupa, Puteri Nirgona masih bersembunyi di sebalik batu besar itu, mendengar semua perbualan Puteri Sirena.

" Sebuah kapal manusia akan menyeberang di kawasan ini dalam masa 1 jam, apa yang perlu kita lakukan? "

" Seperti biasa, mereka akan memperlahankan kapal dan masa itu kita akan menyerang mereka habis habisan! Jangan berikan peluang kepada manusia untuk melalui sempadan kita!"

Selepas berbincang. Akhirnya mereka semua pergi meninggalkan tempat itu. Bila keadaan sudah kembali tenang, barulah Puteri Nirgona keluar dari tempat penyembunyiannya. Dia segera berenang mencari kumpulannya.

Malangnya, kumpulannya sudah hilang di depan mata. Dia sudah tersesat! Puteri Nirgona ingin memanggil mereka dengan bahasa duyung, tapi dikhuatiri akan didengari oleh duyung siren dan dia takut jika dia pula ditangkap dan dihukum oleh mereka. Mau tidak mau, Puteri Nirgona terpaksa mencari cara lain. Tanpa berfikir panjang, Puteri Nirgona mengambil peluang ini untuk berenang ke atas permukaan. Dia ingin melihat kehadiran kapal manusia itu dengan mata kepalanya sendiri. Selama dia hidup, belum pernah sekalipun dia melihat apakah bentuk kapal ataupun bentuk manusia itu. Puteri Nirgona duduk di atas sebuah batu besar yang merupakan satu kawasan yang paling ditakuti oleh kapal kapal yang melalui di tempat itu.

***

KAPAL LANUN DUNENST ANIMALIA sudah sampai di bahagian hujung sempadan. Dengan berpandukan peta, akhirnya Kapten Villanious berjaya juga. Dia sangat gembira. Hanya pembantunya, Mokra tidak berasa senang hati.

" Kenapa wajah awak muram? " tanya Kapten Villanious. Mokra hanya menggelengkan kepalanya.

" Cakaplah, jangan tahu geleng kepala saja " balas Kapten Villanious.

" Kapten, kawasan yang kita lalui sekarang ini... berhantu "

" Apa, berhantu? Di tengah lautan begini ada hantu? " tanya Kapten Villanious, akhirnya dia sendiri ketawa terbahak bahak diikuti dengan anak anak kapal yang lain. Mokra tidak berani ketawa.

" Hantu yang awak cakapkan ini, makan orang tak? " tanya Kapten Villanious lagi sambil mengakhiri ketawanya. Mokra menggeleng lagi.

" Cakap! Jangan menggeleng! "Kapten Villanious semakin tidak sabar.

" Kawasan sini berbahaya kepada lanun seperti kita, sekejap lagi kabus tebal akan tiba dan nanyian kematian itu akan bergema... "

Kapten Villanious mengerutkan keningnya.

" Apa maksud kau, nyanyian kematian? "

" Saya tidak berani cakap banyak... kabus sudah semakin tebal! " akhirnya Mokra berlari meninggalkan Kapten Villanious dengan penuh tanda tanya.

Seperti yang dikatakan, kapal mereka mula bergerak perlahan lahan. Beberapa minit kemudian, mereka terdengar suara perempuan menyanyi dengan mendayu dayu, Kapten Villanious berasa hairan dan tertarik dengan serta merta nyanyian yang di dengarinya itu. Semua anak kapalnya juga terpukau dengan kemerduan suara itu sehingga mereka menjadi leka. Malang tidak berbau, akhirnya mereka di serang pula dengan lontaran lembing beracun. Mereka tidak sempat bertindak. Bunyi tembakan ada di mana mana.

" Celaka! Kita sudah terperangkap! Ini duyung pemakan manusia! Tolonggg! "

Puteri Nirgona melihat keadaan itu dari jauh. Dia tidak berani mendekati kapal ataupun mengikut berenang sama sama. Puteri Nirgona takut jika dia juga menjadi sasaran mereka. Di depan mata, kerakusan duyung Siren menjadi ketakutannya, dia tidak sangka kejahatan duyung Siren itu menyebabkan kematian manusia. Kapten Villanious tewas di dalam misinya mencari air mata duyung yang di idamkannya, sementara Puteri Nirgona yang sudah terpisah dari kumpulannya itu pula terus melarikan diri. Duyung siren pula berpesta pada malam itu kerana kekenyangan memakan daging manusia. Lebih lebih lagi kepada Puteri Sirena yang menjadi pimbimbing mereka selama ini.


TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro