CHAPTER 4- PUTERA ZEAN
"Nombor 53."
"Dia sebut nombor 53, ke?"
"Nombor 53."
"Betullah tu. Pergilah naik."
"Nombor 53!" Kedengaran pengacara menguatkan suaranya.
"Sa... Saya!" Jerit Gladyst sambil mengangkat tangan. Gladyst terus berlari naik ke pentas. Aku tertawa kecil melihat dia tergopoh-gapah.
Selepas Allen dan Gladyst meninggalkan pentas dan turun ke bawah, Putera Zean pula mengambil tempat. Terdengar sorakan dari seluruh makhluk. Lebih-lebih lagi dari pelajar semester pertama.
"Wahhh, nampaknya semua tak sabar," kata pengacara itu.
"Ya!" Jerit mereka kuat. Aku sempat menggosok telingaku kerana berdesing akibat jeritan mereka yang kuat.
"Okay, jom kita tengok nombor siapa yang bertuah hari ini. Nombor 89!"
Aku memandang-mandang ke arah mereka sambil menggosok telinga, merasa pelik apabila tiada sorakan yang keluar dari mulut mereka selepas pengacara mengumumkan nombor tersebut. Aku toleh ke pentas, tiada siapa yang berlari ke atas pentas.
"Nombor 89! Sila naik ke atas pentas!"
Aku melihat-lihat mereka lagi. Masing-masing berwajah muram, tak kurang yang mengeluh. Aku terus menjeling ke nombor yang tertulis pada kadku. Mataku membulat.
"Nampaknya ada yang malu nak jadik mentee kepada putera kita. Baiklah, saya panggil sekali lagi. Nom.."
"Sa...sa... saya! Saya!" Jeritku lalu berdiri ke atas pentas.
"Hai! Saya Freya. Sila beri tunjuk ajar!" Ucapku lalu membongkokkan badan. Setelah itu aku menghulur tangan Putera Zean. Senyuman aku lebarkan lagi. Dia melihat tanganku sekilas lalu berpusing tubuh menghadap ke hadapan. Tangannya masih statik di dalam kocek seluar.
"Errr... baiklah. Mentor dan mentee, sila ambil tempat kalian," ucap pengacara yang turut merasakan kecanggungan kami.
Putera Zean terus turun dari pentas dengan tangan yang masih di dalam kocek. Aku terkebil-kebil saat ditinggalkan keseorangan di situ. Terus aku mengerling ke arah pengacara dengan mata terkebil-kebil.
"Errr... pergilah ikut mentor kau tu," ucapnya. Aku terus berlari menuruni tangga dan mengikutnya yang sudah meninggalkan aku jauh.
Putera Zean sudah duduk di salah satu kerusi. Sebuah alat berbentuk empat segi bersaiz tapak tangan dikeluarkan dari kocek dan tangannya terus memicit sesuatu di bahagian tepi alat itu. Terus alat itu bernyala cahaya putih. Satu tali berwarna putih diletakkan pada kedua telinganya dan tangannya disentuh-sentuh pada skrin di alat itu. Setelah itu, alat tersebut kembali dimasukkan ke dalam kocek dan tangannya terus diam di dalam kocek. Dia melorotkan tubuhnya lalu matanya terus terpejam.
Aku yang tak faham dengan apa yang dilakukannya rasa ragu-ragu untuk duduk di sebelahnya atau pergi. Tapi apabila senior lain turut mempersilakan aku duduk, aku pun mengambil tempat di sebelah Putera Zean.
"Err... hai. Saya Freya," ucapku lagi pada Putera Zean. Tapi dia masih memejamkan mata.
"Hai. Saya Freya!" Aku cuba menguatkan suara. Mungkin dia ada masalah pendengaran. Sebab tu aku kuatkan suara aku.
"Dia tengah dengar musik tu. Dia tak dengar pun suara kau," ucap senior tadi yang sudah duduk di sebelahku. Di sebelahnya adalah junior yang sudah dipanggil sekejap tadi.
"Musik?"
"Tu, dia pakai earphone."
"Ha? Ear... ear apa?"
"Earphone," katanya lagi lalu menunjuk ke arah telinganya. Aku menoleh ke arah Putera Zean semula, melihat tali putih yang tersangkut di telinganya.
"Ohhh..." aku mengangguk-anggukkan kepala. Meskipun masih tak blur-blur dengan apa yang senior tadi katakan.
"Alat tu dari dunia manusia," sambungnya lagi. Aku membuat muka teruja.
"Wow, hebatnya!"
Senior itu tersenyum.
Emmm untunglah anak orang kaya. Eh, salah. Anak makhluk kaya. Alat dari dunia manusia pun diamakhluk mampu beli. Iyalah, semua alatan dari dunia manusia mahal-mahal kot. Cuma anak makhluk kaya jelah mampu beli.
"Anyway, aku Marc. Kau?" Senior Marc menghulur tangan. Aku terus menyambut dan mengoyak senyuman.
"Saya Freya."
"Junior Zean?"
"Haah."
"Good luck."
"Good luck? Kenapa?" Soalku pelik. Putera Marc tersenyum.
"Tak ada apa-apa. Cuma... saja... good luck. Ahh... ni junior aku, Ethan."
"Hai, aku Ethan," Ethan menghulurkan tangannya.
"Saya, Freya," jawabku lalu menyambut tangannya.
Aku menjeling ke arah seniorku, tapi dia masih menutup dan menghayati musik yang terpasang. Ahhh, lantak kaulah!
Nasib baik senior sebelah aku ni hensem, ramah pulak tu. Baik aku beramah mesra dengan hencik senior sebelah ni daripada aku duduk tak buat apa-apa. Sempat aku menoleh-noleh mencari Gladyst dan Allan. Emm macam biasa, Allan masih dengan kerja barunya- mengusha si Gladyst.
........
Setelah selesai majlis perhimpunan kali pertama untuk pembukaan semester tadi, aku terus pulang ke bilik. Memandangkan hari ini kelas belum bermula dan esok pulak cuti, Gladyst dan Allan keluar ke ibu kota. Kata Allan, dia mahu ajak Gladyst jalan-jalan melihat kota Balsam. Emm aku pulak malaslah nak kacau daun. Biar jelah dua makhluk tu pergi jalan-jalan. Aku tak de mood.
Bagasi kecil yang aku letak di bawah katil aku tarik dan aku buka. Bagasi yang lain aku dah kemas, tinggal satu ni je yang tak sempat. Seriuslah, memang semua barang-barang aku ibu kemaskan. Tak nak aku balik rumah langsung ke apa? Nak menangislah gini!
Aku membuka satu kotak kecil berwarna merah. Rantai emas berloketkan bentuk bintang aku keluarkan dari kotak kecil itu.
Aku tersenyum melihat rantai itu. Rantai pemberian ayah 12 tahun lalu, ketika aku berumur 5 tahun sewaktu aku sedang merajuk selepas dimarah oleh ibu.
......
"Anak ayah kenapa menangis ni?" Ayah menggosok-gosok kepalaku lembut seraya duduk di sebelahku. Tubuhku ditarik mendekat dengan tubuhnya.
Aku memeluk sisi tubuh ayah dan menyembamkan muka di situ. Aku masih menangis lagi.
"Ayah, ibu marah Freya... huwaa..."
"Kenapa ibu marah? Mesti Freya ada buat salah ni, kan?"
"Freya tak sengaja. Freya betul-betul tak sengaja..."
"Freya buat apa?"
"Tadi masa Freya main bola, bola Freya terkena pasu bunga ibu. Ibu marah sangat-sangat. Huwaaa..."
"Ohhhh, mestilah ibu marah. Ibu kan sayang sangat pasu bunga tu."
"Tapi kan Freya anak ibu. Patut ibu sayang Freya lebih," balasku lagi. Ayah terus mengangkat aku dan diletakkan ke ribanya.
"Freya pun mestilah ibu sayang. Sayang sangat-sangat," kata ayah lagi. Air mata yang membasahi pipiku dilap dengan hujung jarinya.
"Tapi ibu marah Freya..."
"Ibu tak marahlah. Ibu cuma nak ajar Freya supaya tak jadik nakal."
"Huwaaa tapi Freya tak sengajaaaa...." aku menangis lagi. Ayah terus menepuk-nepuk belakang tubuhku.
"Shhh.... sshhhh. Ya, ya. Anak ayah sengaja. Takpe nanti ayah belikan ibu pasu bunga baru mesti ibu tak marah Freya dah."
"Iyeke?"
"Iya."
"Terima kasih, ayah," aku memeluk ibu kembali.
"Haa... ayah pun ada hadiah untuk Freya."
"Wahhh, apa dia?" Aku terus teruja.
"Hurmmm... ayah bawak tak ye hadiah tu?" Ayah terus meraba-raba poket seluarnya. Dicari-cari hadiah yang nak diberikan pada aku tu.
"Hurmm... mana ehhh?"
"Alaaa, ayah ni. Cepatlah...." aku merengek-rengek.
"Alamakkk, ayah tak bawaklah!"
"Alaa... Freya nak hadiah Freya," aku sudah memeluk tubuh sambil menayang muka cemberut.
"Ha, jumpa pun! Taraa!!! Cantik tak?"
Seutas rantai dikeluarkan dari poket seluarnya. Mataku membulat melihat rantai itu.
"Eeiii, cantiknya!"
"Haaa, ayah pakaikan, ye?"
Aku mengangguk-angguk. Ayah terus memakaikan rantai itu di leherku.
"Wahh, cantiknya!! Terima kasih, ayah!"
"Sama-sama. Lepas ni janji dengan ayah jangan nakal-nakal. Jangan buat ibu marah-marah tau," pesan ayah lagi. Aku cuma menangguk sambil membelek-belek rantai itu di pangkuan ayah.
......
Aku mengesat air mata yang menitis ke pipi. Rantai itu aku pakai di leher.
Aku rindu ayah sangat-sangat!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro