Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 5- INTRODUCTION OF BLACK MAGIC

"8 pagi sampai 5 petang kelas teori. 7 malam sampai 10  malam kelas amali. Gila ke apa!" Aku menghempas buku Introduction of Black Magic,  University of Blackmoth ke meja. Kepala terus aku urut-urut. Belum apa-apa dah magrain.

Gladyst yang duduk di sebelah aku kerling. Dia sedang khusyuk membaca buku tersebut dengan wajah teruja. Matanya membulat membaca setiap satu demi satu patah perkataan. Entah apa yang khusyuk sangat pun aku tak tahulah.

"Weh, Gladyst. Seriuslah kelas kita dari pagi sampai malam? Habistu, bila masa kita nak rehat? Nak tidur? Makan apa semua?"

"Emmm aku rasa okay je. Kenapa?"

"Okay? Dia ingat kita ni robot ke apa dari pagi sampai malam kena belajar?"

Wow, aku rasa hebat bila guna perkataan 'robot' tu.

"Kita ada je waktu rehat. Tengok ni, pukul 10 makan pagi. Pukul 1 sampai 2, makan tengah hari dan rehat. Lepas tu kita boleh rehat dan makan malam sekali dari pukul 5 sampai pukul 7. Puku 10 malam tu dah balik, dah boleh tidur. Okay je, kan?" Ujar Gladyst sambil menunjukkan buku itu padaku.

"Aduhh, aku bosanlah macam ni!" Rungutku. Gladyst sudah ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia sambung membaca kembali buku pengenalan tersebut.

"Selamat pagi, semua," ucap semakhluk lelaki bertelinga tirus berbadan kurus cengkung setelah dia melangkah masuk ke dalam kelas. Dia terus meletakkan begnya di atas meja mengajar. Semua terus duduk tegak menghadap ke hadapan.

"Selamat pagi, sir!"

Cermin mata diangkat sedikit ke hidung. "Bagus! Hari ini adalah hari pertama kelas kita. Dan untuk pengetahuan semua, saya adalah Sir Wrill, pensyarah yang akan mengajar kalian untuk subjek Introduction of Black Magic. Tapi sebelum tu, saya nak semua perkenalkan diri masing-masing, asal kalian, apa potensi diri kalian, apa bidang sihir yang kalian minat, dan sejauh mana kalian tahu tentang sihir," ucap Sir Wrill seraya menulis soalan-soalan tersebut di papan hitam.

"Okay, kita mula dari hadapan belah kanan," sambungnya lagi setelah siap menulis soalan tersebut.

Semakhluk demi semakhluk bangun dan mula memperkenalkan diri. Aku terkebil-kebil sambil menggaru hidung, mendengar mereka mengulas tentang diri mereka.

"Gladyst..."

"Ya?"

"Emm... apa aku nak cakap nanti ni?" Bisikku padanya.

"Cakap jelah tentang diri kau."

"Masalahnya aku tak tahu apa-apa langsung pasal sihir."

"Emmm... cakap jelah kau tak tahu... kot?" Jawab Gladyst ragu-ragu. Aku menggaru-garu kepala yang terasa gatal. Tiba-tiba je kan kutu ni nak keluar waktu-waktu macam ni.

Aku melihat ke arah setiap makhluk yang memperkenalkan diri. Mereka juga menunjukkan skill-skill yang mereka ada seperti mengeluarkan bebola api dari tangannya, menggerakkan barang hanya dengan gerakan jari, mengghaibkan diri lalu muncul di tempat lain, dan juga membuat ais hanya dengan gerakan jari.

"Okay, yang belakang tu, sila perkenalkan diri," ucap Sir Wrill. Aku menelan liur.

"Gladyst, kau dululah," bisikku.

"Okay."

"Hai, semua. Saya Gladyst."

"Hai, Gladyst!" jawab satu kelas.

"Saya asal dari Djaist. Emm saya sejenis mage dan saya tahu sikit-sikit sihir berkaitan unsur angin. Saya minat sangat sihir yang berkaitan dengan unsur tu, contoh macam puting beliung ke, ribut ke, taufan ke. Tapi, sekarang ni saya cuma tahu terbangkan barang atau apungkan barang jelah. Itupun sebab ayah saya yang ajarkan saya ilmu tu. Ehehe," hurai Gladyst panjang lebar.

"Bagus. Boleh awak tunjukkan sikit kemahiran sihir awak tu," kata Sir Wrill.

"Boleh," jawab Gladyst.

Dia memejamkan mata lalu tangannya diletakkan di atas buku Introduction of Black Magic dan digerakkan ke atas. Setelah itu, buku yang berada di atas mejanya itu terapung-apung di udara. Aku sudah melopong melihat buku tebal itu diangkat hanya dengan menggerakkan tangannya saja.

"Bagus! Berikan tepukan pada Gladyst!"

Semua terus memberikan tepukan gemuruh.

"Next! Sebelah Gladyst tu pulak."

Aku lambat-lambat hendak bangun. Sempat aku menoleh ke arah Gladyst. Dia menggenggam tangan dan mengangguk. Mulutnya terucap perkataan 'kau boleh!'

"Errr... hai. Saya Freya."

"Hai Freya."

"Saya... saya asal dari Tallaz." Aku masih rasa ragu-ragu untuk bercerita tentang diri aku.

"Wow, Tallaz? Jauhnya! Okay sila bagitahu kami potensi diri awak dan sihir yang awak tahu atau awak minat," kata Sir Wrill.

"Errr... saya... saya..." aku mengemam bibir. Kuku sudah terkutik-kutik di permukaan meja.

"Tak apa. Bagitahu je sihir yang awak tahu."

"Sebenarnya, sir. Saya.... saya tak tahu... apa- apa pasal sihir," jawabku jujur. Kepala sudah aku tundukkan ke bawah.

"Tak tahu? Okay, kalau macam tu sihir apa yang awak minat?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Atau mungkin bidang lain yang berkaitan tentang magic?"

Aku menggeleng kepala sekali lagi. Sir Wrill sudah memeluk tubuh sambil memandang ke arah aku.

"Takkanlah awak tak minat apa-apa? Habis awak masuk sini? Mestilah ada benda yang awak nak capai. Awak masuk sini sebab awak nak jadi apa? Seorang penyihir? Penjaga unsur? Dukun ? Doktor? Pemburu? Atau pembuat posyen?"

Aku menunduk lagi. "Saya tak tahu," ucapku perlahan seraya menggelengkan kepala.

"Sokay, Freya. Jangan risau. Bila awak dah lama di sini, lambat laun awak akan jumpa bidang sihir apa yang awak minat dan awak akan tahu potensi diri awak pada bidang tu. Awak boleh duduk," ucap Sir Wrill sambil tersenyum.

"Bila kamu semua ada di sini, kamu perlu ingat. Tugas kamu bukan setakat belajar tentang sihir. Tapi kamu kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Sebab sihir bukan sesuatu yang kamu boleh belajar secara teori sahaja, tapi yang paling penting adalah amali. Kamu yang kena teroka bidang tu sendiri dan cari identiti diri kamu dalam ilmu tu," sambungnya lagi sebelum dia mula menyambung pelajaran.

Aku yang duduk sudah menekup muka dengan kedua belah tapak tangan. Malu! Gladyst di sebelah terus memeluk bahuku.

"Tak pe. Nanti kita belajar sama-sama," ucapnya sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dengan anggukan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro