Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Descendant of Fancy (Bahagian Akhir)

 Penulis : Naurah Hazwany
Team : Unicorn  


X X X X X


  Askar Sassy tersenyum sinis dan bertingkah yakin. Dia menghadap Maharaja Golden Tail bagi menunjukkan hormatnya sebelum memulakan apa-apa tindakan.

"Patik menjunjung perintah!" ujarnya dengan penuh bersemangat. Maka dengan itu, pembantu istana terus membakar colok bagi menandakan masa pertandingan.

Sassy melemparkan badannya ke langit dan mendarat di atas gelanggang yang telah disediakan menggunakan kuasa sakti. Ini bermakna pentas mereka bukanlah nyata dan kesan kuasa magis mereka tidak akan dipengaruhi oleh sekeliling. Semua menumpukan perhatian terhadap perlawanan yang bakal berlangsung itu.

Sassy dan Moonlit memberi tunduk hormat terlebih dahulu sebelum memulakan langkah.
"Mari, Moonlit!" jerit Sassy mahu merendahkan moral pihak lawan. Sassy mula menjelmakan pedangnya. Pedangnya terukir corak berbentuk naga serta mempunyai tanda bulan sabit menunjukkan bahawa pedangnya memang bukan biasa-biasa tetapi berharga. Malahan, pedangnya ialah antara barang peninggalan yang digunakan oleh nenek moyang unicorn.

Moonlit yang masih kanak-kanak itu tidak sekalipun gentir. Dengan sekali petikan, pedangnya muncul dihadapannya. Terapung-apung sebelum dia mengambilnya.

"Mohon jangan beri belas kasihan kepadaku!" pintanya.

"Jangan khuatir, aku tidak akan sesekali memandang rendah terhadapmu!"

Sekelip mata, mereka menderu laju ke arah antara satu sama lain seperti kilat. Sassy bertubi-tubi menghunus pedangnya namun Moonlit berjaya menepis segala hunusan itu. Setelah agak lama Moonlit hanya mempertahankan dirinya, dia pantas melompat ke belakang dan memutarkan badannya untuk menghadap Sassy kembali.

Tangan kanannya sedikit kebelakang, lalu dia menuju ke arah Sassy dengan pantas. Pedangnya mengena pedangnya Sassy lalu menghasilkan api kecil akibat geseran yang amat dahsyat. Kini, tiba masanya Moonlit memberi tindak balas kembali. Sassy kelihatan terkejut tetapi tetap bertenang walaupun berpuluh kali Moonlit menghunus pedang ke arahnya dengan agak ghairah.

'Hebat juga budak ni!' desis hati Sassy seakan tidak percaya.

Selepas beberapa ketika, mereka berdua mengundur kebelakang. Walaupun sudah hampir sejam, pertarungan mereka masih belum berhenti malah makin mengasyikkan. Kedua-duanya mula bersedia dengan kuasa sakti masing-masing. Seluruh tubuh badan Moonlit mengeluarkan api berwarna biru kehijauan manakala Sassy pula berwarna merah jingga. Mereka sama-sama mara ketengah pentas untuk kembali beraksi.

"Bulan membelah sembilan!" jerit Moonlit mengucapkan sihirnya.

"Hangatnya langit!" jerit Sassy pula.

Berlaku ledakan yang hebat apabila antara dua sihir ini bertemu. Ya, panas dan sejuk tidak pernah sebati! Meski begitu, mereka berdua tidak berganjak malahan saling bertentang mata. Kuasa sakti mereka begitu menakjubkan buat sesiapa sahaja yang menontonnya.

"Wah! Hebat sungguh budak itu. Dia boleh bertahan dengan tindak balas Sassy? Hebat! Hebat! Hebat!" tutur Maharaja Golden Tail teruja.

Dia tidak senang duduk apabila menyaksikan pertarungan yang menarik itu pantas berdiri. Dia mengerling ke arah colok yang berasap. 'Masih separuh lagi yang belum terbakar! Adakah mereka akan berlawan sehingga waktu habis?' getus hatinya tidak henti-henti.

"Tahniah! Tahniah! Tahniah!" para pembesar bersama-sama melaungkan kalimah itu. Ia bermaksud kerajaan unicorn berjaya melahirkan pahlawan yang handal.

Moonlit segera memulakan sihir baharu apabila dia tidak dapat bertahan lagi. Pedangnya diangkat tinggi. "Petir dari langit!"

Sekali lagi berlaku percikan api yang membahang. Memetir pedang miliknya Moonlit dan meruntuhkan pertahanan Sassy. Sassy segera mengundur selepas pertahanannya dipecahkan oleh Moonlit. Tidak lama itu, Sassy terbatuk-batuk dan dia kaget melihat darah keluar dari mulutnya. Moonlit pula hanya kelihatan letih tetapi tidak pula cedera.

Maka dengan itu, pertandingan pusingan pertama selesai. Oleh kerana Sassy cedera, askar lain mengantikannya untuk berlawan dengan para peserta. Keputusannya, hanya 10 unicorn muda sahaja yang berjaya daripada 100 unicorn yang bertanding. Yang berjaya menghadap maharaja untuk menerima perintah rasmi.

Maharaja Golden Tail memberi isyarat terhadap pembantu istana yang bertugas. Dengan segera pembantu istana itu terus berdiri dan membuka skrol yang mengandungi titah raja.

"Tahniah kepada 10 unicorn yang berjaya. Sembilan dari sepuluh akan diserapkan untuk dilatih dalam akademi tentera diraja. Manakala Moonlit satu-satunya peserta yang akan dilatih secara persendirian untuk menjadi tenaga pengajar kepada Putera Steller. Dengan ini, raja menganugerahkan semua unicorn dengan gelaran Pelapis Terbilang. Tambahan buat Moonlit pula, dianugerahkan gelaran Panglima Sejati. Ini sahaja, oleh raja sendiri!"

Setelah titah raja dibacakan, setiap unicorn yang terpilih itu dikurniakan sebuah pedang diraja yang diukir cantik.

*****

300 tahun kemudian – Wuxi Palace

Puak witch yang mempunyai pangkat sedang berkumpul untuk bermesyuarat. Mereka diketuai oleh raja witch iaitu Raja Beatrix. Masing-masing kelihatan serius apabila membahaskan perihal tersebut.

"Sudah tiba masanya puak kita menjadi pemerintah buat seluruh alam ini!"

"Ya! Kita tidak boleh membenarkan puak unicorn kekal menjadi ketua kerajaan."

"Kita perlu merampasnya sebab puak kita juga layak!"

Raja Beatrix berdehem. "Bertenang semua... aku setuju. Tapi bagaimana? Pertahanan puak unicorn makin hari makin bagus. Jumlah tentera pula, kita hanya mempunyai 50000 orang tentera berbanding unicorn... melebihi 100000 orang." Dia perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membuta tuli.

"Kita perlu hapuskan Jeneral Moonlit!" sahut seseorang yang sangat dikenali itu. Semua memberi perhatian terhadapnya. Siapa lagi jikalau bukan Puteri Astra. Satu-satunya puteri yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ketenteraan. Dia... sejak kecil lagi ikut serta dalam peperangan.

"Meski Jeneral Moonlit itu hebat orangnya... namun mereka lupa. Usianya yang baru berumur 400 tahun itu tidak setanding dengan umur dan pengalamanku. Ada hati mereka mahu dia mengetuai tentera unicorn? Menempah maut gamaknya!" sambung puteri lagi.

Para pembesar bersorak kegembiraan. Raja Beatrix tersengih memikirkan kemenangan yang bakal dicapainya itu.

"Bagus puteri! Akan tetapi, kita memerlukan bantuan ketenteraan juga..." ujar Beatrix kemudiannya.

"Usah khuatir, oleh kerana puak dragon tidak akan masuk campur... kita tolak mereka. Puak phoenix pula... hmmm payah kerana mereka mempunyai hubungan diplomatik dan perjanjian yang sangat baik dengan puak unicorn. Nampaknya, tinggal puak mermaid sahaja..." kata puteri memberi cadangan.

"Kedua-dua puak tersebut sudah tentu akan memberikan bantuan... akan tetapi puak mermaid... baiklah! Aku setuju, puteri... aku arahkan kau berjumpa dengan puak mermaid secepat mungkin. Kita perlukan sekutu yang mempunyai motif yang sama. Pujuk mereka sebaiknya." Arahan daripada raja itu terus sahaja puteri mengangguk setuju.

"Arahan diterima, jangan risau! Aku akan pulang dengan berita gembira." Seraya mengucapkan kata-katanya, puteri dan seorang panglima tentera witch terus berlalu pergi. Menuju ke penempatan mermaid iaitu di dasar laut.

*****

"Lapor!" jerit seorang pembantu istana dari luar. Dia berlari-lari masuk ke dalam istana untuk menghadap maharaja. Dia memberi tunduk hormat dengan cepat. Riak mukanya sungguh membimbangkan.

"Mengapa kamu kelihatan sungguh cemas? Bertenang... beritahuku perlahan-lahan," ujar Golden Tail kehairanan.

"Puak witch bersekutu dengan puak mermaid untuk melancarkan peperangan ke atas ketua kerajaan. Mereka sedang bersiap sedia untuk berperang dengan kita, dalam masa 10 hari lagi!" lapornya dengan termengah-mengah. Peluhnya merecik menandakan dia sungguh takut.

Air muka Golden Tail berubah serta merta. "Tak guna! Oleh kerana pemilihan ketua kerajaan baru akan dilaksanakan dalam masa 12 hari, mereka nak lancarkan protes? Kamu! Panggilkan Putera Steller dan Jeneral Moonlit sekarang. Hal mustahak, sampaikan dekat mereka!" titahnya dengan geram.

"Baik, patik menjunjung perintah!" berlari-lari pembantu istana itu agar tidak lambat dalam menyampaikan arahan maharaja.

'Kemunculannya 10000 tahun sekali... namun apakan daya. Malapetaka pasti akan berlaku. Inilah yang dinamakan takdir...' desis hati Golden Tail kesedihan. Dia benar-benar cuba mengelakkan perkara ini berulang tetapi ketentuan telah tertulis.

*****

Debaran kian terasa, bahang peperangan kian menghampiri. Pada lewat malam itu, adalah malam terakhir untuk berehat sebelum bermati-matian mempertahankan kerajaan.

Pada keesokan hari, bala tentera pihak kerajaan dan pihak pembelot sudah berkumpul di medan perang. Sempadan antara tanah dan laut menjadi saksi peperangan itu yang sejak sekian lama tidak berlaku. Kejadian pada hari ini... mencipta sejarah selepas 10000 tahun hidup dalam aman sentosa.

"Pengecut sungguh puak unicorn! Menghantar jeneral muda untuk menjadi seorang ketua. Langsung tidak setanding denganku!" kata Panglima Arizon, mahu melemahkan semangat pihak lawan.

"Usah berkata-kata lagi! Tentera sekalian, bersedia!" Moonlit tidak langsung menunjukkan bahawa dia takut. Ini tanggungjawabnya, yang harus dipikul di usia muda.

Seraya itu, seramai 250000 tentera berlawan bermati-matian di medan. Pelbagai formasi digunakan oleh pihak kerajaan demi menumpaskan pihak pembelot. Berpuluh-puluh ribu orang mati akibat peperangan yang dahsyat itu. Panglima Arizon dan Jeneral Moonlit tetap berlawan antara satu sama lain walaupun dalam pada masa yang sama, sempat membunuh tentera yang lain.

"Matilah kau!" jerit Arizon sebelum membacakan kalimah-kalimah sihir yang panjang untuk membunuh Moonlit yang sehingga kini masih boleh bertahan menghadapi segala ilmu hitam dan kekuatannya. Dia tidak mahu berlengah-lengah lagi kerana dia juga sudah mengalami kecederaan.

Moonlit yang menyedari akan hal itu cepat-cepat bertafakur dan memulakan magis pertahanan.
Dia... seekor unicorn yang istimewa, memperoleh kuasa penyembuhan semula secara alami dengan cepat. Akan tetapi, kematian tetap tidak boleh dielakkan.

Tiba-tiba, langit yang cerah bertukar mendung. Petir sambar-menyambar dan terhasillah kepulan asap tebal yang berwarna hitam likat di kaki langit. Kedudukan Arizon juga semakin tinggi di awangan. Moonlit turut berada di awangan bagi mematahkan sihir Arizon. Mereka berdua bertarung dengan magis dan pedang.
Semua tentera yang masih hidup terkesima melihat apa yang berlaku. Beberapa jam kemudian...

Zasss! Sihir yang berbentuk pedang itu mengenai tubuh badan Moonlit. Darahnya yang berwarna ungu tersembur keluar. Moonlit... sudah berada dalam keadaan kritikal. Nyawanya, tinggal nyawa-nyawa ikan. Maka, kemenangan berpihak kepada pihak pembelot.

*****

Seluruh puak unicorn tangisi kekalahan mereka. Keluarga diraja turut berkabung... terutama untuk Jeneral Moonlit. Namun tiada siapa yang tahu, Maharaja Golden Tail menyediakan keranda magis buat Moonlit. Mengharapkan dia akan berjaya memperoleh kelahiran semula.

Moonlit, takdirnya sungguh istimewa. Sudah tertulis... dia akan mati dalam mempertahankan puak unicorn. Ia, merupakan satu keperluan baginya... kerana itulah dia digelar 'Descendant of Fancy'. Keturunan yang harus mengorbankan nyawa demi kelangsungan hidup puak unicorn.


Tamat

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro