02 - friends
Pintu kedai itu dibuka kuat oleh Yoshi membuatkan Hae Won terkejut dan sekaligus bangun dan bow kepada Yoshi yang diingatkan pelanggan.
Yoshi tergelak rabak melihat muka Hae Won yang gelabah menganggap dia seorang pelanggan.
"Ya! Yoshinori!" Hae Won
"Mian mian, aku tak tahu pula kau akan terkejut sampai macam tu. Kau tangah buat apa?" Yoshi
Dia melihat sebungkus roti yang dipegang Hae Won.
"Aku tengah makan sementara tak ada orang, lagipun roti roti ni semua bakal kena buang. Sebab dah tamat tarikh luput." Hae Won
Muka Yoshi berkerut mendengar jawapan Hae Won.
"Bukan aku dah kata ke jangan makan makanan macam tu? Susah lah cakap dengan orang macam kau." Yoshi
Yoshi mengorak langkah keatas meja yang telah siap sedia berhampiran dengan mesin air untuk pelanggan yang ingin makan makanan segera dikedai itu.
Kerusi ditarik dan Yoshi melabuhkan punggungnya, dia membuka beg yang berisi beberapa bungkus makanan. Makanan itu disusun diatas meja.
"Wah, kau bawa semua ni?" Hae Won
"Ada lebih makanan tadi, disebabkan aku nak datang jumpa kau. Aku bawa sekali. Aku takut kau mati sebab makan makanan macam tu nanti." Yoshi
Sudu ditangan Yoshi bertukar tangan. Hae Won menyumbat makanan ke dalam mulut kecilnya.
"Nampaklah kau tak boleh hidup tanpa aku nanti." Hae Won
"Bukan macam tu, aku malas nak bayarkan kau punya pengebumian nanti-" Yoshi
Hae Won mencebik dan menjeling Yoshi, Yoshi tergelak kecil melihat reaksi Hae Won.
"Yoshi, kau kan ada cakap pasal budak pindah kat sekolah kita tu. Kan aku tak datang, jadi kau hantar gambar dia pada aku sebab dia kena duduk meja sebelah aku tu, apa nama dia----" Hae Won
"Haruto, kenapa dengan dia?" Yoshi
"Aku jumpa dia tadi!" Hae Won
Cerita Hae Won teruja.
Sambil menyusap gimbal ke dalam mulut Yoshi mendengar dengan khusyuk cerita yang diceritakan oleh Hae Won.
"Memang ada orang cakap dia bukan peramah pun." Yoshi
Hae Won mengangguk setuju.
"Tapi aku tak rasa dia macam tula." Hae Won
"Tapi dia anak orang kaya tau, aku dengar dia ada masalah dengan family dia lepas tu dia duduk rumah sendiri." Yoshi
"Eh mana kau tahu cerita cerita ni, rumor mana pulak kau sebarkan ni?" Hae Won
"Ya, aku bukan macam Jihoon, please. Aku sampaikan yang benar sahaja." Yoshi
Hae Won tergelak.
Dalam fikiran dia berfikir.
Takkanlah terlalu susah untuk rapat dengan lelaki macam dia kan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro