Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Gadis Purnama (Bahagian 1)

Penulis : Bituin Hana
Team : Phoenix

X X X X X

Di sana senang

Di sini senang

Di mana-mana hatiku senang

Kelihatan sekumpulan pengakap dan pandu puteri menyanyi ria,mereka berkumpul di kem Batu 18 Pagoh,kerana menyertai Jambori bersepadu 2007,namun disebalik tawa ada insan yang bersedih. Izzah hanya melepaskan keluhan.

"Masih ingatkan Yod ke?" suara lembut menyapa

"Hmm kalaulah kau tahu perasaanya...

"Tapi itukan sudah lama berlalu,kalau Yod ada pun, dia pasti sudah memaafkan kau." Ayu tepuk bahu Izzah

"Ia bukan sebab Yod,tapi Mai.Dia betul-betul bencikan aku,kau pun tahu apa yang berlaku bukan?"

"Mai tu terlalu turutkan perasaan,bak kata Nazrah dulu Mai tu young and dumb. Betul tak?" Ayu tertawa sedikit

"Kau ni kan,tak baik tahu."

"IZZAH!!!!!!"

Mereka terkejut,kelihatan Maisarah merenung mereka dengan penuh kebencian,dia benar- benar mahu melunasi dendamnya

"Mai...dengarkan,penjelasan aku dulu. Aku tahu kau marahkan aku kerana kehilangan Yod tapi itu adalah takdir

"Jangan sebut takdirlah tak guna! Kau permainkan takdir. Bukan aku tak tahu kalau Yod tak ada kau yang akan jadi ketua trup 145,you just play victim" aura Furyuku Maisarah memarak dan ianya membentuk pheonix hitam Astriaga

"Oh crap ini tak bagus,kalau masing-masing berlawan Furyuku mau binasa tempat ni" Ayu tampak bimbang

"Ini ke apa yang kau mahu Mai? Perlu ke kita selesaikanya dengan pertarungan?" Izzah bertanya Maisarah

Namun pertanyaan itu bersambut bebola api hitam yang tepat dihalakan pada Izzah,mujur Ayu menuntas dengan perisai Andora Kyuubi

"Kau bodoh ke bebal ha! Mai tak akan mendengarkan kita la bengong!" Jerkah Ayu membuatkan Izzah tersedar dari lamunan

"Begitu ya? Aku tak punya pilihan lain"

Lantas mata itu dipejam erat,seluruh pusat tumpuanya bersatu dengan alam,sang serigala bersahut-sahutan dan tiba-tiba langit bertukar menjadi merah darah.Izzah membuka matanya,kelihatan retina matanya berubah menjadi warna mata serigala

"Ariaga! Hapuskan mereka!" Maisarah menyerang Izzah,namun dapat ditangkis kemas lalu satu kiriman Qi menunjah dada Maisarah,menyebabkan gadis itu muntah darah

"Ah crap,kalau lagu ni pasti ada yang terbunuh nanti! Haish kena minta bantuan Elite"lantas Ayu berlari laju

Sementara itu,Hana sedang bergelak tawa bersama beberapa orang adik pandu puteri dan nyata mereka begitu terinspirasi,Hana juga bagai tidak menyedari kewujudan aura pheonix dan serigala

"Hana,kau kena tolong Izzah" Ayu muncul sambil termengah

Hana menaikan keningnya

"Adik-adik,tinggalkan kak Hana dengan kak Ayu kejap,nanti kita sambung kisah okey?"Hana tersenyum pada ahli pandu puteri muda itu

Mereka mengangguk dan berlalu,Hana menoleh Ayu

"Now you can tell me what happen" Hana menyilangkan tangan ke dada

Ayu menceritakan dengan sepenuhnya apa yang terjadi,Hana sesekali mengangguk dan berjalan mundar mandir

"Begitulah kisahnya,sekarang Mai memang menggila nak balas dendam. Semuanya kerana Yod yang hilang secara misteri"

" Dia bukan hilang secara misteri,ianya adalah hitsuzen,setiap perkara itu bukanya misteri kalau kita tahu mana permulaanya" Hana berlari pantas sambil Ayu mengikutnya dari belakang

"Kau punya idea ke Elite?"

"Secara jujurnya selagi aku tak tahu apa situasinya i got no idea. Kau aje yang tahu kebenaranya Yu"

Namun tiba- tiba satu kiriman jurus api dituntas jurus angin membuat keduanya tergamam. Wajah Ayu bagai ditoreh tanpa darah,Hana hanya bersedia dan apabila mereka lihat Mai sudah menghunjam berbola api pada Izzah namun cepat dihalang Silfera iaitu furyuku serigala miliknya

"Berhenti!!!!!"

Lengkingan suara Hana jelas mengejutkan kedua musuh itu,Mereka bagaikan terpaku melihatkan Elite berdiri di hadapan mereka

"Apa tujuanmu wahai pahlawan 7 dimensi,adakah untuk menghukum pembunuh ini?" Mai bersuara namun dia pula yang ditelan bumi hingga mrenampakan kepalanya sahaja

"Jangan menyampuk boleh tak? Biar aku bercakap dahulu barulah kau boleh bersuara" Hana bersuara dengan dangkal

"Gulp" Izzah telan liur

"Seperti yqng kalian tahu Yod atau Diya telah hilang secara misteri,namun kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana dia sudah ditakdirkan menjadi pahlawan." Hana berbicara dengan tenang

"Pahlawan?" Keduanya bersuara serentak. Hana mengangguk lalu tanganya mengeluarkan cahaya yang menyelimuti sang pheonix dan juga serigala lalu haiwan mistik itu bertukar menjadi cahaya yang menyilaukan mata Mai dan Izzah.Apabila keduanya membuka mata mereka berada di sebuah kawasan lapang yang tiada apa-apa hatta sebatang pokok sekalipun

" Kita di mana?." Izzah memberanikan diri bertanya

" Inilah zon Infiniti di mana yang masuk tidak akan keluar lagi,tapi aku di sini bukan sebagai penghukum hanya sebagai penyampai utusan" Hana bersila

" Utusan? Apa maksud kau Elite?" Mai pula bersuara

"Ketepikan permusuhan kalian kerana Yod Master dalam bahaya,kau Izzah gadis purnama dengan cahayamu akan membantu menyuluh alam dalam kegelapan dan kau Mai,pahlawan pemberani yang penuh kasih sayang. Bersama kalian adalah pahlawan terhebat tapivaku tidak boleh memaksa kalian untuk menerima cabaran dan tanggungjawab ini"

Izzah dan Mai berpandangan,Yod sahabat mereka maka permusuhan antara mereka perlulah dilupakan terlebih dahulu

"Apa kata kau Mai,setuju untuk selamatkan Yod?" Izzah lihat Mai yang berfikir dalam. Lantas Mai mengangguk

"Ayuh kita bawa Yod pulang"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro