CHAPTER 2-ROOMATE BARU
Terdengar pintu dikuak. Aku yang sedang ralit melayan perasaan terus mengelap air mata cepat-cepat sebelum memandang ke arah pintu. Seorang gadis berwajah pucat lesi seperti mayat masuk ke bilik.
"Eh, hai!" sapanya ramah. Aku terus bangun dari baring dan duduk bersila di atas katil.
"Hai."
"Dah lama ke sampai?" soalnya sambil meletakkan bagasi kecil miliknya di tepi katil. Dia melabuhlan punggung di birai katil sambil membuka balutan skarf pada lehernya.
"Baru je tadi. Nama awak siapa?"
"Saya Gladyst. Awak?"
"Freya."
"Ouh, Freya. Memandangkan kita sebilik, mesti kita akan jadi kawan baik, kan? Nanti daftar kelas sama-sama tau," katanya lagi dengan ramah. Aku tersenyum mendengarnya. Sekurangnya, aku adalah kawan lain di sini selain Allen yang tak guna tu.
"Boleh je. Esok kan pendaftaran kelas?"
"Haah esok. Eh, banyaknya barang awak!" tegurnya. Aku turut memandang ke bagasiku. Lalu aku memandang bagasi miliknya. Emm memang jauh beza. Dia cuma bawa satu bagasi kecil saja.
"Biasa je. Sikit je tu."
"Hahaha. Hurmmm, penat betullah. Ramai betul yang mendaftar hari ni, kan? Sampai sengal-sengal badan duk menunggu giliran nak mendaftar," katanya lagi lalu mengurut-urut badannya sendiri. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
"Tuhla. Saya tunggu 6 jam kot tadi baru boleh daftar. Ramai sangat. Patutnya pendaftaran buatlah dua hari," aku turut menyokong katanya.
"Betul tu. Apalah diorang ni. Dahlah kerja lambat," Gladyst menambah. Dia melihat jam yang melingkar di pergelangan tangannya. "Eh, ni dah masuk waktu makan malamlah. Patutlah lapar gila. Jom kita makan. Kalau lambat, makanan habis."
"Jom."
Aku turut melihat ke jam yang melingkar di tangan, jam 7 malam. Aku terus bangun dan menyisir rambut yang serabai. Patutla perutku dah berkeroncong lapar, rupanya memang sudah waktu makan malam. Pulak tu, semasa aku ke sini, aku tak sempat makan tengah hari.
Kami menuju ke cafe asrama yang berada betul-betul di bawah bangunan asrama.
"Wahh..."
Aku yang bagai culture shock benar-benar tergamam ketika berada di cafe itu. Tak pernah aku lihat suasana seperti ini. Tak peliklah kalau yuran di sini mahal. Mana tidaknya, cafe asrama pun dah macam restoran di hotel taraf 5 bintang. Aku rasa, golongan Mage, Wizard dan Witch yang belajar di sini memang dari keluarga yang kaya.
Ya, Dunia Bawah Kegelapan memang dihuni oleh 3 golongan atau jenis, iaitu Mage, Wizard dan Witch. Masing-masing mempunyai medan sihir dan alatan sihir mereka yang tersendiri. Cara mereka turut berbeza. Mage kebiasaannya menggunakan tongkat sakti untuk mengeluarkan sihir. Tongkat itu diperbuat daripada tahi bintang yang jatuh dari langit.
Kami berjalan ke arah kaunter makanan. Terdapat pelbagai makanan yang disajikan di situ. Iyalah, setiap jenis makhluk makan benda-benda yang berbeza. Tapi ada je jenis yang tak kesah makan apapun.
"Awak nak makan apa?" soal Gladyst, memecahkan kesunyian. Aku terus menoleh kepadanya. Oh, lupa aku beritahu, Gladyst sejenis mage jugak. Tapi wajahnya nampak lain sikit. Kulitnya dan rambutnya berwarna putih. Wajahnya lebih tirus dan tubuhnya agak kerempeng. Emm mungkin sebab berasal dari wilayah lain yang berbeza dengan aku.
"Tak payah awak saya awak sayalah. Aku kau, kan lebih selesa."
Gladyst ketawa mendengar kata-kataku.
"Okay, kau nak makan apa?"
"Ermmm..." aku mengambil beberapa potong daging mentah dan aku letakkan ke dalam pinggan bersama secangkir air merah. "Ni jela."
"Kenyang ke?"
Aku tertawa mendengar kata-katanya.
"Banyak kot ni."
"Ouh hahaha. Okay."
Gladyst pula mengambil potongan daging bersama sayur salad dan diletakkan di atas pinggan. Setelah itu, dia mencapai secangkir air merah, air yang sama aku ambil.
"Okay, jom."
Kami menuju ke salah satu meja yang kosong.
"Okay, let's eat!" kata Gladyst teruja. Aku terus melahap daging mentah. Emmm sedapp! Daging apa pun aku tak tahu. Yang pastinya mesti berkualiti.
"Anyway, kau asal dari mana?" soal Gladyst.
"Aku dari Tallaz. Kau pulak?"
"Seriously?! Jauh gila! Aku dari Djaist."
"Yup. Kau untunglah. Djaist tak delah jauh sangat dari sini," balasku.
"Anyway, aku ekcited sangat dapat belajar kat sini. Kau pun mesti macam tu,kan?" soal Gladyst. Aku tersenyum tawar.
"Hahaha aku pun tak tahulah."
"Ha? Kenapa pulak?"
Aku menyisip air merah dari cawan.
"Hey, dumbass!"
Aku terbatuk-batuk apabila seseorang menepuk belakang tubuhku kuat. Terus aku menoleh ke belakang.
"Eh, kau ni! Ishh, sanalah!" marah aku sambil menepis tangannya yang menggosok-gosok kepalaku. Dah tepuk belakang badan aku lepastu serabaikan rambut aku! Mahu tak naik angin. Allen tersengih melihat mukaku yang mencuka.
"Ala ala, marah pulak! Amacam? Best tak sini?"
"Apa yang bestnya?" aku menjawab acuh tak acuh sambil memasukkan daging ke dalam mulut.
"Geez... Kau ada kat University Blackmoth kot. Apa yang bestnya? Semua orang nak belajar sini tau."
Aku menggulingkan anak mata ke atas. Lol, dalam semua tu, tak semestinya termasuk aku sekali.
"Eh, macam mana aku boleh tak perasan. Anyway, siapa gadis cantik ni? Mesti roomate kau, kan?"
Aku memandang ke arah Allen yang tengah tersengih miang. Emm, pantang nampak perempuan!
"Hi, I'm Allen. Saya kawan sekampung Freya," Allen memperkenalkan diri. Dia menyua tangannya sambil tersengih.
"Hi, I'm Gladyst. Nice to meet you," Gladyst menyambut huluran tangan dari Allen. Aku cuma membiarkan saja mereka. Korang nak berkenalan ke nak bermesra, aku malas nak amek kesah.
"Nice. Kalau awak ni kawan Freya, maknanya awak kawan saya jugak, kan?"
"Hahaha, agaknya kot," Gladyst menyambut dengan ketawa kecil. Jackpot, langkah pertama Allen dah mengena. Lol, kalau lelaki dah hulur salam persahabatan macam tu, maknanya tak lama lagi persahabatan tu akan bertukar jadik lainla.
"Freya, esok kita pergi daftar kelas sama-sama tau. Awak pun,"kata Allen sambil mengenyit mata ke arah Gladyst. Gladyst ketawa kecil sambil menyelak rambut ke telinga.
"Kita bukan kelas lain ke?"
"Memanglah. Tapi akukan senior korang. So aku boleh tolong korang apa-apa."
Hurmm, nice jugak. Kitorang dahlah tak tahu apa-apa. Sekurangnya kalau ada dia, senanglah sikit kitorang nak mendaftar kelas esok.
"Okaylah, aku nak chaw dulu. Gladyst, kita jumpa esok, okay," sempat Allen mengenyit mata sekali lagi kepada Gladyst sebelum bangun dan meninggalkan kami.
"Really, Freya. Handsome gila dia! Seriously dia kawan sekampung kau?" tanya Gladyst dengan wajah teruja. Aku sempat menyisip air merah.
"Yup. Dialah yang bawa aku ke sini. Dia tu kawan aku sejak kecik," terangku.
"Wow, menarik!"
Setelah itu aku dan Gladyst sambung berbual-bual. Macam-macam yang kami bualkan. Setelah makanan habis, kami pulang semula ke bilik untuk mengemas. Malam itu, kami tidur awal kerana esok pagi-pagi, kami perlu mendaftar kelas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro