CHAPTER 3- MENTOR MENTEE
Aku membetulkan kad matrik yang tersangkut di leher. Bunyi bising mula kedengaran dari luar dewan. Terasa gugup pula ingin melangkah ke dewan besar itu.
"Apesal kau berhenti?" tanya Allen apabila aku tiba-tiba berhenti. Hadapan badannya berlanggar dengan belakang badanku. Aku menoleh memandangnya.
"Aku takutlah."
"Takut apa pulak? Dahlah, masuk. Gladyst, jom kita masuk," ucap Allen sambil tersenyum kepada Gladyst yang berada di sebelahku. Errr... aku menggulingkan anak mata ke atas. Menyampah!
"Waaaa..."
Aku terhenti lagi dan tergamam saat melangkah ke dalam dewan besar itu. Sukar untuk aku ungkapkan, betapa indah dan mewahnya hiasan di dalam dewan itu. Ini memang benar-benar di luar jangkaan!
Kedengaran bunyi riuh-rendah orang berbual-bual di sana-sini (orang?) Aku yang masih seperti orang jakun itu ditarik masuk oleh Allen yang seakannya sudah menyampah dengan kejakunan aku. Dia menolak aku supaya cepat sebab ramai lagi orang yang dah berpusu-pusu hendak masuk ke dalam dewan.
"Jangan jadik macam lembu masuk kampung boleh tak?"
"Err... bukan macam kambing masuk kampung ke?" Aku cuba memperbetulkan peribahasa Allen.
"Eh... bukan rusa masuk kampung?" Giliran Gladyst pula memperbetulkan peribahasa. Mataku terkedip-kedip sambil berfikir penggunaan peribahasa mana yang paling betul. Setelah itu aku berfikir, perlukah guna peribahasa dari dunia manusia?
"Wahhh pandainya Gladyst! Saya rasa bangga sebab dapat kenal awak," balas Allen sambil mengenyit mata.
"Aku cakap macam lembu masuk kampung sebab kau lagi sesuai aku panggil lembu," balasnya lalu dia menggosok kuat rambutku.
"Woi, jangan main rambut akulah!" Rambut yang berserabai terus aku betulkan. Aku sudah menjeling tajam kepadanya. Dia ni, silap hari bulan aku tibai sekali. Hape pun tak dapat.
"Jom masuk, Gladyst. Tinggalkan jelah dia ni. Lambat sangat!"
Tengok, Allen ni punyalah baik dengan Gladyst. Dengan aku dia layan macam musuh! Huwaaaaaa!!!! Nak balik rumahlah macam ni!
Emm... baru teringat aku baru kena halau semalam. Okay...
Kami mengambil tempat duduk di bahagian tepi berdekatan dengan pintu dewan tadi. Sempat aku mengangkat tangan, hendak mengetuk kepala si Allen yang tiba-tiba menolak aku ke tepi dan terus mengambil tempat di tepi Gladyst. Selamat dia ni anak Pak Cik Phole, kalau tak dah lama aku tibai sekali.
Aku terus mengambil tempat di tepi Allen, barisan kerusi paling hujung sekali.
Tiba-tiba terdengar bunyi riuh-rendah dan ramai makhluk-makhluk mengerumuni pintu dewa masuk. Aku yang masih jakun memerhati hiasan di atas syiling yang merupakan patung-patung ukiran terus mengalihkan perhatian ke arah kerumunan itu.
"Weh, weh," aku menyenggol lengan Allen. "Kenapa tu?"
"Emm biasalah tu. Putera nak masuk. Bosanlah aku setiap kali masuk sem baru kena tengok benda yang sama," balas Allen dengan nada meluat. Aku menjongketkan kening. Putera?
Aku memanjangkan leher melihat siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil 'putera' tu. Ehh, tapi ramai sangat orang yang berkerumun. Betul-betul menutup pandangan aku.
"Putera apa?" Soalku lagi.
"Putera anak Pembesar Halton."
"Ha? Siapa tu?"
"Seriuslah kau tak kenal?" Soal Allen kembali dengan mata membulat. Aku menggeleng kepala dengan wajah polos. Allen sudah menepuk dahi.
"Err... Gladyst..." panggil Allen perlahan sambil tersenyum. Senyuman seorang romeo.
"Ya, Allen."
"Awak kenal Pembesar Halton?"
"Kenal. Kenapa?"
"Tengok! Gladyst pun kenal Pembesar Halton. Kau ni duduk dalam gua ke apa? Tak pernah tahu dunia luar ke? Katak bawah tempurung?" Soal Allen bertubi-tubi. Gladyst yang tadinya tercengang kerana tak tahu apa situasi sebenar antara aku dan Allen mengambil keputusan untuk tak nak ambik tahu dan mula berbual dengan makhluk (aku pun konfius sekarang nak guna makhluk ke orang) di sebelahnya.
"Aku tanya bebaik, kan? Yang kau membebel panjang ni apahal? Carik gaduh?!" Kesabaranku sudah sampai kemuncak. Bermula dengan persetujuan dia dengan ibu aku untuk bawak aku lari ke sini hinggalah kes sekarang ni, kalau aku cuba untuk bersabar lagi memang boleh kena serangan sakit jantung.
Allen yang mula cuak melihat aku naik anggin terus menarik bahuku merapatinya. "Alalaaa, jangan marah. Meh sini aku cerita."
"Eeiii, lepaslah!" Aku berusaha menolak tangannya tapi dia kejapkan lagi tangannya di bahuku.
"Putera yang kau nampak tu, nama dia Putera Zean. Anak Pembesar Halton, abang kepada Raja Braham. Kau jangan tanya aku pulak siapa Raja Braham," sempat Allen memerli aku.
"Aku kenallah."
"Ehehe, selamat kenal."
Kerumunan makhluk-makhluk itu mula memberi laluan kepada 'putera' itu hingga mereka yang berdiri melanggar kerusiku dan menghimpit tubuhku.
"Oi, oi. Tak payah himpitlah!" Jeritku.
"Oi, ape ni!" Jeritku lagi lalu berdiri apabila mereka mula memijak kakiku. Tapi nampaknya 'kegilaan' mereka ni terlampau teruk sampai tak dengar langsung jeritanku.
Tiba-tiba aku terpandang wajah sesemakhluk (juga boleh dibaca 'seseorang') . Dia berjalan sendiri di antara mereka yang berdiri memberi laluan padanya itu sambil mendada, wajahnya tegak memandang ke hadapan tanpa segaris perasaan.
"Weh, weh," aku menghayunkan lengan ke Allen.
"Woi, kau siku muka aku apahal?!"
"Tu ke?" Soalku sambil menunjuk ke arah lelaki yang jalan mengepak itu. Allen yang masih terkesan marah ikut melihat ke arah lelaki yang aku tunjuk tadi.
"Haah. Dialah tu. Putera Zean. Dahlah, jangan kacau aku!" Jawab Allen lalu sambung berbual kembali dengan Gladyst. Sempat Allen membuat silap mata murahan kononnya menyelak rambut Gladyst ke telinga dan muncul bunga mawar merah dari balik telinganya. Gladyst pun bertepuk tangan gembira.
Erghhh!
..........
"Welcome, everyone! Hari ini adalah hari pertama kamu untuk semester ini. Kepada pelajar semester pertama, selamat datang kami ucapkan. Dan kepada pelajar semester kedua dan seterusnya, selamat kembali semula," ucap sesemakhluk (dah tahu kan nak baca macam mana?) yang berdiri di tengah-tengah pentas. Kedengaran bunyi tepukan gemuruh bergema di dalam dewan. Aku ikut menepuk tangan.
"Sejak zaman-berzaman lagi, unversiti kita telah menjalankan tradisi mentor dan mentee. Hal ini adalah bagi memberi ruang kepada pelajar semester pertama untuk mengenali dan mempelajari ilmu sihir dengan lebih mendalam lagi selain daripada pembelajaran di dalam kelas. Seperti biasa, pelajar semester pertama akan diberikan mentor yang terdiri daripada pelajar semester akhir tahun ketiga. Jadi, pelajar semester pertama sila berdiri di kiri dewan dan pelajar semester akhir sila berdiri di kanan dewan. Sekarang."
Aku, Allen dan Gladyst mula bergerak. Aku dan Gladyst ke kiri dan Allen ke kanan. Sempat Allen mengenyit mata kepada Gladyst sebelum bergerak.
"Agaknya siapalah mentor kita ye?" Bisik Gladyst.
"Eleh, aku tahulah kau nak dengan Allen," usikku lalu menyenggol bahu Gladyst. Dia menepuk lenganku.
"Mana ada! Ishh, kau ni," Gladyst mula tersipu-sipu malu. Aku dah menarik senyuman senget.
"Aku harap Putera Zean jadik mentor aku."
"Tak boleh! Dia yang kena jadik mentor aku!"
"Ehh, sorry sikit eh. Dia akan jadik mentor aku. Aku dah bagitahu dia supaya pilih aku."
"Macam mana kau bagitahu dia?"
Perempuan itu terus membuka kipas dan mengipaskan wajahnya. Wajahnya diangkat ke atas. "Ayah dia dengan ayah aku kawan baik. Jadik aku kenal dialah."
"Wahhh... kau kenal dia?"
"Kau kenal dia?"
"Macam mana kau kenal dia? Aku nak kenal jugak."
"Aku pun."
"Aku pun."
Aku dan Gladyst hanya berpandangan mendengar mereka berbual tentang Putera Zean.
"Baiklah. Kepada pelajar semester pertama dan pelajar semester akhir, sila ambil satu kad di dalam kotak."
Kami berdiri dalam satu barisan dan semakhluk lelaki datang membawa kotak kepada kami. Aku ikut memilih kad di dalam kotak itu.
"Baiklah, kamu boleh melihat kad masing-masing. Di dalam kad itu, terdapat nombor yang berpasangan antara mentor dan mentee. Pelajar semester akhir, sila berdiri di atas pentas dan saya akan panggil nombor yang berpasangan dengan nombor kamu dari kalangan pelajar semester pertama."
"Kita mulakan sekarang. Nombor 14. Siapa dapat nombor 14?"
"Saya!" Kelihatan semakhluk perempuan yang berdiri di barisan hadapan mengangkat tangan dan berlari menuju ke pentas.
"Nombor 27?"
"Saya!"
"Nombor 35?"
"Saya!"
"Wehh... Allen, Allen..." Gladyst menunjuk ke arah Allen yang sudah berdiri di sebelah pengacara tadi. Gladyst menggenggam lenganku dan menunjukkan wajah teruja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro