Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 6-PENGGANTI RAJA

POV Zean

Aku melihat setiap pasang kasut yang terpamer di atas rak dari sofa. Hari ini adalah hari pertama untuk ke kelas pada semester ini, itu bermakna hari ini adalah hari berkabung. Aku tak rasa nak pakai warna lain selain dari warna hitam.

"Ambilkan aku kasut nombor lima dari kanan tu," arahku pada seorang pembantu. Dia membongkok lalu mengambilkan aku kasut tersebut. Setelah itu, kasut itu disarungkan pada kakiku.

Aku membelek kasut yang berada di kakiku. Emm... dengan baju sesuai. Tapi macam tak kena dengan mood aku harini. Aku melihat semula ke rak tersebut.

"Ambikkan aku kasut nombor tujuh tu."

"Yang ni ke, tuan?"

"Nombor tujuh dari kiri," aku menguatkan sedikit nada suara.

"Maaf, tuan. Yang ni ke?"

Aku mengangguk malas. Pandangan aku lontarkan ke luar jendela. Cuaca baik pulak hari ni. Nak tak nak memang kena pergi kelas. Tak dek alasan.

"Sudah, tuan."

Kasut di kaki aku belek. Setelah rasa sepadan dengan baju dan juga moodku, aku terus bangun dari sofa.

"Tuan muda, ayah tuan sudah panggil tuan di meja makan," ucap si tua kaki bebel yang datang menunduk padaku. Aku mengeluh malas.

"Kan tahu aku tak biasa makan pagi."

"Maaf, tuan. Tapi ayah tuan nak jumpa tuan hari ni."

"Nak buat apa? Nak suruh aku apa pulak lepas ni?" Aku sudah memeluk tubuh memandangnya.

"Mungkin ada hal mustahak yang ayah tuan nak cakapkan. Saya rasa ada baiknya tuan jumpa ayah tuan."

"Aku tak nampak apa yang baiknya kalau aku jumpa dia," jawabku lalu berjalan keluar dari bilik persalinan. Si tua mengikut dari belakang.

"Maaf, tuan. Tapi... hal semalam..."

"Kenapa hal semalam? Dia dah tahu ke?" Aku mula cuak. Melihat si tua hanya membongkok dan terdiam, aku terus memegang kedua bahunya.

"Cakaplah pada aku, dia dah tahu ke?"

"Tuan besar belum tahu lagi. Tapi... saya risau kalau dia dapat tahu. Kalau dia tahu..."

"Masaklah aku..." sambungku seraya tertawa kecil. Si tua ni, bukan setakat kuat bebel. Malah dah pandai ugut aku.

"Hahaha. Okay." Aku menepuk bahunya dan berjalan ke arah ruang makan di tingkat bawah. Si tua menunduk lagi. Padahal macamlah aku tak tahu, dia tengah tersenyum menang.

Terdapat dua belas kerusi makan di meja makan dan aku memilih untuk duduk di kerusi paling hujung sebelah kiri manakala ayah duduk di kerusi jauh berhadapan dengan kerusiku, paling hujung sebelah kanan. Di kiri dan kanan kami terdapat sepuluh kerusi lain yang tidak berpenghuni.

Ayah mengerlingku sekilas tatkala dia menyuap wafel ke dalam mulut. Aku yang sudah duduk di kerusi mengetuk meja dua kali dan terus memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek. Dua pembantu datang membawa pinggan berisi beberapa keping wafel, jem, teh dan jus oren.

"Aku nak jus," ucapku pendek kepada pembantu itu. Dia mengangguk dan menuangkan jus oren ke dalam gelas. Setelah itu dia menunduk dan berlalu pergi.

"Ayah nak kamu pergi majlis tari-menari di istana malam ni," ucap ayah. Matanya memandangku tanpa perasaan. Mulutnya dikesat dengan sapu tangan.

Aku meneguk air jus selamba. Malas nak perdulikan kata-kata ayah tu.

"Kamu dengar tak ni?"

Aku meletak semula gelas ke atas meja seraya mengangguk. Sekeping wafel aku letak ke dalam pinggan lalu aku tuang karamel dan jem cranberry ke atasnya.

"Malam ni, King Smith akan datang bersama puterinya. Ayah nak kamu jaga adab dan tatasusila kamu, dan layan mereka sebaik mungkin. Faham?"

Aku tersengih sinis. Dah nampak dah apa ayah cuba rancangkan.

"Apa yang kamu ketawa tu? Kamu faham ke tak apa yang ayah cakap pada kamu ni?"

"Tak habis lagi ke isu mencari jodoh?" Aku mula bersuara.

"Zean dah besar. Kalau Zean nak kahwin, pandai-pandailah nanti Zean cari sendiri," sambungku lagi. Wafel yang sudah dipotong kepada satu bahagian kecil aku suap ke dalam mulut.

"Dengan siapa kamu nak kahwin? Anak raja mana?"

"Kenapa mesti anak raja?"

"Sebab kamu bakal jadi raja!" Ayah menghempas penumbuknya ke meja.

"Zean ni anak ayah. Zean bukan anak King Braham. Kenapa pulak Zean nak kena jadik raja?" Aku jugak dah mula hilang sabar. Memang spoillah mood aku pagi-pagi macam ni!

"Apa yang kamu tak faham sangat? Dah tentu kamu tu satu-satunya pewaris yang ada! Kamu tu satu-satunya anak saudara King Braham. Siapa lagi nak gantikan tahtanya kalau bukan kamu!"

Aku tergelak kecil. Pandai ayah memanipulasikan keadaan aku.

"Ayah tahu apa yang Zean suka. Dan ayah jugak tahu apa yang Zean tak suka. Macam yang ayah tahu, Zean tak suka jadik raja."

"Habis tu, kalau bukan kamu, siapa lagi?"

"Yang jadik raja sekarang ni King Braham. Pandai-pandailah dia pilih siapa yang akan gantikan tempat dia. Lagipun King Braham tak pernah pun sebut yang Zean akan jadik raja selepas dia," bidasku lagi.

"Dia tak pernah sebut, tak bermakna dia tak nak angkat kamu jadi raja selepas dia. Dia tengah perhati kamu, sama ada kamu layak atau tak untuk ganti tempat dia."

"Dah jelaslah Zean tak layak," balasku lagi, tak nak kalah.

"Zean! Ayah tak nak dengar semua tu. Kamu kena ingat, ayah buat semua ni untuk kamu. Dan yang paling penting untuk kerajaan ni. Bukan untuk diri ayah sendiri. Kamu mungkin mentah lagi untuk faham keadaan politik kerajaan kita. Tapi cuba kamu bayangkan apa akan jadik pada negara kalau sesuatu berlaku pada King Braham? King Braham dah tua. Dan dia bukan boleh hidup selama-lamanya. Dan kamu satu-satunya pewaris yang ada. Ayah nak kamu dah bersedia dari semua segi untuk pimpin kerajaan ni kalau ada apa-apa yang berlaku. Kamu kena ingat, musuh ada di mana-mana. Mereka sentiasa menunggu peluang untuk menyerang," ucap ayah lagi. Ayah sudah bangun dari meja makan.

"Kamu kena ingat, kamu satu-satunya pewaris yang ada. Seluruh nasib rakyat akan terletak pada bahu kamu. Dan ayah nak... kamu bersedia," ucap ayah lalu berlalu pergi.

Aku mencampak garfu ke pinggan dan bersandar ke kerusi. Aku memejamkan mata untuk menenangkan perasaan yang berkecamuk dalam jiwa. Kenapa aku? Kenapa mesti aku?!

Aku tak pernah terfikir untuk menjadi raja. Menjadi raja bukan cita-cita aku! Aku tak suka hidup terkurung dalam istana! Aku benci!

Menjadi raja bukan sesuatu yang mudah. Dan aku tak nak pikul tanggungjawab sebesar tu. Lagipun hubungan aku dan King Braham hanyalah sekadar anak saudara. Aku bukan anak dia! Kenapa aku yang kena dibabitkan sekali? Kan tak adik macam tu!

"Tuan, kenderaan sudah siap," ucap si tua dari belakang. Aku mendengus kuat lalu bangun.

"Aku tak sihat. Esok jelah aku pergi kelas!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro