Descendant of Fancy (Bahagian 1)
Penulis : Naurah Hazwany
Team : Unicorn
X X X X X
Pada 843700 ribu tahun yang lalu, terdapat sebuah planet yang dikenali sebagai planet Pluta-X. Planet Pluta-X didiami oleh beberapa sekumpulan puak yang gah iaitu puak unicorn, dragon, phoenix, mermaid dan puak witches. Mereka hidup aman damai meskipun berlainan ciptaan.
Puak yang paling disegani ialah puak unicorn. Banyak keturunan diraja unicorn ialah pemerintah seluruh alam itu. Antara kelebihannya ialah tidak mudah dipengaruhi, magis yang dahsyat, kelajuan yang maximum, boleh membunuh dengan sekali renungan yang tajam serta kekuatan yang tidak dapat dibayangkan.
Rupa bentuk seekor unicorn ialah seperti kuda yang besar, mempunyai tanduk yang tajam di kepala dan warna tubuhnya berwarna-warni dan berlainan setiap unicorn. Namun, setelah berusia 50 tahun, kanak-kanak unicorn sudah boleh menjelma seperti bentuk manusia. Jarang sekali mereka menjelma sebagai unicorn. Ia kerana, untuk memudahkan urusan pentadbiran dan kehidupan mereka.
Wilayah puak unicorn dikenali sebagai Celestial Palace. Tempatnya sungguh gah dan hebat, sesuai untuk keluarga pemerintah. Kawasannya bergunung-ganang, langit yang terbentang luas, awan yang memayungi serta matahari, bintang dan bulan menyinari Celestial Palace. Pemandangan yang indah ini, lapan puluh peratus dinikmati oleh puak unicorn.
*****
"Wahai tuanku, hamba ada sesuatu yang mahu dilaporkan kepada tuanku," kata Perky ketika menghadap maharaja unicorn. Perky merupakan seorang penjaga kepada putera raja unicorn.
Maharaja unicorn, dikenali sebagai Golden Tail memandang hamba itu dengan penuh senyuman. "Silakan..."
Perky menundukkan kepalanya seketika tanda menghormati maharaja sebelum sambung ucapannya.
"Putera Steller sudah menginjak umur 70 tahun. Baginda sudah mahir dengan selok-belok pemerintahan kerajaan. Meskipun baginda seorang yang cepat belajar dan mahir, baginda kekurangan satu perkara yang penting." Perky berjeda. Takut-takut dia mahu menyatakan cadangannya itu.
Maharaja Golden Tail berdehem. "Teruskan Perky, katakan saja cadangan kau. Aku tidak akan menjatuhkan hukuman terhadapmu." Dia memahami, orang-orang bawahannya sungguh taat kepadanya. Sudah pasti mereka takut untuk berbicara.
Perky memandang Golden Tail sekilas sebelum menyambung hasratnya. "Tuanku, baginda memerlukan seseorang untuk menjadi tenaga pengajarnya. Iaitu, seorang pahlawan yang tangkas serta mahir dalam penggunaan magis. Ini juga amat penting untuk memilih general baharu yang lebih muda." Perky melepaskan nafasnya. Lega kerana sudah berjaya menyatakan cadangannya demi keselamatan kerajaan.
Maharaja Golden Tail mengangguk-angguk mendengar cadangan itu. Seraya itu dia bersuara. "Benar, aku setuju. Bendahara! Sampaikan titahku, Celestial Palace akan menganjurkan satu pertandingan untuk pemilihan pahlawan diraja dalam masa 10 hari. Pastikan seluruh rakyat unicorn maklum akan perkara ini."
Bendahara yang sentiasa berada disisinya mengangguk seraya berkata. "Patik menjunjung perintah!"
Setelah penulis diraja selesai menulis perintah itu, skrol itu diserahkan kepada bendahara yang sudah siap sedia untuk mengambilnya.
Perky yang mendengar titah Golden Tail kelihatan sungguh lega. "Daulat tuanku!" ujarnya sebanyak tiga kali sebelum beredar.
*****
"Anakku! Mari kesini sebentar, ayah ada sesuatu mahu memberitahumu!" panggil White Moon kepada anaknya yang ligat berlatih di belakang rumah.
Moonlit terpelangak dengan jeritan ayahnya yang secara tiba-tiba. Dia berlari anak menuju ke arah ayahnya yang sedang menanti.
"Ada apa ayah?" tanya Moonlit polos.
"Ayah bawa berita gembira untukmu! Keluarga diraja mencari seorang pahlawan muda untuk menjadi tenaga pengajar buat Putera Steller! Usiamu, sungguh sesuai untuk menyertai ujian saringan!"
Riak muka Moonlit berubah. "Ayah, Moonlit baru berusia 100 tahun. Manakan sesuai untuk menjadi pahlawan. Moonlit masih perlu berlatih sebelum menyertai tentera unicorn."
"Aiya, syaratnya harus berusia 90 hingga 150 tahun! Sudah tentu usiamu cukup layak untuk sertainya! Cepat kamu bersiap! Kita perlu bertolak esok pagi untuk cepat tiba di istana." White Moon sungguh teruja. Dia segera masuk ke dalam rumah untuk mengkhabarkan hal itu kepada isterinya, Twinkle.
Kedudukan Moonlit statik, dia masih terkejut dan seakan tidak percaya. Impiannya bakal menjadi kenyataan.
*****
Jarang-jarang istana Celestial Palace meriah dengan ramai unicorn. Ini kerana, Pertandingan Pemilihan Pahlawan Muda Terbaik akan diadakan pada hari itu. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan sangat meriah dan mendapat perhatian puak-puak lain. Meskipun hanya puak unicorn sahaja yang dijemput, terdapat juga puak-puak lain hadir dengan menjelma sebagai unicorn agar tidak disedari oleh tentera unicorn.
Oleh disebabkan pertandingan itu sesuatu yang penting, keselamatan diperketatkan. Bala tentera unicorn diraja berkawal sebaik mungkin.
"Ketibaan Maharaja Golden Tail, Permaisuri Diamond Sunny dan Putera Gold Steller!" ujar hamba istana yang ditugaskan. Suara lantangnya kuat hingga didengari oleh seluruh rakyat unicorn yang berkumpul di istana pada pagi itu.
Rakyat unicorn semuanya cepat-cepat tunduk menyembah maharaja, permaisuri dan putera.
"Semua bangkit!" titah Maharaja Golden Tail. Untuk meraikan acara yang gilang-gemilang itu, dia enggan berpegang kepada protokol. Hilang keseronokannya nanti.
"Daulat Tuanku!" bergema dewan istana dengan sorakan rakyat.
Setelah keluarga diraja itu sudah duduk di tempat masing-masing, semua rakyat mendapatkan tempat duduk yang disediakan. Para peserta sudah diasingkan dan diletakkan duduk berhampiran dengan putera disebelah kanan istana.
"Baiklah, mari kita mulakan pertandingan. Siapakah yang berani tampil kehadapan untuk bertarung dengan tentera diraja?"
Sebaik sahaja Maharaja Golden Tail menyatakan perintahnya, semuanya senyap tidak berbunyi. Para peserta kelihatan kaget dan takut untuk tampil.
Golden Tail mengerutkan dahinya. "Para peserta, tidak ada sesiapakah yang berani menjadi peserta pertama? Ini hanya sekali pusingan, jangan gusar wahai anak-anak muda." Dia tidak menyangkakan keadaan seperti ini berlaku.
Selepas beberapa ketika, seekor unicorn yang berwarna biru galaksi serta berkilauan menarik perhatian ramai apabila dia melangkah kehadapan.
"Izinkan patik menjadi peserta pertama tuanku!" kata Moonlit dengan yakin dan berani.
Golden Tail terpesona dan tertarik. 'Warna badannya, tanduknya yang tinggi meski masih muda, kilauan yang sungguh terang-benderang ini... akhirnya muncul selepas 10000 ribu! Petanda apakah ini! Ini...' detiknya. Maharaja yang diam membatu sebaik sahaja peserta yang bernama Moonlit itu bersuara, sangat menghairankan semua yang ada disitu.
"Tuanku! Apa yang kamu fikirkan?" bisik Permaisuri Diamond Sunny. Dia gusar melihat keadaan yang genting ini.
Maharaja Golden Tail berdehem. "Siapakah namamu wahai anak muda?"
Moonlit berani bertentang mata dengan maharaja seraya tersenyum. "Nama patik Moonlit, tuanku!"
Golden Tail tersentak. 'Dia... adakah ini ketentuan yang ditentukan untuk keluarga diraja? Nasib Celestial Palace kini...' getus hatinya. Pelbagai perkara mula bermain-main diminda.
"Bolehkah patik mula beraksi tuanku?" soal Moonlit tanpa segan-silu. Meskipun kini dia berhadapan dengan maharaja unicorn, dia tidak berasa gentar.
Golden Tail senyum sinis. "Sassy! Kamu bertarunglah dengan adil!" perintahnya menjawab pertanyaan Moonlit.
Semua pembesar unicorn disitu kaget dan berbisik-bisik dengan sesama sendiri. Mereka tidak mengerti, mengapa Golden Tail menyuruh tentera yang sangat terkenal itu bertarung.
'Moonlit, tunjukkanlah kehebatanmu!' desis hati Golden Tail. Dia menaruh harapan yang tinggi melangit terhadap Moonlit itu.
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro