Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Task 4 (a) : Prolog

Seorang lelaki menyerahkan sehelai kertas kecil kepada si gadis penjual air yang memakai tag nama 'Hui Zi'.

Hui Zi tersipu malu menerima huluran kertas dari lelaki kacak di hadapannya. 'Baru pertama kali jumpa, lelaki ni dah terpikat dengan kecantikan aku. Aku kena berterima kasih dekat mak sebab mewariskan wajah dia yang cantik tu kat aku.' Dia membaca apa yang ditulis di kertas itu.

'Iced cappucino satu. Saya bisu jadi saya tak boleh bercakap.'

"Hah? Bisu? Kau... erm, awak bisu?" tanya Hui Zi dengan nada sederhana kuat.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Dia tahu gadis di hadapannya berasa jengkel kerana menyangka kertas yang diberi sebagai tanda mahu berkenalan. 'Bukannya aku taknak cakap... tapi kalau aku bercakap pun bukannya kau boleh dengar suara aku.'

Lelaki itu ialah Yi Tian. Seekor pari-pari yang ditugaskan untuk menjadi pelindung manusia. Yi Tian kembali berjalan mencari orang misteri yang perlu dia bantu. Sesekali dia menyedut Iced cappucino yang dibelinya tadi.

Dia berhenti di bawah sebuah pokok. 'Dup dap dup dap.' Kedengaran jantungnya berdegup kencang. Terlalu ramai manusia di sekelilingnya. Matanya melilau mencari manusia misteri itu. Dia melihat seorang gadis berdiri tidak jauh dengannya sedang bermain dengan telefon pintar. Entah mengapa, hati Yi Tian dapat merasakan sesuatu yang aneh dengan gadis itu lalu dia melangkah menuju ke arahnya.

Tiba-tiba, ada seorang budak lelaki melempar sebiji batu ke arah jalan raya. Batu itu tepat mengenai kepala budak perempuan yang sedang mengayuh basikal. Akibatnya, basikal itu terhuyung-hayang dan sedang bergerak menuju ke arah sepohon pokok. Yi Tian cepat-cepat memetik jari mengeluarkan kuasanya yang boleh melambatkan masa lalu menghentikan basikal budak perempuan tersebut.

Jarinya dipetik sekali lagi dan masa kembali berjalan. 'Gadis tu dah hilang! Dia ke manusia misteri yang aku cari selama ni? Aku kena jumpa ketua pari-pari untuk kepastian!'

.......................................

Yi Tian memasuki sebuah rumah besar bercatkan warna putih dan emas. Kelihatan seorang lelaki yang sudah berusia sedang membaca sebuah kitab lama.

"Tuan, saya masih tidak menemukan manusia itu tetapi tadi saya berjumpa dengan seorang gadis dan jantung saya berdegup kencang. Adakah gadis itu yang harus saya tolong?"

"Jika jantung kau berdegup kencang, itu ertinya gadis itu ialah orang yang kau cari."

"Tapi... saya dah kehilangan jejak dia. Ada petunjuk lain yang boleh saya guna?"

"Jangan risau. Takdir pasti akan memainkan peranannya. Sesiapa yang sudah ditakdirkan bertemu pasti akan bersua jua. Kalau kau betul-betul nak kepastian, bagi aku satu butir permata."

"Permata?"

"Ya, permata. Aku nak beri kepada kura-kura bijak untuk mendapatkan maklumat. Di dunia ini, tiada apa yang percuma."

Yi Tian menyerahkan sebutir permata miliknya. 'Takde apa yang percuma, disebabkan itulah, aku kena dapatkan ganjaran sebagai pelindung. Harta yang banyak tu dapat tolong biayai rawatan Shu Qi.'

Mulut kura-kura emas ternganga dan mengeluarkan suara. "Manusia yang kau cari ialah seorang gadis dan mempunyai tahi lalat di belakang telinga kirinya."

Yi Tian tersenyum kecil. 'Aku akan cari kau! Lima puluh pertolongan dan Shu Qi akan sembuh.'

Done, TunIndah 😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro