JoonBelle (wp)
Nama Pena : JoonBelle
Tajuk : Ratu Malum Bahagian Akhir
Kumpulan : Unicorn
*Cerpen ini diterbitkan tanpa ubahsuai dari pihak admin.
***************
Jarum jam sudah lama berjalan melewati angka, namun sebarang perlawanan masih belum bermula.
Masing-masing hanya tercegat berdiri sambil mata tak lepas memandang antara satu sama lain.
Ratu Malum yang melihat dari glob kaca di tangannya mula bosan. Dia sudah tidak sabar untuk menonton perlawanan ini, perlawanan antara dua kekasih.
"Hey, putera Phoenix. Mulakan seranganmu. Gunakan kuasa dalaman api kau untuk membakar tubuh si gadis Unicorn. Bakar cinta hati kau dengan tangan kau sendiri!" Arah Ratu Malum keras sebelum ketawa berdekah-dekah.
Baginda sudah tidak sabar nak melihat perlawanan antara dua makhluk ini. Perlawanan yang akan melukakan dua hati dan memutuskan hubungan baik antara kerajaan Phoenix dan kerajaan Unicorn.
Amir menggenggam penumbuk mendengar arahan gila itu. Dia tidak segila Aiman Aqil dalam cerpen Hipertensi. Mana mungkin dia mampu untuk membunuh wanita yang mendiami hatinya sejak darjah satu?
"Kau gila, Ratu Malum! Aku tak mumgkin akan bunuh Nur!"
Amir menjerit lantang. Perasaan marah kian memarak dalam diri. Matanya mula meliar ke kawasan sekliling, cuba mencari figura sang ratu pengamal ilmu sihir larangan. Namun, apa yang terbias di mata hanyalah sebuah gelanggang seluas padang bola sepak di kawasan padang pasir yang gersang dan seekor goblin yang bertenggek di tiang gelanggang.
Amir mengetap bibir. Kalau diikutkan hati yang sedang marah, mahu saja dia bakar goblin yang diarahkan untuk mengawasi mereka sebagai tanda protes, namun dia tahu, kesan yang bakal mereka hadapi ekoran kejadian itu pasti memburukkan lagi keadaan.
Si ratu jahat ketawa lagi. Dirinya sedikit terhibur dengan jeritan tersebut. Tapi, ini baru titik permulaan. Klimaksnya masih belum tiba.
"Bukan aku yang gila, putera Phoenix. Kalian yang gila! Kalau bukan kerana kalian tertipu dengan helah harta karun aku, pasti kalian semua takkan berada di sini. Sekarang, aku mahu kau lawan kekasih kau sendiri! Jika tidak..."
Serentak itu, sebuah portal muncul di kanan gelanggang. Kelihatan seorang gadis belasan tahun sedang berlari dengan penuh riang di taman sambil dikejar oleh beberapa orang dayang. Riak wajah Amir terus berubah.
"Jangan sampai nasib adik angkat kau menerima nasib yang sama seperti ikan tadi!"
"Ratu Malum, kau tak guna!"
Amir menjerkah kasar sebelum menghela nafas lemah. Hampir terduduk dia mendengar arahan gila dari wanita gila itu. Nur itu gadis yang dicintainya. Aira si adik pula gadis kesayangannya. Jika diberi segunung emas sekalipun, Amir tidak mungkin dapat memilih antara mereka berdua.
Argh!
Amir meraup wajah. Jarum jam masih bergerak. Beberapa detik sudah berlalu.
Amir menghela nafas lagi.
Dengan gerakan perlahan dia mula membuka kekuda. Kaki kanan ke belakang manakala kaki kiri ke depan, membentuk huruf L.
"Maaf, sayang. Mahu tak mahu, kita terpaksa berlawan."
Nur yang tadi hanya diam terus berubah riak. Matanya terbeliak luas. Mulutnya sedikit ternganga, terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Amir.
"Kau sanggup lawan aku demi anak pungut itu, Amir?"
Nur menyoal dengan wajah tidak percaya. Tidak menyangka bahawa dia yang menjadi pilihan Amir!
"Kasih sayang aku pada dia melebihi dunia dan isinya termasuk kau, Nur. Maaf."
Muka Nur mula memerah. Perasaan geram mula menguasai diri.
"Tak guna kau, Amir! Kau mandikan aku dengan ayat-ayat manis dan kini, kau nak bunuh aku?!"
Nur menyoal dengan nada lantang. Pipinya mula merona merah. Gigi diketap, menahan amarah yang kian memuncak dalam diri.
"Aku--aku..."
"Lawan dia, puteri Unicorn. Bunuh dia. Kau sudah lupa apa yang aku janjikan? Siapa yang menang akan selamat. Jadi, bunuh dia puteri Unicorn!" Sampuk Ratu Malum dengan senyuman yang tidak dapat dilihat oleh mereka. Sengaja dia mengapi-apikan lagi Nur yang mula dikuasai amarah. Ini akan membuatkan pertempuran antara mereka akan lebih menarik!
Nur mengacip gigi. Kemarahan kian memuncak! Amir yang sudah bersedia direnung tajam dengan hati yang terbakar.
"Tak guna kau, Amir!"
Nur terus berlari meluru ke arah Amir.
Tangan kanan yang sedang menggenggam penumbuk terus dilayang ke arah wajah Amir tapi Amir lebih tangkas mengelak.
Namun, kaki kanan Nur lebih pantas menyepak perut Amir, membuatkan Amir yang tidak menduga terpelanting ke belakang.
Darah tersembur keluar dari mulut. Amir mula berasa berang. Dikesat kasar sisa darah yang berbaki di tepi mulut sebelum dia pantas bangkit berdiri. Mata dipejamkan sambil mengangkat sebelah tangan. Sesaat, pedang berapi merah kebiruan muncul di tangan.
Ratu Malum tersenyum lebar melihat keadaan itu. Hatinya sudah mula bersorak. Tidak sabar dia menanti adegan yang bakal menyusul. Pasti ini akan menjadi persaingan yang lebih sengit!
Nur terkaku sebentar. Langsung dia tidak menduga bahawa Amir sanggup menghasilkan pedang Kaca Murni yang boleh membunuh pihak lawan dengan sekali libas.
Dengan mata yang yang sudah mula kabur dengan air mata, Nur memetik jari. Automatik, sebilah pedang berwarna putih kebiruan dan mempunyai corak bulan berwarna hitam di hulu pedang muncul di hadapannya. Tanpa berfikir dua kali, Nur terus mencapai pedang tersebut sebelum menghunusnya ke arah sang kekasih yang setia melihat tingkah lakunya.
"Kita lawan sampai mati!" Nur melaung lantang dalam keadaan sebak.
"Jangan menyesal!"
Amir tersenyum sinis. Bukan dia tidak nampak mata si gadis yang sudah berkaca, namun dia hanya abaikan sahaja. Dalam pertarungan ini, hanya seorang saja pemenang! Dan pemenang itu ialah dia!
"Be careful, sayang!"
Amir terus meluru ke arah Nur yang bersiap sedia menanti serangannya. Pedang dilibas beberapa kali ke arah Nur namun Nur lebih cekap menahan segala serangannya.
Dia menyerang bahagian kanan, Nur ke kiri. Apabila dia menyerang bahagian kiri, Nur lebih cepat menyerang balas! Pantas otak Amir mula ligat memikirkan cara untuk mengalihkan perhatian Nur.
"Nur, alangkah indahnya jika kita langsungkan perkahwinan kita di Taman Bunga seperti yang kau idamkan," ujar Amir bersama satu senyuman.
Sengaja dia berkata sedemikian. Biar api kemarahan Nur kian memarak! Pasti, Nur akan lebih cepat menyerang, membuatkan langkah yang diambil akan ada kecacatan! Saat itu, dia bakal mengambil kesempatan atas kelalaian Nur.
"Diam, penipu!"
Nur menjerkah garang. Pedang dihunus berkali-kali ke arah Amir tapi Amir lebih lincah.
Badan meliuk ke kiri dan ke kanan, mengelak serangan padu Nur sambil mata memerhati dengan teliti, mencari kawasan Nur yang agak terbuka.
"Die!"
Pedang dilibas ke arah peha kanan Nur. Nur yang tidak bersedia hanya mengelak sedikit ke belakang, menyebabkan pedang berapi itu berjaya menyentuh peha yang bersalut dengan seluar tunik warna merah.
"Argh!"
Nur terkebelakang. Pedang ditongkat, menahan diri yang sedang duduk melutut. Mata melingas ke arah tempat luka yang mula menerbitkan darah.
"Kau--"
Nur mendongakkan kepala, memandang ke arah Amir yang sedang tersenyum sinis.
"Memang tak guna!"
Nur kembali bangkit berdiri. Darah yang mengalir dari tempat luka tidak diendahkan. Matanya menatap tepat ke arah Amir yang masih melorek senyum.
Digenggam kuat hulu pedang sebelum bibirnya mula terkumat-kamit membaca mantera, memohon pertolongan.
"Wahai mambang sakti yang menguasai 7 petala langit, aku puteri kerajaan kuda bertanduk menyeru syaitan dan kuasa yang setia mendampingiku. Bangkitlah! Asmara Petir!
Serentak itu, guruh mula bergempita. Kilat sabung-menyabung. Langit menjadi kelam.
Nur memejamkan mata, cuba menyerap kuasa yang bakal diterima dari langit.
Tak semena-mena, perutnya telah ditikam!
Sepasang mata Nur terbuntang luas! Imej wajah Amir yang telah membenamkan pedang berapi ke dalam perutnya terbias di retina mata.
"A-Amir..."
Nur terpana!
Langsung tidak menyangka Amir bertindak menyerangnya sewaktu dia sedang mengumpul kekuatan.
Uhuk!
Nur terbatuk sedikit. Darah tersembur keluar sedikit, lalu turun meleleh di hujung bibir.
Sakit, namun kesakitan fizikal tidak mampu menandingi kepedihan yang bertamu di hati.
Satu senyuman tersungging di bibir Amir. Tangan kembali menarik kasar pedang yang telah terbenam dalam perut gadis itu.
Darah yang terpercik ke baju tunik hitam dan wajahnya hanya diabaikan.
Matanya kekal fokus melihat Nur yang sedang menahan kesakitan sambil memegang perutnya yang berlumuran darah.
Ratu Malum yang setia menonton menepuk kuat tangannya. Sungguh tidak disangka, puteri Kerajaan Unicorn telah tumpas di tangan kekasihnya sendiri!
Kesabaran Ratu Malum kian menipis. Dia sudah tidak sabar untuk segera ke gelanggang! Baginda mahu bersorak di sana, atas kematian seorang puteri unicorn dan seorang putera duyung.
Pantas kaki bangkit berdiri dari sofa lalu memetik jari sebanyak dua kali sebelum
Poof!
Ratu Malum kembali memunculkan diri di gelenggang bersama satu senyuman yang tergayut di bibir.
"Wow, putera Phoenix! Kau telah berjaya membunuh kekasih kau sendiri!"
Ratu Malum menepuk tangan lagi sebelum mata terarah ke arah Nur yang sudah terbaring di atas lantai gelanggang dengan mata terbuka luas.
"Kau bijak mengambil kesempatan, putera Phoenix. Aku tidak pernah menyangka bahawa kau akan menikamnya pada saat itu. Sama seperti pasangan ikan dan naga. Siapa sangka, puteri naga itu sanggup memanggang rakan baiknya hidup-hidup! Baik, seperti yang aku janjikan, kau boleh pulang sekarang putera Phoenix. Namun, sebelum itu..."
Bibir wanita kejam itu mula meraut satu senyuman. Tongkat di tangan terus dihayun, mewujudkan satu portal.
"Kau harus melihat kematian adik angkat- ark!"
Mata Ratu Malum terbeliak! Terkejut dengan tikaman yang tiba-tiba muncul tanpa amaran!
Perlahan-lahan, kepala menunduk ke bawah. Sebilah pedang berwarna merah hitam tertusuk di perutnya!
Amir tersenyum sinis melihat adegan itu. Puas hatinya dapat melihat ratu jahat yang angkuh itu terjatuh melutut di hadapannya.
"Kau ingat kau bijak tapi sayang kau lebih bodoh daripada keldai! Aku dan Nur lebih bersedia! Kami diam, melambatkan pertarungan kerana kami bertelepati, berbincang dalam diam cara untuk mengalahkan kau yang telah memerangkap kami menggunakan sihir keji!"
Buk!
Satu tumbukan menghentam sebelah mata Ratu Malum.
"Kau ingat Nur dah mati. Tapi, sebenarnya itu hanya ilusi. Ilusi yang kami rancang untuk kelirukan kau!"
Pang!
Kali ini, satu tamparan pula hinggap di pipi kanan ratu berhati gelap itu. Namun, bukan dari Amir tapi dari Nur yang sudah berdiri di sebelah Amir.
"Kau ingat Amir menikam aku untuk mematikan aku? Tak. Tak semudah itu, Malum. Itu hanya sebahagian rancangan kami. Tindakan Amir itu hanya untuk mengaburi mata kau, supaya kau tidak sedar bahawa aku telah menyeru syaitan pengikut setia aku untuk membunuh kau! Jangan khuatir, ratu. Racun yang sudah disapu pada pedang ini hanya melemahkan saraf kau, sehingga kau tak mampu bergerak dan bakal mati secara perlahan-lahan!"
Zappp!
Serentak itu, pedang yang terbenam di belakang perut penyihir itu terus ditarik keluar.
"Aku rasa inilah pembalasan yang sesuai untuk wanita jahat macam kau. Sayonara, Malum."
Nur terus menolak kuat tubuh Ratu Malum ke kiri, menyebabkan sang ratu yang tak berdaya terus jatuh menyembah bumi.
"Padan muka kau, wanita jahat!"
Amir tersenyum mengejek. Puas hatinya melihat ratu jahat yang telah memerangkap mereka di sini menderita menunggu sakaratul maut.
"Nur--"
Mata Amir terbuntang. Terkaku dia sebentar tatkala pedang yang terbenam ke dalam perut Ratu Malum kini tertanam di dadanya.
Spontan, matanya terarah ke wajah Nain, syaitan pengikut Nur yang telah menikamnya sebelum memandang muka Nur, silih berganti.
Nur hanya tersenyum sinis.
"Padan muka kau, Amir."
Nur terus mencabut pedang yang telah menikam dada lelaki yang amat dicintainya. Dibelek pedang yang penuh dengan darah itu sebelum menikam tubuh Amir yang sudah kehilangan upaya berkali-kali.
Darah memercik ke merata tempat. Lantai gelanggang yang berwarna putih berubah menjadi warna merah.
Nur masih tidak berpuas hati.
Tubuh Amir ditikam lagi!
Sampai Amir terkulai layu di atas lantai gelanggang.
"Sayangku, adakah kau sudah lupa dengan ikrar aku dulu selepas hubungan terlarang antara kau dan si putra duyung terbongkar? Ikrar yang aku tanam dalam diri aku selepas hubungan terlarang antara kau dan putra duyung terbongkar! Fyi, aku dah lama menunggu saat ini burung. Saat aku boleh membunuh kau tanpa perlu menanggung hukuman! Dan, aku rasa inilah masanya. Masa untuk kau mati! Adioś, putera Phoenix."
Zappp!
Kepala Amir terus tergolek ke atas lantai manakala badannya jatuh rebah ke atas lantai.
Nur yang sedang menonton adegan itu hanya tersenyum senang sambil menghulur pedang itu ke arah Nain. Hatinya yang selama ini galau dengan dendam telah menjadi tenang.
Lelaki yang telah memalukan dirinya, seorang puteri kerajaan kuda bertanduk, dengan bercinta bersama kaum sejenis sudah mati.
Mati di tangan Nur sendiri!
"Bagus. Akhirnya, aku berjaya membunuhnya. Terima kasih pada kau, Malum. Aku boleh meletakkan segala kesalahan pada kau. Aku takkan dihukum buang kerajaan, kerana aku boleh memanipulasi keadaan yang kau cipta ini. Terbaik, Malum."
Nur tergelak jahat. Matanya memandang kedua-dua mayat yang telah terbaring di lantai gelanggang silih berganti. Segalanya sudah tamat dan dia amat berpuas hati dengan penamat ini.
"Nain, kau jangan sesekali bongkarkan rahsia ini. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut."
Nain si pengikut setia hanya mengangguk tanda berjanji. Nur tersenyum puas hati. Tahu yang dia meletakkan kepercayaan kepada pembantunya itu.
"Bagus. Sekarang..."
Nur terus merubah bentuk manusianya kepada seekor unicorn.
"Mari pulang. Aku sudah tidak betah lagi berada di sini. Perlawanan sudah tamat, maka secara automatiknya aku boleh ke sini," ajak Nur bersama mata kuyu, menahan kantuk akibat terlalu penat.
Nain yang mendengar hanya menjatuhkan kepala beberapa kali sebelum...
Poof!
Bayang mereka berdua terus hilang dibawa angin serbuk posyen yang ditiup oleh Nain sebentar tadi.
Tamat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro