Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Task 4 (b) : Bab 1

"Hello, Shen Yue! Disebabkan kau lambat jemput Zhao Er Xi, penulis terkenal tu kat airport, kau kena cari dia sampai dapat! Boleh atau tak boleh syarikat kita berjaya terletak pada kau! Kalau kau boleh sign kontrak dengan cik Er Xi, aku akan lantik kau jadi pekerja tetap bukan lagi dalam tempoh percubaan. "

Yan Zhi merangkap bosnya itu terus mematikan panggilan tanpa sempat Shen Yue berkata apa-apa.

"Sama ada aku boleh jadi pekerja tetap atau tak semuanya bergantung pada ni! Fighting Shen Yue, fighting!"

Shen Yue memandu kereta laju. Dia melihat artikel di laman sosial bahawa teman lelaki Er Xi akan menghadiri sebuah majlis amal. Jadi dia harus mencuba nasibnya dengan pergi ke sana untuk bertemu Zhao Er Xi.

"Okey, dah sampai! Aku kena mesej Ai Li, nak mintak tiket masuk."

Bammm!!

Shen Yue terlanggar kereta yang diparkir kemas di hadapannya. Ini semua gara-gara dia asyik menghantar mesej kepada Ai Li. Kemudian, dia mengundur kereta dengan cepat untuk pergi dari situ. Tiba-tiba, kereta di belakangnya habis dilanggar juga.

'Aduh! Aku dah terlanggar dua kereta! Macam mana nak lari ni! Eh kejap, kalau ikut undang-undang drama Korea, kisah cinta sejati bermula dari perlanggaran kereta!'

Tangan Shen Yue laju menurunkan tingkap keretanya. Dia merapikan rambutnya. Dia sudah membayangkan dia dan pemilik kereta di hadapannya keluar dari kereta masing-masing. Shen Yue akan memohon maaf menggunakan panggilan 'oppa' sambil memaut lengan lelaki itu dan mereka akan hidup bahagia.

Tok
Tok
Tok

Bunyi ketukan pada pintu keretanya mematikan angan-angan Shen Yue. Dia segera keluar dari kereta mengikuti langkah pakcik di hadapannya. Perlahan-lahan, tingkap kereta yang dia telah langgar diturunkan dan dia dapat melihat seorang jejaka kacak sedang merenungnya tajam.

'Oh my god, Dylan! Boyfriend Er Xi! Betapa dekatnya jarak aku dengan Er Xi hehehe.'

"Hehehe saya mintak maaf! Saya tak sengaja. Saya pun tengah susah jugak ni. Saya baru putus dengan pakwe saya dan dia curi semua duit saya. Sekarang ni, saya tengah kejar dia. Dia kat airport."

"Airport kat jalan yang bertentangan dan ni majlis amal." kata lelaki itu dengan nada dingin.

"Erm... erm, awakkan lelaki bekerjaya. Saya hanya budak kecil. Jadi awak tak payahlah berkira sangat eh?"

"Kalau kau jujur dan minta maaf dari mula, tak payah kita buang masa. Jadi aku nak kau settlekan bayaran dengan pembantu aku."

'Matilah aku! Hah aku ada idea. Hehehe.'

Shen Yue mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka galeri. Kemudian, dia sengaja menjatuhkan telefonnya.

Dylan dengan jelas dapat melihat gambarnya di telefon bimbit Shen Yue. Dia keluar dari kereta dan mengambil telefon itu. Dia mendapati banyak gambarnya disimpan di dalam galeri.

"Kau siasat pasal aku? Kau ni dah buat salah besar."

"Aduh, kalau macam ni, saya dah takde apa nak sembunyikan. Ye, saya ambil gambar awak, kumpul maklumat pasal awak sebab... saya suka awak! Saya tahu apa yang saya buat ni salah tapi saya tak boleh kawal diri sendiri! Awak bagitahu saya, salah ke mencintai seseorang itu? Tak salah langsung tau! Saya cuma nak dekat dengan awak!"

Shen Yue berjalan dua langkah ke depan dan dia terjatuh. Dia terus memaut kaki Dylan. Tidak mahu kelihatan lebih memalukan, dia terus mengoncang-goncang kaki Dylan.

"Akhirnya saya jumpa awak! Saya betul-betul sukakan awak! Kahwinlah dengan saya."

"Apa kau buat ni? Lepaslah!"

Pembantu Dylan cepat-cepat menarik Shen Yue berdiri menjauhi bosnya.

"Ni kali pertama aku jumpa perempuan gila macam kau ni!" Sejurus itu, Dylan terus masuk ke dalam kereta. Pembantunya mencari tempat untuk memarkir kereta jauh dari Shen Yue.

Shen Yue mengutip kembali telefon pintarnya di tempat parkir. "Nasib baiklah aku ni pandai, kahkahkah! Akhirnya, aku terlepas! Suka kau? Eiiiuuurrhh siapa yang suka orang sombong macam kau!"

Shen Yue memusingkan badannya ke belakang. "Argghh!" Dia terkejut melihat seorang lelaki yang lagi kacak dari Dylan sedang memandangnya.

"Hai! Erm, encik ada apa-apa urusan dengan saya ke?"

Yi Tian menunding jari telunjuknya ke arah kereta yang telah kemek dilanggar oleh Shen Yue.

'Masaklah aku kali ni! Mesti lelaki ni dah tengok drama tadi. Dia dah tahu aku menipu!'

Shen Yue terus datang menghampiri Yi Tian. Dia menarik anak rambut di belakang telinganya dan dipintal-pintal.

'Tahi lalat tu! Belakang telinga kiri!' 

Shen Yue pura-pura menangis sambil memegang tangan Yi Tian. "Sorry! Saya tak sengaja."

Yi Tian cuba menarik tangannya tetapi semakin dicengkam kuat oleh Shen Yue. Terasa perit kuku gadis pelik itu pada kulitnya.

"Lepaslah tangan aku!"

"Ouh... sorry! Saya minta maaf tau. Sakit ke?"

"Kejap! Kau boleh dengar suara aku?"

"Mestilah boleh dengar. Dahlah garau, seksi pulak. Awak, saya minta maaf. Saya pergi dulu! Nak cepat ni!"

Shen Yue pergi meninggalkan Yi Tian. Yi Tian tergamam dengan 'keajaiban' tadi.

"Macam mana dia boleh dengar suara aku? Dia ke manusia misteri yang aku kena tolong? Kalau betul dia, aku nak tukar orang! Dia manusia paling gila yang pernah aku jumpa! Dahlah tak bayar ganti rugi!"

Done, TunIndah 😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro