Hafiz (fb)
Nama Pena: Hafiz Ghazali
Tajuk: Ratu Malum Bahagian Akhir
Kumpulan: Phoenix
*Cerpen ini diterbitkan tanpa ubahsuai dari pihak admin.
***************
Gelanggang dibuka.
Riuh-rendah gelanggang perlawanan dengan pekikan dan terikan dari tentera Ratu Malum. Mereka tidak sabar lagi untuk melihat pertarungan empat pewaris kerajaan.
Pekikan, "Bunuh! Bunuh! Bunuh!" bergema kuat. Gendang sudah dipalu sebagai semangat kepada empat pewaris.
Di bahagian utara gelanggang, Puteri Mermaid sudah pun terduduk menangis. Belum sempat dia berbicara lebih, adiknya Mayang sudah dibunuh oleh Ratu Malum.
Putera Naga datang menghampiri Puteri Mermaid untuk memujuk. Dia melindungi Puteri Mermaid dengan sayap di belakang badan. Dia juga rasa terkejut dengan tindakan Ratu Malum. Ratu Malum cuma bernasib baik ketika itu kerana kuasanya sudah dibekukan semasa sesi pembunuhan. Jika tidak, habis lunyai dikerjakan oleh dia pada Ratu Malum.
Suara Ratu Malum bergema di sekitar gelanggang, "apa yang Putera Naga pujukkan, bunuh saja Puteri Mermaid itu. Masa semakin suntuk. Bunuh saja si ikan duyung."
"Hamba tidak sekejam ratu. Hamba pewaris kerajaan naga," balas Putera Naga.
"Beta tidak kisah tentang hal itu. Bunuh sekarang atau orang tersayang akan terbunuh!" Bentak Ratu Malum.
Putera Unicorn hanya memerhati dari jauh sambil tangan memegang pedang Tanduk Unicorn. Dia bila-bila masa sahaja akan menyerang mana-mana musuh yang berhampiran.
Puteri Phoenix masih dengan perasaan terkejutnya. Dia juga bersiaga, andai ada mana-mana antara tiga pewaris datang menyerang. Perwatakan Puteri Phoenix lembut dengan memakai rantai berbatu kristal hijau di leher dan rambut panjang melepasi bahu.
Putera Unicorn semakin berang dengan Putera Naga yang masih melengah-lengahkan masa. Dia juga tidak mahu orang tersayang dibunuh oleh ratu.
"Putera Naga! Cukuplah memujuk. Masa semakin suntuk. Tiada guna memujuk Puteri Mermaid. Dia sememangnya lemah," kata Putera Unicorn.
"Tuan putera, diam! Tuan putera hanyalah kerajaan kecil, mana layak bercakap dengan hamba," balas Putera Naga.
Terkejut Putera Unicorn dan Puteri Phoenix dengan kata-kata kesat dari Putera Naga. Ya, memang benar di antara kesemua, kerajaan naga paling besar wilayah jajahannya.
Putera Unicorn menghampiri Putera Naga. Lantas dia menusuk pedang tepat pada jantung Putera Naga. Terpisah jasad dan nyawa Putera Naga. Terundur sedikit Puteri Mermaid dengan tidakan Putera Unicorn.
Semakin kuat Puteri Mermaid meraung. Tanpa membuang masa, Putera Unicorn memancung kepala Puteri Mermaid. Kepala Puteri Mermaid bergolek di hadapan Puteri Phoenix. Terkejut Puteri Pheonix dengan tindakan pantas Putera Unicorn.
Puas hati Putera Unicon. Dendamnya dengan kerajaan naga sudah pun terbalas. Puteri Phoenix tetap bersiaga andai Putera Unicorn menyerangnya pula.
Putera Unicorn potong sayap Putera Naga. Namun begitu, dengan kuasa tanduknya yang sakti itu, dapatlah dia menghidupkan sayap si naga yang telah dicantumkan ke badan Putera Unicorn.
Lalu kuasanya semakin bertambah kuat. Gabungan antara kuasa unicorn dan naga.
"Tuan putera, kejam! Sanggup membunuh sesama kita," kata Puteri Pheonix geram.
"Memang hamba kejam. Kini, giliran tuan puteri pula untuk dihapuskan," balas Putera Unicorn sambil ketawa besar.
Puteri Phoenix kembali bersiaga. Kepala Puteri Mermaid diangkat dan diletakkan di penjuru gelanggang. Jika dia masih hidup nanti selepas pertarungan, dia akan tanam jasad Putera Naga dan Puteri Mermaid di suatu tempat khas.
Tiba-tiba, suara Ratu Malum bergema, "bagus Putera Unicorn. Beta suka dengan pertunjukkan, tuan putera. Nampaknya pewaris naga dan mermaid tidak sekuat yang disangkakan. Lemah!"
"Terima kasih, tuanku ratu," balas Putera Unicorn sambil tersenyum sinis pada Puteri Phoenix.
"Kurang ajar! Tuan putera bersekongkol dengan ratu. Hamba mesti hapuskan, tuan putera. Keparat!" kata Puteri Pheonix geram.
Putera Unicorn menyepak kedua-dua mayat sehingga tercampak ke penjuru gelanggang. Kemudian, dia perlahan-lahan menuju ke arah Puteri Phoenix. Tangan kanannya memusing-musing pedang miliknya itu.
***
Puteri Pheonix membuka langkah. Dia tidak akan menyerang walaupun diberi peluang. Dia perlu lebih berhati-hati dengan kelicikan Putera Unicorn.
Langkahan Putera Unicorn semakin pantas. Langkahan yang pantas bertukar menjadi berlari. Lariannya deras sambil pedang terhunus ke hadapan. Sasarannya adalah jantung Puteri Pheonix.
Jarak antara mereka semakin hampir. Pedang Putera Unicorn hampir ke dada Puteri Phoenix. Hanya beberapa inci lagi pedang hampir ke dada, Puteri Pheonix berguling dan mengelak ke tepi. Lega dia, berjaya mengelak tusukan pedang Putera Unicorn.
"Huh! Berjaya tuan puteri mengelak tusukan pedang hamba. Sampai bila tuan puteri mampu mengelak? Tuan puteri hanya bertangan kosong, sedangkan hamba ada sebilah pedang. Pedang warisan. Pedang yang sudah membunuh dua waris kerajaan," kata Putera Unicorn angkuh.
"Kita lihat saja nanti, tuan putera. Tuan putera belum kenal siapa hamba. Atau tuan putera buat-buat tidak kenal," balas Puteri Phoenix.
"Ya, hamba kenal siapa tuan puteri. Pewaris kerajaan Volkano. Anak kepada Raja Erif yang sebelum ini berjaya mengalahkan Raja Kunkka. Raja tujuh lautan," tegas Putera Unicorn.
"Tidak disangka, sejarah kerajaan hamba sampai ke hujung dunia. Mari, kita mulakan. Jangan pandang hamba sebelah mata," kata Puteri Pheonix bersemangat.
Putera Unicorn menyerang lagi. Ke kiri ke kanan Puteri Pheonix mengelak. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia harus mengelak.
Puteri Pheonix tiada apa-apa senjata di tangan. Dia juga tiada kuasa yang boleh dikeluarkan melalui tangannya.
Puteri Phoenix cuba menumbuk Putera Unicorn, namun tumbukannya hanya menerjah angin. Putera Unicorn bijak mengelak tumbukan Puteri Pheonix.
Kali ini, pertempuran mula dikuasai oleh Puteri Pheonix. Tumbukan dan tendangan Puteri Pheonix mudah ditangkis oleh Putera Unicorn. Sesekali Putera Unicorn membalas dengan pedangnya.
'Ini tidak boleh jadi. Seranganku mudah saja ditangkis,' hati Puteri Pheonix bermonolog resah.
Dengan kudrat dan kuasa yang lama disimpan. Puteri Phoenix bertukar menjadi burung phoenix biru. Sama seperti Raja Erif. Dia berlegar-legar udara sambil memandang Putera Unicorn yang mendongak memandang ke atas.
***
Putera Unicorn hanya tersenyum sinis. Putera Unicorn juga bertukar menjadi kuda unicorn yang bersayapkan naga. Dia juga terbang ke langit biru. Pedang miliknya dicacakkan ke tanah.
Terkejut Puteri Pheonix melihat Putera Unicorn juga boleh terbang seperti dia. Nampaknya tugasannya semakin sukar.
Burung phoenix biru dan kuda unicorn bersayap naga hanya berpusing-pusing sesama sendiri di udara. Masing-masing mencari kelemahan pada musuh masing-masing.
Puteri Phoenix mengembangkan sayap lalu keluar bebola api. Bebola api berwarna merah biru dituju terus ke Putera Unicorn.
Putera Unicorn mengibas sayap naga sehingga mengeluarkan angin yang kuat. Bebola api yang menyerangnya berpatah kembali ke Puteri Pheonix. Sempat Puteri Pheonix mengelak ke kiri dan ke kanan.
Bebola api yang dielak tadi menghentam bukit lalu runtuh.
"Boleh tahan kuasa tuan puteri. Namun, tidak juga mampu menyentuh tubuh hamba," kata Putera Unicorn dengan angkuh.
"Cis! Seranganku mudah dipatahkan. Sungguh sombong kata-kata tuan putera. Jangan angkuh dan sombong, kelak akan memakan diri," balas Puteri Pheonix.
"Keparat! Berani tuan puteri memperlekehkan hamba. Kuasa hamba dua kali lagi kuat dari tuan puteri. Ke mari! Cabar hamba segera!" tegas Putera Unicorn.
Puteri Phoenix terbang laju ke arah Putera Unicorn. Kaki burung yang tajam dihalakan ke Putera Unicorn. Namun dapat dielak oleh Putera Unicorn.
"Huh! Lembap! Serang sebegitu belum layak mencederakan hamba!" kata Putera Unicorn.
Sekali lagi Puteri Phoenix cuba menyerang. Serangan kali kedua berjaya mencederakan sedikit kaki hadapan sebelah kanan unicorn. Putera Unicorn tidak sempat mengelak.
Putera Unicorn membalas serangan dengan tendangan ke arah dada Puteri Phoenix. Terpelanting ke belakang Puteri Phoenix. Puteri Phoenix sedikit sesak nafas, darah keluar melalui hidungnya.
Belum sempat Puteri Phoenix mengambil nafas, Putera Unicorn menyerang lagi dengan libasan sayap naga ke atas sayap phoenix. Terhuyung-hayang Puteri Pheonix, lalu jatuh bergolek di atas tanah.
Puteri Pheonix bertukar semula menjadi manusia. Dia terbaring kelelahan. Serangan dari Putera Unicorn begitu kuat.
Putera Unicorn mendarat di hadapan Puteri Phoenix dan kembali bertukar menjadi manusia. Putera Unicorn mencapai semula pedang yang tercacak tadi. Sudah tiba masa untuk menamatkan riwayat si burung lemah.
Putera Unicorn mengangkat tinggi pedang. Sasaran yang perlu dicacakkan pedang adalah di bahagian jantung. Puteri Phoenix hanya mampu memandang, dia tiada daya untuk bangkit.
Tatkala Putera Unicorn hendak menghunus pedang ke arah Puteri Unicorn, tiba-tiba satu cahaya hijau keluar dari batu kristal hijau dari rantai leher Puteri Phoenix. Batu kristal itu memancarkan cahaya yang sangat menyilaukan mata Putera Unicorn.
"Cahaya apakah ini?" kata Ratu Malum dan Putera Unicorn serentak.
Suasana di gelanggang bercahaya kehijauan. Puteri Pheonix terdengar suara ayahandanya.
***
'Anakanda, gunakanlah sebaik mungkin kristal hijau itu. Kristal itu sebahagian dari Pedang Kristal, ayahanda. Ayahanda gelarkannya Pedang Kristal Pheonix,' suara Raja Erif bergema di kotak fikiran Puteri Pheonix.
"Ayahanda, apa perlu anakanda lakukan sekarang? Putera Unicorn terlalu kuat untuk anakanda," balas Puteri Pheonix.
'Percayalah pada diri, anakanda. Setiap ciptaan pasti ada kelemahannya. Cuba cari kelemahan itu. Ayahanda sudah persiapkan anakanda dengan ilmu dan kesabaran. Ayahanda tunggu kepulangan anakanda,' kata-kata semangat dari Raja Erif.
Hanya Puteri Pheonix sahaja yang mampu mendengar suara Raja Erif kini. Putera Unicorn sudah pun bersiaga untuk menyerang sekaligus membunuh Puteri Phoenix.
Puteri Phoenix bangkit dari baringnya. Kata-kata semangat dari ayahanda Raja Erif, membangkit suatu semangat yang luar biasa. Pedang Kristal Phoenix yang keluar dari batu kristal hijau digenggam erat.
Segala ilmu yang diajar oleh ayahanda akan digunakan sebaik mungkin. Puteri Phoenix membuka langkah. Putera Unicorn yang berdiri di hadapan Putera Pheonix terkejut dengan bukaan langkah Puteri Pheonix.
"Tidak pernah hamba melihat langkahan seperti itu. Tuan puteri buka langkah seperti mana pun, tidak akan mampu membunuh hamba," angkuh Putera Unicorn.
"Tidak perlu tuan putera tahu langkahan hamba. Hamba keturunan phoenix. Wilayah hamba sebahagian dari wilayah Kepulauan Nusantara. Mari, kita saksikan silat nusantara hamba akan menewaskan tuan putera," balas Puteri Pheonix.
"Apa? Silat? Janggal benar hamba mendengar perkataan itu. Ayuh! Mari kita habiskan pertarungan ini! Hanya ada satu pemenang iaitu hamba," jelas Putera Unicorn angkuh.
Puteri Phoenix menyerang dengan pedang miliknya. Cantasan pada Putera Unicorn ditangkis mudah. Tersenyum sinis Putera Unicorn dengan serangan Puteri Phoenix.
Tidak mudah mengalah, serangan kali kedua Puteri Phoenix juga mudah ditangkis.
Kedua pewaris lelah kepenatan. Namun itu, tidak mematahkan semangat Puteri Phoenix. Dia mengambil nafas secara teratur seperti yang diajar oleh ayahanda.
Puteri Phoenix berlari deras ke arah Putera Unicorn. Putera Unicorn sudah pun menutup tubuhnya dengan menggunakan sayap naga.
Larian Puteri Phoenix semakin laju. Hampir sahaja menghampiri Putera Unicorn, Puteri Pheonix mencacakkan pedang ke tanah lalu melompat tinggi sambil kedua kaki menendang kepala Putera Unicorn.
Terhuyung-hayang kepeningan Putera Unicorn. Kepalanya pening selepas ditendang kuat oleh Puteri Pheonix. Dia menggeleng-gelengkan kepala, sebelum kembali menyerang Puteri Phoenix.
Serangan demi serangan oleh Puteri Pheonix ke atas Putera Unicorn. Berdenting bunyi pedang beradu di gelanggang hingga mengeluarkan percikan api.
Serangan tanpa henti dari Puteri Pheonix menyebabkan Putera Unicorn hanya mampu bertahan sehingga gerakannya terbatas. Putera Unicorn melihat langkahan Puteri Pheonix semakin sumbang, dengan pantas Putera Unicorn menendang perut Puteri Pheonix.
Terpelanting jauh Puteri Pheonix terkena tendangan. Dia kembali bangkit. Dia meludahkan darah yang terkumpul di dalam mulut akibat tendangan Putera Unicorn.
"Hamba suka dengan semangat tuan puteri. Tapi belum cukup untuk menewaskan hamba. Cukuplah hamba bermain-main tadi. Sekarang masa sudah tiba untuk memisahkan roh dan jasad tuan puteri," kata Putera Unicorn.
"Huh! Hamba tidak selemah itu. Kristal Pheonix hamba akan menamatkannya," balas Puteri Pheonix.
Puteri Pheonix bersiaga, bunga-bunga silat nusantara sudah pun dibuka. Dia hanya menunggu sahaja serangan dari Putera Unicorn.
Putera Unicorn mengibas sayap naga, lalu terbang ke udara. Dia mahu serang Puteri Pheonix melalui udara pula.
Putera Unicorn terbang laju ke bawah sambil pedang dihunus ke hadapan. Sayap naga berkepak kuat sehingga mencampakkan mayat Puteri Mermaid dan Putera Naga.
Puteri Pheonix bersedia dengan pedang Kristal Pheonix. Satu dentingan kuat antara kedua bilah pedang sehingga memekak telinga tentera Ratu Malum. Terseret ke belakang Puteri Pheonix.
Serangan demi serangan dilakukan oleh Putera Unicorn. Semuanya dapat ditepis oleh Puteri Pheonix. Puteri Phoenix mengambil kesempatan dengan kelekaan Putera Unicorn ketika menyerang sehingga mendedahkan bahagian tubuh putera itu.
Puteri Pheonix mencantas tangan kanan Putera Unicorn yang sememangnya sudah cedera akibat serangan di udara. Menjerit nyaring Putera Unicorn sehingga mengeluarkan darah.
Dalam kesempatan itu, Puteri Phoenix mencapai pedang Tanduk Unicorn. Kini, dia sudah mempunyai dua senjata. Di tangan kanannya, pedang Kristal Phoenix manakala di tangan kiri pedang Tanduk Unicorn.
Segera Puteri Phoenix melompat di atas badan Putera Unicorn. Lalu kedua-dua senjata diletakkan di leher Putera Unicorn.
"Selamat tinggal, sahabat," kata Puteri Phoenix sambil memancung leher Putera Unicorn. Bergolek kepala Putera Unicorn di atas tanah.
***
Sorakan dan gempitan di stadium kembali bergema dengan jeritan penonton yang sudah pun pekak keseluruhannya.
Puteri Phoenix terbaring kepenatan. Dia menjerit ke udara.
"Argh! Puas hati, tuanku ratu! Puas! Hamba akan balas perbuatan ratu! Tunggu pembalasan dari hamba!" marah Puteri Pheonix.
Ratu Malum bangun dari singgahsananya. Dia menjangkakan bahawa Putera Unicorn mampu menewaskan kesemuanya. Tapi dia silap.
Peluangnya untuk menakluk keempat-empat wilayah semakin sukar. Dia perlu berdepan dengan Puteri Phoenix terlebih dahulu.
Dia sendiri akan turun padang.
TAMAT
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro