Lagenda Duyung (Bahagian 1)
Penulis : Marina Bt Bansing
Team : Mermaid
X X X X X
3000 tahun yang lampau, ada sebuah pulau yang terletak di pertengahan pusat bumi, ia terletak berdekatan dengan Kepulauan Segitiga Bermuda. Pulau Kejora merupakan sebuah kepulauan yang tercantik di dunia. Pulau ini belum pernah dan tidak pernah dijumpai oleh mana mana manusia sebelum ini. Sekiranya pulau ini dijumpai, dalam kata lain, manusia itu tidak akan ada jalan kembali ke dunia asal. Lebih mudah dikatakan, pulau ini hanya ada jalan masuk dan tiada jalan keluar.
Setiap malam, Pulau Kejora akan mengalami ribut petir. Seperti kebiasaanya angin akan bertiup kencang dan lautan akan bergelora. Di bawah kepulauan Kejora itu terdapat satu istana yang tersergam indah. Beratus ekor ikan duyung tinggal di dasar lautan itu. Mereka juga tidak pernah keluar dan muncul di permukaan laut dan tidak pernah berjumpa dengan manusia sebenar. Arahan raja adalah sangat senang sekali, iaitu dilarang keluar ke permukaan dan jangan bercakap dengan mana mana manusia.
Raja Nezus mempunyai 7 orang puteri. Nama mereka ialah Puteri Nirwana, Puteri Naira, Puteri Nortia, Puteri Novella, Puteri Noricela, Puteri Nirewala dan Puteri Nirgona. Setiap puteri mempunyai alunan suara yang sangat merdu. Setiap malam sebelum tidur, mereka akan menyanyikan lagu untuk raja mereka iaitu ayah mereka. Mereka sudah hidup selama beberapa kurun dan selalu membantu antara satu dengan yang lain.
Satu hari, Raja Nezus mendapat satu bayangan bahawa kepulauan Kejora akan hilang. Kepulauan itu akan tenggelam dan muncul kembali selepas 100 tahun. Pada masa yang sama sudah pasti istana di dasar lautan itu akan terhapus sama. Sebelum kejadian ini berlaku, raja perlu berfikirkan tempat tinggal baru untuk rakyatnya selama 100 tahun. Raja sangat risau. Dia juga tidak tahu di mana kawasan untuk membawa semua rakyatnya. Akhirnya dia terpaksa memanggil Jeneral Crypto bagi membincangkan hal tersebut.
" Apa yang perlu kita lakukan sekarang, Crypto? Beta sekarang bingung memikirkan hal ini " Raja Nezus mengeluh berat.
Jeneral Crypto tidak segera menjawab. Dia memandang ke arah raja laut yang gagah itu. Wajahnya sedih.
" Nampaknya kita perlu berenang ke Utara, di sana lebih sejuk dan selesa, lagipun kita mempunyai kelebihan tahan dengan suhu sejuk "
" Ke Utara? " tanya raja. Jeneral Crypto hanya mengangguk, mengiyakan.
" Ya, ke Utara " balasnya dengan yakin.
" Bagi beta, tiada masalah, tapi mampukah rakyat beta berenang begitu jauh? Ia terletak lebih kurang 7,000 ribu batu dari sini, dan seperkara lagi, adakah ia selamat? " tanya raja yang masih ragu ragu dengan pendapat Jeneral Crypto. Jeneral Crypto diam. Dia juga belum pernah ke Utara sebelum ini.
" Elok kita fikirkan cara lain, beta bimbang jika di pertengahan jalan manusia akan memburu kita, sebelum kepulauan Kejora ini tenggelam untuk 100 tahun sebelum ia muncul kembali seperti sediakala semula "
Jeneral Crypto hanya mengangguk. Kemudian dia pun meminta diri untuk keluar dari bilik diraja. Jeneral Crypto berenang menuju ke ruangan bilik istana. Antara semua anak anak Raja Nezus, hanya seorang saja yang tidak suka keluar dari istana. Dia adalah Puteri Nirgona, seekor duyung yang lebih gemar menyendiri dari berkumpulan dengan kakak kakaknya. Semasa melalui bilik puteri itu, dia terdengar suara merdu dan ia sangat berbeza dengan suara kakak kakaknya yang lain. Suara ini adalah pertama kali di dengarinya. Perlahan lahan Jeneral Crypto mengubah laluannya dan menuju ke arah bilik tersebut.
Jeneral Crypto hanya mengintai di sebalik dinding dan dia terkejut melihat cahaya yang keluar dari ekor puteri tersebut seiring dengan lagu yang dinyanyikannya. Ia berhenti apabila melihat Jeneral Crypto sedang memandangnya dengan penuh kagum.
" Kenapa bersembunyi di sana? Keluarlah! " ucap Puteri Nirgona.
Perlahan lahan Jeneral Crypto keluar.
" Maafkan saya, tuan puteri. Saya tidak bermaksud untuk..."
Puteri Nirgona hanya tersenyum kecil. Senyumannya begitu memukau jiwa. Jeneral Crypto pula sejak dulu hanya mampu menyimpan perasaan terhadap puteri raja itu.
" Kepulauan Kejora akan tenggelam tidak lama lagi, kita semua perlu pindah dari sini dengan segera " Jeneral Crypto terpaksa berterus terang. Puteri Nirgona memandang tepat ke arah jeneral itu.
" Seperti yang lalu juga? "
Jeneral Crypto hanya mengangguk. Puteri Nirgona mengeluh kecil.
" Nampaknya kita semua terpaksa pindah sekali lagi "
" Benar, tuan puteri... "
" Saya harap perjalanan kita kali ini tidak menyeberangi sempadan dunia manusia " bisik Puteri Nirgona. Jeneral Crypto menarik nafas. Kali ini, mereka pasti melalui sempadan itu, tapi ...
" Kita tiada pilihan lain, kita terpaksa "
" Bagaimana dengan raja? Adakah dia setuju? "
" Raja masih dalam kebingungan, mungkin akan memberikan keputusan seawalnya esok "
Tiba tiba mereka terasa ada satu gegaran halus mula bertindak balas. Suhu laut pula berubah menjadi suam. Serta merta Puteri Nirgona berenang laju menuju ke istana, begitu juga dengan Jeneral Crypto.
" Nampaknya ia sudah bermula awal dari yang dijangka!" jerit Jeneral Crypto.
" Saya akan beri amaran kepada yang lain! "
Puteri Nirgona terus melakukan tugasnya, gegaran kuat itu telah mengakibatkan tiang istana duyung menjadi retak, Raja Nezus segera keluar dari dalam istana dan mereka semua berkumpul di satu kawasan lapang. Gegaran itu telah menyebabkan beberapa rumah kediaman ikan duyung turut musnah, Pulau Kejora sudah mulai tenggelam. Ikan ikan duyung yang lain tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa meninggalkan kawasan itu dengan segera. Beberapa minit selepas gegaran itu, akhirnya keadaan menjadi tenang semula.
Anak anak Raja Nezus segera berenang ke arah raja mereka. Wajah mereka semua jelas menunjukkan kerisauan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.
" Bagaimana sekarang ni, tuanku? Nampaknya, tempat tinggal kami sudah musnah... " beritahu salah seekor ikan duyung itu. Raja Nezus pada mulanya tidak mengucapkan apa apa, tidak sangka gegaran itu bermula begitu awal.
" Kita terpaksa pindah, bawa apa yang perlu, pasukan tentera yang lain kena bersedia untuk bertindak jika ada terjadi apa apa, Jeneral Crypto, kau bertanggungjawab di atas keselamatan duyung yang lain "
Jeneral Crypto hanya mengangguk bila mendengar arahan raja. Dia segera menggumpulkan pasukannya untuk memulakan pemindahan serta merta.
" Kita terpaksa pindah lagi "
" Apa boleh buat, beberapa ratus yang tahun juga kita sudah alami situasi yang sama "
" Sayang jika kita tinggalkan kawasan kita ini, ini merupakan tempat yang selamat dari ancaman manusia "
" Kita kena akur dengan keputusan raja, dalam hal ini raja lebih berpengalaman "
Kumpulan duyung sudah bersedia untuk berpindah, mereka di kawal oleh kumpulan tentera duyung bagi memastikan keselamatan duyung yang lain terjaga dari ancaman yang tidak baik. Jeneral Crypto dan Raja Nezus berada di barisan paling hadapan. Kuda laut sebesar duyung itu menjadi pengawal mereka semua.
" Kita kena berhati hati, takut nanti kaum lain akan menyerang kita "
" Manusia? "
" Bukan, lebih ganas dari itu "
" Siren? "
" Jangan sebut terlalu kuat, mereka mempunyai kebolehan mendengar suara hati yang sangat tajam! "
" Kumpulan ini sangat agresif dan tidak suka dengan kehadiran manusia, harap janganlah kita semua bertemu dengan mereka, jangan lupa gunakan Siput Pera untuk melindungi pendengaran mereka dari di kawal oleh mereka "
" Nasib baik ada Siput Pera untuk perlindungan kita, kalau tidak habislah! "
Hari sudah jauh malam bila kumpulan mereka sudah meninggalkan rumah mereka dalam lingkungan 1000 batu. Kelajuan ikan duyung ini tidak dapat di ucapkan dengan kata kata kerana itu memang kebolehan luar biasa yang mereka miliki, selain dari digelar perenang paling pantas. Raja Nezus menjadi pemimpin mereka dalam perjalanan menuju ke Utara.
" Beta harap, pilihan kita pindah ke Utara akan berjalan dengan lancar "
" Usah risau, pasukan tentera sudah pun bersedia jika ada sebarang masalah yang timbul "
" Kita akan berehat sebentar lagi " ucap Raja Nezus.
***
KAPAL LANUN DUNENST ANIMALIA berlayar dengan perlahan lahan di bawah sinaran bulan yang sangat indah memukau mata.
" Kapten Villanious! "
Kapten Villanious menoleh. Salah seorang anak kapal dengan wajah yang kepenatan menuju ke arahnya.
" Ada apa? "
" Kita akan berlayar menuju ke Utara mencari air mata duyung itu kah? "
" Apa awak masih belum faham? Saya adalah Kapten Villanious dan saya mesti dapatkan air mata duyung itu! "
" Bagaimana kalau lagenda itu salah? "
" LAGENDA TAKKAN SALAH! " jawab Kapten Villanious.
" Air mata duyung, dengan sekali teguk, usia kita akan kekal selama lamanya! " sambungnya lagi.
" Khabarnya datuk awak pernah menangkap spesis duyung yang berhampiran dengan Kepulauan Bermuda, apa jadi dengan ikan duyung itu sekarang? " tanya anak kapal tersebut.
Kapten Villanious tidak segera menjawab. Dia menarik nafas panjang dan melepaskan dengan satu iringan keluhan yang berat.
" Selama bertahun tahun di jaga, ikan duyung itu enggan menangis, lalu ia di bunuh begitu saja, semasa kematiannya, saya baru berumur 10 tahun, macam saya terdengar satu suara halus yang keluar dari mulutnya semasa menunggu ajal " beritahu Kapten Villanious.
" Jangan jangan... dia menyumpah awak, kapten! "
Kapten Villanious memandang ke arah anak kapal dengan pandangan yang tajam.
" Awas mulut awak bila berbicara, jangan sampai saya kerat lidah awak! "
Bila mendengarkan ini anak kapal tadi berasa kecut perut lalu meminta kebenaran untuk meninggalkan Kapten Villanious seorang diri. Dia menuju ke depan kapalnya. Angin bertiup agak tenang pada malam itu. Di atasnya pula terdapat berjuta bintang yang berkelipan indah menghiasi alam semesta yang tidak dapat dibayangkan dengan kata kata. Pada masa yang sama dia sempat pula tersenyum.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro