Cantik - Gelap (Bahagian Akhir)
Penulis : Nashuhada Ishak
Team : Unicorn
X X X X X
"hey, Alice", kata suara itu garau. Tangannya memegang tombak runcing berbentuk tanduk unikorn nipis dan tajam.
"Apa yang kau cuba usahakan? Kau bukan ke lelaki dalam mimpi aku?" getus Alice cemas. "Ya aku! Kau jangan takutlah dengan aku Alice... Aku tak akan apa-apakan kau. Cuma..."
"Apa?", tuntas Alice.
"Aku nak kau tolong aku. Selesaikan masalah ni. Kalau tak, aku tak tenang..nyawa kau pun terbang! Supp! Naik sampai atas... Hahaha",dengan suara yang serius tiba-tiba bilik itu dipenuhi gema ketawa sinis lelaki itu.
"App...apa yang aku kena buat?",ketar suara Alice.
"Bunuh Puteri Mienah dan Unikorn bodoh tu!", katanya separa menjerit. Kesumat gelap dalam hatinya tidak berkurangan. Unikorn dan Puteri mesti dihapuskan. Bukan atas kepntingan diri dia sendiri, tetapi pada diri Alice dan keturunannya. Walaupun lelaki itu Cuma roh sesat dan tidak tenang, dia tidak ada kuasa apa-apa untuk menghalang perbuatan sang puteri dan unikorn tersebut. Cukuplah dia melihat isteri dan anaknya yang sulung disiat-siat dihadapan matanya 3 tahun yang lalu. Alice!
Ya... budak ni mesti tolong aku hapuskan mereka. Alice adalah harapan aku dan keturunanku.
"Apa salah mereka? Mereka kawan aku. Kenapa aku harus ikut cakap kau? Mereka layan aku seperti keluarga sendiri", marah Alice. Ya! Mestilh bengang apabila mereka melayani Alice dengan baik, tapi senang-senang saja orang boleh mengat yang buruk.
" Mari aku bawa kau kesuatu tempat. Dan kau mesti akan percaya apa cakap aku.",kata lelaki itu sambil ketawa sinis.
***
Puteri Mienah mendarat betul-betul dihadapan pintu rumahnya. Sayap hitam besar segera disembunyikan. Dia mendakap seorang bayi lelaki. Bayi itu masih nyenyak tidur. Tidak lama selepas itu, unikorn miliknya menghampirinya dan mereka masuk dan terus masuk kebilik rahsia disebalik dinding.
Puteri Mienah menusuk pisau batu yang dibuat dari mutiara kerang yang memang mustahil akan dijumpai! Tusukan itu kena tepat ditengah-tengah jantung bayi tersebut. Tapi, tiada suara tangisan yang dari si bayi. Sang puteri pula beralih kearah mayat wanita yang tergantung. Dia tersenyum sinis dan berkata "Walaupun jasad aku yang tergantung disitu, tapi aku berterima kasih dengan kau Almira. Tubuh kau ideal dengan roh aku!",getus Sang puteri diiringi dengan tawa yang bergema.
Dia kemudian menyiat-yiat kulit bayi tadi dibahagian bawah dagu dan betis. Dicampak kulit yang disiat itu kedalam pot kecil hijau berlumut dibahagian atas. Pot itu mengelegak dan berbau busuk. 'busuk-busuk pun ubat!',gumam sang puteri dalam hati.
Sang puteri mula menghayungkan pisau mutiara kerang kearah unggun api. Api mula marak dan beransur reda menyebabkan api jadi kecik. Sang puteri juga menghayunkan kearah mmayat wanita yang tergantung dan hayunkan mayat itu diatas api yang separa marak tadi. Mayat wanita itu tetap tergantung walaupun tanpa tali. Magis lah katakana.
Ia ibaratkan daging yang disalai tapi tidak dipotong. Selepas hampir 2 hari biwah unggun api yang tak terpadam. Sang puteri hayunkan mayat diatas pot leper dan titisan minyak dari badan mayat tersebut. Dia ayunkan pot leper tersebut masukkan minyak mayat wanita itu kedalam pot mengelegak tanpa henti.
"Posyen aku hampir siap. Unikorn..kau boleh makan anak Albus. Bahagian yang aku mahu dah aku dapat",kata sang puteri sambil menyeringai. Si unikorn mengunyah mayat bayi itu sampai tiada sisa yang tertinggal.
***
Tupppp.... Kembali pada asal. Mereka kembali dalam bilik Alice.
"Kau Albus? Pakcik Albus?',tanya Alice.
"Dasar tak tahu! Nanti bagitahu cikgu!",kata Albus sambil ketawa.
"Hagemaru tak lawakl lah pakcik! Kenapa pakcik tak bagitahu saya awal-awal! Kenapa pakcik takutkan saya?"
"Aku saja menguji kau... tapi kau dah tahu kebenarannya kan? Jadi Alice. Kau harapan keturunan kita. Kau mesti hapuskan Puteri Mienah dan Unikorn!",kata Albus.
"caranya?"
"Aku terangkan",kata Albus dan sepanjang malam mereka merancang strategi. Mereka tidak sedar bahawa ada mata yang memerhati dari diam. Mulutnya mengelembung dan telinganya peka mendengar.
"Aku akan tolong kau Alice. Dan hai Albus. Dah dekat setahun aku tak nampak kau berkeliaran dikawasan ni."kata katak hijau cerah kepada Alice dan Albus.
"Kau rupanya Dhoreg. Maaf, aku perlukan masa untuk merancang strategi baru."
Katak tersebut berubah menjadi kepulan asap tebal berwarna biru. Disebalik asap itu, muncul seorang lelaki berkod hitam dan bertopi. Sambil membawa tongkat juga berwarna hitam. Persis seorang ahli silap mata!
Dhoreg, Albus dan Alice mula merancang strategi. Nampaknya, mereka bertekad untuk menghapuskan mereka berdua.
***
Unikorn bertukar menjadi hitam keseluruh badannya. Dia menunjukkan muka persis kuda knight yang gagah. Tapi hakikatnya dia lebih hebatberbanding kuda knight. Dia dan Alice sedang bersiar-siar disekililing taman hutan berhampiran dengan rumah Puteri Mienah. Unikorn memasang niat.
Dia menendang belakang badan Alice hingga dia tersungkur lalu jatuh tidak sedarkan diri. Dia menghayunkan tanduk kearah Alice. Dengan kuasa magis dari tanduk unikorn itu telah membuatkan Alice terapung mengikuti setiap langkah yang diatur unikorn itu.
Disebalik semak samum, Albus dan Dhoreg mula mengatur strategi. Dhoreg bertukar menjadi burung berwarna hijau , terbang dan dikakinya tersemat bungkusan putih berbentuk sup bunjut. Sampai diatas kepala unikorn, dia melepskan bunjut tersebut dan kain bunjut terbuka, maka berselerakanlah serbuk-serbuk berwarna putih dan tepat mengenai kepala unikorn tersebut.
Unikorn itu mengeletar, dan mengerang kesakitan. Kepulan asap hitam tergumpal ditempat unikorn itu jatuh dan hanya tinggal abu ditempat kejadian. Albus segera mengutip abu unikorn itu diletakan dia dalam botol hikmat.
"Alice? Bangun.",kejut Dhoreg lembut.
"Dah habis ? sakit betul unikorn tak guna tu tending saya!",kata Alice, geram.
"Unikorn settle. Sekarang, Puteri Mienah!", getus Albus bersemangat.
***
Puteri Mienah sibuk mengacu pot-pot posyen serentak dengan kuasa saktinya. Tiba-tiba, satu tombak terletak didinding yang semakin berlumut.
"Albus!",getus sang puteri.
Dia berpaling kebelakang, dan terkejut bahawa Alice, Albus dan Dhoreg sedang bersiap siaga dengan peralatan masing-masing. "Dengan kiraan tiga, lakukan!",laung Albus.
"...satu..."
"dua..." "tiga!!!"
Thummm! Sriuwwww! Bommm!
Alice yang dibekalkan tongkat sakti mght , Albus dengan tombak tujuh duyung dan Dhoreg dengan tongkat yang dibuat daripada bulu phoenix dan sisik naga serentak melangcarkan serangan terus ketas puteri Mienah.
Puteri Mienah menjerit lantang! Api dan cahaya hitam menselubungi diri beliau. Jeritan bertukar-tukar, sekejap lemah, kuat dan tiada sura langsung.
"Albus, tolong aku... Aku ialah Almira",kata suara dari nyalaan api hitam yang membakar tubuh sang puteri.
"Albus, biarkan!",tuntas Dhoreg apabila Albus seperti hampir menuju kearah Puteri.
Api hitam bertukar menjadi ungu dan api itu terus hilang dari pandangan mereka. Ghaib tanpa isyarat! Dan tamatlah riwayat sang puteri dan unikorn yang merancang menghapuskan Albus dan keturunannya.
***
Broghert, Poland...
5 tahun yang kehadapan.
Wanita berbaju merah berkot yang tampak elegan sedang menapak memasuki pejabat risikan yang sohor dibandar tersebut. Sebut sahaja namanya, akan gah diceritakan oleh masyarakat didaerah tersebut. Dengan menyelesaikan banyalk kes-kes misteri dan jeenayah membuatkan dia begitu terkenal pada masa itu.
Keratan akhbar...
Jun 1785 - bright street, Poland.
"Sekitar jam 7 pagi hingga 11;30 malam waktu disini ,telah dijumpai beberapa mayat bayi lelaki yang disiat dibahagian dagu dan betis.
Dilaporkan mayat bayi tersebut mati ditikam ditengah bahagian jantung tapi tiada kesan darah. Juga melaporkan, ibu kepada bayi-bayi malang tersebut dijumpai tergantung diatas tempat membakar diruang belakang dapur. Hal ini masih menjadi tanda-tanya pihak polis dan pasukan forensic magis sedang menjalankan siasatan lanjut"
"Inspektor Alice Albraham Smith. Ini tugasan baharu awak", pengarah polis menghulukan keratan akhbar kepada Alice.
Alice membaca dengan laju dan lancar. Dia menerim kes berkenaan dan terus berlalu dari situ.
Sampai didesk tempat kerjanya, dia mengamit lagi keratan akhbar itu.
"ini kawasan rumahku. Cara sama ia dibunuh sama dengan apa yang terjadi dahulu."gumam Alice. Dia segera menghubungi Albus dan Dhoreg dengan kuasa magisnya. Tidak sampai beberapa minit mereka tiba diruang Alice bekerja.
"Pakcik Albus... Pakcik Dhoreg, Puteri Mienah kembali!", kata Alice mendatar dan dia menyerahkan keratan akhbar itu kepada mereka.
Satu bayang sedang menyeringai galak sambil ketawa kecil dibalik tingkap yang terbuka luas. Dan bayangan itu hilang sekelip mata.
-TAMAT-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro