05 - hate
Pintu rooftop itu dibuka kuat, Hae Won tersungkur cuba mengembalikan semula sistem pernafasannya seperti biasa.
Dadanya semakin sakit, senak seperti ditekan kuat oleh sesuatu.
Dia mencari cari sesuatu daripada dalam begnya.
Sehelai beg kertas dikeluarkan, mukanya ditekup ke dalam beg kertas itu. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan.
Selepas beberapa minit melakukan perkara yang sama, Hae Won terbaring memandang langit.
Kalau setiap hari perkara yang sama berlaku, mungkin jangka hayatnya sudah tidak lama. Apa yang dia boleh lakukan? Liz lebih berpengaruh daripada dirinya.
Mempunyai keluarga yang berada serta ibunya pengetua sekolah itu, adalah mustahil untuk Hae Won melawan seseorang seperti Liz. Semua yang keluar daripada mulut perempuan itu mesti akan dipercayai bulat bulat oleh orang disekitarnya.
Seketika itu Hae Won teringat apa yang dikatakan oleh Yoshi semalam.
xx throwback xx
Sebotol air minuman yang dibeli Yoshi bertukar tangan.
"Jadi kau terima ke tak?" Hae Won
Soal Hae Won sambil cuba membuka penutup tin minuman itu.
Yoshi mengangguk.
"Kau tahu kan pertandingan ni memang penting untuk aku. Jadi untuk tambah pengalaman, latihan ni yang paling banyak membantu. Tapi-" Yoshi
"Tapi?" Hae Won
"Aku tak ada 3 minggu, sebab latihan ni berlangsung di Busan. Jadi kitaorang bermalam kat sana. Kau- okay?" Yoshi
"Kenapa pula aku tak ok? Susah tau kau nak dapat tawaran ke latihan bola keranjang tu. Jangan lupa ambil gambar ramai jodoh aku dekat sana. Lagi lagi masa kau ada latihan." Hae Won
Hae Won tersenyum senget melihat riak wajah Yoshi yang sedang mengkritik dirinya.
"Kau jaga diri *pap pap (pegang kepala Hae Won) * Ingat apa aku cakap." Yoshi
Hae Won mengangguk perlahan. Yoshi tersenyum melihat reaksi yang diberikan oleh Hae Won.
Setiap kali Hae Won ingin memberitahu kebenaran yang sebenar kepada Yoshi. Peringatan yang diberikan oleh Liz sentiasa tergiang difikirannya.
Jangan bagitahu Yoshi. Kecuali kau nak dia benci kau lagi teruk dari aku.
Hakikat sebenar iaitu Yoshi adalah abang kepada Liz membuat Hae Won, terkesima seketika.
Yoshi?
Humh
Kalau boleh, dia tidak mahu menganggu hubungan adik beradik itu. Iyalah hubungan kekeluargaan lebih penting daripada hubungan antara kawan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro