Bangkit Dari Abu (Bahagian Akhir)
Penulis : Mohd Hafizuddin Mohd Ghazali
Team : Phoenix (FB)
X X X X X
Penduduk negeri Volkano berpusu-pusu meninggalkan penempatan mereka seberapa segera. Gunung berapi Volkano sudah pun memuntahkan lava. Seolah-olah negeri Volkano diserang meteor. Kanak-kanak dan orang tua diberikan serigala-serigala putih untuk ditunggangi.
Lelehan lava dari gunung mula membakar tanaman dan rumah-rumah penduduk negeri. Panglima Uba semakin risau dengan keadaan semasa.
Tatkala Panglima Uba dan penduduk negeri sedang sibuk menyelamatkan beberapa barangan seperti makanan dan pakaian, tiba-tiba tanah tempat berdirinya Panglima Uba bergegar dengan kuat. Selepas ujian dari gunung berapi, apakah ada ujian lain melanda negeri tercinta.
Gegaran tanah di sebelah barat semakin kuat sehinggakan beberapa rumah runtuh serta-merta. Panglima Uba meminta penduduk meneruskan perjalanan. Abaikan sahaja gegaran tersebut. Namun, dalam hati Panglima Uba betapa risaunya dia dengan keadaan itu.
Maka terjadilah beberapa lubang sebesar saiz manusia dan mengeluarkan asap putih yang tebal dari tanah Volkano. Menyukarkan Panglima Uba dan penduduk lain untuk bernafas. Cuma gegaran tanah sahaja yang sudah semakin kurang, tapi asap putih pula yang muncul. Bala apakah ini?
Puluhan ribu makhluk kerdil muncul dari bawah tanah. Tubuh mereka berwarna merah beserta api di badan tanpa pakaian. Makhluk-mahkluk kerdil itu memanjat tanah-tanah lalu berlari menuju ke arah utara.
Panglima Uba dan penduduk negeri hanya melihat sahaja makhluk kerdil itu berlari tanpa menghiraukan seorang pun penduduk negeri. Tadi mulanya seekor burung besar menghala ke utara, kini makhluk kerdil pula ke sana. Adakah benar apa yang dikatakan oleh Raja Erif mengenai musuh mereka kali ini.
***
Angkatan perang Raja Erif semakin giat melancarkan serangan. Tiada tanda-tanda mana-mana kerajaan akan mengalah. Berbalas serangan tanpa henti.
Raja Erif kembali bangun lalu mencapai pedang kristalnya yang terpacak, lalu meletakkan kembali pedang kristal di atas bahu. Rasa terkejutnya masih lagi terasa.
Ketua armada kapal perang lama menjerit nyaring, "Raja Erif, beta Raja Kunkka. Penguasa tujuh lautan. Beta datang hari ini, untuk membalas dendam dalam peperangan 100 tahun lalu. Beta akan menuntut bela kematian ayahanda beta. Akan beta tamatkan riwayat Raja Erif hari ini. Negeri Atlanta akan kembali menguasai tanah Volkano."
Lelaki phoenix hanya memandang redup pada Raja Erif. Dia berjalan menghampiri Raja Erif.
Serta-merta Raja Erif melutut dan menundukkan kepala, dan bertitah, "ayahanda? Selama ini, anakanda merasakan ayahanda sudah tiada di muka bumi ini lagi. Tetapi kubur siapakah di sisi istana anakanda, ayahanda? Anakanda melihat sendiri ayahanda ditanam di liang lahad. Lebih 100 tahun ayahanda. Anakanda terasa tertipu."
Raja Phoenix segera mendakap Raja Erif. Bukan masanya untuk dia menerangkan perkara sebenar. Ada perkara lain yang lebih mustahak yang perlu diselesaikan segera.
Raja Phoenix bertukar semula menjadi burung phoenix emas. Dia terbang tinggi membelah awan. Kepak burung phoenix emas mengeluarkan batu-batu meteor lalu menyerang kembali armada Raja Kunkka.
Raja Erif bangkit dari melutut. Dia hanya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Raja Erif melihat Laksamana Ipa datang menghampiri dengan keadaan dirinya yang sudah cedera.
Laksamana Ipa melutut di hadapan Raja Erif. Dia berkata, "tuanku, angkatan perang kita sudah ramai yang terkorban. Tetapi armada Raja Kunkka masih kekal utuh, tuanku."
Raja Erif melihat banyak mayat bergelimpangan. Beberapa pucuk meriam juga turut musnah. Peluru emas milik soldadu Raja Erif tidak memberi kesan terhadap armada Raja Kunkka. Bukan calang-calang musuh yang mereka tentang kini.
Tanah di sekitar pantai di sebelah utara negeri bergegar kuat. Raja Erif dan Laksamana Ipa tergamam. Tidak pernah sama sekali negeri di bawah jajahannya itu mengalami gempa bumi. Semakin lama, semakin kuat gegaran. Raja Erif berpaut pada serigala putih agar dirinya tidak jatuh.
Armada Raja Kunkka semakin galak menyerang angkatan perang Raja Erif. Setiap serangan dari Raja Phoenix mudah ditangkis dengan golok Raja Kunkka. Sekali libas, berkecai batu meteor. Langsung tidak terusik sedikit pun diri Raja Kunkka. Malah Raja Kunkka sempat mengejek Raja Phoenix dengan gelak ketawa yang kuat.
Laksamana Ipa bangun untuk kembali ke arah angkatan perangnya. Namun, belum sempat sampai ke arah angkatan perangnya itu, tiba-tiba satu peluru air dari armada Raja Kunkka menembak tepat pada Laksamana Ipa. Tercampak laksamana sejauh 300 kaki sehingga menyebabkan dia terkorban.
Tanah yang bergegar semakin kuat sehingga menumbangkan beberapa pokok besar. Satu kumpulan makhluk kerdil berbadan bara api berlari menuju ke arah pantai. Laju larian makhluk kerdil itu. Makhluk kerdil itu tidak menghiraukan angkatan perang Raja Erif dan peluru-peluru air.
Sekumpulan makhluk kerdil meneruskan larian, dan terus menuju ke armada Raja Kunkka. Air selat Volkano mengeluarkan wap selepas makhluk kerdil itu menyusuri air laut. Makhluk kerdil menyerang roh-roh armada Raja Kunkka.
Kapal-kapal yang muncul dari lautan adalah roh-roh armada nenek moyang Raja Kunkka yang sudah lama terbenam di dasar laut selepas kalah dipeperangan lalu. Raja Kunkka yang menyeru mereka semua kembali dengan sihir hitam untuk membalas dendam.
Menghampiri ke subuh, peperangan masih berlangsung. Armada Raja Kunkka sudah pun kembali tenggelam ke dasar laut bersama makhluk kerdil tadi. Ini menjadikan Raja Kunkka semakin murka. Semudahnya itu armadanya tewas.
Dengan kekalahan armada Raja Kunkka, mudahlah untuk Raja Phoenix menewaskan Raja Kunkka. Tetapi dia butuh bantuan dari Raja Erif. Tiada senjata seperti pedang kristal mahupun golok tulang jerung untuk menentang Raja Kunkka.
Tergamam Raja Erif melihat mayat Laksamana Ipa yang berkecai dan makhluk kerdil yang datang dari arah barat. Tangan dan badan Raja Erif menggeletar menahan marah. Giginya diketap kuat. Batu-batu kecil terapung naik ke udara selepas Raja Erif melepaskan amarahnya.
Raja Erif murka dengan kematian Laksamana Ipa. Laksamana yang paling berpengaruh dan paling diberi kepercayaan di negeri Volkano. Air mata Raja Erif menitis menahan marah.
Tatkala dia sedang menahan amarah, keseluruhan anggota badan Raja Erif mengeluarkan api berwarna biru. Dia tidak menghiraukan tentang api biru tersebut. Yang pasti kemurkaannya memuncak.
***
Raja Erif menjerit nyaring sehingga menggegarkan selat Volkano. Raja Kunkka yang sedang menyerang, memberhentikan serangan apabila melihat Raja Erif diselubungi api biru. Serta-merta dia tersenyum sinis. Lama dia tunggu saat itu. Raja Erif sudah pun menunjukkan dirinya yang sebenar.
Raja Phoenix yang sedang berlegar-legar di udara negeri Volkano terus terbang laju menuju ke arah Raja Erif. Pendaratannya sempurna dan terus mendakap Raja Erif supaya bertenang. Kuat dakapan Raja Phoenix.
Kuasa yang keluar dari Raja Erif tidak mampu dibendung oleh Raja Pheonix. Keseluruhan anggota badan sudah pun bertukar menjadi seekor burung yang sangat besar. Raja Phoenix tidak mampu berbuat apa lagi. Dia hanya membiarkan anakandanya itu menguasai kuasa terbarunya itu.
Raja Erif mengepakkan kepak yang besar lalu berterbangan di udara. Raja Erif bertukar menjadi seekor burung phoenix berwarna biru. Dia berlegar-legar di udara sebelum menyerang Raja Kunkka.
Dari mulut Raja Erif keluar pula api persis seperti naga. Api dari Raja Erif dituju pada Raja Kunkka. Terpelanting Raja Kunkka ke tiang layar selepas gagal menahan serangan dengan menggunakan goloknya. Tiang layar patah terus menghempap Raja Kunkka.
Raja Pheonix kembali berubah menjadi burung phoenix emas. Dia dan Raja Erif berlegar-legar di udara. Raja Kunkka kaku di bawah tiang layar yang menghempap dirinya.
Raja Phoenix dan Raja Erif mendarat di atas kapal Raja Kunkka. Ingin memastikan bahawa Raja Kunkka sudah mati ataupun belum. Tubuh Raja Kunkka kaku, tiada apa-apa pergerakan. Raja Phoenix dan Raja Erif tersenyum manis. Berjaya juga mereka berdua mengalah Raja Kunkka.
Tatkala Raja Erif cuba mendekati Raja Kunkka yang dijangkakan sudah mati, tiba-tiba mata Raja Kunkka terbuka. Tiang layar yang patah tadi, dilemparkan ke arah Raja Erif. Terpelanting Raja Erif, namun sempat disambut oleh Raja Phoenix.
Raja Kunkka dengan angkuh bertitah, "tidak semudah itu beta akan tewas, Raja Erif. Beta bukan lemah seperti tuan hamba."
Raja Erif meludahkan darah yang terkumpul di dalam mulut akibat lemparan tiang layar tadi yang mengenai dadanya. Dia menggenggam pedang kristal dan berlari sambil menghunus ke arah Raja Kunkka.
Raja Kunkka menepis serangan pedang kristal dengan menggunakan golok tulang jerungnya itu. Berdenting bunyi dua senjata tajam sehingga mengeluarkan percikan api.
Raja Phoenix yang hanya tangan kosong juga menyerang Raja Kunkka. Dia perlu merebut golok tersebut dari tangan Raja Kunkka yang kejam. Kini dua raja menentang satu musuh.
Serangan demi serangan ditujukan kepada Raja Kunkka. Raja Kunkka tidak dapat menangkis serangan kedua-dua raja. Golok yang digenggam terlepas lalu tercacak pada dinding kapal.
Sempat Raja Phoenix melepaskan batu meteor yang keluar melalui tangan ke arah Raja Kunkka, namun ditepis dengan tangan Raja Kunkka. Raja Phoenix berlari mendapatkan golok Raja Kunkka.
Kini Raja Kunkka hanya bertangan kosong berbanding kedua-dua raja keturunan Phoenix yang sudah pun mempunyai dua bilah senjata tajam. Pedang kristal hijau dan golok tulang jerung.
Raja Pheonix dan Raja Erif memandang sesama sendiri dan mengganggukan kepala. Hanya mereka berdua sahaja yang faham maksud anggukan itu.
Raja Phoenix dan Raja Erif menyerang Raja Kunkka. Raja kejam itu tidak mampu untuk bertahan. Dengan pantas dan tanpa membuang peluang yang ada, kedua raja phoenix itu menusukkan pedang kristal ke dada, manakala golok ditusukkan ke kerongkong Raja Kunkka.
Menjerit nyaring Raja Kunkka dengan tikaman kedua senjata tajam itu. Lantas badannya berubah menjadi asap hitam. Asap hitam itu berbau busuk sekali dan hilang diterbangkan oleh angin bayu selat Volkano.
Kedua raja phoenix mengucap syukur. Mereka berdua bertukar semula kepada burung phoenix lalu menghancurkan kapal perang milik Raja Kunkka. Hancur berkecai kapal perang Raja Kunkka dan tenggelam ke dasar laut.
Negeri Volkano kembali aman dan sejahtera. Mayat angkatan perang dikuburkan berdekatan dengan istana Raja Erif. Itulah kuburan pahlawan negeri Volkano, akan dikenang sebagai wira.
TAMAT
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro